Anda di halaman 1dari 5

SMK AGAMA YAN MINIT MESYUARAT KHAS WARDEN

Tarikh Masa Tempat Pengerusi

: 7 MAC 2012 : 2.30 4.30 petang : Bilik Informasi : Tn Hj Ibrahim bin Md Isa ( PK HEM )

Kehadiran: 1. Abu Bakar b Ahmad 2. Azizan b Ismail 3. Farhan B Othman 4. Mashitah bt Abdul Wahab 5. Mohd Hayat b Ahmad 6. Mohd Rosli B Salleh 7. Muhamad Zahir b Mahmud 8. Nazirah bt Abu Bakar 9. Noor Hamiroh bt Hamid 10. Nor Hazlizawati bt Hassan 11. Nurul Nadia bt Wahab 12. Paiqah bt Abdullah 13. Rusli b Ismail

Tidak Hadir Bersebab: 1. Izzaidah bt Md Atan

1.0

Aluan Pengerusi Pengerusi mengucapkan selamat sejahtera dan mengalukan kehadiran para guru ke Mesyuarat Warden. Pengerusi mengesahkan kehadiran guru yang terlibat dengan mesyuarat kali ini. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama warden sepanjang tahun ini. Pengerusi juga menyatakan tujuan mesyuarat pada kali ini bertujuan membincangkan beberapa perkara berkaitan asrama.

2.0

Tugas Harian Warden

2.1 Pentadbiran

2.1.1

Tugas Warden Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian guru yang menjadi warden. Pengerusi juga menerangkan kembali tugas-tugas warden dan menekan perkara-perkara seperti meronda ketika kelas persedian malam agar dapat mengawal tahap kebisingan.

2.1.2

Agihan Lujnah Rujuk manual pegurusan sekolah muka surat 100

2.2 Pengurusan Pelajar 2.2.1 Perhimpunan Pagi Pengerusi berharap warden bertugas dapat pastikan murid turun awal dan perhimpunan dapat dijalankan seawal pukul 7.10 pagi. Terdapat beberapa cadangan yang diutarakan seperti murid perlu lengkap berpakaian sekolah apabila turun solat subuh, pelekat papan tanda di gril asrama 2.2.2 Program akademik Pengerusi menekankan aspek pengurusan masa oleh murid yang kurang berdisiplin seperti lewat hadir ke program akademik yang diadakan oleh pihak sekolah. Selain itu, penampilan diri seorang murid seperti etika berpakaian juga harus diambil berat.

2.2.3

Pemantapan Sahsiah Pengerusi berharap kebisingan di surau dapat dikurangkan dan program-program selepas maghrib dapat dimantapkan. Jadual program selepas Maghrib sedang disusun oleh Ustaz Zahir

2.3 Disiplin Murid 1. Murid sekarang suka membuka baju ke luar selepas waktu persekolahan. Pengerusi berharap semua guru dapat sama-sama menegur murid dan bukan berharap kepada guru disiplin sahaja. 2. Pengerusi berharap rampasan barang murid dapat dikurangkan. 3. Terdapat cadangan agar jam besar di padang dapat dipasang agar murid peka dengan waktu supaya tidak lewat menamatkan aktiviti sukan. 4. Ustaz Rosli membangkitkan isu pelajar yang mempunyai masalah disiplin tidak dibenar menyertai aktiviti kokurikulum.

2.4 Kebajikan Murid 1. Murid yang sakit perlu diberi perhatian agar tidak mempunyai masalah.

2. En Azizan memohon untuk menyokong permohonan RM5000 daripada PIBG 3. En Azizan juga membangkitkan tugas hakiki En Rusli bukan menghantar murid sakit ke hospital dan akan menggangu tugasnya di pejaba asrama.

3.0

Kewangan 1. En Azizan membentangkan kewangan asrama untuk tahun 2012. 2. En Azizan menyatakan masih banyak invois yang masih belun dibayar oleh asrama. 3. Bilik seminar harus dikunci kerana murid menyalahgunakan pendingin udara menyebabkan bil elektrik melambung tinggi. 4. Invoice belum bayar 1. Zuffa pharmacy RM 234.00 RM 400.00 RM 900.00 RM 5236.00 RM 3714.90 RM 420.00 RM 1065.00 RM 1418.50 RM 8368.53

2. P.t. Flora Trading 3. Power Ten Electrical 4. Chop Yik Men 5. Nasmuna Ent. 6. Chaza Enterprise 7. Hot Stop

8. Star Electrical Service 9. Elektrik Asrama Utama

(mula naik 2010-2013) kalau dahulu RM3,000) 10. Bil-bil belum sampai dari i. ii. iii. iv. Hot Stop Star Electrical Service Power Ten Chop Yik Men

5. Pihak pengurusan sekolah KPT memaklumkan kepada pihak asrama terutamanya mengenai kekurangan peruntukan Yuran Khas Tambahan sejak 2 tahun ini pihak sekolah telah kehilangan lebih kurang RM 5,000.00 kerana pekeliling tidak lagi membenarkan kutipan dari waris. 6. Manakala pihak asrama juga telah kehilangan RM 8,000.00 kerana pekeliling tidak lagi membenarkan kutipan waris RM 3.00 seorang. Dengan besar hatinya pihak asrama memohon jasa baik pentadbiran untuk membawa usul ini kepada PIBG segera kerana minyak pajero tidak dapat disi sekiranya pelajar hendak ke hospital atau kalau tidak jalan lain warden perlu guna kereta sendiri dengan claim TNT JPN.

4.0

Hal-hal lain

1. Pn Mashitah menyatakan murid perempuan suka bersembang dengan pengawal perempuan selepas jam 12 tengah malam. 2. Dewan Makan Terdapat teguran dan perkara-perkara yang perlu dibaiki oleh pengurusan dewan makan. Bagi bulan januari 2013 dan seterusnya seperti: a- Terdapat telor goreng mata kerbau yang berbau b- Roti bun berkulat c- Ada hari tidak cukup makanan seperti daging pelajar dapat kuah sahaja. d- Ada hari tidak cukup buah e- Air teh tidak rasa kelazatan teh tetapi rasa air gula sahaja f- Apabila makanan tidak cukup kalaun dahulu cepat-cepat dibuat ganti atau dimasak ganti sekarang lambat. g- Penyelia dewan makan sekarang terlalu memihak kepada pekerjanya tidak memberi peluang kepada pelajar untuk memilih lauk contohnya ayam. h- Pelajar lelaki nampak penyelia dewan makan memakai tuala ijPelayan veteran dewan makan lebih baik dari pelayan muda (sombong) dan berlagak. Kesimpulannya penyelia dewan makan dahulu lebih mesra pelanggan.

3. Keselamatan Pengurusan kawalan Asrama oleh Pengawal Keselamatan. Pintu Pagar Blok C puteri mohon dikunci (permintaan pengawal puteri) Masalah lelaki perlu ditempat pada masa-masa antara jam 8.00 pagi 2.00 di asrama dan diletakkan meja dan kerusi ditempat tempat yang bersesuaian kerana pengawal puteri yang diletakkan meja telah berjaya memberi kesan kepada keluar masuk pelajar di asrama pada waktuwaktu perdana atau pmp dan sedikit sebanyak membantu tugasan warden mengawal pelajar atau menyambut kedatangan waris pada waktu-waktu tertentu. Pondok pengawal asrama lelaki kekal beroprerasi pada waktu tengah malam ke atas atau tidak boleh diputuskan oleh mesyuarat pengurusan asrama.

4. Kebersihan 1. En Azizan memohon kerjasama warden ketika pelajar turun prep kerana budaya menggantung kain baju dan lain-lain peralatan di dinding koridor dan tingkap cermin kamar pada waktu tersebut Nampak jelas kelihatan diluar dan waktu ini merupakan waktu perdana yang mana-mana

pegawai JPN dan PPD boleh datang dan alangkah malunya kita asrama SMKA YAN tersohor 2013. 2. Menolak cadangan memansuhkan tong sedia ada kepada sistem tong sampah atau membeli tong lain dan diuruskan oleh pekerja swasta kerana akan menimbulkan lambakan yang tidak diangkut atau mengangkut dan meletakkan di tempat lain yang akan menyebabkan persekitaran tidak bersih dan Nampak tidak terurus atau tidak membakarnya akan menimbulkan kesan bau kepada pihak lain. 3. Penambahbaikan pengurusan ladybin pelajar puteri seperti menambah bilangan tong di surau 4 unit lagi dan mengambil sebulan 2 kali @ bagi bulan yang bilangan hari melebihi 20 hari

5.0

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.35 pm dengan ucapan terima kasih oleh pengerusi dan tasbih kifarah dan surah al-Asr

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

( FARHAN OTHMAN) Setiausaha JK Pengurusan Asrama

.. (EN IBRAHIM BIN MD ISA) PK Hal Ehwal Murid SMK Agama Yan

Anda mungkin juga menyukai