Anda di halaman 1dari 2

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh

sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.

Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling atas adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio budaya sesuatu kelompok masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha untuk menerobos bidang bidang yang lain akan menjadi lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara.

Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa dan agamanya sendiri. Dalam keghairahan untuk mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan golongan belia.

Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati diri golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup timur.

Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari implikasi globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Golongan muda seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan palsu Dalam era globalisasi ini, banyak cabaran yang harus ditempuhi. Globalisasi itu sendiri merujuk kepada dunia tanpa sempadan. Generasi kini dikatakan mempunyai kemudahan dihujung jari. Namun begitu, generasi muda seperti pelajar harus lebih berhati hati dalam memilih segala maklumat yang diperolehi. Sebagai contoh, dunia hari ini banyak menggunakan internet sebagai rujukan maklumat terutamanya kepada pelajar. Pelajar menggunakan internet dalam mencari bahan rujukan kepada tugasan yang diberikan oleh pengajar. Selain itu, pelajar juga menggunakan internet sebagai bahan untuk bersosial pada laman web tertentu bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah mempunyai nilai kesedaran sendiri. Mereka perlulah pandai dalam memilih maklumat. Banyak maklumat positif yang boleh merangsang minda pelajar dan dalam masa yang sama banyak maklumat negatif yang boleh merosakkan pelajar. Para pelajar dikatakan sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan datang. Pelajar harus bersikap matang dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Pada masa sekarang pelajar harus lah sentiasa mengikut perkembangan dalam setiap maklumat kerana persaingan yang ramai. Pelajar yang ketinggalan tidak akan dapat bersaing dan akan sentiasa kebelakang. Perkembangan semasa penting untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani. Dunia hari ini mengatakan sehari tanpa berita semasa sudah banyak maklumat yang dilepaskan. Pelajar harus dididik dari sekarang supaya terbiasa dengan arus dunia sekarang.

Anda mungkin juga menyukai