Anda di halaman 1dari 1

Pengetua,

En. Ayoub bin Abu


SMK Pangkalan TLDM
32100 Lumut 7 Mac 2019

Tuan,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK TIBA LEWAT SEDIKIT DARIPADA WAKTU
BIASA

Merujuk kepada perkara di atas, saya Norkarimah binti Salim no K/P 860812465728 ingin
memohon keizinan pihak tuan untuk tiba lewat sedikit daripada waktu biasa sesi persekolahan.
Kerana terdapat beberapa kengkangan yang tidak dapat dielakkan. Maka dengan itu, tujuan surat
ini ditulis untuk menyatakan sebab atas tindakan saya tersebut.

2. Untuk makluman pihak tuan, saya ingin memohon keizinan lewat disebabkan oleh
keadaan saya yang tergesa-gesa untuk menuruskan dan menghantar anak-anak yang diletakkan
di rumah pengasuh berikutan rumah pengasuh agak jauh, sekaligus lokasi rumah saya yang
terletak di Sungai Wangi , Ayer Tawar memakan masa kira-kira 30 minit.

3. Selain daripada itu,untuk pengetahuan Tuan juga,, saya menguruskan anak seorang diri
kerana suami sekarang bekerja di Klang, Selangor. Maka, seandainya ada waktu-waktu yang
saya agak lewat sampai ke sekolah pada waktu pagi, harap dapat dipertimbangkan daripada
pihak Tuan.

3. Saya akan mencuba sedaya upaya untuk hadir tepat pada masanya , namun sekiranya agak
lewat sedikit harap pihak tuan akan pertimbangkan. Segala kerjasama dan budi bicara daripada
pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih,

Yang benar,

…………………………..
(Norkarimah binti salim)

Anda mungkin juga menyukai