Anda di halaman 1dari 17

NORIZAM BIN JAAMAN 820917015719002 HBSC4103 Teaching Science for Lower Secondary III

1.1 PENGENALAN Perhubungan yang amat penting dalam kehidupan seharian merupakan pengangkutan. Manusia memerlukan pengangkutan untuk berhubung atau bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kemajuan dan perkembangan dalam bidang pengangkutan pada masa dahulu hingga sekarang telah menyebabkan terciptanya pelbagai jenis pengangkutan yang banyak membantu manusia. Pengangkutan mempunyai tiga jenis dan setiap satu mempunyai ciri-ciri yang berlainan. Pengangkutan darat merupakan pengangkutan terawal dan diikuti pengangkutan air dan udara.
1.2 SEJARAH PENGANGKUTAN DI MALAYSIA.

1.2.1

PENGANGKUTAN DARAT

Pada zaman dahulu, orang berjalan kaki untuk pergi menguruskan segala urusan seharian mereka. Mereka akan membuat laluan untuk ke sungai-sungai atau ke mana-mana sahaja. Akhirnya laluan tersebut terhasil. Laluan tersebut dikenali dengan nama jalan denai. Laluan denai ini bukan setakat dilalui oleh pejalan kaki tetapi juga dilalui oleh binatang. Orang zaman dahulu menggunakan binatang sebagai alat pengangkutan mereka. Binatang-binatang dipelihara dan digunakan untuk mengangkut barang-barang. Binatang-binatang tersebut ialah gajah, lembu, kuda dan kerbau. Bagaimanapun bagi mengurangkan beban yang terpaksa di bawa, terhasil beberapa sistem pengangkutan darat yang terawal sehinggalah kini. Antaranya ialah menggunakan tenaga, roda, haiwan tunggangan, enjin, gabungan binatang dan roda. Tanah Melayu mula membangun dengan berkembangnya kegiatan ekonomi. Kerjakerja membaiki jalan darat dilakukan dalam tahun 1870an. Bermula dari situ jalan denai menjadi jalan yang penting. Apabila kawasan lombong bijih banyak dibuka, lebih banyak kenderaan diperlukan untuk membawa hasil tersebut dari kawasan lombong ke stesen kereta api. Semasa pemerintahan kerajaan Inggeris, jalan raya dibaiki. Tuan punya ladang-ladang getah dan kelapa sawit telah berusaha membaiki jalan raya di ladang-ladang mereka. Banyak tempat perhentian dari ladang-ladang dan stesen-stesen kereta api dibina. Lama-kelamaan wujud pusat perhentian dari ladang. Menjelang tahun 1900an, kereta kuda diganti oleh motokar. Kemunculan motokar telah merubah cara hidup masyarakat. Sistem pengangkutan darat di Malaysia meningkat secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat.

1 Nama Pensyarah

: MOHD NAZRI BIN HASSAN

NORIZAM BIN JAAMAN 820917015719002 HBSC4103 Teaching Science for Lower Secondary III

1.2.1.1 Sejarah Pengangkutan Kereta Api Kemunculan kereta api pada awal tahun 1800an menandakan satu revolusi dalam bidang pengangkutan. Buat pertama kali dengan adanya "jalan besi" orang ramai dapat membuat perjalanan jauh dalam keadaan yang agak selesa, selamat dan cepat. Pengangkutan kereta api ada banyak kelebihannya. Geseran antara roda dan landasan keluli amat kurang. Oleh itu, kereta api dapat mengangkut beban yang besar lagi berat, serta bilangan penumpang atau barang angkut yang banyak tanpa menggunakan banyak bahan api. Pengangkutan kereta api yang terawal di Tanah Melayu ialah di Perak iaitu di antara Taiping dan Kuala Sepetang. Pembukaan landasan ini adalah pada 1 Jun 1885. Stesen Kereta Api Taiping ini terletak di padang Sekolah King Edward VII. Kuala Sepetang dinamakan Port Weld oleh Inggeris. Stesen ini merupakan stesen pelabuhan yang pertama. Di negeri Kedah, usaha untuk membina landasan kereta api yang pertama berlaku agak lewat jika dibandingkan dengan perkembangan yang dicapai oleh negeri-negeri lain di Tanah Melayu seperti Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang. Usaha serta perbincangan untuk membina landasan kereta api yang pertama di negeri Kedah bermula pada penghujung bulan November, 1893 di "British Foreign Office" di London. Menjelang akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, didapati bahawa terdapat perkembangan yang agak menggalakkan di dalam aktiviti pertanian dan perlombongan bijih timah di Kedah. Di samping itu, terdapat juga perkembangan perdagangan yang agak menggalakkan di antara negeri Kedah dengan Pulau Pinang yang sudahpun menjadi Koloni Inggeris. Namun begitu negeri Kedah telah mengalami satu proses yang agak unik dan berbeza dengan latarbelakang negeri lain. Sebelum negeri Kedah masuk di bawah naungan Kerajaan Inggeris, beberapa kontroversi pertelingkahan telah timbul bersabit dengan cadangan untuk membina jalan kereta api di negeri Kedah di antara Kerajaan Siam dengan pihak Inggeris di Tanah Melayu, hingga membawa kepada kegagalan cadangan untuk membina jalan kereta api dari Bukit Mertajam ke Kulim. Justeru dengan termetrinya perjanjian Inggeris-Siam tahun 1909, apabila kerajaan Siam menyerahkan negeri Kedah kepada pihak Inggeris, barulah kerajaan Inggeris di Tanah Melayu benar-benar mengambil inisiatif untuk membina landasan kereta api di Kedah. Kerja-kerja pembinaan jalan kereta api dari Bukit Mertajam ke Alor Setar telah bermula pada penghujung tahun 1912, dan dibuka dengan rasminya untuk kegunaan pengangkutan dan penumpang pada tahun 1915. Pembukaan jalan kereta api dari Bukit Mertajam ke Alor Setar

2 Nama Pensyarah

: MOHD NAZRI BIN HASSAN

NORIZAM BIN JAAMAN 820917015719002 HBSC4103 Teaching Science for Lower Secondary III

telah mencetuskan satu perkembangan baru dalam era sistem pengangkutan dan perhubungan di negeri Kedah. 1.2.2 PENGANGKUTAN UDARA

Pengangkutan udara adalah cara yang paling pantas. Pesawat terbang mampu membawa lebih banyak penumpang dan empat kali lebih cepat daripada kereta api yang paling laju. Penerbangan bermula daripada penggunaan belon dan kapal udara, tetapi kini kapal terbang menguasai ruang udara. Wright bersaudara menerbangkan kapal pertama dalam tahun 1903. Meskipun penerbangan itu cuma selama 12 saat dan sejauh 37 meter serta lajunya Cuma sepantas larian kuda, peristiwa tersebut merupakan titik tolak bagi manusia ke arah menguasai udara. 1.2.2.1 Sejarah Awal Penubuhan lapangan Terbang Di Kedah Lapangan terbang ini terletak di tengah-tengah sawah Kepala Batas, kira-kira 14 km dari pusat bandar Alor Setar. Ia telah dibina pada tahun 1927 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Kedah semasa pemerintahan Inggeris pada masa itu ialah Royal Air Force (RAF). Tinjauan telah dibuat oleh RAF dengan menggunakan kapal terbang khas bagi mencari lokasi sesuai. Akhirnya Kepala Batas telah dipilih sebagai lokasi yang strategik. Kerja pembinaan lapangan terbang ini memakan masa lebih kurang dua tahun dan selesai proses pembinaanya pada tahun 1929. Buat pertama kalinya pada tahun yang sama sebuah pesawat kecil yang mempunyai satu tempat duduk kepunyaan seorang Eropah iaitu Sir Charles Kingford Smith telah singgah di situ. Beliau merupakan seorang juruterbang terkemuka yang dalam satu penerbangan dari England menuju ke Australia telah mencecah rekod penerbangan dalan bahagian jarak penerbangan paling jauh dalam penerbangan (pada masa itu landasan yang digunakan adalah landasan rumput). Royal Dutch Airline (KLM) merupakan sebuah syarikat penerbangan Belanda, mula menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 1924 dengan mengarahkan pesawat Fokker F27 tiga kipas (Trimotors) yang membawa barangan pos singgah di Kepala Batas. Selepas itu penerbangan British Imperial Airways dari London ke Australia turut menggunakan lapangan terbang ini. Dalam tahun 1931, Will Rigers, seorang pelakon filem yang masyur bermalam di Alor Setar kerana menunggu pesawat KLM ke Bangkok.

3 Nama Pensyarah

: MOHD NAZRI BIN HASSAN

NORIZAM BIN JAAMAN 820917015719002 HBSC4103 Teaching Science for Lower Secondary III

Apabila Pulau Pinang menyiapkan landasan yang lebih baik di Bayan Lepas dalam tahun 1936, KLM dan Imperial Airways singgah di sana dan tidak datang ke Alor Setar lagi. RAF atau Tentera Udara DiRaja British mengambil alih lapangan terbang ini sebagai Pangkalan Udara Utara Malaysia. RAF menempatkan kapal-kapal jenis Blenheims dan Buffaloes di sini. Jepun telah menawan lapangan terbang ini dalam tahun 1941 dan membina satu landasan. Jepun menggunakan lapangan terbang ini mengangkut bala tenteranya ke Selatan Semenanjung untuk menjatuhkan Singapura. Selepas perang RAF menggunakan lapangan terbang ini semula dan berusaha memanjangkan landasannya menjadi 1200 ela. Sebuah menara kawalan dibina dan lapangan terbang ini dilengkapi dengan peralatan radio-telefon. Kawasan lapangan terbang ini diperluaskan lagi dan RAF berserta JKR telah membaiki keadaan landasan dan kawasannya sehingga sesuai disinggahi oleh kapal-kapal terbang besar. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, RAF menyerahkan lapangan terbang Alor Setar kepada Kerajaan Malaysia. Selepas itu hanya kapal terbang Malaysian Airways (MSA) yang membuat penerbangan di sini. Dalam bulan September 1964, Tentera Udara Di Raja Malaysia membuka Sekolah Latihan Terbang di Kepala Batas dan tempat ini menjadi sibuk dengan kapal terbang kecil Provos berjentera satu. Dalam tahun 1980, lapangan terbang ini mempunyai terminal baru yang lebih selesa dan landasannya diperpanjang sehingga 1500 ela. Terminal baru ini dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah dan mengistiharkan lapangan terbang ini sebagai Lapangan Terbang Sulan Abdul Halim. Sejarah penerbangan Malaysia telah bermula sejak tahun 1937. Pada masa itu, terdapat sebuah syarikat penerbangan yang dikenali sebagai Malayan Airways Ltd. (MAL). Walaupun penubuhannya pada tahun 1937 tetapi MAL hanya mula memberikan khidmat pengangkutan awamnya pada tahun 1947, iaitu pada tahun selepas penubuhannya. Keadaan ini disebabkan oleh Perang Dunia Kedua atau Perang Jepun. Malayan Airways pada mulanya menawarkan khidmat tiga kali seminggu melalui laluan Singapura-Kuala Lumpur-Ipoh-Pulau Pinang. Pesawat pertamanya ialah Air Speed Consul UR - Sap. Pesawat ini dipandu oleh Kapten E. Woodeow, seorang rakyat Kanada. Permintaan terhadap khidmat penerbangan pada masa itu terus meningkat. Malayan Airways terpaksa menambah pesawat-pesawatnya untuk membawa lebih ramai penumpang. Antara tahun 1947 dan 1948, syarikat tersebut telah membeli tujuh buah pesawat jenis Douglas Commercial 3. Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963. Nama Malayan Airways ditukarkan

4 Nama Pensyarah

: MOHD NAZRI BIN HASSAN

NORIZAM BIN JAAMAN 820917015719002 HBSC4103 Teaching Science for Lower Secondary III

kepada Malaysia Airways. Namun begitu, syarikat penerbangan kebanggaan negara ini masih menggunakan singkatan asal, MAL. Tarikh sebenar permulaan syarikat penerbangan nasional ialah bulan Mac 1917. Singapura dan Malaysia memiliki syarikat penerbangan berasingan selepas tarikh itu. Malaysia Airways System ditubuhkan pada April 1917. Pada mulanya singkatan MAL digunakan, kemudian ditukar kepada MAS iaitu Malaysian Airlines System. Singkatan MAS tidak melambangkan negara Malaysia. Oleh itu, pada Oktober 1972, MAS dinamakan semula sebagai Malaysia Airlines atau Syarikat Penerbangan Malaysia. 1.2.3 PENGANGKUTAN AIR

Pada zaman dahulu, penempatan manusia terletak di pinggir laut atau sungai. Hal ini disebabkan manusia memerlukan air untuk kegunaan harian dan bercucuk tanam. Kemudian, sungai dan laut dijadikan jalan perhubungan yang dikenali sebagai jalan air. Di negara kita, keadaan yang sama berlaku. Bandar-bandar yang awal kebanyakannya terbina di pinggir laut atau di muara-muara sungai. Semua masyarakat di dunia menggunakan jalan air. Sejak dari zaman dahulu kala lagi jalan air telah menjadi jalan utama. Pengangkutan air merupakan pengangkutan kedua terpenting selepas pengangkutan darat. Nenek moyang kita telah menggunakan jalan air ini untuk berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan alat pengangkutan purba. Jalan air yang paling popular digunakan pada zaman dahulu ialah sungai. Sungai-sungai ini berperanan menghubungkan kawasan hulu dan hilir. Orang Melayu pada zaman dahulu menggunakan rakit, perahu dan sampan. Mereka akan berdagang ke kawasan-kawasan lain menggunakan sampan dan rakit. Mereka menghilir ke muara-muara sungai yang besar. Orang Melayu zaman dahulu akan menjual barangan mereka kepada pedagang-pedagang di muara-muara sungai tersebut. Di antara alat pengangkutan air yang dicipta oleh orang zaman dahulu ialah rakit. Rakit masih digunakan sehingga ke hari ini di daerah-daerah pedalaman. Seterusnya pengangkutan yang lebih sempurna daripada rakit ialah perahu. Perahu dibuat daripada kayu cengal. Kayu cengal diperolehi di kawasan hutan hujan tropika. Di negara ini terdapat perahu-perahu seperti Perahu Payang, Perahu Kolek, Kolek Gelibat, Kolek Kueh, Perahu Bedor, Perahu Dogol dan Perahu Jalaror. Kesimpulannya dengan menggunakan kudratnya manusia tidak berupaya bergerak pantas ataupun mengangkut barang-barang berat meliputi jarak yang jauh. Untuk mengatasi kekurangan ini, manusia telah berusaha mencipta kaedah-kaedah mekanikal hingga mereka dapat menjelajah jauh di daratan, merentasi lautan dan merentasi udara.

5 Nama Pensyarah

: MOHD NAZRI BIN HASSAN

NORIZAM BIN JAAMAN 820917015719002 HBSC4103 Teaching Science for Lower Secondary III

Titik tolak yang membolehkan manusia berbuat begitu bermula sejak terciptanya roda dan kapal layar. Kedua-dua ciptaan tersebut telah dibuat 5,500 tahun yang lalu. Namun revolusi pengangkutan sebenarnya hanya bermula sejak tahun 1800an setelah enjin dipasang pada kenderaan darat dan kapal. 1.3 PEMBANGUNAN PENGANGKUTAN DI MALAYSIA Pada masa ini, pengangkutan di Malaysia dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan. Agensi ini bertanggungjawab ke atas pengangkutan darat, jalan keretapi, laluan air dan laluan udara. Oleh itu, sistem pengangkutan darat, air dan udara yang moden amat penting bagi tujuan perhubungan. Antara contoh pengangkutan moden yang terdapat di Malaysia ialah monorel, komuter, kapal terbang serta kapal laut. Kemajuan pengangkutan moden di Malaysia membawa pelbagai kepentingan kepada negara. Pengangkutan moden menjadikan perjalanan yang dilakukan lebih mudah dan cepat. Hal ini kerana pengangkutan moden tidak menggunakan sistem jalan raya biasa. Melalui pengangkutan moden seperti monorel dan komuter, masyarakat tidak lagi menghadapi masalah kesesakan jalan raya. Sebagai contoh, pengguna dari Seremban dapat sampai dengan lebih cepat ke Kuala Lumpur dengan menggunakan perkhidmatan komuter. Jelas bahawa pengangkutan moden dapat menjimatkan masa sesuatu perjalanan. Selain itu, pengangkutan moden amat penting untuk kita pergi ke sesuatu tempat yang jauh. Hal ini kerana pengangkutan moden dengan teknologi canggih berupaya bergerak dengan pantas. Di samping itu, masyarakat juga dapat merancang perjalanan dengan mengikut jadual. Sebagai contoh, mereka yang menunaikan fardhu haji di Mekah mengambil masa yang singkat untuk pergi ke sana. Justeru, masyarakat dapat mengurangkan masalah yang dihadapi sebelum terciptanya pengangkutan moden. Di samping itu, pengangkutan moden dapat memajukan ekonomi negara. Hal ini kerana dengan menggunakan pengangkutan moden kuantiti barangan yang dapat dibawa lebih banyak. Kos pengangkutan juga dapat dijimatkan kerana barangan tidak perlu diangkut berulang kali. Sebagai contoh, dengan menggunakan kapal laut kita dapat membawa muatan dengan jumlah yang besar. Jelas bahawa pengangkutan moden dapat memudahkan proses perniagaan sama ada di dalam atau di luar negara. Seterusnya, pengangkutan moden dapat memajukan industri sektor pelancongan di negara kita. Para pelancong boleh menggunakan sistem pengangkutan moden ini untuk pergi ke banyak destinasi pelancongan. Mereka tidak lagi berhadapan dengan masalah pengangkutan untuk pergi ke kawasan pulau dan tanah tinggi. Sebagai contoh, para

6 Nama Pensyarah

: MOHD NAZRI BIN HASSAN

NORIZAM BIN JAAMAN 820917015719002 HBSC4103 Teaching Science for Lower Secondary III

pelancong boleh menggunakan perkhidmatan feri atau kapal terbang untuk pergi ke Pulau Langkawi. Kesimpulannya, kebaikan sistem pengangkutan darat, air dan udara yang moden dapat meningkatkan taraf hidup, keselesaan dapat dikurangkan pengguna, sekiranya memajukan aktiviti pelancongan, mengamalkan perkongsian kereta, kesesakan lalulintas

menjimatkan masa atau tempoh sesuatu perjalanan, mewujudkan landskap yang menarik dan memudahkan pergerakan pengguna. Di samping itu juga, terdapat juga keburukan iaitu meningkatkan kemalangan, mencemarkan alam sekitar, tanah runtuh, kepupusan flora dan fauna Terbukti bahawa pengangkutan darat, air dan udara memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi di Malaysia. Kesimpulannya, kemajuan pengangkutan moden memberikan pelbagai manfaat kepada masyarakat dan negara. Rakyat Malaysia harus memberikan sokongan kepada kerajaan dan pihak swasta dalam usaha memajukan pengangkutan moden agar negara dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Tindakan ini penting bagi membantu negara mencapai tahap negara maju pada tahun 2020.

1.4 GAMBAR-GAMBAR JENIS PENGANGKUTAN YANG DIGUNAKAN DALAM

TEMPOH MASA YANG TERTENTU

Orang zaman dahulu menggunakan binatang sebagai alat pengangkutan mereka mengikut jalan denai, maka terhasil beberapa sistem pengangkutan darat yang terawal sehinggalah kini. Antaranya ialah menggunakan tenaga, roda, haiwan tunggangan, enjin, gabungan binatang dan roda.

7 Nama Pensyarah

: MOHD NAZRI BIN HASSAN

NORIZAM BIN JAAMAN 820917015719002 HBSC4103 Teaching Science for Lower Secondary III

Kereta kuda yang digunakan Basikal atau lebih dikenali Lambretta yang digunakan sekitar untuk membawa penumpang sebagai pada masa dahulu. digunakan 1960an. Gherek sekitar Tua tahun 1960an agak popular di tahun kalangan muda mudi zaman itu.

Rolls-Royce adalah motokar Proton Saga kereta Nasional Kereta masa kini dan akan datang pertama Britain yang pada dikeluarkan Malaysia tahun merupakan kereta yang lebih canggih dan menarik. 1909. pertama di antara 30 buah Mengikut perubahan semasa serta

Kereta yang digunakan oleh kereta yang telah dikeluarkan. kehendak pembeli dan pemilik YTM Tunku Abdul Rahman Kereta ini telah disiapkan pada kereta. Al-Haj, Perdana Menteri hari Khamis 18 April 1985 jam 2.30 petang. Malaysia Pertama.

8 Nama Pensyarah

: MOHD NAZRI BIN HASSAN

NORIZAM BIN JAAMAN 820917015719002 HBSC4103 Teaching Science for Lower Secondary III

Lokomotif Wap (No.53101) KTMB yang digunakan hingga Pengangkutan moden seperti Putra Lokomotif ini telah mula sekarang untuk pengangkutan LRT, Monorel, Star LRT dan digunakan dalam tahun 1921 menghubungkan pantai barat Komuter. oleh kereta api Negeri-Negeri dan pantai timur serta utara dan Melayu dalam bulan selatan semenanjung Malaysia. November 1969.

Kapal Terbang Jet Tebuan Malaysia 1946.

Airways

System

ditubuhkan

pada

April

1917.

yang digunakan pada tahun Pengangkutan moden amat penting untuk kita pergi ke sesuatu tempat yang jauh. Hal ini kerana pengangkutan moden dengan teknologi canggih berupaya bergerak dengan pantas.

Orang Melayu pada zaman Gambar

menunjukan Dengan menggunakan kapal laut dapat membawa muatan moden proses dengan jumlah yang besar. Jelas bahawa dapat pengangkutan memudahkan

dahulu menggunakan rakit, penggunaan sampan dan perahu kita perahu dan sampan. Mereka di sekitar tahun 1960an. akan berdagang ke kawasankawasan lain menggunakan sampan dan rakit.

perniagaan sama ada di dalam atau di luar negara.

9 Nama Pensyarah

: MOHD NAZRI BIN HASSAN

NORIZAM BIN JAAMAN 820917015719002 HBSC4103 Teaching Science for Lower Secondary III

2.1 LEMBARAN KERJA Nama:________________________________________ Tingkatan: ____________________________________ Jawab soalan dibawah. 1. Nyatakan jenis-jenis pengangkutan di Malaysia. ______________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ 2. Senaraikan dua kebaikan pembangunan pengangkutan di Malaysia. ______________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ 3. Senaraikan dua keburukan pembangunan pengangkutan di Malaysia. ______________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 4. Berikan contoh yang kamu tahu tentang kebaikan pengangkutan udara di Malaysia. ______________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ 5. Lukiskan gambaran pengangkutan di Malaysia pada masa depan.

10 Nama Pensyarah

: MOHD NAZRI BIN HASSAN

NORIZAM BIN JAAMAN 820917015719002 HBSC4103 Teaching Science for Lower Secondary III

3.1 EKSPERIMEN YANG DIJALANKAN Tujuan: Untuk mengkaji hubungkait urat daya magnet dengan kekuatan medan magnet. Radas: Kompas, kaki retot, kadbod dan bekalan kuasa. Bahan: Serbuk besi, wayar tembaga lurus dan wayar penyambung Prosedur:
1. Radas seperti Rajah 3.1.1 disediakan

Rajah 3.1.1 2. Serbuk besi ditabur sama rata di atas kadbod 3. Bekalan kuasa dihidupkan dan kadbod diketuk perlahan-lahan dengan pen sehingga corak terbentuk. 4. Arus yang mengalir ditambah dan medan magnet diperhatikan 5. Empat kompas diletakkan disekliling wayar dan arah jarum kompas diperhatikan. 6. Arah pengaliran arus dibalikkan dan arah jarum kompas diperhatikan.

11 Nama Pensyarah

: MOHD NAZRI BIN HASSAN

NORIZAM BIN JAAMAN 820917015719002 HBSC4103 Teaching Science for Lower Secondary III

3.2 LAPORAN EKSPERIMEN Tujuan: Untuk mengkaji hubungkait urat daya magnet dengan kekuatan medan magnet. Radas: Kompas, kaki retot, kadbod dan kuasa bateri. Bahan: Serbuk besi, wayar tembaga lurus dan wayar penyambung Langkah-langkah:
1. Radas seperti Rajah 3.1.1 disediakan.

Rajah 3.1.1 2. Serbuk besi ditabur sama rata di atas kadbod 3. Bekalan kuasa dihidupkan dan kadbod diketuk perlahan-lahan dengan pen sehingga corak terbentuk. 4. Arus yang mengalir ditambah dan medan magnet diperhatikan 5. Empat kompas diletakkan disekliling wayar dan arah jarum kompas diperhatikan. 6. Arah pengaliran arus dibalikkan dan arah jarum kompas diperhatikan. Pemerhatian

12 Nama Pensyarah

: MOHD NAZRI BIN HASSAN

NORIZAM BIN JAAMAN 820917015719002 HBSC4103 Teaching Science for Lower Secondary III

Rajah 3.1.2 (a) corak serbuk besi (b) Arah medan magnet. 1. Serbuk besi yang menunjukkan urat medan magnet membentuk bulatan sepusat di sekeliling wayar. 2. Arus yang lebih besar menghasilkan medan magnet yang lebih kuat dengan urat medan magnet yang lebih rapat yang tidak bersilang secara satu sama lain. 3. Empat kompas menunjukkan arah medan magnet. 4. Apabila arah arus dibalikkan, arah medan magnet turut terbalik. 5. Walau bagaimanapun, corak bulatan sepusat (medan magnet) tidak berubah apabila arah arus dibalikkan. Kesimpulan 1. Medan magnet yang terhasil daripada wayar lurus mempunyai ciri-ciri berikut: (a) Urat medan magnet membentuk bulatan sepusat dengan wayar ditengahnya. (b) Medan magnet yang lebih kuat terhasil apabila arus yang besar mengalir. (c) Medan magnet adalah dalam arah ikut jam apabila arus mengalir dari atas ke bawah kadbod. (d) Medan magnet adalah dalam arah lawan jam apabila arus mengalir dari bawah ke atas kadbod. (e) Medan adalah lebih kuat berhampiran wayar dan lemah di kawasan yang jauh daripada wayar. 2. Arah medan magnet yang dihasilkan oleh wayar lurus bergantung pada arah arus yang mengalir. 3. Arah medan magnet sekeliling wayar lurus boleh ditentukan dengan cara petua genggaman tangan kanan. 4. Untuk menggunakan petua genggaman tangan kanan, pegang wayar dengan tangan kanan. Ibu jari menunjukkan arah yang sama dengan arah arus. 5. Manakala jari yang tergenggam menunjukkan arah medan magnet.

13 Nama Pensyarah

: MOHD NAZRI BIN HASSAN

NORIZAM BIN JAAMAN 820917015719002 HBSC4103 Teaching Science for Lower Secondary III

Rajah 3.1.3 Petua Genggaman Tangan Kanan 6. Medan magnet yang lebih kuat diwakili oleh urat daya yang rapat antara satu sama lain. 7. Corak medan magnet tidak dipengaruhi oleh arah arus yang mengalir. 3.2.1 REFLEKSI Sains adalah satu bidang yang merangkumi, pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan pelajar memahami alam sekeliling mereka. Dalam menjalankan eksperimen ini, refleksi dapat membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam melaksanakan eksperimen. Kemahiran Proses Sains Kekuatan: Pelajar memahami dengan jelas kemahiran proses sains yang di serapkan di dalam eksperimen ini seperti memerhati, mengeksperimen, mengawal pemboleh ubah. Saya dapati semua pelajar mempunyai kemahiran memerhati yang baik. Ini kerana pelajar saya dapat melihat hubungkait antara urat daya magnet dengan kekuatan medan magnet. Kelemahan : Terdapat segelintir pelajar yang tidak dapat menulis pemerhatian mereka melalui penulisan atau pernyataan. Mereka memerlukan bantuan dan bimbingan daripada guru. Oleh itu, pelajar tidak dapat menguasai kemahiran komunikasi dengan menyatakan ciri-ciri medan magnet secara lisan dengan baik. Kemahiran Manipulatif Dalam penggunaan alat Sains iaitu kompas misalnya, saya dapati keseluruhan pelajar saya dapat menggunakan kompas dengan betul untuk menentukan arah. Mereka dapat merekod

14 Nama Pensyarah

: MOHD NAZRI BIN HASSAN

NORIZAM BIN JAAMAN 820917015719002 HBSC4103 Teaching Science for Lower Secondary III

kedudukan tarikan medan magnet dengan betul. Ini bermakna Kemahiran Manipulatif pelajar saya boleh diperkembangkan lagi dengan melakukan eksperimen yang berlainan. Selain itu, pelajar juga dapat menyusun dan mengatur semula alat radas dan bahan ke tempat asal dengan selamat. Pelajar saya juga boleh mengendalikan alat radas dan menyediakan alat radas mengikut arahan dengan baik. Konsep Sains Setelah menjalankan eksperimen ini, apa yang dapat saya simpulkan ialah pelajar-pelajar dapat menguasai konsep sains dengan baik. Ini membolehkan pelajar membina pengetahuannya sendiri di samping membolehkan pelajar lebih mengingati sesuatu konsep apabila melakukan aktiviti itu sendiri jika dibandingkan dengan kaedah tradisional iaitu mendengar penjelasan guru. Sikap dan Nilai. Melalui pemerhatian saya, sikap bekerjasama di dalam kumpulan sepanjang ekpserimen dijalankan cukup bagus. Pelajar mengikut langkah-langkah dengan baik dan mendengar arahan dengan baik. Selain itu, pelajar saya mempunyai keyakinan yang tinggi dan berani mencuba sesuatu yang baru. Ini kerana tiada yang kelihatan takut mencuba dan berasa kekok semasa menjalankan eksperimen ini. Setelah saya yakinkan kepada mereka tentang cara pemegangan dan menggunakan yang betul mereka kelihatan boleh melakukan eksperimen dengan baik. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan pelaksanaan eksperimen ini. Ini kerana para pelajar menunjukkan minat yang tinggi terhadap kaedah eksperimen semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains dijalankan. Di samping itu, saya dapati pelajar lebih berminat dan lebih memahami konsep sains kerana di dalam eksperimen, kebanyakan kemahiran di dalam proses sains telah dialami sendiri oleh pelajar. 3.2.2 STRATEGI YANG DIGUNAKAN. Bagi memperkenalkan konsep sains di atas kepada pelajar saya yang seramai 30 orang bilangan pelajar merupakan satu pengajaran yang agak sukar bagi saya. Tambahan pula, pelajar saya terdiri daripada pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran yang lemah dan sederhana. Namun begitu, saya berusaha untuk memastikan penyampaian tentang konsep boleh difahami oleh semua pelajar saya.

15 Nama Pensyarah

: MOHD NAZRI BIN HASSAN

NORIZAM BIN JAAMAN 820917015719002 HBSC4103 Teaching Science for Lower Secondary III

Saya mendapati kesemua pelajar saya tidak tahu dan tidak memahami tentang kesemua konsep sebelum menjalankan eksperimen. Apabila ditanya maksud bagi setiap konsep, didapati kesemua pelajar saya tidak tahu akan maksud istilah-istilah Sains ini. Ini disebabkan mereka kurang melakukan ulangkaji dan pembacaan di rumah. Oleh itu, saya mengambil langkah dengan menyediakan nota ringkas bagi memudahkan pelajar memahami dan mengulangkaji pelajaran dengan mudah. Sebelum saya merancang menjalankan eksperimen, saya telah menyediakan lembaran nota untuk diedarkan kepada setiap orang pelajar saya. Saya telah menyediakan nota tentang isi-isi pelajaran untuk pembacaan kesemua pelajar. Bagi memudahkan pemahaman mereka, saya telah menyediakan nota tersebut dalam bentuk penerangan yang ringkas dan padat. Dalam penerangan isi juga, saya turut menyertakan beberapa gambar rajah selepas penerangan. Ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit gambaran kepada para pelajar dalam pembacaan mereka. Jadi, pada saya dengan adanya lembaran nota yang saya sediakan merupakan langkah yang baik bagi menggalakkan pelajar membaca isi kandungan sebelum eksperimen dijalankan. Berdasarkan soalan temu bual yang telah saya sediakan, saya mendapati 98% pelajar menjawab tidak betul. Pengetahuan mereka begitu cetek tentang konsep-konsep yang akan saya ajarkan pada mereka. Walaupun soalan temubual yang diberikan adalah ringkas dan mudah, namun nampaknya mereka tidak dapat menjawab dengan baik. Bagi mempertingkatkan pengetahuan para pelajar saya, saya telah menjalankan eksperimen secara berkumpulan. Saya telah membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan kecil. Setiap kumpulan seramai 6 orang pelajar. Saya telah menyediakan alatan Sains yang diperlukan. Kemudian, saya telah memberi arahan dan demonstrasi kepada setiap kumpulan. Di samping itu, saya telah menyediakan lembaran langkah-langkah menjalankan eksperimen berserta gambar. Justeru, bimbingan dari masa ke semasa telah saya berikan bagi memastikan pelajar melakukan eksperimen dengan betul. Akhirnya, semua pelajar dapat menjalankan kesemua eksperimen. Pada akhir aktiviti ini, saya telah membuat perbincangan tentang keputusan setiap eksperimen. Pada peringkat perbincangan, saya dapati beberapa orang pelajar masih memerlukan bimbingan untuk membuat keputusan. Mereka tidak tahu bagaimana hendak menulis keputusan dan kesimpulan eksperimen yang telah dijalankan. Selepas perbincangan diadakan, saya telah memilih beberapa orang pelajar dalam setiap kumpulan untuk sesi temubual. Setelah menjalankan eksperimen, apa yang saya perolehi ialah ramai pelajar saya dapat menerima atau memahami konsep-konsep yang diajar dengan jelas. Ini

16 Nama Pensyarah

: MOHD NAZRI BIN HASSAN

NORIZAM BIN JAAMAN 820917015719002 HBSC4103 Teaching Science for Lower Secondary III

membuktikan dengan menjalankan eksperimen pelajar-pelajar akan mudah memahami sesuatu konsep sains yang dipelajari.

4.0 RUJUKAN Audrey M.A.L & Loh Suet Ling. (2008). Complete Teks & Guide Billingual Science Form 3, Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd. Brigitte Coppin. (1995). Pengangkutan Dahulu dan Sekarang, Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. Lee Soon Ching & Ng Che Kin. (2000). Rujukan Lengkap Era 2000 Sains PMR Tingkatan 1, 2 & 3. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Noorzihan Mohamed Yin. (2008). Sistem Pengangkutan Awam Menjana Pembangunan Negara. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Wan Noor Azmi Wan Mohd Nor. (2008). Teks & Rujukan Lengkap Geografi PMR. Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd. Laman web (Muat turun pada 29 dan 30.11.2011) http://www.yadim.com.my/Ekonomi/EkonomiFull.asp?Id=174 http://www.memori-kedah.com/ http://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant %20Topics/IndustryInMalaysia/Business/Transport/Pages/Transport.aspx http://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant%20Topics/Transport %20System/Pages/TransportSystem.aspx http://www.kkr.gov.my/\ http://www.scribd.com/doc/7212135/Mengkaji-kepentingan-sistem-jaringan-pengangkutan-dibandar-baru-seri-petaling http://upsr.net/show.php? n=72349&nS=16056&t=Kepentingan_Pengangkutan_Moden_by_Vaigeeshri.html http://books.google.com.my/books? id=BuR69DW2OyIC&pg=PA306&dq=kekuatan+medan+magnet&hl=en&ei=wb_bTvPHPIbL rQfRrYz0DQ&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CD0Q6AEwAA#v=onepa ge&q=kekuatan%20medan%20magnet&f=false

17 Nama Pensyarah

: MOHD NAZRI BIN HASSAN

Anda mungkin juga menyukai