Anda di halaman 1dari 12

RENCANA: ISU KESTABILAN KENDERAAN Oleh: Aifa Farhana bt Zairuni

Sejarah Pengangkutan Darat Pengangkutan darat merupakan salah satu pengangkutan yang terpenting di dunia. Sistem pengangkutan darat di Malaysia meningkat secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Pengangkutan darat di Malaysia berkait rapat dengan keadaan muka bumi. Pada zaman dahulu, orang berjalan kaki untuk pergi menguruskan segala urusan seharian mereka. Mereka akan membuat laluan untuk ke sungai-sungai atau ke mana-mana sahaja. Akhirnya laluan tersebut terhasil. Laluan tersebut dikenali dengan nama jalan denai. Laluan denai ini bukan setakat dilalui oleh pejalan kaki tetapi juga dilalui oleh binatang. Orang zaman dahulu menggunakan binatang sebagai alat pengangkutan mereka. Binatang-binatang dipelihara dan digunakan untuk mengangkut barang-barang. Binatang-binatang tersebut ialah gajah, lembu, kuda dan kerbau. Bagaimanapun bagi mengurangkan beban yang terpaksa di bawa, terhasil beberapa sistem pengangkutan darat yang terawal sehinggalah kini. Antaranya ialah: 1. Menggunakan tenaga 2. Roda 3. Haiwan tunggangan 4. Gabungan binatang dan roda 5. Enjin Tanah Melayu mula membangun dengan berkembangnya kegiatan ekonomi. Kerjakerja membaiki jalan darat dilakukan dalam tahun 1870an. Bermula dari situ jalan denai menjadi jalan yang penting. Apabila kawasan lombong bijih banyak dibuka, lebih banyak kenderaan diperlukan untuk membawa hasil tersebut dari kawasan lombong ke stesen kereta api. Semasa pemerintahan kerajaan Inggeris, jalan raya dibaiki. Tuan punya ladang-ladang getah dan kelapa sawit telah berusaha membaiki jalan raya di

ladang-ladang mereka. Banyak tempat perhentian dari ladang-ladang dan stesenstesen kereta api dibina. Lama-kelamaan wujud pusat perhentian dari ladang. Kemunculan kereta api pada awal tahun 1800an menandakan satu revolusi dalam bidang pengangkutan. Buat pertama kali dengan adanya "jalan besi" orang ramai dapat membuat perjalanan jauh dalam keadaan yang agak selesa, selamat dan cepat. Pengangkutan kereta api ada banyak kelebihannya. Geseran antara roda dan landasan keluli amat kurang. Oleh itu, kereta api dapat mengangkut beban yang besar lagi berat, serta bilangan penumpang atau barang angkut yang banyak tanpa menggunakan banyak bahan api. Pengangkutan kereta api yang terawal di Tanah Melayu ialah di Perak iaitu di antara Taiping dan Kuala Sepetang. Pembukaan landasan ini adalah pada 1 Jun 1885. Stesen Kereta Api Taiping ini terletak di padang Sekolah King Edward VII. Kuala Sepetang dinamakan Port Weld oleh Inggeris. Stesen ini merupakan stesen pelabuhan yang pertama. Di negeri Kedah, usaha untuk membina landasan kereta api yang pertama berlaku agak lewat jika dibandingkan dengan perkembangan yang dicapai oleh negeri-negeri lain di Tanah Melayu seperti Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang. Usaha serta perbincangan untuk membina landasan kereta api yang pertama di negeri Kedah bermula pada penghujung bulan November, 1893 di "British Foreign Office" di London. Menjelang akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, didapati bahawa terdapat perkembangan yang agak menggalakkan di dalam aktiviti pertanian dan perlombongan bijih timah di Kedah. Di samping itu, terdapat juga perkembangan perdagangan yang agak menggalakkan di antara negeri Kedah dengan Pulau Pinang yang sudahpun menjadi Koloni Inggeris. Perbincangan serta usaha untuk membina landasan kereta api yang pertama di negeri Kedah bermula pada penghujung bulan November, 1893 di British Foreign Office di London. Mr R.W.Perks, M.P. telah mengadakan pertemuan dengan Sir Edward Gray,

Setiausaha Sulit Hal Ehwal Kerjaan Inggeris berhubung dengan perkara di atas. Mr R.W.Perks mewakili "Malay Konsesi" yang diluluskan oleh kerajaan Siam pada bulan Mac 1891 kepada Mr. Charles Dunlop untuk membina jalan kereta api sejauh 80 batu dari Singgora di bahagian pantai timur ke Kota Setar. Di samping itu, Dunlop juga meminta kebenaran kepada pejabat Hal Ehwal Luar Kerajaan Inggeris untuk menyambung landasan kereta api Pulau Pinang. Seterusnya Dunlop juga bercadang untuk meminta kebenaran membina satu lagi landasan cabang dari Kulim ke Selama (sempadan Kedah-Perak). Namun begitu negeri Kedah telah mengalami satu proses yang agak unik dan berbeza dengan latar belakang negeri lain. Sebelum negeri Kedah masuk di bawah naungan Kerajaan Inggeris, beberapa kontroversi pertelingkahan telah timbul bersabit dengan cadangan untuk membina jalan kereta api di negeri Kedah di antara Kerajaan Siam dengan pihak Inggeris di Tanah Melayu, hingga membawa kepada kegagalan cadangan untuk membina jalan kereta api dari Bukit Mertajam ke Kulim. Justeru dengan termetrinya perjanjian Inggeris-Siam tahun 1909, apabila kerajaan Siam menyerahkan negeri Kedah kepada pihak Inggeris, barulah kerajaan Inggeris di Tanah Melayu benar-benar mengambil inisiatif untuk membina landasan kereta api di Kedah. Kerja-kerja pembinaan jalan kereta api dari Bukit Mertajam ke Alor Setar telah bermula pada penghujung tahun 1912, dan dibuka dengan rasminya untuk kegunaan pengangkutan dan penumpang pada tahun 1915. Pembukaan jalan kereta api dari Bukit Mertajam ke Alor Setar telah mencetuskan satu perkembangan baru dalam era sistem pengangkutan dan perhubungan di negeri Kedah.
Lokomotif Wap (No. 32101) Lokomotif kelas "T" ini adalah satu dari lima enjin bertangki kecil yang dibina oleh W.G. Bagnall Limited of England dalam tahun 1927. Lokomotif-lokomotif tersebut dengan "PlatesFrame" dan gerabak kuda merupakan enjinenjin yang pertama buatan British yang mempunyai tempat membakar yang dibuat dari besi (Steel Fireboxes) dan merupakan yang pertama juga di bawa masuk untuk kegunaan kereta api NegeriNegeri Melayu Bersekutu dalam tahun 1929. Lokomotif ini telah digunakan untuk perkhidmatan pelabuhan dan telah berpengkalan di Singapura dan Port Swettenham (sekarang Pelabuhan Kelang) sehingga tahun 1964. Berat keseluruhannya ialah 31 tan dengan 1 tan minyak dan 750 gelen air.

Pada zaman dahulu, beca merupakan kenderaan Kereta kerbau yangkecil digunakan di sekitar yang sangat popular. Kini, penggunaan beca tahun 1940an untuk semakin mengangkut guni padi pupus. Terdapat sebilangan kecil sahaja oleh para petani. pengguna yang masih menggunakannya untuk tujuan tertentu.

Basikal atau lebih dikenali sebagai Gherek Tua digunakan sekitar tahun 1960an. Basikal adalah ciptaan untuk pengangkutan mekanikal yang paling berkesan. Tidak perlu diisi minyak, mudah ditunggang dan hanya perlukan sedikit perniagaan. Rekabentuk basikal telah kekal seperti asalnya, tanpa banyak perubahan sejak dicipta satu abad dahulu.

Rolls-Royce adalah motokar pertama yang dikeluarkan Britain pada tahun 1909. Kereta ini mempunyai rekabentuk yang panjang dan mampat. Kereta yang digunakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama. Akhir sekali, kereta ini digunakan sebagai kereta khas untuk membawa Duta-Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Asing ke Istana Negara untuk menyerahkan surat tauliah mereka kepada Seri Paduka Baginda yang DiPertuan Agong sebelum diserahkan kepada Muzium Negara oleh Jabatan Kerja Raya.

Sejarah Pengangkutan Udara Pengangkutan udara pula masih terlalu awal jika dibandingkan pengangkutan lain. Pengangkutan ini mempunyai sejarah yang cukup menarik kerana jangkamasa yang diperlukan amat panjang iaitu sebelum tahun masihi lagi untuk menghasilkannya. Pengangkutan udara adalah cara yang paling pantas. Pesawat terbang mampu membawa lebih banyak penumpang dan empat kali lebih cepat daripada kereta api yang paling laju. Penerbangan bermula daripada penggunaan belon dan kapal udara, tetapi kini kapal terbang menguasai ruang udara. Wright bersaudara menerbangkan kapal pertama dalam tahun 1903. Meskipun penerbangan itu cuma selama 12 saat dan sejauh 37 meter serta lajunya Cuma sepantas larian kuda, peristiwa tersebut merupakan titik tolak bagi manusia ke arah menguasai udara. Kini kapal terbang mengelilingi udara tanpa henti dan pada kelajuan beberapa kali ganda kelajuan bunyi.

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Royal Air Foce (RAF) menyerahkan lapangan terbang Alor Setar kepada kerajaan Malaysia. Selepas itu kapal terbang Malaysia Airways (MSA) membuat penerbangan di lapangan terbang Sultan Abdul Halim.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, membolehkan kapal-kapal terbang jenis DC2 dan lain-lain pesawat besar singgah di sini, kerajan telah menambak dan menurap dengan aspal satu landasan selebar 60 kaki dan panjang 900 ela dalam tahun 1935.

Sejarah Pengangkutan Air Pada zaman dahulu, penempatan manusia terletak di pinggir laut atau sungai. Hal ini disebabkan manusia memerlukan air untuk kegunaan harian dan bercucuk tanam. Kemudian, sungai dan laut dijadikan jalan perhubungan yang dikenali sebagai jalan air. Di negara kita, keadaan yang sama berlaku. Bandar-bandar yang awal kebanyakannya terbina di pinggir laut atau di muara-muara sungai. Semua masyarakat di dunia menggunakan jalan air. Sejak dari zaman dahulu kala lagi jalan air telah menjadi jalan utama. Pengangkutan air merupakan pengangkutan kedua terpenting selepas pengangkutan darat. Nenek moyang kita telah menggunakan jalan air ini untuk berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan alat pengangkutan purba. Jalan air yang paling popular digunakan pada zaman dahulu ialah sungai. Sungaisungai ini berperanan menghubungkan kawasan hulu dan hilir. Orang Melayu pada zaman dahulu menggunakan rakit, perahu dan sampan. Mereka akan berdagang ke kawasan-kawasan lain menggunakan sampan dan rakit. Mereka menghilir ke muara-muara sungai yang besar. Orang Melayu zaman dahulu akan menjual barangan mereka kepada pedagang-pedagang di muara-muara sungai tersebut. Di antara alat pengangkutan air yang dicipta oleh orang zaman dahulu ialah rakit. Rakit masih digunakan sehingga ke hari ini di daerah-daerah pedalaman. Seterusnya pengangkutan yang lebih sempurna daripada rakit ialah perahu. Perahu dibuat daripada kayu cengal. Kayu cengal diperolehi di kawasan hutan hujan tropika. Di negara ini terdapat perahu-perahu seperti Perahu Payang, Perahu Kolek, Kolek Gelibat, Kolek Kueh, Perahu Bedor, Perahu Dogol dan Perahu Jalaror. Sejak dahulu lagi manusia mengetahui air sebagai sumber pengangkutan yang paling mudah. Namum begitu, terdapat empat peringkat yang terpaksa dilalui sebelum penggunaan enjin diperluaskan. Antaranya:

1. Mengikut aliran sungai 2. Menggunakan tenaga 3. Tiupan angin 4. Enjin Kesimpulannya dengan menggunakan kudratnya manusia tidak berupaya bergerak pantas ataupun mengangkut barang-barang berat meliputi jarak yang jauh. Untuk mengatasi kekurangan ini, manusia telah berusaha mencipta kaedah-kaedah mekanikal hingga mereka dapat menjelajah jauh di daratan, merentasi lautan dan merentasi udara. Titik tolak yang membolehkan manusia berbuat begitu bermula sejak terciptanya roda dan kapal layar. Kedua-dua ciptaan tersebut telah dibuat 5,500 tahun yang lalu. Namun revolusi pengangkutan sebenarnya hanya bermula sejak tahun 1800an setelah enjin dipasang pada kenderaan darat dan kapal. Menjelang tahun 1900an, kereta kuda diganti oleh motokar. Kemunculan motokar telah merubah cara hidup masyarakat. Pada masa yang sama pesawat terbang juga berjaya diterbangkan, secara langsung memudahkan lagi manusia ke sana-sini di seluruh dunia. Sekarang kapal terbang yang mampu terbang dua kali ketinggian Gunung Everest dan dua kali peluru rifel dapat membawa kita meliputi jarak beribu-ribu kilometer dalam masa beberapa jam sahaja.

Seiring dengan kemajuan sains dan teknologi masa kini, kenderaan dan juga pengangkutan di Malaysia juga tidak ketinggalan mengejar kecanggihan dan menaiktaraf tahap kemajuan. Pihak kerajaan mengambil pelbagai langkah dan inisiatif dalam memilih produk dari dalam dan luar Negara yang bersesuaian dengan penggunaanya di Malaysia. Namun, isu yang kerap kali kita dilontarkan berkaitan dengan kenderaan adalah berkaitan dengan kenderaan darat yang digunakan hampir 90% penduduk di Malaysia iaitu kereta. Isu yang difokuskan adalah dalam memahami ciri-ciri keselamatannya dan cara penjagaan kereta bagi memastikan kereta dalam keadaan yang baik dan masih mengekalkan ciri yang stabil untuk digunakan. Keselamatan kereta telah berkembang daripada ciri-ciri keselamatan yang asas seperti tali pinggang keledar dan lampu sehingga yang berteknologi tinggi yang boleh membantu pemandu mengelakkan kemalangan sama sekali. Tujuan utama ciri-ciri keselamatan ini dipasang di kenderaan adalah supaya apabila pemandu berdepan dengan situasi yang diluar jangkaan, ia mampu membantu pemandu menangani situasi tersebut dengan lebih efisyen. Walau bagaimanapun, peraturan-peraturan lalu lintas jangan di lupa dan tanamkan sikap disiplin ketika memandu. Inovasi berkenaan ciri-ciri keselamatan kereta terus berkembang seiring dengan kemajuan teknologi masa kini. Di sini saya akan terangkan serba sedikit mengenai beberapa ciri-ciri tersebut dan tujuan ia dipasang pada sesebuah kenderaan. Ini kerana, bagi saya, amat penting untuk seorang pengguna mengambil tahu tentang produk yang mereka gunakan. Pertamanya adalah keutuhan Strukturnya. Di dalam kenderaan dengan integriti struktur bunyi, sebahagian besar tenaga kemalangan diserap dan hilang. Ruang pemandu atau penumpang juga akan mengekalkan bentuknya. Kolum stereng, papan pemuka, besi yang menyokong bumbung dan panel lantai tidak bergerak secara berlebihan, di mana ia akan lebih cenderung untuk mencederakan

pemandu mahupun penumpang. Pintu akan kekal ditutup semasa kemalangan itu dan akan dapat dibuka selepas kemalangan untuk membantu menyelamat dengan cepat. Kedua, Kawalan Kestabilan Elektronik. Ciri keselamatan ini juga dipanggil sebagai Program Kestabilan Elektronik (ESP), Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Kawalan Kestabilan Aktif (ASC) dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) yang mana ia merupakan teknologi berkomputer yang meningkatkan keselamatan berkenaan kestabilan kenderaan dengan mengesan dan mengurangkan kehilangan cengkaman (tergelincir). Apabila ESC mengesan kehilangan kawalan stereng, ia secara automatik menekan brek untuk membantu "membawa" kenderaan di mana pemandu berhasrat untuk pergi. Brek dikenakan secara automatik keatas roda secara individu, seperti roda luaran hadapan untuk menangani "oversteer" dan roda dalaman belakang untuk menentang "understeer". Sesetengah sistem ESC juga mengurangkan kuasa enjin sehingga kawalan kembali seperti sedia kala. ESC tidak meningkatkan prestasi membelok kenderaan itu, sebaliknya, ia membantu untuk mengurangkan kehilangan kawalan. Seterusnya, Sistem Brek Anti-kunci/Anti-lock Braking Systems (ABS). Secara ringkasnya, ABS ini menghalang roda kenderaan tersebut dari terkunci sepenuhnya ketika pedal brek dikenakan seperti ketika melakukan brek kecemasan dan mempunyai jarak berhenti yang pendek. Ini membolehkan pemandu untuk mempunyai kawalan stereng, menghalang dari tergelincir dan kehilangan daya tarikan. Ini amat berguna pada permukaan licin atau keadaan basah. Kedua-dua ESC dan ABS adalah teknologi yang saling melengkapi, bekerja secara selaras untuk menyediakan kawalan kenderaan yang lebih baik dan mengurangkan risiko perlanggaran. Akhir sekali, kestabilan kenderaan boleh dipertingkatkan dengan Sistem Kawalan Cengkaman. Sistem kawalan cengkaman mengoptimumkan cengkaman dan kestabilan kereta di jalan raya semasa pecutan dengan mengukur putaran roda. Ia menghentikan putaran roda dengan mengurangkan kuasa enjin atau mengenakan sementara brek pada roda yang membolehkan kereta memecut lancar, walaupun pada permukaan licin.

Perbezaan licin yang terhad juga membantu menyediakan pengagihan daya tarikan yang sekata walaupun kereta tersebut berada di atas permukaan yang licin. Sama ada anda menggunakan kereta terpakai atau baru, aspek yang perlu diambil berat adalah prestasi serta keselamatannya. Jika bercadang membeli kereta terpakai, seboleh-bolehnya bawa bersama mekanik atau rakan yang mahir bagi memeriksa kenderaan yang hendak dibeli, membolehkan kita mengesan kerosakan. Bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak bermasalah, pemilik dinasihatkan melakukan penyelenggaraan secara berkala. Dapatkan nasihat dari pusat servis supaya anda boleh lakukan sendiri apabila mempunyai waktu lapang. Dengan adanya rutin penjagaan secara berkala, pengguna mengetahui keadaan kenderaan seperti mengesan bahagian atau komponen yang haus atau rosak dan perlu diganti. Keadaan ini perlu dilakukan untuk mengelak kereta tidak fungsi ketika dalam perjalanan, terutama ketika kesesakan lalu lintas dan perjalanan jauh. Suatu langkah bijak ialah pemilik kenderaan menjadualkan penyelenggaran dan menetapkan waktu yang sesuai untuk kerja membaikinya. Ramai yang tidak mengambil berat untuk melakukan pemeriksaan, sebaliknya hanya mengharapkan pusat servis melakukanya sedangkan antara tempoh servis itu, pelbagai masalah boleh berlaku. Sebahagian pemeriksaan boleh dilakukan sendiri, seperti bunga dan tekanan again tayar, tahap minyak pelincir, air bateri dan pengelap cermin. Jadikan amalan berjalan mengelilingi kereta setiap pagi sambil memeriksa tekanan tayar, lampu isyarat serta lampu besar agar sebarang kerosakan boleh dikesan. Jika kadar kehausan pada tayar tidak seimbangan, menunjukkan penjajaran tayar tidak betul dan perlu dijajar semula. Jika jajaran roda sentiasa sempurna, jangka hayat tayar yang sekarang makin mahal, Akan lebih lama boleh membolehkan kita menjimatkan kos. Sekurang-kurangnya seminggu sekali periksa bahagian - bahagian enjin, terutama tahap minyak pelincir, cecair brek dan stereng kuasa, air dan air bateri. Jika tahap minyak pelincir berkurangan, periksa kemungkinan berlaku kebocoran kerana minyak pelincir tidak akan berkurangan jika enjin sempurna.

Begitu juga dengan cecair brek, tidak akan berkurangan jika tidak berlaku kebocoran. Jika minyak brek berkurangan tapi tiada kebocoran dikesan, ia menunjukkan pad brek sudah haus dan perlu diperiksa sama ada perlu diperiksa sama ada perlu diganti atau tidak. Bateri yang kekurangan cecairnya boleh membawa padah termasuk bateri tidak berfungsi dan lebih buruk, ia menjadi panas dan terbakar. Air dalam radiator perlu diperiksa selalu kerana ia amat penting memastikan enjin tidak terlalu panas terutama ketika kesesakan lalu lintas. Pastikan anda menggantikan minyak gear, sama ada secara manual atau automatik, mengikut jadual waktu ditetapkan kerana minyak gear yang terlalu lama akan kehilangan kelikatanya lalu gagal melindungi geseran komponen gear. Bagi menjaga kestabilan kenderaan, tips-tips penjagaan mestilah diamalkan. Contohnya apakah punca kenderaan bergetar? Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar. Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang. Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km. Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru

roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm. Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda. 'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.

Anda mungkin juga menyukai