Anda di halaman 1dari 11

Bahan Tambah Dalam Makanan Pewarna Di sediakan Oleh : Nor Atiqah Binti Abdul Jamil

Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif makanan bermaksud apa-apa bahan yang dimasukkan dengan sengaja ke dalam atau pada makanan dalam kuantiti kecil bagi mempengaruhi kualiti penyimpanan, tekstur, konsistensi, rupa, bau, rasa, kealkalian atau keasidan makanan tersebut, ataupun secara tidak langsung semasa atau pemprosesan, penyimpanan

pembungkusan. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi. Sejak dahulu lagi manusia telah

menggunakan pewarna makanan secara tradisional yang berasal dari bahan semulajadi misalnya kunyit untuk warna kuning, daun suji dan daun pandan untuk warna hijau, daun jambu untuk warna merah dan gula yang dipanaskan (karamel) bagi menghasilkan warna coklat. Bukti arkeologi menunjukkan bahawa di India dan Timur Tengah, pewarna telah digunakan selama lebih dari 5000 tahun. Bahan pewarna dapat diperoleh dari haiwan, tumbuhan atau mineral. Pewarna yang diperoleh dari bahan-bahan ini tidak memerlukan proses pengolahan yang rumit kerana sumber utama bahan pewarna adalah berasal daripada tumbuhan, khususnya akar, beri-berian, kulit kayu, daun, dan kayu. Bahan pewarna makanan merupakan apa-apa bahan yang apabila ditambah pada makanan boleh memberi warna pada makanan tersebut. Penambahan bahan pewarna pada makanan atau minuman untuk tujuan berikut mengimbangi warna yang hilang, memperbetulkan variasi warna asli, mempertingkatkan warna asli, memberi Identiti beraneka warna dan memberi impak beraneka warna untuk kelihatan lebih menarik. Bahan pewarna juga sering dicampurkan ke dalam makanan, terutamanya kuih- muih dan ubat-ubatan untuk menambahkan daya tarikan sediaan tersebut.

Seiring dengan perkembangan zaman, manusia telah berjaya menemui pewarna sintetik atau pewarna buatan. Pewarna sintetik dihasilkan melalui tindak balas kimia. Pewarna sintetik pertama yang dibuat oleh manusia adalah mauveine yang telah ditemui oleh telah William Henry Perkin pada tahun 1856. Sejak itu, pelbagai jenis pewarna sintetik dihasilkan contohnya FD&C Yellow No.6 yang digunakan di dalam bijirin, makanan ringan dan roti, Sudan, Para Red, Rhodamine B, Orange II dan Orange RN. Sebuah ungkapan menyatakan bahawa "Manusia itu tergantung dari apa yang dimakan". Oleh hal yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa makanan yang sihat dan menyihatkan berhubung dengan hidup yang sihat. Kesan daripada itu, setiap individu perlu memberi perhatian yang besar terhadap kandungan dalam sesuatu makanan khususnya bahan tambah dalam makanan. Isu semasa diperkatakan dewasa ini ialah penggunaan bahan pewarna Cochineal dalam Islam. Cochineal ialah bahan pewarna yang diambil dari sejenis serangga kecil iaitu kumbang betina. Cochineal berasal dari Serangga ini Amerika Tengah dan Mexico.

direbus untuk menghasilkan warna merah perang atau dipanggang dalam ketuhar panas bagi menghasilkan warna kelabu atau atas kuali panas untuk menghasilkan warna hitam dan kemudian dikeringkan. Lima kilogram serangga cochineal dapat menghasilkan satu kilogram pewarna carmine. Dari segi perundangan negara, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa pewarna carmine yang diperolehi dan dihasilkan daripada cochineal adalah dibenarkan berdasarkan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP). Penggunaannya dalam makanan setelah diposterurkan amat sedikit iaitu dengan kadar 0.003% - 0.006%. Penggunaan cochineal didapati boleh membunuh mikrob-

mikrob yang beracun dan ia tidak merbahaya kepada manusia dan juga tidak memberi kesan sampingan. Mengikut pandangan Imam Malik dan Abu Hanifah dalam Hasyiah Ianah alTalibin, Juzu 1, halaman 89-90, penggunaan serangga ini adalah dibolehkan memandangkan ia merupakan jenis binatang yang darahnya tidak mengalir. Penggunaan serangga ini sebagai sumber bahan pewarna tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan ia tidak mempunyai bahan yang boleh memudaratkan. Berdasarkan kaedah asal di dalam hukum Islam di mana Asal setiap sesuatu itu adalah harus, maka ia boleh digunakan selagimana tidak mendatangkan mudarat dan dikawal. Berdasarkan ketetapan tersebut, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna cochineal dalam makanan, minuman dan barang gunaan adalah diharuskan dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selagi mana ia tidak mendatangkan kemudaratan. Tubuh badan manusia adalah satu organisma hidup yang amat hebat kerana berkeupayaan untuk mengawal, membesar, memperbaiki, dan mempertahankan diri sekiranya kita mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang, bermutu tinggi dan semula jadi. Dalam memilih makanan, Islam menekankan agar umatnya mencari yang halal serta baik. Ini kerana faham halalan tayyiban yang dianjurkan dalam Al Quran mencerminkan kepada kita bahawa Islam itu syumul hatta di dalam bab pemilihan makanan sekalipun diperincikan dengan faham yang cukup lengkap panduannya. Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.

Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa islam sendiri meminta umatnya untuk memilih rezeki (makanan) yang baik dan melarang mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan. Pengambilan makanan yang tidak berkhasiat jelas sekali membahayakan dan membawa kepada kemudaratan kesihatan manusia. Kita sedia maklum bahawa pengambilan makanan yang tidak berkhasiat menyumbang kepada masalah kesihatan seterusnya mengganggu urusan kita untuk beribadah kepada Allah. Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat sepenuh keberkatan dan manfaat daripadanya. Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Oleh hal yang demikian, kita seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga dalam memilih makanan yang di ambil dalam kehidupan sehari-hari. Makanan yang kita makan adalah bermutu jika menepati ciri-ciri makanan yang seimbang. Kita hendaklah memikirkan demi kebaikan kita untuk memantapkan lagi kesihatan kita. Sikap pengilang yang tamak dan mengaut keuntungan yang lebih menyebabkan mereka tidak mematuhi peraturan makanan yang digariskan. Mereka juga tidak mematuhi pelabelan di samping kesalahan-kesalahan lain seperti pencemaran logam berat, penambahan pemanis berlebihan, terdapat unsur pestisid dalam makanan dan juga bahan anti oksidan. Pada dasarnya, kesemua penambahan bahan pengawet, perisa, pewarna dan anti oksidan adalah bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan proses penghasilan makanan tersebut, tetapi penggunaan yang berlebihan akan mendatangkan kemudaratan. Di sini, dapat dilihat sikap pihak pengilang yang tidak telus bagi mendapatkan keuntungan. Walaupun jumlah setiap bahan penambah yang boleh ditambah ke dalam makanan telah digariskan oleh pihak berkuasa, namun masih ada pengilang yang gagal mematuhinya dan akhirnya memberi kesan kesihatan kepada pengguna. Oleh itu, menjadi tangunggjawab kita sebagai pengguna untuk berhati-hati dalam memilih makanan yang berkualiti dan berkhasiat. Langkah berjaga-jaga sedari awal wajar di ambil bagi mengelakkan kesihatan diri kita terjejas. Bukan itu sahaja, sebagai pengguna kita perlu bijak dalam memilih produk makanan yang terdapat di pasaran kerana kebanyakan pengeluar makanan kini tidak mengambil berat akan taraf kesihatan pengguna. Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Walaupun pewarna makanan memberi kesan kepada kesihatan manusia, namun kehadiran pewarna makanan dalam makanan mempunyai kepentingan yang tersendiri di mana tujuan penambahan bahan tambah makanan dalam industri makanan adalah untuk pelbagai fungsi iaitu menjadikan makanan lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Selain itu, menambahkan khasiat atau nutrien yang mungkin telah hilang semasa pemprosesan serta menjadikan produk lebih mudah untuk dimakan atau digunakan. Pewarna dalam makanan menjadikan makanan kelihatan lebih menarik dan menyelerakan. Penting bagi kita untuk memilih makanan yang berkhasiat bagi memastikan kesihatan badan sentiasa cergas dan bertenaga. Melalui pengambilan makanan yang berkhasiat tanpa bahan tambah dalam makanan yang berlebihan akan dapat memberikan tenaga yang cukup kepada badan seseorang. Seseorang itu akan kelihatan ceria dan cergas untuk menjalani tugasan harian. Pengaliran darah yang lancar akan memastikan oksigen dapat dialirkan ke seluruh tubuh dengan baik. Tenaga yang cukup perlu untuk kehidupan yang aktif. Bukan itu sahaja, pemilihan makanan secara berhemah dapat menjamin minda dan otak yang cerdas. Pengambilan makanan yang tidak mempunyai bahan tambah makanan yang berlebihan dapat merangsang otak agar sentiasa cerdas. Pertumbuhan otak kanak-kanan dan bayi amat penting untuk melahirkan individu yang pintar dan bijak. Pembinaan molekul genetik atau DNA yang sihat akan menjamin pertumbuhan saraf-saraf otak yang baik. Faktor utama pewarna makanan digunakan dalam makanan yang diproses ialah untuk menjadikannya lebih menarik kepada pengguna. apa-apa bagi yang Pewarna kepada tidak nilai menyumbang pemakanan makanan

sebarang dimasukkan

makanan. kedalam

Bahan kimia ini

adalah bahan bukan

makanan. Kebanyakkan daripadanya boleh menjejaskan kesihatan dan ini termasuk bahan penambah kimia yang diluluskan oleh pihak yang berkuasa. Sedarkah kita bahawa makanan segera yang menjadi kegilaan masyrakat kita sekarang mempunyai kandungan gula, lemak dan garam yang sangat tinggi? Fakta ini disahkan sendiri oleh pakar-pakar pemakanan. Kandungan bahan-bahan tersebut

boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang mana sangat membahaya seperti obesiti, darah tinggi, dan mungkin kanser. Tahap kesedaran masyarakat zaman sekarang tentang bahayanya makanan segera sememangnya sangat rendah. Dibantu pula dengan pengiklanan secara besar-besarkan oleh syarikat-syarikat makanan segera ini untuk menarik minat pencinta makanan segera mencuba apa yang mereka hasilkan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengandaikan makanan segera yang semakin popular di kalangan rakyat negara ini umpama bom jangka yang boleh meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda. Malah, Dr Chua menyifatkan makanan segera lebih berbahaya daripada rokok dan minuman keras kerana ada kes pengambilan makanan bermula daripada pewarna, sejak bahan perisa bayi lagi.Umum makanan tambah dan mengetahui terdiri seperti bagi kandungan dalam segera

makanan pengawet

menambahkan keenakan makanan tersebut. Hal ini secara tidak langsung memberi kesan yang memudaratkan kepada kesihatan manusia. Penggunaan bahan kimia menyebabkan penyakit berbahaya. Penggunaan secara berlebihan oleh pengeluar makanan boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada pengguna, misalnya penggunaan pewarna yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit kanser, kencing manis, buah pinggang, gastrik dan lain-lain lagi. Keracunan juga boleh berlaku akibat mengambil makanan yang menggunakan bahan kimia berlebihan. Makanan yang mengandungi perasa dan pewarna yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit. Dalam kes keracunan yang teruk boleh menyebabkan kematian.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa gabungan antara pewarna dan pengawet tiruan yang diambil oleh kanak-kanak dalam sesuatu makanan akan memberi kesan terhadap tabiat dan tingkahlaku kanak- kanak tersebut selain kurang tumpuan, panas baran, hiperaktif dan alahan. Antara aditif yang dikaitkan dengan kesan sampingan yang kurang selesa ialah pewarna FD&C Yellow No.5 atau tartazin. Tartazin (E102) dilaporkan menyebabkan gatal-gatal kulit (urticaria) serta pembengkakkan sesetengah tisu lembut seperti kelopak mata, bibir, lidah dan tangan. Ia juga berkemungkinan agen penyebab kanser dan boleh meningkatkan hiperaktif dikalangan kanak-kanak. Namun demikian, didapati hanya segelintir populasi yang alah terhadapnya iaitu kurang daripada 0.01 peratus. Oleh sebab itu, penggunaan tartazin masih dibenarkan. Namun demikian, kewujudan tartazin dalam makanan atau ubat-ubatan mestilah disenarikan pada label sediaan-sediaan tersebut, agar mereka yang alah terhadapnya dapat mengelak daripada memakannya. Bukan itu sahaja, penggunaan bahan pewarna dalam makanan iaitu Ponceau 4R (pewarna merah terang hingga merah gelap) diketahui boleh menyebabkan kanser, bengkak tisu, arlegi dan asma. Ia juga boleh merendahkan bilangan sel darah merah dan kepekatan hemoglobin. Bahan pewarna ini telah pun diharamkan di Amerika Syarikat dan banyak Negara Eropah.

Satu analisis kajian pada tahun 2010, mengenai hubungan antara pewarna makanan dan kesihatan oleh The Center for Science in the Public Interest (CPSI) menemui bukti menyakinkan bahawa pengambilan pewarna makanan tiruan boleh mencetuskan masalah kegelisahan dan hiperaktif dalam kebanyakan kanak-kanak. Ada yang mendakwa bahawa pewarna tiruan adalah toksik dan kuantitinya mungkin cukup untuk menyebabkan kanser. Oleh yang demikian adalah wajar bagi kita untuk mengelak dari mengambil makanan yang mempunyai pewarna tiruan, bagi memastikan kesihatan kita sekeluarga terjamin. Prinsip bersederhana yang dianjurkan dalam Islam perlu sentiasa diamalkan agar kita tidak terjebak dengan kemudaratan yang dihidangkan. Sifat berhati- hati dalam memilih makanan juga mesti menjadi keutamaan. Kita seharusnya menggunakan kebijaksanaan semasa membeli makanan walaupun terdapat undang- undang yang mengawal rapi pemprosesan sesuatu makanan. Ini kerana terdapat juga pengeluar yang mempunyai kepentingan sendiri tanpa memikirkan kesan kepada kesihatan awam. Dan yang paling penting, setiap pengguna harus memiliki pendidikan tentang pemakanan agar tidak tertipu dengan pembungkusan yang menarik dan maklumat yang mengelirukan. Akhirnya, pakej halalan toyyiba yang dianjurkan dalam Islam dapat dijadikan matlamat dalam pemilihan makanan yang selamat. Bagi mengelakkan kita daripada terus mengambil bahan makanan yang mempunyai bahan tambah makanan di dalamnya, maka eloklah jika kita boleh dapatkan bahan makanan segar kerana ia tidak mengandungi bahan tambahan atau pengawet. Selain itu, apabila membeli produk yang diproses, kita hendaklah memastikan kandungan bahan tambahan yang terdapat di dalamnya. Sedapat mungkin pastikan bahan tersebut adalah dalam sukatan yang dibenarkan. Paling penting pastikan tarikh luput makanan agar tidak berlaku keracunan makanan dan cara penyimpanan makanan yang betul perlu diamalkan. Langkah bijak yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengharamkan pengiklanan makanan segera melalui media massa yang mana dibantu oleh Kementerian Penerangan Malaysia adalah satu langkah yang sememangnya patut dipuji. Kesedaran rakyat Malaysia tentang bahayanya makanan segera hendaklah dipertingkatkan bagi menjamin kehidupan yang lebih berkualiti. Selain itu, kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap pengilang yang tidak mematuhi peraturan makanan yang digariskan dan juga tidak mematuhi pelabelan di

samping kesalahan-kesalahan lain seperti pencemaran logam berat, penambahan pemanis berlebihan, terdapat unsur pestisid dalam makanan dan juga bahan anti oksidan. Pada dasarnya, kesemua penambahan bahan pengawet, perisa, pewarna dan anti oksidan adalah bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan proses penghasilan makanan tersebut, tetapi penggunaan yang berlebihan akan mendatangkan kemudaratan. Walaupun jumlah setiap bahan penambah yang boleh ditambah ke dalam makanan telah digariskan oleh pihak berkuasa, namun masih ada pengilang yang gagal mematuhinya dan akhirnya memberi kesan kesihatan kepada pengguna. Pelabelan suatu tidak masalah mesra makanan yang merupakan oleh

dihadapi

pengguna kerana sesetengahnya adalah pengguna. Kebanyakan pengguna tidak mengetahui apa yang mereka guna atau makan kerana tidak memahami pelabelan tersebut. Contohnya bahan tambah makanan yang dilabelkan dengan kod nombor atau alphabet atau secara ringkasnya menyatakan mengandungi pewarna yang diluluskan', mengandungi perisa yang diluluskan' atau mengandungi bahan tambah yang diluluskan.' Pelabelan sebegini amat mengelirukan pengguna apatah lagi pengguna adalah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Justeru, hal ini perlu dilihat sebagai sesuatu keadaan yang memerlukan perubahan dan penguatkuasaan undang- undang sama ada di pihak berkuasa mahupun pengeluar dan juga pengguna. Pakar keselamatan makanan perlu menasihati ibu bapa agar mengelakkan daripada memberi makanan yang mengandungi bahan tambah kepada anak- anak mereka. Kemudaratan akibat penggunaan bahan-bahan tersebut dalam makanan mungkin akan wujud dalam tempoh beberapa tahun, namun begitu tidak salah seandainya kita mengelakkan makanan tersebut terus diambil oleh anak- anak dan juga keluarga.

Selain itu, meminta pengeluar makanan mengambil tanggungjawab yang lebih besar dalam rantaian pengeluaran dan pengedaran makanan bukan hanya mementingkan keuntungan. Selain itu, mengemaskini akta makanan 1983 dan peraturan makanan 1985 yang memerlukan pematuhan mandatori terhadap standard GMP dan HACCP oleh pengeluar, pengedar makanan, dan penjual makanan untuk kumpulan pengguna sensitif seperti bayi, kanak-kanak dan golongan tua. Pada pendapat saya, sudah menjadi satu kefardhuan untuk kita belajar mengenai Sains Makanan dan Pemakanan kerana melalui pengetahuan berkaitan kita mampu memilih makanan yang terbaik untuk tubuh badan kita. Bukan itu sahaja, kita perlu memilih makanan dengan teliti dan menggunakan barangan alternatif yang dikeluarkan oleh umat Islam. Selain itu, kita perlu peka dan sensitif terhadap perkara yang berkaitan makanan kerana perkembangan teknologi memberi perubahan dari sumber yang pelbagai dan masalah yang dihadapi ialah untuk mengenalpasti punca asal usul sumber yang diperoleh. Oleh itu, sebagai seorang islam, kita hendaklah memberi sokongan kepada barangan buatan Islam bagi memperoleh kejelasan mengenai halal haram sesuatu makanan.

SENARAI RUJUKAN Rahmat Awang. (1996, November 9). Kesan Pengawet Dalam Makanan.Utusan Malaysia . Hukum bahan pewarna cochineal dalam islam http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-bahan-pewarnacochineal-dalam-islam Dilayari pada 1 September 2013. Bahaya Pewarna http://zaimof7.wordpress.com/2009/11/15/bahaya-pewarna/ Di layari pada 1 September 2013 Racun http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=426 di layari pada 3 September 2013 . Abu Bakar Abdul Majeed. (1996). Aditif Makanan Dan Ubat-Ubatan.Universiti sains Malaysia. Dilayari pada 2 September 2013 dari http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/kosmik/1996/kosmik12.h tml Pemakanan Sihat Mengikut Amalan Diet Rasulullah SAW http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/07/19/pemakanan-sihat-mengikutamalan-diet-rasulullah-saw/ di layari pada 5 September 2013 Portal Rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/8043-bagaimanakahtahap-keselamatan-makanan-kita dilayari pada 5 September 2013.

Anda mungkin juga menyukai