Anda di halaman 1dari 4

TIDAK HADIR BERTUGAS

SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA


47810 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03-61402997
FAKS
:
03-61402721
________________________________________________________________________
Rujukan : SMKS4KD(2)06/04/001Bil(30)
Tarikh : 5 Januari 2009
Kepada semua guru dan kakitangan sekolah
Tuan / Puan,

1. PANDUAN DAN PERINGATAN KHAS TINDAKAN TATATERTIB TIDAK HADIR


BERTUGAS
Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah mengariskan ketidakhadiran
bertugas seperti tertakluk.
1) Ketidakhadiran daripada bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran
terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan
tatatertib.
2) Jika seseorang pegawai tidak hadir daripada bertugas, Ketua
Jabatan hendaklah dengan seberapa segera, melaporkan fakta itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan
beserta dengan tarikh-tarikh dan hal keadaan ketidakhadiran itu dan apa-apa maklumat selanjutnya yang mungkin
dihendaki berkenaan dengan pegawai itu.
3) Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, setelah
menimbangkan laporan dalam subperaturan (2), mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu mengikut
peraturan 27 atau 28.
4) Bagi maksud peraturan ini, ketidakhadiran termasuklah
kegagalan untuk hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pun pada satu-satu masa dan tempat di mana pegawai itu
dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.

2.

KES DATANG LEWAT BALIK CEPAT


Mengikut Perintah Am Bab G 1(5)

Semua penjawat Awam termasuk Ketua Jabatan sendiri hendaklah mematuhi


waktu-waktu bekerja dan
hadir di sekolah/pejabat dalam masa yang ditetapkan.
Seseorang penjawat Awam yang hendak meninggalkan
sekolah/pejabatnya di waktu bekerja hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran dari Ketua
Jabatan
yang menjaganya sebelum berbuat demikian
Seseorang pegawai tidak boleh
a)

Tidak bertanggungjawab

(i)
Engkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai
engkar perintah.

3.

GURU TIDAK MASUK KELAS / TIDAK HADIR KOKURIKULUM

Seseorang guru yang tidak masuk kelas untuk mengajar atau tidak menghadiri kokurikulum sebagaimana
yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan di dalam jadual waktu takwim adalah di anggap telah melanggar Peraturan
Sekolah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib
Pelanggaran Tata Kelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993:
Seseorang pegawai tidak boleh
a)
b)

Tidak bertanggungjawab
Engkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai
engkar perintah

4. TIDAK MELENGKAP DAN TIDAK HANTAR BUKU REKOD PERSEDIAAN


MENGAJAR
Peraturan Perkhidmatan (Kurikulum Keb. 1997) berkuatkuasa pada 1 Januari 1998.
Kerajaan P.U.(A) 531 bertarikh 31 Disember 1997 Fasal (B)
menyatakan:

Rujukan Warta

Seorang guru dalam sesuatu sekolah hendaklah menyimpan dan menyelenggara suatu buku rekod dalam
mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat pada akhir persekolahan setiap minggu yang akan diajar pada
minggu berikutnya dan buku rekod hendaklah dengan serta merta diadakan untuk pemeriksaan.
Pelanggaran Tatakelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Seseorang pegawai tidak boleh
(a)

Tidak bertanggugjawab

(b)
Engkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai
engkar perintah.

5. MELAWAN KETUA / MAJIKAN DI TEMPAT KERJA


Melawan Ketua di tempat kerja boleh didefinisikan sebagai:
Apa jua bentuk pertuturan yang tidak dikehendaki dalam berbagai bentuk seperti berbahasa kasar, marah,
menengking, menjerit, mencemuh, menghina atau perkataan yang berunsurkan emosi marah atau dendam secara
langsung dan tidak langsung.
Sebarang tingkahlaku sama ada perlakuan atau sentuhan fizikal ke atas tubuh badan seperti memukul,
menghentak, menumbuk sehingga boleh mendatangkan kemudaratan.
Sebarang pernyataan berbentuk tulisan atau surat yang membuat tuduhan dan tohmahan yang tidak berasas
semata-mata dengan niat memburuk-burukkan atau menjatuhkan reputasi seorang ketua.
Pelanggaran Tatakelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Seseorang pegawai tidak boleh:
(a)
Berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau
perkhidmatan awam.

6.

mencemarkan nama

MEMBUAT KERJA LUAR SEMASA BERTUGAS

Mengikut Peraturan 5(3) (a) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 5(3) Ketua
Jabatan hendaklah memastikan bahawa pekerjaan luar itu
(a)
rasminya.

Tidak dilakukan semasa waktu pejabat dan semasa pegawai itu

dikehendaki menjalankan tugas

Waktu Bertugas
Kakitangan Guru
Kakitangan Bukan Guru

- Waktu persekolahan mengikut sesi waktu-waktu yang diarahkan oleh pentadbir


- Waktu pejabat

Pelanggaran Tatakelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
Seseorang pegawai tidak boleh
(a)

Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya.

7. KEGAGALAN MENYERAHKAN KUTIPAN YURAN


Definisi
Mengikut Arahan Perbendaharaan 78 (a) Bila pungutan mesti dibayar di Perbendaharaan.
Semua pemungut...yang menerima wang awam samada wang itu diperakui sebagai hasil atau tidak adalah
dikehendaki jika:
(i)
(ii)
2000.00

Pungutan wang kertas dan duit syiling melebihi RM500.00 dan


Jumlah pungutan (termasuk wang kertas, duit syiling, cek,wang pos dan kiriman wang) melebihi RM

Atau apa-apa jumlah yang lebih kecil dibankkan kesemua pungutan yang ada
dalam tangan samada pada
hari itu juga atau jika lewat diterima, pada hari yang berikutnya dengan syarat bahawa tiap-tiap cek mestilah
dibankkan dalam tempoh
seminggu selepas diterima.
Pelanggaran Tatakelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.
Seseorang pegawai tidak boleh
(a)

Tidak jujur atau tidak amanah

(b)

Tidak bertanggungjawab

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

......................................................
(SALEHAH BT MOHD AMIN)
Pengetua
SMK Seksyen 4 Kota Damansara

Anda mungkin juga menyukai