Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LUKING,

D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH, JALAN ACCESS, 96700 KANOWIT, SARAWAK.

Kod Sekolah: YBB3315

Ruj. Kami : JPS(W)/SKBL/(Perk)/153/05/02/07/( Ruj. Tuan : Tarikh : 27 April 2012

Semua Pengawal Keselamatan En. Patrick Joseph Nala En. Mathew Sidi ak Dabit En. Cassiusly ak Asun En. Boniface ak Genam D/A SK Batu Luking, Kanowit Tuan, AMARAN 1: PEMATUHAN WAKTU BEKERJA (SYIF) Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan itu, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa berdasarkan rekod dan pemantauan oleh pihak sekolah, didapati tuan-tuan tidak mematuhi waktu bekerja (syif) yang telah ditetapkan. Surat Amaran ini dikeluarkan selepas beberapa nasihat lisan yang tidak dipatuhi sebelum ini. 3. Kegagalan pihak tuan untuk mematuhi waktu bekerja atau ponteng selepas ini akan diambil tindakan pemotongan gaji tuan oleh majikan tuan nanti. 4. Kerjasama pihak tuan dalam mematuhi amaran ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, . ( SIMON KUEK ANAK NOKEP ) Guru Besar, SK Batu Luking, 96700 Kanowit.
s.k: I-Care Security and Services Sdn. Bhd. Fail Sekolah

Anda mungkin juga menyukai