Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT

Jalan Batu Maung,


11960 Bayan Lepas,
PULAU PINANG.
No. Tel : 04-626 1531
No. Faks : 04-626 1531
E-mel : pba3005@jpnpp.edu.my

Kepada :
Ibu bapa/waris murid Tahun 6,
SK Permatang Damar Laut.

Tuan/puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM JAYA WARIS DAN MAJLIS PENETAPAN TARGET


UPSR 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Permatang Damar Laut akan mengadakan program di


atas mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 28 Februari 2020 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Sri Damar, SK Permatang Damar Laut

3. Untuk makluman tuan/puan,program ini bertujuan memberi motivasi kepada tuan/puan


dan anak-anak tuan/puan serta menyediakan maklumat terkini mengenai prestasi akademik
anak-anak tuan/puan dan seterusnya menetapkan target untuk UPSR 2020. Justeru itu,pihak
sekolah amat mengharapkan kehadiran tuan/puan ke program tersebut.

4. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan dalam menjayakan program ini amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

(PN.FARIDAH BINTI TERMAZI)


Guru Besar,
Sk Permatang Damar Laut.

Anda mungkin juga menyukai