Anda di halaman 1dari 11

KHUTBAH JUMAAT

“MENJAGA KEBERSIHAN, HINDARI WABAK PENYAKIT”


(31 Januari 2020M/ 06 Jamadilakhir 1441H)
___________________________________________________________________________________________________________________________

ُ‫ ُ َوأ ََمَرنَا ُبِالتَّـ ْق َوى‬،‫َح َس ُِن ُتَـ ْق ِوٍْْي‬ ‫أ‬ ُ ُ


‫ف‬ ُِ ُ
‫ن‬
َ ‫ا‬ ‫س‬ ‫ن‬
ْ ِ
‫إل‬ ‫ا‬
ْ ُ ُ
‫ق‬ ‫ه‬
َ ‫خ‬ ُ ُ
‫ي‬ ِ َّ‫اَلْـحم ُدُُِلِ ُِهو ُال‬
‫ذ‬
ْ ْ َ َ َ ْ َُْ
ُ‫ ُ َوأَ ْش َه ُُد‬،ُ‫ك ُلَو‬ َُ ْ‫اللُُ َو ْح َدُهُ ُ ُلَُ َش ِري‬ُ َُّ‫ َوأَ ْش َه ُُد ُأَ ُْن ُ ُلَُإِلَـُٰوَ ُإِ ُل‬.‫اْلُهُ ُِق ُالْ َك ِرُِْْي‬
ْ ‫َو‬
.ُ‫ـح َّم ًداُ َعْب ُدُهُُ َوَر ُس ْولُُو‬ َ ‫َنُ َسيِّ َدنَاُ ُم‬ َُّ ‫أ‬
ُ. ‫ي‬ َُ ْ ِ‫َج َـمع‬ ‫أ‬ُ ِ ِ‫اَل ٰهّه َُّمُص ُِّلُوسهِّ ُمُعهَـٰىُسيِّ ِدنَاُمـح َّم ٍُدُوعهَىُآلُِِوُوصحب‬
ُ
‫و‬
ْ ََْ ََ َ ُ َ َ ْ َ َ َ ُ
ُ ُ ‫ ُاِتَّـ ُق ْوا‬،‫الل‬
ُ‫ ُ َو ُلَ ُتَ ُـم ْوتُ َُّن ُإِ ُلَّ ُ َوأَنْـتُ ُْم‬،‫اللَ ُ َح َُّق ُتُـ َقاتِِو‬ ِ ُ ‫اد‬ َُ َ‫ ُفَـيَا ُ ِعب‬،‫أ ََّما ُبَـ ْع ُد‬
ُ.‫ُم ْسهِ ُم ْو َُن‬
:ُ‫الُ ِفُُكِتَابُِِوُالْ َع ِزيِ ُِز‬َُ ‫اللُُتَـ َع‬ ُ ُ‫ال‬
َُ َ‫ق‬
 
    
        
    
     
    
     
  
      
   
  
 
 
 
 
 

 
  
     
  
 
 
   
  
 

Maksudnya : Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau


perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan
menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan
sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan
pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.
(Surah an-Nahl, ayat 97)

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan ketakwaan kepada

1
Allah subhanahu wata'ala dengan melaksanakan segala perintah-
Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Mudah-mudahan kita
menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta selamat di dunia
dan selamat di akhirat. Pada hari ini, khatib ingin mengajak para
jemaah untuk menghayati khutbah bertajuk “Menjaga Kebersihan,
Hindari Wabak Penyakit”.

Saudara kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Kebersihan adalah perkara yang sangat penting untuk kita amalkan
bagi mewujudkan kehidupan yang sihat. Kebersihan bukan sahaja
tertumpu pada tubuh badan, makanan, pakaian dan tempat tinggal
malahan kawasan persekitaran kita juga perlulah bersih. Ketahuilah
kurangnya kesedaran masyarakat akan pentingnya menjaga
kebersihan boleh menyebabkan persekitaran negeri menjadi kotor
dan tidak sihat. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk
sama-sama menjaga kebersihan diri, rumah, pejabat, sekolah,
masjid, tempat-tempat rekreasi, tempat-tempat awam dan
sebagainya.

Perlu diketahui, kebersihan adalah berkaitan rapat dengan


kesihatan, sama ada kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal lebih-
lebih lagi kebersihan hati dan jiwa. Sesungguhnya orang yang
membersihkan dirinya adalah orang-orang yang berjaya. Firman
Allah subhanahu wata'ala dalam surah al-A’laa, ayat 14:

    

2
Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah
menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan
taat dan amal yang soleh).

Saudara kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Dalam mewujudkan suasana dan keadaan yang bersih, semua
pihak perlu bersama-sama berganding bahu dan berperanan bagi
memastikan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negeri dalam
keadaan yang bersih dan sihat. Ketahuilah kurangnya kesedaran
masyarakat akan peri pentingnya menjaga kebersihan seperti
membuang sampah bukan pada tempat yang telah disediakan
boleh menyebabkan persekitaran kita menjadi kotor. Longkang-
longkang dan saliran air tersumbat, air sungai tercemar, kotor dan
berbau busuk, pemandangan tempat awam dan kawasan
perumahan juga menjadi tidak elok dan sebagainya. Malahan
perkara ini boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk lagi seperti
banjir, tiada air bersih untuk kegunaan seharian, wabak dan
penyakit berjangkit semakin menular yang dibawa oleh binatang-
binatang kecil seperti tikus, lipas, lalat, nyamuk dan sebagainya.
Perkara seperti ini jika tidak ditangani sedari awal, sudah tentu
akan membebankan diri kita, keluarga, masyarakat dan negara.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk sama-


sama menjaga kebersihan persekitaran rumah atau di luar rumah,
pejabat atau tempat-tempat awam pada setiap masa dan tempat
serta jadikanlah sikap pembersih itu sebagai budaya atau amalan

3
hidup seharian di mana juga kita berada agar kebersihan dan
kesihatan kita, keluarga, masyarakat dan negeri sentiasa terjamin.

Sesungguhnya, Islam amat mengambil berat akan penjagaan


kebersihan sama ada kebersihan jasmani mahupun rohani. Ini
kerana kebersihan merupakan faktor utama sebelum melakukan
sebarang pekerjaan khususnya dalam melakukan ibadah kepada
Allah subhanahu wata'ala. Contohnya sebelum menunaikan solat,
kita hendaklah bersuci dengan membersihkan diri dari segala
kekotoran yang ada pada tubuh badan dengan mandi dan wuduk
dan sebagainya. Abu Hurairah radhiallahu anhu meriwayatkan
bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wassallam bersabda:

ٍ ‫اب ُأَح ِد ُكم ُيـ ْغت ِسل ُِمْنو ُ ُك َّل ُيـوٍم َُخَْس ُمَّر‬
ُ‫ات‬ ِ ِ َّ ‫(( أ ََرأَيْـتُ ْم ُلَ ْو ُأ‬
َ َ َْ ُ ُ َ ْ َ َ َ‫َن ُنَـ ْهًراُب‬
‫ب‬
ُ:‫ال‬
َُ َ‫ ُق‬.ٌ‫ُش ْي ُء‬ ِ
‫و‬ ِ
‫ن‬‫ر‬‫ُد‬ ‫ن‬ ِ
‫ُم‬ ‫ى‬ ‫ق‬ ‫ـ‬ ‫ب‬‫ـ‬ ‫ي‬ ُ ‫ل‬ ُ : ‫ا‬
‫و‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ق‬ ُ ‫؟‬ ُ ِ ِ ِ
َ ََ ْ َ َْ َ ُ َ ٌ ْ َ َ َ ْ ‫َى ْل ُيَـْبـ َقى‬
ُ
‫ء‬ ‫ي‬ ‫ُش‬ ‫و‬ ‫ن‬‫ر‬‫ُد‬ ‫ن‬ ‫ُم‬
))ُ‫خ ُطَايَا‬ ‫ـ‬ ُ
‫ل‬ ‫ُا‬ ‫ن‬ ‫ه‬ِ ُِ
‫ـ‬ ‫ُب‬ ‫و‬ َّ
‫ه‬ ‫وُال‬ ‫ح‬ ‫َُي‬ ِ
‫س‬ ‫م‬ ‫خ‬ ‫ـ‬ ُ
‫ل‬ ‫ُا‬ ِ
‫ات‬ ‫و‬ ِ
ْ
َ َّ ُ ُ َْ ْ َ ْ َ ُ َ َ َ ‫فَ َذل‬
َ‫ه‬ ‫ُالص‬
َّ ‫ل‬ ‫ث‬ ‫ُم‬ ‫ك‬
Maksudnya : Apa pendapat kamu kalau ada sebatang sungai di
hadapan pintu rumah salah seorang dari kamu, dia mandi di
dalamnya sebanyak lima kali pada setiap hari. Adakah masih
tinggal kotoran pada tubuhnya? Para sahabat menjawab: Sudah
tentu tidak tinggal sesuatu pun daripada kotoran. Baginda
menyambung : Maka begitulah juga perumpamaan solat lima
waktu. Allah menghapuskan dosa-dosa kecil dengan sebabnya.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

4
Oleh sebab itu jugalah, Islam amat mengambil berat tentang
penjagaan kebersihan rohani lebih-lebih lagi kebersihan hati iaitu
dengan menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmunah seperti sifat
marah yang tidak terkawal, hasad dengki, kedekut, terlampau
banyak makan, terlampau banyak cakap, kasihkan kemegahan,
kasihkan dunia, ujub, takabur dan riak. Semua itu tidak dapat
dihindarkan jika kita tidak berusaha untuk mensucikan hati nurani.
Sebabnya, hatilah punca segala penyakit zahir dan batin. An-
Nu’man bin Basyir radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa
Rasulullah sallallahu alaihi wassallam bersabda :

ُ‫ُصهَ َحُاُلْـ َج َس ُدُ ُكهُّوُ َُوإِ َذا‬ ‫ت‬ ‫ح‬ ‫ه‬


َ ‫اُص‬ ‫ذ‬
َ ِ
‫إ‬ ُ ‫ة‬
ً ‫غ‬ ‫ض‬ ‫ُم‬ ِ ‫ُأََلُوإِ َّن ُِفُاُلْـجس‬...ُ((
‫د‬
ْ
َ َ َ َ ْ ُ ََ َ
ُُ ‫تُفَ َس َدُاُلْـ َج َس ُدُ ُكهُّوُُأََل َُوِى َيُالْ َق ْه‬
))ُ‫ب‬ ْ ‫فَ َس َد‬
Maksudnya : ... Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat
segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia
buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia
adalah hati (jantung).
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Sesungguhnya hati nurani yang bersih mendorong kita untuk


berakhlak mulia, berkeperibadian terpuji, sentiasa mendekatkan diri
kepada Allah subhanahu wata'ala, sentiasa menjaga kebersihan
diri, tempat tinggal, menjauhi makan minum dari sumber yang
haram dan syubhah, menutup aurat dan sebagainya.

5
Sesungguhnya Allah subhanahu wata'ala memberi jaminan bahawa
orang yang berusaha mensucikan jiwanya daripada sebarang
kekotoran hati adalah orang yang berjaya mendekatkan diri kepada
Allah subhanahu wata'ala dan pasti mendapat ganjaran yang besar.
Manakala bagi orang yang mengotori jiwanya dengan sifat-sifat keji
adalah orang yang rugi kerana ia akan semakin jauh daripada
mendapat rahmat dan redha Allah subhanahu wata'ala.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan penularan wabak Novel
Coronavirus (2019-nCov) yang bermula di wilayah Wuhan, China
dan mula tersebar ke beberapa buah negara di dunia. Ia adalah
spesis baru dari keluarga virus yang boleh menyebabkan pelbagai
penyakit dari selesema hingga ke penyakit yang lebih teruk seperti
MERS-CoV dan SARS-CoV. Oleh sebab itu, sebagai langkah
pencegahan, maka pihak berwajib menyarankan agar kita
mengambil langkah-langkah berikut :

Pertama : Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi


seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun,
atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

Kedua : Elakkan daripada mengambil iaitu memakan dan


meminum sebarang produk haiwan yang mentah dan tidak dimasak
dengan sempurna seperti telur, susu, daging dan sebagainya.

Ketiga : Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk.

6
Keempat : Semasa dalam tempoh lawatan ke tempat-tempat yang
berlaku wabak ini, hendaklah sentiasa membawa bersama penutup
mulut dan hidung serta bahan pencuci tangan. Elakkan daripada
mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan
mana-mana individu yang bergejala. Elakkan juga dari melawat ke
ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat
sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.

Kelima : Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya


jatuh sakit iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan
seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas dalam
tempoh 14 hari selepas pulang daripada lawatan ke tempat yang
berlaku wabak. Maklumakn sejarah perjalanan kepada doktor yang
merawat bagi memastikan pengesanan awal jangkitan.

Saudara kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Akhirnya, marilah kita bersama-samalah menjaga kebersihan sama
ada kebersihan di tempat awam, tempat-tempat persendirian, tubuh
badan mahupun kebersihan jiwa dan rohani. Mudah-mudahan
dengan mengamalkan kebersihan dalam kehidupan, kita akan
bebas dari sebarang penyakit dan mara bahaya. Sama-samalah
kita berdoa semoga Allah subhanahu wata'ala sentiasa menjadikan
kita orang-orang yang sentiasa bertaubat, mensucikan diri dan
menjadikan kita hambaNya yang sentiasa mengerjakan amal soleh.
Marilah kita bersama-sama menghayati firman Allah subhanahu
wata’ala dalam surah asy-Syams, ayat 9-10 :

7
‫الرِج ْي ِم‬
َّ ‫ان‬ َّ ‫اهلل ِم َن‬
ِ َ‫الش ْيط‬ ِ ِ‫أَعُوذُ ب‬
ْ
         

Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan


dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan
iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang
yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan
terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

ُ‫ َُونَـ َف َع ِِن َُوإِيَّا ُك ْم ُِِبَا ُفِْي ِو ُِم َن‬،‫آن ُالْ َع ِظْي ِم‬
ِ ‫ُاللُِِل ُولَ ُكم ُِف ُالْ ُقرء‬
َْ ْ َ ُ ‫بَ َارَك‬
ُ‫ُالس ِمْي ُع‬ ‫و‬ ‫ُى‬ ‫و‬ َّ
‫ن‬ ِ
‫إ‬ُ ، ‫و‬ ‫ت‬‫و‬ ‫ال‬ ِ
‫ُت‬ ‫م‬ ‫ك‬ ‫ن‬‫م‬ِ‫ُو‬ ‫ِن‬ ِ
‫ُم‬ ‫ل‬‫ب‬ ‫ق‬ ‫ـ‬ ‫ت‬‫ُو‬ ، ِ
‫م‬ ‫ي‬‫ك‬ِ ‫ُاْل‬ ‫ر‬ِ ‫ك‬ ِّ
‫الذ‬ ‫ُو‬ ِ
َ
َّ َ ُ ُ ُ َ َ ْ ْ َ ْ َ َ َ َ ْ َ ُ ِّ َّ ْ ْ َ َ‫اآلي‬
‫ات‬
ُ‫ َُولِ َسائِِر‬،‫َستَـ ْغ ِفُر ُاللَ ُالْ َع ِظْي َم ُِِل َُولَ ُك ْم‬ ‫أ‬
‫ُو‬ ،‫ا‬‫ذ‬َ
ْ َ َ ْ ْ ُْ َ ‫ُى‬ ‫ِل‬ ِ‫و‬‫ـ‬َ‫ق‬ ُ ‫ل‬ُ ‫و‬ ‫ـ‬
ُ ‫ق‬َ‫أ‬ُ ، ‫م‬‫ي‬ ِ‫الْعه‬
ُ‫ُى َو‬ ‫و‬َّ
‫ن‬ ِ
‫إ‬ُ ‫ه‬‫و‬ ‫ر‬ ‫ف‬ِ ‫ ُفَاستـ ْغ‬،‫ات‬ ِ َ‫ ُوالْمؤِمنِي ُوالْمؤِمن‬،‫ات‬ ِ ‫الْمسهِ ِمي ُوالْمسهِم‬
ُ ُ ُ ُْ َ ْ ُْ َ َْ ُْ َ َ ْ ُ َ َْ ْ ُ
.‫ُالرِحْي ُُم‬
َّ ‫الْغَ ُف ْوُر‬

8
‫‪KHUTBAH JUMAAT KEDUA‬‬
‫____________________________________________________________________________________________________________‬

‫ـح ْم ُد ُلِٰهّ ِو َ‬
‫َُحْ ًداُ َكثِ ًرياُ َك َماُأ ََمَُر‪ُ.‬أَ ْش َه ُد ُأَ ْن َُل ُإُِلَـوَ ُإَِّل ُاللُ َُو ْح َدهُ َُلُ‬ ‫ِٰ ِ‬
‫ـح ْم ُد ُلهُّو‪ُ.‬اَلْ َ‬‫اَلْ َ‬
‫ٰ‬
‫ُص ِّل َُو َسهِّ ْم َُوبَا ِرْك َ‬
‫ُعهَ ٰىُ‬ ‫اُمـ َح َّم ًداُ َعْب ُدهُ َُوَر ُس ْولُُوُ‪ُ.‬اَلهّ ُه َّم َ‬
‫ُسيِّ َُدنَ ُُ‬
‫َن َ‬ ‫‪ُ،‬وأَ ْش َه ُدُأ َّ‬
‫كُلَوُ َ‬ ‫َش ِريْ َ‬
‫ُالل‪ُ،‬اِ‬
‫اُعباد ِ‬ ‫ِ‬ ‫َْجَعِ ْ َُ‬ ‫ِٰ ِ‬ ‫سيِّ ِدنَ ُ ٍ‬
‫ُح َّقُ‬
‫َ َ‬ ‫اُالل‬ ‫و‬ ‫ق‬
‫ُ‬ ‫َّ‬
‫ـ‬ ‫ت‬ ‫ي‪ُ.‬أ ََّماُبَـ ْع ُد‪ُ،‬فَـيَ َ َ‬ ‫َص َحابِِو ُأ ْ‬‫اُمـ َح َّمد َُو َعهَ ٰى ُألو َُوأ ْ‬ ‫َ ُ‬
‫تُـ َقاتِِوُلَ َعهَّ ُك ْمُتُـ ْفهِ ُح ْو َُن‪ُ.‬قَ َالُاللُُتَـ َع َُٰ‬
‫ال‪ُ:‬‬
‫‪            ‬‬

‫‪‬‬

‫ُعهَ ُٰى َسيِّ ِدنَاُ‬


‫ت َ‬ ‫اُصهَّْي َ‬
‫اُمـح َّم ٍدُوعهَى ُٰأ ُِل سيِّ ِدنَ ُ ٍ‬
‫اُمـ َح َّمد‪َ ُ،‬ك َم َ‬ ‫َ ُ‬ ‫ٰ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬
‫ُ َ ِّ َ ٰ َ ُ َ َ‬ ‫ن‬
‫َ‬ ‫اَل ٰهّه َّم ُصلُعهَ ُى سيِّ ِ‬
‫د‬
‫ُمـ َح َّم ٍد َُو َعهَ ٰى ُأٰ ُِل َسيِّ ِدنَاُ‬
‫ُعهَ ُٰى َسيِّ ِدنَا ُُ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ٰ‬ ‫ِ‬
‫إِبْـَراىْي َُم ُ َو َعهَ ٰى ُأ ُِل َسيِّدنَا ُإِبْـَراىْي َم‪َُ ،‬وبَا ِرْك َ‬
‫ي‪ُ،‬‬ ‫ِ‬
‫‪ُ،‬ف ُالْ َعالَم ْ َ‬‫ىُسيِّ ِدنَاُإِبْـر ِاىْيم َُو َعهَ ٰى ُأٰ ُِل َسيِّ ِدنَاُإِبْـر ِاىْيم ِ‬ ‫ه‬
‫َ‬‫ُع ٰ‬
‫َ‬ ‫ت‬‫َ‬ ‫ك‬
‫ار‬
‫ْ‬ ‫اُب‬ ‫م‬ ‫ك‬
‫َ‬ ‫‪ُ،‬‬ ‫ُمـح َّم ٍ‬
‫د‬
‫َ َ ْ‬ ‫َ َ‬ ‫َ‬ ‫َ ََ‬ ‫َُ‬
‫َِبُ‬‫ِ‬ ‫أ‬ ‫ُ‬ ‫ا‬ ‫ن‬‫ُالر ِاش ِدين ُالْمه ِديِّـي‪ُ ،‬ساداتِ‬ ‫َّ‬ ‫ُمـ ِجي ٌُد‪ُُ .‬وارض ُال ٰهّه َّم ُع ِن ُاُلْـخهَ َف ِ‬
‫اء‬ ‫ُ‬ ‫د‬
‫ٌ‬ ‫ي‬ ‫ك َِ‬
‫َُح‬ ‫َّ‬
‫ن‬ ‫إِ‬
‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َ َ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬
‫ان ُإِ َ ٰل ُيَـ ْوِمُ‬
‫ُالصحاب ِة ُوالتَّابِعِي ُ ََلم ُبِـِإحس ٍ‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َّ‬ ‫ِ‬
‫ن‬ ‫ع‬‫َ‬ ‫ُو‬ ‫‪،‬‬ ‫ي‬ ‫ب ْك ٍر ُوعمر ُوعثْما َن ُوعهِ‬
‫َ َ ُ ََ َ ُ َ َ َ َ‬
‫ٍّ‬
‫آء ُِمْنـ ُه ْمُ‬‫ات ُاْألَحي ِ‬ ‫ات ُوالْمؤِمنِي ُوالْمؤِمنَ ِ‬ ‫ِ ِ‬ ‫ِ ِ ِِ‬ ‫ٰ‬
‫َْ‬ ‫ي َُوالْ ُم ْسُه َم َ ُ ْ ْ َ َ ُ ْ‬ ‫الدِّيْ ُِن‪.‬اَلهّ ُه َّم ُا ْغف ْر ُل ْه ُم ْسهم ْ َ‬
‫اج ُِ‬ ‫اتُوياُقَ ِ‬ ‫ُمـ ِجيبُالد ِ‬ ‫ك َِ‬ ‫َواْأل َْم َو ُِ‬
‫ات‪ُ.‬‬ ‫ُاْلَ َ‬‫اض َي ْ‬ ‫َّع َو َ َ‬ ‫ب ُُ ْ ُ َ‬ ‫َُسْي ٌعُقَ ِريْ ٌ‬ ‫ات‪ُ.‬إِنَّ َ‬
‫‪Ya Allah, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibubapa kami, ahli‬‬
‫‪keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan‬‬
‫‪kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih‬‬
‫‪lagi di akhirat kelak.‬‬
‫‪Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada‬‬
‫‪kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Negara kami, khasnya‬‬
‫‪kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan juga‬‬
‫‪pemimpin-pemimpin negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-‬‬
‫‪9‬‬
Pertua Negeri Sarawak. Ya Allah, kami bersyukur ke hadrat-Mu yang telah
mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan
usaha ke arah memperkukuhkan negara kami, khususnya Negeri Sarawak
yang tercinta ini, sebagai sebuah negeri yang maju dan sejahtera.
Justeru, kami pohon ke hadrat-Mu ya Allah, buat kami semua dan generasi
muda dalam kalangan remaja dan belia kami ini, kukuhkanlah iman kami,
tingkatkanlah amal ibadah kami, suburkanlah peribadi kami dengan budi
pekerti dan akhlak yang mulia, eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah
rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
keterampilan yang bermanfaat, bimbinglah kami ke jalan yang Engkau
redhai, hindarkanlah kami daripada terlibat dalam apa jua unsur negatif yang
boleh menjatuhkan maruah diri, keluarga, masyarakat, negara dan ummah.
Kami berlindung dengan-Mu daripada diuji dengan banjir besar, kemarau
panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami
bermohon denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan sentiasa
bertambah aman, makmur dan berkat.

ُ‫ـح ِّي‬ ‫ل‬ ‫ُا‬ ‫ى‬ ‫ه‬ ‫ُع‬ ‫ا‬ ‫ن‬ ‫ه‬ َّ
‫ك‬‫و‬ ‫ـ‬ ‫ت‬‫ُو‬ ، ِ ‫ب ُالْـمهَ ُكو‬
‫ت‬ ‫ر‬ِ‫صمنَا ُب‬ ‫ت‬ ‫اع‬ ‫ُو‬ ، ‫ت‬ِ ‫صنَّا ُبِ ِذي ُالْعَِّزِة ُوالْـجبـرو‬
َّ ‫ـح‬
َ ْ َ َ َ ْ َ
َ َ ْ َ َ ْ َ َ ُْ ََ َ ِّ َ ْ َ َ‫ت‬
ُ‫ُاَلهَّ ُه َّم ُإِنَّا‬.‫ُش ْي ٍء ُقَ ِديْـٌُر‬ ِ ‫الَّ ِذي َُل ُيـمو‬
َ ‫ُعهَىُ ُك ِّل‬َ ‫ك‬ َ َّ‫ُإِن‬،َ‫ُعنَّاُالْبَ َالءَ َُوالْ َوبَاء‬
َ ‫ف‬ْ ‫ص ِر‬
ْ ‫ُا‬،‫ت‬ ُ َُْ ْ
ُُ.‫َس َق ُِام‬‫ُاأل‬ ِ ‫صُوالْـجنـو ِنُوالْـج َذ ِامُوِمنُسي‬
‫ء‬ ِ ِ‫ك‬ ِ
ْ ْ ِّ َ ْ َ ُ َ ْ ُ َ َ َ َ َ ‫نَـ ُع ْوذُُب‬
ُ ‫ر‬ ‫ـ‬ ‫ب‬ْ‫ل‬‫ُا‬ ‫ن‬ ‫ُم‬
ُ‫ُأٰ ِم ْي‬،‫ُأٰ ِم ْي‬.‫اب ُالنَّا ُِر‬ ‫ذ‬
َ ‫اُع‬ ‫ن‬ِ‫آلخرِة ُحسنةً ُوق‬
ِ ‫ا‬
ْ ُ ‫ف‬ِ
‫ُو‬ ‫ة‬
ً ‫ن‬‫س‬‫اُح‬ ‫ي‬‫ـ‬ْ‫ن‬ ُّ
‫ُالد‬ ِ
‫اُف‬ ‫ن‬ِ
‫ت‬ ٰ‫ربـَّنَآُأ‬
َ َ َ َ ََ َ َ َ َ َ َ َ َ َ
ُِ ‫ُ ِعبَ َاد‬.‫ي‬
.‫ُالل‬ َُ ْ ‫بُالْ َعالَ ِم‬َّ ‫اُر‬
َ َ‫ي‬
ِ ‫ُذيُالْ ُقر َٰب ُويـْنـهى ُع ِن ُالْ َُفحش‬ ِ ‫ُوإِيت‬.‫ان‬
ِ ‫آء‬
ُ‫آء َُوالْ ُمْن َك ِر‬ َْ َ ٰ َ ََ َْ َ َ ُِ ‫إِ َّن ُاللَُيَأْ ُمُر ُبِالْ َع ْد ِل َُواْ ِإل ْح َس‬
ُ‫ُعهَ ٰىُنِ َع ِم ِو‬ ‫ه‬‫و‬‫ر‬ ‫ك‬
ُ ‫ش‬
ْ ‫ا‬
‫و‬ ُ. ُ
‫م‬ ‫ك‬
‫ر‬
ُ ‫ك‬
ُ
َ ُ ُْ َ ْ ْ َ َ ْ َ َ ُ‫ذ‬
ْ ‫ُي‬ ‫م‬‫ي‬ ‫ظ‬ِ ‫ُفَاذْ ُكرواُاللُالْع‬.‫ُيعِظُ ُكمُلَعهَّ ُكمُتَ َذ َّكرو َُن‬.‫والْبـ ْغ ُِي‬
ُْ ْ َ ْ َ َ َ

10
‫صنَـ ُُعو َُن‪ُ.‬‬ ‫ضهِ ِو ُيـع ِط ُك ُم‪ُ .‬ولَ ِذ ْكر ِ‬
‫ُالل ُأَ ْكبَـُُر‪َ ُ .‬و ُ‬ ‫ي ِزْد ُك ُم‪ُ .‬واسأَلُـوه ِ‬
‫اللُ ُيَـ ْعهَ ُم َُما ُتَ ْ‬ ‫ُ ْ َ ُ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ف‬
‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ن‬ ‫ُم‬
‫َ ْ َ ْ ُْ ْ‬
‫أَقِْي ُمو َّ‬
‫اُالص َالُِة‪.‬‬

‫‪11‬‬

Anda mungkin juga menyukai