Anda di halaman 1dari 10

KHUTBAH JUMAAT

“TAHUN BERUBAH, BERUBAHKAH KITA?”


(3 Januari 2020M/ 7 Jamadilawal 1441H)
___________________________________________________________________________________________________________________________

َُ َ‫ َُُوأَنْـََََُ ُ َم َعهُ ُالْ ِكت‬،‫ث ُ َخْيـَُر ُنَبِـيُُأ ْرِس َُل ُلِ ْْلَنَ ِام‬
ُ‫اب ُتِْبـيَانًا‬ َُ ‫ـح ْمدُ ُلِلَُِّه ُالَّ ِذي ُبَـ َع‬
َ ْ‫اَل‬
ُ،‫كُلَه‬ َُ ْ‫ُأَ ْش َهدُُأَ ُْنَُُلُإِلَـُٰهَُإِ ُلَُّاللُُ َو ْح َدهَُُُلُ َش ِري‬.‫لِكلُُ َش ْيءُُ َوبـ ْرَهانًاُلِ ْْل َْوَه ِام‬
ُ .‫ـح َّم ًداُ َعْبدهُُ َوَرسوله‬ َ ‫َنُ َسي َدنَاُم‬ َُّ ‫َوأَ ْش َهدُُأ‬
ُ،‫ ُ َوَرسولِنَا ُالْ َع ِظي ِم‬،‫ ُ َحبِْيبِنَا ُالْ َك ِرِمي‬،‫ني‬ ِ‫اَ ٰلله َُّم ُصلُ ُوسل ُم ُعلَ ُى ُسي ُِد ُالْـمرسل‬
َ َْ َ ٰ َ ْ ََ َ
ُ .‫ني‬ ِ‫َْجع‬
ْ ‫أ‬ ُ ِ ِ‫سي ِدنَاُمـح َّمدُُوعلَ ُىُآلُِِهُوصحب‬
ُ
‫ه‬
َْ َ ْ َ َ ٰ َ َ َ َ
ُِ ُ ‫وصْيك ُْمُ َونَـ ْف ِس ُْيُُبِتَـْ َو‬
ُ‫ُفَـ َُْ ُْد‬،‫اللُ َعََُُّ َو َُج َّل‬ ِ ‫ُأ‬،‫ُفَـياُأَيـُّهاُالْـمسلِمو َن‬،‫أ ََّماُبـعد‬
ْ َ َ َْ
ُ .‫ازُالْـمتـَّْ ْو َن‬َُ َ‫ف‬
:َُُِ ِ‫الُ ِفُُكِتَابُِِهُالْ َع َِي‬
َُ ‫اَُاللُُتَـ َع‬ َُ َ‫ق‬
 
 
      
 
  
 
  
 
  
 
 
   
    
Maksudnya: Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya
sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.
(Surah Al-Anbia’ : Ayat:1)

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah
subhanahu wata'ala dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
menjauhi segala tegahan-Nya. Semoga ketakwaan kita menyuburkan
lagi rasa kecintaan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam,
dengan menghidupkan sunnahnya, dan meneladani akhlak baginda.
1
Seterusnya, kita dapat mencapai kegemilangan dan keredhaan Allah
subhanahu wata’ala di dunia dan akhirat. Mimbar Jumaat ingin
mengajak para jemaah sekalian untuk menghayati khutbah bertajuk
“Tahun Berubah, Berubahkah Kita?”

Saudara kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Kita baru sahaja memasuki tahun baharu 2020. Pastinya pelbagai
peristiwa suka dan duka mungkin telah dilalui pada tahun 2019 yang
lalu. Persoalannya, bagaimana prestasi amalan kita sepanjang tempoh
setahun yang telah berlalu itu? Sejauhmana pula kita memanfaatkan
umur yang telah kita habiskan? Adakah kita telah melaksanakan semua
perintah Allah? Ataupun kita terus terleka, terlalai dan terpedaya dengan
nikmat dunia yang sementara?

Hadis daripada Ibnu Abbas radhiallahu anhuma bahawa Rasulullah


sallallahu alaihi wasallam bersabda:

ِ ‫ُم ْغبـ ْو ٌنُفِْي ِه َماُ َكثِْيـٌر ُِم َنُالن‬


ُ ))ُ‫َّاسُالص َّحة َُوالْ َفَراغ‬ ِ َ‫((ُنِعمت‬
‫ان‬
َ َْ
Maksudnya : Terdapat dua nikmat yang ramai manusia rugi padanya,
iaitu nikmat sihat dan masa lapang.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Semoga kedua-dua nikmat tersebut tidak merugikan kita, tetapi


dimanfaatkan untuk mencari sebanyak mungkin bekalan yang akan
dibawa bertemu Allah subhanahu wata’ala. Semoga hari-hari yang
mendatang ini dapat memberi faedah kepada kehidupan kita semua.

2
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Setiap daripada kita pasti mempunyai pelbagai azam yang hendak
dicapai pada setiap tahun. Justeru, bersempena tahun baru ini, khatib
ingin berkongsi beberapa panduan berkaitan kaedah untuk memulakan
perubahan dalam diri agar azam yang ditetapkan dapat dicapai dengan
berkesan.

Pertama : Muhasabah Diri


Kita hendaklah menilai sejauh mana pencapaian dan tanggungjawab
diri kita terhadap Allah subhanahu wata’ala. Adakah meningkat atau
menurun prestasi amalan, kualiti keimanan dan ketakwaan kita kepada-
Nya. Allah subhanahu wata’ala mengingatkan kita melalui Firman-Nya
dalam surah al-Hasyr ayat 18:

                

  

Maksudnya : Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah


(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya);
dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah
sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). Dan (sekali
lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat
meliputi pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.

3
Kedua : Berazam
Kita perlulah meletakkan azam untuk menambah baik kehidupan setiap
masa semata-mata kerana Allah subhanahu wata’ala. Sebagai individu
muslim, marilah kita berazam untuk meraih seberapa banyak ganjaran
dan keredhaan Allah subhanahu wata’ala. Adakah kualiti solat fardhu
dan sunat kita meningkat? Adakah kita banyak melakukan infaq,
sedekah dan wakaf? Adakah kita berbuat baik sesama manusia?
Adakah kita sentiasa solat berjemaah di masjid atau di surau? Adakah
kita istiqamah hadir ke majlis-majlis ilmu? Adakah kita telah
meninggalkan segala bentuk maksiat dan larangan Allah subhanahu
wata’ala?

Tanamkanlah azam yang baik semata-mata kerana Allah subhanahu


wata’ala dan mencari keredhaan-Nya untuk mencapai kejayaan di dunia
dan di akhirat.

Ketiga : Perancangan
Setiap azam yang telah ditetapkan, hendaklah disusuli dengan
perancangan yang teratur termasuk strategi atau pendekatan yang
digunakan serta sumber untuk menggerakkannya supaya memberi
impak yang terbaik. Setiap perancangan yang dilaksanakan itu,
hendaklah menepati syariat Allah subhanahu wata’ala.

Hadis daripada Abdullah bin Amru radhiallahu anhuma bahawasanya


Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

ِ ‫((ُلُيـؤِمنُأَحدكمُح ََّّتُيكو َنُهواهُتَـبـعاُلِم‬


ُ ))ُ‫اُجْئتُبِِه‬ َ ًَ ََ ْ َ َ ْ َ ْ َ
4
Maksudnya : Tidaklah beriman salah seorang dari kalian sehingga
hawa nafsunya mengikuti apa yang telah aku bawa.
(Hadis riwayat Imam al-Baihaqi).

KEEMPAT : Pelaksanaan.
Sesuatu perkara yang telah dirancang hendaklah dilaksanakan dengan
bersungguh-sungguh sehingga kita berjaya mencapai cita-cita atau
azam yang telah ditetapkan. Islam memandang berat kepada umatnya
yang tidak melaksanakan apa yang di perkatakannya. Firman Allah
subhanahu wata’ala dalam surah As-Soff, ayat 2 hingga 3 :

              

   

Maksudnya : Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu


memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar
kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu
tidak melakukannya.

Kelima : Istiqamah
Untuk mengekalkan sesuatu yang telah kita miliki, pasti akan
mendepani pelbagai cabaran. Justeru, khatib ingin mengajak umat
Islam agar sentiasa istiqamah dalam melaksanakan ketaatan kepada
perintah Allah subhanahu wata’ala serta kesabaran dalam menjauhkan
diri daripada segala larangan-Nya. Sentiasalah berdoa semoga kita
akan terus istiqamah terhadap perubahan ke arah kebaikan dan

5
sentiasa memperolehi petunjuk Allah subhanahu wata’ala. Firman Allah
subhanahu wata’ala dalam surah Hud, ayat 112 :

             

Maksudnya : Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa


tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan
kepadamu, dan hendaklah orang yang rujuk kembali kepada kebenaran
mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas
hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang
kamu kerjakan.

Sebuah hadis daripada Abu Amru radhiallahu anhu bahawa Rasulullah


sallallahu alaihi wasallam bersabda:

ُ‫َح ًُداُ َغْيـَرَُك؟‬


‫أ‬ ُ‫ه‬ ‫ن‬ ‫ُع‬ََ
‫أ‬ ‫َس‬
‫أ‬ ُ‫ُل‬ ‫ل‬‫و‬ ‫ـ‬ ‫ق‬ُ‫م‬ِ‫َل‬ ‫س‬ ِ
‫ُاْل‬‫ُف‬ِ ِ
‫ُِل‬‫ل‬ ‫ُق‬، ِ َ‫و‬
‫ُالل‬ َ ‫اُرس‬
َ َ ْ ْ َ ً َ
ْ ْ َ ْ ْ ْ َ َ‫ُي‬:ُ‫((ُقـ ْلت‬
ُ ))ُ‫ُاستَ ِْ ْم‬
ْ ‫ـم‬
َّ ‫ُث‬ ِ ِ‫ُآمْنتُب‬:َُ‫قَ َا‬
‫الل‬ َ
Maksudnya : Aku pernah bertanya: Wahai Rasulullah, katakan
kepadaku satu perkataan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya lagi
kepada orang lain selain engkau. Nabi sallallahu alaihi wasallam
menjawab : (( Katakanlah aku telah beriman kepada Allah dan
kemudian istiqamah lah. ))
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Mengakhiri khutbah minggu ini, khatib ingin berpesan dan menyeru


agar kita mengambil pengajaran seperti berikut:

6
Pertama : Umat Islam hendaklah meyakini bahawa hikmah hidup di
dunia ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah subhanahu
wata’ala dan seterusnya mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak.

Kedua : Umat Islam hendaklah sentiasa bermuhasabah dan


berazam untuk melakukan penambahbaikan pada setiap masa dan
bukannya ketika tahun baharu sahaja.

Ketiga : Umat Islam hendaklah sentiasa istiqamah dalam melakukan


perkara-perkara kebaikan dan meninggalkan perkara-perkara yang
dilarang oleh Allah subhanahu wata’ala.

Akhirnya, marilah bersama-sama kita menghayati firman Allah


subhanahu wata’ala dalam surah Fussilat, ayat 46:

‫الرِج ْي ِم‬
َّ ‫ان‬ َّ ‫اهلل ِم َن‬
ِ َ‫الش ْيط‬ ِ ِ‫أَعُوذُ ب‬
ْ
             

Maksudnya : Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya


akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat
kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan
Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.

ِ ‫ُونَـ َفع ِِن ُوإِيَّاكُم ُِِبَاُفِي ِه ُِمن ُاآلي‬،‫آن ُالْع ِظي ِم‬
ُ‫ات‬ ِ ‫بارَك ُاللُِِل ُولَكم ُِف ُالْْرء‬
َ َ ْ ْ َ َ َ ْ َ َْ ْ َ ََ
َُ‫ُأَقـ ْو‬،‫ُالس ِمْيعُ ُالْ َعلِْيم‬
َّ ‫ُإِنَّه ُه َو‬،‫ُوتَـ َْبَّ َل ُِم ِْن َُوِمْنك ْم ُتَِلََوتَه‬،
َ ِ
‫م‬ ‫ي‬
ْ
ِ ‫ُاْل‬
‫ك‬ َْ ِ
‫ر‬ ‫َوالذ ْك‬

7
‫قَـوِِلُه َذا‪ُ،‬وأَستـ ْغ ِفرُاللُالْع ِظيم ُِِلُولَكم‪ُ،‬ولِس ُائِِرُالْمسلِ ِمنيُوالْمسلِم ِ‬
‫ات‪ُ،‬‬ ‫ْ َْ َ ْ َ‬ ‫َ َ َْ َ ْ َ َ‬ ‫ْ َ َ َْ‬
‫استَـ ْغ ِفرْوهُإِنَّهُه َوُالْغَف ْور َّ‬
‫ُالرِحْيم‪.‬‬ ‫ْ‬ ‫َ‬‫ف‬ ‫‪ُ،‬‬ ‫والْمؤِمنِنيُوالْمؤِمنَ ِ‬
‫ات‬ ‫َ ْ َْ َ ْ‬

‫‪8‬‬
KHUTBAH JUMAAT KEDUA
____________________________________________________________________________________________________________

ُ‫ك‬ َ ْ‫ُش ِري‬ َ ‫ـح ْمدُلِٰل ِه‬


َ ‫ُأَ ْش َهدُأَ ْن َُلُإُِلَـهَُإَِّلُالل َُو ْح َده َُل‬.‫َُحْ ًداُ َكثِ ًرياُ َك َماُأ ََمَر‬ ِ ِٰ
َ ْ‫ُاَل‬.‫ـح ْمدُلله‬ َ ْ‫اَل‬
ُ‫ُسي ِدنَا‬
َ ‫ُعلَ ٰى‬ َ ‫ُصل َُو َُسل ْم َُوبَا ِرْك‬
ٰ
َ ‫ ُاَلله َّم‬.‫ُعْبده َُوَرس ْوله‬ َ ‫ُسي َُدنَا ُمُـ َح َّم ًدا‬ َّ ‫ َُوأَ ْش َهد ُأ‬،‫لَه‬
َ ‫َن‬
َُ َ‫ُاِتَّـْواُالل‬،‫ُالل‬
ُ‫ُح َّقُتـ َْاتِِهُلَ َعلَّك ْم‬ ِ ‫اُعباد‬ِ
َ َ َ‫ُفَـي‬،‫ُأ ََّماُبَـ ْعد‬.‫ني‬
ِ ْ ‫مُـح َّمدُوعلَىُأٰلِِهُوأَصحابِِهُأ‬
َ ْ ‫َْجَع‬ َ ْ َ ٰ ََ َ
ٰ َ ‫ُقَ َاَُاللُتَـ َع‬.‫تـ ْفلِح ْو َن‬
ُ :‫ال‬
             

ُ‫ُعلَ ُٰى َسي ِدنَا‬َ ‫ت‬ َ ‫ُصلَّْي‬


ِ ِٰ ِ
َ ‫ُ َك َما‬،‫ُعلَ ُٰى َسيدنَا ُمُـ َح َّمد َُو َعلَ ٰى ُأ َُ َسيدنَا ُمُـ َح َّمد‬ َ ‫ُصل‬ َ ‫اَلله َّم‬
ٰ
ُ،ُ ‫ُعلَ ُٰى َسي ِدنَاُمُـ َح َّمد َُو َعلَ ٰىُأٰ َُِ َسي ِدنَاُمُـ َح َّمد‬ َ ‫ُوبَا ِرْك‬، ‫م‬
َ َ َْ‫ي‬
ْ
ِ ‫إِبـر ِاهيمُوعلَىُأٰ َُِ سي ِدنَاُإِبـر‬
‫اه‬ َ ٰ َ َ َ ْ َْ
َِ ‫ك‬
ُ‫َُحُْي ٌد‬ َ َّ‫ُإِن‬،‫ني‬ ِ
َ ْ ‫ُف ُالْ َعالَم‬، ِ ‫ىُسي ِدنَاُإِبْـر ِاهْيم َُو َعلَ ٰى ُأٰ َُِ َسي ِدنَاُإِبْـر ِاهْيم‬
َ
ٰ ‫ُع‬
‫ل‬
َ َ ‫ت‬ َ ‫َك َماُبَ َارْك‬
ْ َ َ َ َ
ُ‫َبُبَ ْكر َُوع َمَر َُوعثْ َما َن‬ ُْ ِ‫ُس َاداتِنَاُأ‬، ‫ني‬ ‫ـ‬ ‫ي‬ ِ ‫ُالر ِاش ِدينُالْمه‬
‫د‬ َّ ِ ‫ُالله َُّمُع ِنُاُلْـخلَ َف‬
‫اء‬ ٰ ‫ُوارض‬.‫ُمـ ِجي ٌد‬
َ َْ ْ َ َ ْ َ َ َْ ْ َ
ُ‫ني‬ ِ ِ‫اَ ٰلله َّم ُا ْغ ُِفر ُلِْلمسل‬.‫ُالصحاب ِة ُوالتَّابِعِني ُ ََلم ُبِـِإحسان ُإِ َ ٰل ُيـوِم ُالدي ِن‬
‫م‬ َّ ‫ن‬ِ ‫ع‬ ‫ُو‬، ‫ي‬ ِ‫وعل‬
َْ ْ ْ ْ َْ َ ْ ْ َ ْ َ َ َ َ َ ََ
ٌُ‫ٌُمُـ ِجْي‬ ‫ي‬
‫ر‬ِ ُ
‫ق‬ ُ ‫ع‬ ‫ي‬ َِ ‫ك‬
‫َُس‬ َّ
‫ن‬ ِ
‫إ‬ ُ. ِ
‫ات‬ ‫و‬ ‫َم‬
‫أل‬ ‫ا‬‫ُو‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ـ‬ ‫ن‬ ِ
‫ُم‬ ِ ‫اتُاْألَحي‬
‫آء‬ ِ َ‫اتُوالْم ُؤِمنِنيُوالْمؤِمن‬ ِ ِ
ٌ ْ ٌْ ََ َْ َ ْْ ْ َْ ْ َ َ ْ ْ َ ‫َوالْم ْسل َم‬
ُ.‫ات‬ ِ ‫ُاْلاج‬ ِ ِ ‫الد‬
َ َْ ‫َّع َوات َُويَاُقَاض َي‬ َ
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibubapa kami, ahli keluarga
dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan
kepada kami semua dalam kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.
Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada kami
semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Negara kami, khasnya kepada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin
negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan
Tuan Yang Terutama Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ya Allah, kami
bersyukur ke hadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,
sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara kami,
9
khususnya Negeri Sarawak yang tercinta ini, sebagai sebuah negeri yang maju
dan sejahtera.
Justeru, kami pohon ke hadrat-Mu ya Allah, buat kami semua dan generasi muda
dalam kalangan remaja dan belia kami ini, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah
amal ibadah kami, suburkanlah peribadi kami dengan budi pekerti dan akhlak yang
mulia, eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami
dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan yang bermanfaat,
bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai, hindarkanlah kami daripada terlibat
dalam apa jua unsur negatif yang boleh menjatuhkan maruah diri, keluarga,
masyarakat, negara dan ummah.
Kami berlindung dengan-Mu daripada diuji dengan banjir besar, kemarau panjang,
wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami bermohon
denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan sentiasa bertambah aman,
makmur dan berkat.

ُ‫ُوَل‬،
َ ‫َلء‬ ََُ‫ـحق َُوَل ُب‬ْ ‫ُوَل َُم‬، َ ‫اُع َذاب‬َ َ‫ـج َع ْل َهاُسْي‬
ْ َ‫ُوَل ُت‬،
َ ‫اُر َْحَة‬ ْ ‫اَللَّه َّم‬
َ َ‫ُاج َع ْل َهاُسْي‬
.‫ُاأل َُْوِديَُِة‬
ْ ‫َّـج ِر َُوبط ْو ِن‬
َ ‫ُالش‬ ‫ت‬ِ ِ‫ُومنَاب‬،‫اب‬
ََ َ َ
ِ ‫ىُاآل َك ِامُوالظر‬ َ ‫ُاَللَّه َّم‬.‫َه ْدم َُوَلُ َغ ْرق‬
ْ َ‫ُعل‬
ُ‫ب‬َّ ‫اُر‬ ‫ُي‬ ‫ني‬ ‫م‬ِ ٰ‫ُأ‬،‫ني‬
ُ ‫م‬ِ ٰ‫ُأ‬.‫آلخرِةُحسنَةًُوقِنَاُع َذابُالنَّا ِر‬
ِ ْ‫ُالدنْـياُحسنَةًُوِفُا‬ ُّ ِ
‫اُف‬ ‫ن‬
َِ‫ربـَّنَآُأٰت‬
َ َ ْ ْ َ َ َ ََ َ َ ََ َ َ
ِ ‫ُ ِعباد‬.‫ني‬
.‫ُالل‬ ِ
َ َ َُ ْ ‫الْ َعالَم‬
ِ ‫ُذي ُالْْر َٰب ُويـْنـهى ُع ِن ُالْ َفحش‬ ِ ‫ ُوإِيت‬.‫ان‬
ِ ‫آء‬
ُ‫آء َُوالْمْن َك ِر‬ َْ َ ٰ َ ََ َْ َ َ ِ ‫إِ َّن ُاللَ ُيَأْمر ُبِالْ َع ْد َِ َُواْ ِْل ْح َس‬
ُ‫ُعلَ ٰى ُنِ َع ِم ِه‬ ‫ه‬
ُ‫و‬ ‫ر‬ ‫ك‬ ‫ش‬ْ ‫ا‬
‫ُو‬.
َ ْ َ ْ ْ َ َْ َ َ ‫م‬ ‫ك‬‫ر‬ ‫ك‬ ‫ذ‬
ْ ‫ُي‬ ‫م‬‫ي‬ ِ ‫ُفَاذْكرواُالل ُالْع‬.‫ُيعِظكم ُلَعلَّكم ُتَ َذ َّكرو َن‬.‫والْبـ ْغ ِي‬
‫ظ‬ ْ ْ َ ْ َ ََ
ُ‫ُأَقِْيموا‬.‫صنَـعو َن‬ ُْ َ‫ُواللُ ُيَُـ ْعلَم َُماُت‬.
َ َ ‫ر‬ ‫ـ‬ ‫ب‬ ‫ك‬
ْ َ
‫أ‬ ُ ِ ‫ُولَ ِذ ْكر‬.‫ضلِ ِه ُيـع ِطكم‬
‫ُالل‬ َ ْ ْ ْ ‫ف‬
َ ُ ‫ن‬ ِ ‫ُواسأَلـوه‬.‫ي َِْدكم‬
‫ُم‬
ْ ْ َْ ْ َ
.‫الص ََل ِة‬
َّ

10

Anda mungkin juga menyukai