Anda di halaman 1dari 9

MAJLIS PELANCARAN

PROGRAM ZIARAH CAKNA


SJK CHUNG HUA KRANJI
TAHUN 2020

Tarikh : 10/02/2020
Masa : 7.20 pagi – 9.30 pagi

Tempat : SJK CHUNG HUA KRANJI


Lagu Negaraku
Ibu pertiwiku
加兰依中华公学校歌
Program ziarah cakna
merupakan satu program baru yang
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Oleh kerana ia masih baru, Mungkin
ramai yang masih belum maklum bagaimana
cara pelaksanaan program ziarah cakna
ini. Program ini dirangka oleh KPM bagi
menerapkan amalan nilai murni yang
menzahirkan nilai kegembiraan, kasih sayang dan
hormat menghormati dalam kalangan warga
sekolah dan juga masyarakat luar.
Program Ziarah Cakna ini adalah hasil
dari keputusan mesyuarat ketua
bahagian KPM bilangan 10/2018 iaitu
pada 7 Disember 2018 yang mana
Bahagian Pengurusan sekolah harian
perlu menyelaraskan pelaksanaan
program ziarah cakna ini secara meluas
di semua sekolah di bawah KPM.
Pelaksanaan konsep ziarah cakna ini sebenarnya untuk
memperkukuhkan konsep sekolah penyayang yang sedia ada bagi
menangani mutual distrust sebagaimana amalan baik yang
dipraktikkan oleh negara Jepun bagi memperkukuhkan hubungan
antara sekolah dengan ibubapa dan penjaga.
Program ziarah cakna ini boleh diringkaskan kepada aktiviti
lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa
penjaga bagi memberi manfaat positif kepada perkembangan
menyeluruh pelajar. Selain itu juga melalui lawatan yang dibuat
diharapkan guru dapat mengumpul maklumat keluarga murid
memahami latar belakang murid berdasarkan tempat mereka
dibesarkan dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi
hubungan atau ibu bapa dan guru.

“Aktiviti lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu dengan


ibu bapa penjaga bagi memberi manfaat positif kepada
perkembangan menyeluruh pelajar”
Pelaksanaan Program Ziarah Cakna

 Bagimenjelaskan lagi tentang program


ziarah cakna ini, program ini dilaksanakan
secara berterusan sepanjang tahun dan ia
perlu menjadi amalan di sekolah mengikut
cara dan kreativiti serta kesesuaian pihak
sekolah. Walaupun demikian, pihak sekolah
boleh mengambil inisiatif seperti garis
panduan yang ditetapkan pelaksanaan
sebelum semasa dan selepas seperti di
bawah:
SEBELUM
 Guru perlu mengenali murid dengan menyediakan maklumat awal berkaitan murid di sekolah
sama ada sahsiah, tingkah laku ataupun pergaulan pelajar tersebut dengan rakan-rakan lain.
 Menghantar surat atau menghubungi ibu bapa murid sebelum ziarah dilaksanakan.
 Mendapat persetujuan lebih awal daripada ibu bapa penjaga murid.
SEMASA
 Kunjungan ziarah tidak menyusahkan ibu bapa penjaga seperti tidak perlu menyediakan
makan dan minum.
 Ziarah dilaksanakan pada masa yang tidak melibatkan masa pembelajaran dan pengajaran.
 Berkongsi maklumat berkaitan perkembangan murid iaitu sahsiah, tingkahlaku dan
perkembangan diri di sekolah dan di rumah.
 Mengumpulkan maklumat murid berkaitan status sosioekonomi keluarga dan keperluan lain
yang diperlukan.
 Menziarahi ke rumah murid pada tempoh masa yang bersesuaian dengan tujuan perjumpaan
tersebut.
SELEPAS
 Menyediakan bantuan sokongan kepada murid yang memerlukan.
 Tindak susul bagi murid yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada pihak tertentu.
 Mengukuhkan hubungan antara ibu bapa penjaga dari masa ke semasa melalui pelbagai
platform perhubungan.
 Membina jaringan kerjasama bersama sama ibu bapa penjaga yang mempunyai kemampuan
kemahiran dan kepakaran yang dapat menyumbang kepada pembangunan sekolah.
 Daripada maklumat yang disediakan di atas dapatlah dirumuskan bahawa program ziarah
cakna ini lebih mengutamakan hubungan antara pihak sekolah dan juga ibu bapa pelajar.

Anda mungkin juga menyukai