Anda di halaman 1dari 8

SPAT HEBAT

ATUR CARA MAJLIS


7.30 pagi / 12.30 tengahari

7.20 pagi Mengalu-alukan kehadiran murid


Bacaan Doa
7.30 pagi
Nyanyian Lagu Negaraku
Lagu Negeri Selangor
Lagu sekolah
Ikrar Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan
Raya & Ikrar Murid
Laporan Guru Bertugas Mingguan
Penyampaian Sijil dan Piala Keceriaan Kelas
Majlis Perasmian Program Ziarah Cakna

Ucapan Perasmian Tn. Pengetua

Gimik Perasmian

Bersurai
PENGENALAN

Program Guru Penyayang merupakan program yang


dijalankan agar amalan guru penyayang membudayakan
sikap kasih sayang di sekolah. Guru penyayang ialah guru
yang memiliki sifat kepedulian terhadap muridnya dengan
cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,
mengambil berat, berbudi bahasa dan saling menghormati,
sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Y.B Menteri Pendidikan
mengusulkan agar sekolah memperkukuhkan nilai murni di
sekolah melalui pembudayaan amalan penyayang, hormat-
menghormati, keseronokan dan bertanggungjawab melalui
pelaksanaan Program Ziarah Cakna dengan
memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi
menangani mutual distrust seperti dipraktik oleh negara
Jepun dengan memperkukuhkan hubungan antara sekolah
dengan ibu bapa. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah
program ramah mesra, lawatan atau ziarah keluarga, sesi
perkongsian masalah dan lain-lain.
OBJEKTIF

 Menjalinkan ukhwah dengan keluarga murid untuk


menujukkan empati dan keprihatinan pihak sekolah
dengan masalah murid
 Mengukuhkan nilai guru penyayang dengan saling
bekerjasama antara guru dengan ibu bapa
TATACARA ZIARAH CAKNA

SEBELUM
 Guru perlu mengenali murid dengan menyediakan
maklumat awal berkaitan murid.
 Menghantar surat atau menghubungi ibu bapa murid
sebelum ziarah dilaksanakan
 Mendapat persetujuan lebih awal daripada ibu bapa
penjaga murid
SEMASA
 Kunjungan ziarah tidak menyusahkan ibu bapa
penjaga seperti tidak perlu menyediakan makan dan
minum.
 Ziarah dilaksanakan pada masa yang tidak
melibatkan masa pembelajaran dan pengajaran.
 Berkongsi maklumat berkaitan perkembangan murid
iaitu sahsiah, tingkahlaku dan perkembangan diri di
sekolah dan di rumah.
 Mengumpulkan maklumat murid berkaitan status
sosioekonomi keluarga dan keperluan lain yang
diperlukan
 Menziarahi ke rumah murid pada tempoh masa yang
bersesuaian dengan tujuan perjumpaan tersebut
SELEPAS
 Menyediakan bantuan sokongan kepada murid yang
memerlukan
 Tindak susul bagi murid yang memerlukan bantuan
dan sokongan daripada pihak tertentu
 Mengukuhkan hubungan antara ibu bapa penjaga
dari masa ke semasa melalui pelbagai platform
perhubungan
 Membina jaringan kerjasama bersama sama ibu bapa
penjaga yang mempunyai kemampuan kemahiran
dan kepakaran yang dapat menyumbang kepada
pembangunan sekolah
PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih kepada

semua pihak yang telah membantu

pengurusan dan pelaksanaan

program ini dari awal hingga akhir.

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai