Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN ARTIKEL PENDIDIKAN MORAL SPM :PROGAM ZIARAH CAKNA

MAKSUD ZIARAH CAKNA


 Program ziarah cakna ini adalah aktiviti lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu
dengan ibu bapa penjaga bagi memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh
pelajar.  Selain itu juga melalui lawatan yang dibuat diharapkan guru dapat mengumpul
maklumat keluarga murid memahami latar belakang murid berdasarkan tempat mereka
dibesarkan dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan atau ibu bapa dan
guru.Sehubungan dengan itu, pentadbir bersama-sama dengan Unit Bimbingan dan
Kaunseling (UBK) merancang Ziarah Cakna dari semasa ke semasa menziarahi keluarga
murid yang kurang bernasib baik di sekitar sekolah. Diharapkan program murni ini dapat
memberikan lebih motivasi dan juga kesan kepada ibu bapa dan pelajar dalam menangani
masalah sosial dan juga meningkatkan lagi prestasi akademik.
 

KEBAIKAN PROGRAM ZIARAH CAKNA


Program ziarah cakna ini boleh diringkaskan kepada aktiviti lawatan guru ke rumah murid
untuk bertemu dengan ibu bapa penjaga bagi memberi manfaat positif kepada
perkembangan menyeluruh pelajar.  Selain itu juga melalui lawatan yang dibuat diharapkan
guru dapat mengumpul maklumat keluarga murid memahami latar belakang murid
berdasarkan tempat mereka dibesarkan dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi
hubungan atau ibu bapa dan guru

PERANAN GURU

SEBELUM:
Guru perlu mengenali murid dengan menyediakan maklumat awal berkaitan murid di sekolah sama
ada sahsiah, tingkah laku ataupun pergaulan pelajar tersebut dengan rakan-rakan lain.
Menghantar surat atau menghubungi ibu bapa murid sebelum ziarah dilaksanakan
Mendapat persetujuan lebih awal daripada ibu bapa/ penjaga murid

SEMASA:
Kunjungan ziarah tidak menyusahkan ibu bapa penjaga seperti tidak perlu menyediakan makan dan
minum.
Ziarah dilaksanakan pada masa yang tidak melibatkan masa pembelajaran dan pengajaran.
Berkongsi maklumat berkaitan perkembangan murid iaitu sahsiah, tingkahlaku dan perkembangan diri
di sekolah dan di rumah.
Mengumpulkan maklumat murid berkaitan status sosioekonomi keluarga dan keperluan lain yang
diperlukan
Menziarahi ke rumah murid pada tempoh masa yang bersesuaian dengan tujuan perjumpaan
tersebut

SELEPAS:
Menyediakan bantuan sokongan kepada murid yang memerlukan
Tindak susul bagi murid yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada pihak tertentu
Mengukuhkan hubungan antara ibu bapa penjaga dari masa ke semasa melalui pelbagai platform
perhubungan
Membina jaringan kerjasama bersama sama ibu bapa penjaga yang mempunyai kemampuan
kemahiran dan kepakaran yang dapat menyumbang kepada pembangunan sekolah
NILAI YANG DIAMALKAN OLEH KERAJAAN:

KASIH SAYANG,BERTANGGUNGJAWAB

DISEDIAKAN OLEH;

JACOB SIM HONG EN

Anda mungkin juga menyukai