Anda di halaman 1dari 5

SK SERI BINTANG SELATAN

56100 WILAYAH PERSEKUTUAN


KUALA LUMPUR

DOKUMENTASI
PROGRAM “GEROBOK REZEKI”

ANJURAN :
UNIT HAL EHWAL MURID
TARIKH :
13 DISEMBER 2024
1. PENGENALAN
Gerobok rezeki adalah satu inovasi sosial yang dijenamakan pertubuhan HUMANITY.
Kini idea ini sedang disebar luas kepada warga sekolah. Jika selama ini masyarakat
terdedah dengan gerobok rezeki hanya di masjid, surau dan di kedai makan, kini
sekolah menjadi ejen baru dalam menyemai dan menyebar kebaikan melalui konsep
kongsi rezeki, mudahnya sedekah.
Asas idea ini adalah dengan meletakkan gerobok atau rak di bilik kaunselor
atau bilik guru. Gerobok tersebut akan dipenuhi dengan segala bentuk keperluan asas
makanan, baik makanan basah untuk murid yang tidak membawa duit (yang
memerlukan), atau pun makanan kering untuk bantu keluarga di rumah. Gerobok juga
boleh dilengkapkan dengan pelbagai lagi keperluan lain seperti alatan tulis, buku,
pakaian serta kelengkapan sekolah atau apa-apa saja yang difikirkan sesuai untuk
membantu murid susah atau memerlukan.
Justeru, pada 15 Disember 2023, SK Seri Bintang Selatan telah mengadakan
program agihan bantuan Gerobok Rezeki. Program ini menyasarkan lebih kurang 20
buah keluarga dalam kalangan murid-murid yang kurang berkemampuan. Bantuan
yang diberikan adalah berbentuk keperluan asas makanan seperti beras, tepung
gandum dan garam.

2. OBJEKTIF
2.1 Satu kaedah alternatif dalam memberi bantuan kepada murid yang
memerlukan khususnya golongan miskin bandar.
2.2 Sebagai satu medium mendidik masyarakat khususnya murid sekolah
itu sendiri tentang konsep kongsi rezeki.
2.3 Untuk menyemai budaya peduli insan dalam diri anak kita dengan
mengambil tahu kawan yang mengalami kesukaran dalam kehidupan.
2.4 Memberi hak mereka (golongan yang memerlukan) dari pendapatan
kita.
2.5 Sebagai satu agen perpaduan yang mana membantu tanpa prejudis
terhadap agama dan bangsa dengan amalan memberi tanpa persoalan.

3. KEKUATAN PROGRAM
3.1 Mendapat kerjasama dan sambutan yang baik oleh seluruh warga
sekolah.
3.2 Mendapat bantuan dana serta sumbangan daripada Baitulmal dan NGO
V Five.
3.3 Perancangan awal menjadikan program lebih sistematik dan terancang.
3.4 Tempat penyerahan bantuan kondusif, tersusun dan mudah di akses
oleh ibu bapa..
3.5 Bantuan memenuhi keperluan semasa keluarga yang menerima.
3.6 Ibu bapa memberikan kerjasama yang baik sekaligus memudahkan
pihak sekolah bagi menyampaikan bantuan.

4. KELEMAHAN
4.1 Beberapa orang ibu bapa tidak menerima makluman / tidak perasan
mengenai panggilan ke sekolah untuk menerima bantuan menyebabkan
beberapa bantuan tidak dapat diserahkan pada hari kejadian.
4.2 Kekangan kesihatan ibu bapa menyebabkan anak perlu mengangkut
barang-barang bantuan yang berat dan banyak.
4.3 Operasi pengedaran bahan bantuan melebihi waktu bekerja guru
menyebabkan guru bertugas perlu menunggu di sekolah sehingga pukul
3 petang.

5. PENAMBAHBAIKKAN
5.1 Ibu bapa perlu lebih perlu lebih cakna tentang maklumat-maklumat yang
disampaikan oleh pihak sekolah.
5.2 Penetapan satu tarikh/ masa yang baharu untuk penyerahan semula
barang bantuan kepada ibu bapa yang tidak dapat hadir bersebab.
5.3 Menetapkan limitasi waktu untuk pengedaran bahan bantuan mengikut
jam bekerja guru.

6. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, program ini berjaya dijalankan dengan lancar. Segala
bantuan yang diusahakan oleh pihak sekolah dan diberikan oleh pihak Baitulmal serta
NGO V5 ini sangat memberi manfaat dan kebaikkan kepada golongan sasar yang
menerima.
Disediakan oleh,

-------------------------------------------
(NURANIZATUL BINTI EJOL)
AJK Dokumentasi Program Gerobok Rezeki,
Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan.

Disemak oleh,

-------------------------------------------
(MOHAMAD AZMI BIN ISMAIL)
GPK Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan.
Disemak oleh,

Disahkan oleh,

-------------------------------------------
(PN. SITI MAZIAH BINTI MALIK)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai