Anda di halaman 1dari 102

5.

1
Jerome Bruner (1915 –
sekarang), mendapati terdapat
tiga peringkat perkembangan
kognitif yang dilalui oleh
seseorang kanak-kanak.
Huraikan peringkat-peringkat
tersebut.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 6


Teori Jerome Bruner
• Jerome Bruner (1915) adalah seorang ahli psikologi
Amerika dan pendidik yang meminati budaya.

• Kajiannya terhadap persepsi, pembelajaran, ingatan dan


aspek kognisi yang lain telah mempengaruhi
perkembangan dunia pendidikan.

• Teori pembelajaran penemuan yang diperkenalkan oleh


Bruner melihat pembelajaran sebagai satu proses sosial
yang aktif bagi membolehkan murid membina idea atau
konsep baru berpandukan pengetahuan semasa.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 7
• Murid akan memilih maklumat yang
dikehendaki, membina hipotesis dan
membuat keputusan semasa berlaku proses
mengintegrasi pengalaman dengan skema
mental sedia ada.

• Jadi, guru dan murid perlu mengadakan


perbincangan secara aktif dan mengalakkan
murid untuk membina prinsip-prinsip tentang
pengetahuan baharu sendiri.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 8


EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 8
Menurut Ramlah Jantan & Mahani Razali (2004),
Bruner mengemukan perkembangan mental
manusia dalam 3 peringkat:

5.1.1 Peringkat Enaktif


(berasaskan perlakuan)

5.1.2 Peringkat Ikonik


(berasaskan imejan)

5.1.3 Peringkat Simbolik Gambar rajah 1.0 : Peringkat


(berasaskan bahasa) perkembangan mental
manusia menurut Bruner.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 9


5.1.1 Peringkat Enaktif (0-2
tahun)
• Pembelajaran melalui tindakan manipulatif
kerana belum melibatkan bahasa.

• Kanak-kanak akan bergerak ke arah sesuatu


yang menarik minat mereka.

• Kanak-kanak menggunakan anggota deria


untuk menyelesaikan masalah kerana belum
pandai berbahasa atau berkomunikasi secara
baik dengan mengunakan bahasa.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 10
• Bahan konkrit perlu dipegang untuk memperoleh
tafsiran bagi dirinya.

• Mesej guru dikaitan dengan otot-otot semasa


kanak-kanak berada di peringkat enaktif.

• Kanak-kanak mendapat mesej melalui gerakan


tanpa berkata.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 11


• Contohnya:
Kanak-kanak kecil yang menyentuh api untuk
mengetahuinya panas dan boleh melecurkan.
Kanak-kanak melontarkan bola untuk
mengetahui bola boleh melambung dan
berguling.

Gambar rajah 2.0 : Kanak-kanak Gambar rajah 3.0 : Kanak-kanak


kecil takut untuk mendekati bermain dengan bola.
dengan api.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 12
5.1.2 Peringkat Ikonik (2-4
tahun)
• Pembelajaran mencapai peringkat mampu
membentuk persepsi dan membina gambaran
dalam mental.

• Kanak-kanak berupaya menggambarkan


sesuatu dalam fikirannya dan mampu
menyimpan imej-imej tertentu dalam fikiran
mereka.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 13
• Kanak-kanak berupaya menyebut objek yang
tiada di depan mata iaitu telah terbentuk ‘imej
mental’.

• Walaupun tanpa menyentuh bahan tajam seperti


pisau, kanak-kanak tahu bahan itu boleh
melukakan tangan sekiranya terkenanya.

• Dengan perkembangan intelek ini, penggunaan


gambar-gambar atau rajah-rajah membolehan
kanak-kanak di peringkat ini belajar dengan lebih
mudah.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 14


• Contoh:
Kanak-kanak boleh melukis gambar sudu tanpa
melihat sudu kerana gambar dilukis berdasarkan
bayangan atau imej yang disimpan dalam
otaknya.
Gambar rajah 4.0 :
Kanak-kanak kecil (kiri)
melukis berpandukan
objek konkrit manakala
kanak-kanak kecil
(kanan) melukis
mengikut imej di
otaknya.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 15


5.1.3 Peringkat Simbolik (4-7
tahun)
• Kanak-kanak boleh menggunakan simbol
seperti perkataan dan bahasa untuk
menghuraikan pengalamannya iaitu
bermulanya penaakulan simbolik.

• Kanak-kanak boleh memindahkan pengalaman


mereka ke dalam bentuk bahasa.

• Mereka juga berupaya berfikir secara abstrak


dan membuat penaakulan logik.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 16
• Peringkat simbolik membenarkan kanak-kanak
membuat kesimpulan secara logik dan berfikir
dengan lebih mantap.

• Simbol seperti perkataan, bahasa dan formula


digunakan untuk mempersembahkan pengalaman
dan menghuraikan penaakulan abstrak.

• Contohnya:
Kanak-kanak boleh menerangkan sebuah dacing
dengan menggunakan perkataan tanpa penggunaan
gambar.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 17
5.1.4 Rumusan
• Pembelajaran kanak-kanak berkembang dari
peringkat motor-sensori ke peringkat gambaran
konkrit akhirnya ke idea abstrak.

• Pengajaran dirancang untuk mendedahkan kanak-


kanak memperoleh pengalaman pada permulaan,
bertindak balas dengan penyampaian konkrit dan
akhirnya persembahan dalam bentuk simbol.

• Ketiga-tiga peringkat ini saling berkaitan dan


membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 18
5.2

Bincangkan
sekurang-kurangnya
tiga cara seseorang
guru dapat
mengaplikasikan
Teori Bruner dalam
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 19
Aplikasi Teori Bruner
• Menurut Bruner, setiap individu walaupun
masih kecil berkeupayaan untuk belajar
sekiranya penyampaian disusun atur dengan
cara yang sesuai.

• Guru yang mengaplikasi Teori Bruner dalam


pengajaran dan pembelajaran dapat
memupuk pemikiran kreatif yang penting
untuk perkembangan minda.

20
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR
• Dengan ini, fakta dan ilmu yang ditemui oleh murid-
murid melalui penerokaan sendiri akan dapat
memahami keseluruhan struktur sesuatu
kandungan.

• Jadi, ini selaras dengan Bruner menegaskan bahawa


matlamat akhir pengajaran ialah untuk
meningkatkan “kefahaman tentang struktur sesuatu
kandungan mata pelajaran”.

• Apbila pelajar memahami struktur sesuatu mata


pelajaran, dia akan melihatnya sebagai keseluruhan
yang berkaitan.

21
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR
5.2.1 Peka terhadap murid-
murid yang berada pada mod
pembelajaran yang berbeza
• Menurut Bruner, pembelajaran berlaku
mengikut tiga langkah iaitu:

1. Enaktif (berasaskan tindakan)

2. Ikonik (berasaskan imej)

3. Simbolik (berasaskan bahasa)

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 22


• Guru perlu sedar bahawa kehendak kumpulan murid
yang berlainan.

• Contohnya, guru boleh mengadakan perbincangan


(mod simbolik) berasaskan apa yang mereka pelajari
daripada eksperimen yang dilakukan (mod ikonik).

• Kerjayaan perbincangan juga bergantung kepada


kebijaksanaan guru sebagai fasilitator.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 23


5.2.2 Menggunakan kaedah
inkuiri penemuan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran
• Kaedah ini berlaku apabila murid menggunakan
pengetahuan sedia ada dan pengalaman mereka
untuk mencari penemuan baru untuk membina
pembelajaran mereka.

• Tugas guru ialah menyusun dan membekalkan


maklumat yang hendak disampaikan.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 24


• Ini dapat memudahkan murid-murid mengaitkan
konsep baru dengan konsep yang telah mereka pelajari
dan ketahui.

• Guru perlu memastikan murid memahami makna


sesuatu konsep yang dikemukakan dan membantu
untuk memurnikan permahaman mereka sehingga
selaras dengan makna yang ada pada guru.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 25


5.2.3 Peranan guru sebagai
fasilitator
• Teori Bruner lebih banyak menekankan memberi arahan.

• Penekanan diberikan kepada murid untuk membina makna


secara aktif.

• Jadi, guru akan berhujah dan memberi peluang kepada


pelajar untuk meneroka alternatif penyelesaian dan
membuat hipotesis.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 26


• Murid akan cuba memahami makna sesuatu
konsep yang dikemukakan dan guru membantu
murid untuk memurnikan pemahaman mereka.

• Dengan pendedahan yang diberikan pada


peringkat ini, murid-murid menjadi lebih berdikari
dalam penyelesaian masalah sendiri.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 27


• Guru hanya membimbing pelajar membuat
andaian-andaian penyelesaian dan meneroka
jalan penyelesaian.

• Secara tidak langsung, guru dapat


mengembangkan pemikiran murid yang kritis dan
kreatif.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 28


5.2.4 Sesi Pengajaran dan
Pembelajaran melalui induktif
• Guru akan bermula sesuatu yang khusus (contoh)
kemudian berakhir dengan yang umum (konsep).

• Jenis pembelajaran ini menggalakkan murid-


murid untuk menggunakan imaginasi dan
kreativiti secara aktif.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 29


• Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Sains, guru
memberi contoh-contoh mamalia, kemudian minta
murid-murid untuk menyatakan ciri-ciri mamalia
berdasarkan contoh yang telah diberi.

• Guru dapat memupuk pemikiran induktif dalam


kalangan murid-murid dengan cara menggalakkan
murid-murid membuat ramalan berasaskan bukti yang
kurang lengkap.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 30


Konsep secara induktif dan membuat
kategori melibatkan langkah-langkah
berikut:
• Sediakan data-data yang berupa contoh-contoh positif. Telitikan ciri-ciri.

Langkah • Guru hendaklah menunjukkan gambar, slaid, video atau model semua jenis
1 ikan.

• Sediakan data yang mewakili contoh-contoh negatif. Telitikan ciri-ciri.

• Guru mengemukakan gambar, slaid, video atau model bukan ikan.


Langkah
Contohnya, ketam, katak, penguin, penyu, paus, buaya dan sebagainya
2
yang hidup dalam air.

• Buat perbandingan antara contoh positif dan contoh negatif.


Langkah • Bimbing murid melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan dari segi bentuk,
3
penafasan, makanan dan sebagainya.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 31


• Berdasarkan ciri-ciri persamaan, buat pengelompokan atau kategori.

• Kelompokan ikan, burung, mamalia, reptilian dan amfibia dengan bimbingan


Langkah 4
guru.

• Buat rumusan mengikut kategori yang dibentuk.

• Bina peta konsep mengikut kategori seperti ikan, mamalia, reptilia dan
Langkah 5
amfibia.

• Bina definisi konsep: konsep ikan, iaitu haiwan yang hidup di dalam air
sepenuhnya, bernafas melalui insang, tidak berdarah dan sebagainya.

Langkah 6 • Kukuhkan dengan contoh tambahan untuk menguji permahaman. Minta


pelajar memilih gambar ikan, menamakan ikan dan sebagainya.

Gambar rajah 5.0 : Langkah mengajar konsep secara induktif.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 32


5.2.5 Aktiviti dan bahan
pembelajaran yang berpadanan
dan selaras dengan tahap

kognitif murid
Bruner percaya bahawa perkembangan intelek
mengikut turutan yang sama.

• Guru memulakan pengajaran mata pelajaran baru


dengan mesej tanpa kata dan melibatkan
gerakan-gerakan fizikal.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 33


• Seterusnya, murid patut digalakkan
menggunakan rajah-rajah atau gambar-gambar.

• Akhirnya, mesej yang hendak disampaikan perlu


menggunakan simbol-simbol melalui perkataan.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 34


• Sebagai contoh, guru ingin mengajar mengenai gunung berapi.

1. Murid-murid boleh belajar melalui model gunung berapi. (enaktif)

2. Peringkat yang seterusnya ialah murid belajar melalui tayangan


video mengenai gunung berapi. (ikonik)

3. Murid diminta untuk membuat rujukan di pusat sumber mengenai


gunung berapi, kumudian berbincang dapatan sesama mereka.

Gambar rajah 6.0 : Contoh model


gunung berapi.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 35


5.2.6 Pengajaran dan
pengetahuan perlu distrukturkan
• Guru perlu memikirkan cara bagaimana
sesuatu pengetahuan itu perlu distrukturkan
agar lebih mudah difahami oleh murid.

• Pengajaran perlu distrukturkan agar dapat


memudahkan murid memahaminya.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 36


• Pengajaran perlu dirancang untuk membolehkan
pengetahuan itu dijadikan asas untuk membuat sesuatu
anggaran atau jangkaan.

• Ini bermakna murid berkeupayaan untuk menjangka jauh


dari sekadar maklumat yang diberikan.

• Tamsilnya, guru mengajar murid tajuk “Operasi Matematik”


dan murid dapat mengesan serta mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam hidupan harian.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 37


• Pada masa yang sama, guru boleh menggunakan
bahan yang konkrit untuk mengillustrasikan
konsep yang lebih kompleks.

• Sebagai contohnya, penggunaan bahan 3D,


model, carta, rajah sebagai pemulaan pengajaran
yang lebih kompleks.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 38


5.2.7 Memberi motivasi dan
peneguhan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran
• Guru mendorong murid-murid mengembangkan
intrinsik ingin tahu melalui peneguhan positif dan
motivasi.

• Intrinsik ingin tahu boleh menimbulkan minat


dan menyebabkan murid mengambil inisiatif diri
sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 39


• Bruner menjelaskan peneguhan bukan dihasilkan
daripada rangsangan luar tetapi daripada motivasi
dalaman.

• Contohnya, kanak-kanak membuat kajian sendiri demi


mendapat kepuasan daripada dapatan kajiannya, iaitu
demi peneguhan positif daripada guru.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 40


5.2.8 Rumusan
• Guru yang menggunakan teori Bruner perlu
membangkitkan naluri ingin tahu murid-murid dengan
kaedah inkuiri penemuan dan kaedah induktif.

• Guru juga perlu menyusun isi pengajaran secara


sisitematik mengikut tahap perkembangan kognitif
murid.

• Guru memupuk motivasi intrinsik murid-murid dan


memberi peneguhan selepas aktiviti penilaian.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 41


5.3
R.M.Gagne (1916 - 2002),
mendapati bahawa Strategi
Kognitif merupakan di antara
5 peringkat pembelajaran
yang perlu dilakukan oleh
guru untuk menambah
keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran mereka.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 42
Jenis Pembelajaran Teori Gagne
• Mengikut Gagne (1985), terdapat lima jenis pembelajaran yang
berbeza.

• Gagne mendefinisikan pembelajaran sebagai “a change


in human disposition or capability, which persist over a period of
time and which is not simply ascribe to process of growth.”

• Gagne mencadangkan bahawa setiap jenis pembelajaran


memerlukan jenis atau cara pengajaran yang berbeza.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 43


Gambar rajah 7.0 : 5 jenis
pembelajaran yang
dinyatakan oleh Gagne.
Maklumat
Verbal

Kemahiran Strategi
Intelek Kognitif

Jenis-jenis
Pembelajaran

Kemahiran
Sikap Psikomotor

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 44


Strategi Kognitif

Mengikut Gagne (1985), kemahiran-kemahiran di mana murid dapat

mengawal dengan sendiri melalui proses-proses dalaman, iaitu

memberikan perhatian, belajar, mengingat dan memikir sesuatu,

menggunakan maklumat adalah strategi kognitif. Nama lain bagi strategi

kognitif ialah tingkah laku pengurusan kendiri atau proses kawalan

eksekutif yang merujuk kepada konsep pemprosesan maklumat.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 45


5.3.1 Menumpukan
Perhatian
• Murid akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu
rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta
membezakan rangsangan-rangsangan melalui deria-
derianya.

• Pemilihan dan membezakan rangsangan-rangsangan


merujuk kepada tindakan seseorang memilih persepsi yang
sesuai dan menolak persepsi yang tidak releven.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 46


• Misalnya, semasa belajar di bilik darjah, seorang murid
menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru
dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan
daripada rakan-rakan sedarjah.

• Murid-murid yang berjaya menguasai kemahiran dalam


memberikan perhatian dapat mengaplikasikan kemahiran
ini dalam semua mata pelajaran tanpa mengira
kandungan.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 47


• Walau bagaimanapun, situasi akan menjadi
sebaliknya jika guru gagal menarik perhatian
murid-murid mahupun mereka telah menguasai
kemahiran menumpukan perhatian.

• Jadi, guru perlu menarik perhatian murid-murid


dengan mengarah mereka ke arah topik
pengajaran.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 48


• Sebelum sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku, guru perlu menarik perhatian murid melalui:

1. Mempersembahkan sesuatu yang baru atau yang


mengejutkan.
2. Menanyakan soalan.
3. Mempersembahkan fakta-fakta yang menarik.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 49


Contoh Tajuk: Ibu Mencuci Baju
• Soalan: Yang manakah jenis air boleh
digunakan untuk mencuci baju?

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 50


• Selain itu, guru perlu memastikan murid berada
dalam persekitaran yang menyeronokkan iaitu
interaksi peribadi dan sokongan padu daripada
guru secara peribadi. (motivasi)

• Persekitaran emosi bilik darjah dipengaruhi suara


guru, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan,
kawalan kelas dan penggunaan ganjaran.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 51


Gambar rajah 8.0 : Cara
yang boleh menarik
perhatian murid-murid.
Bahan
Bantu
Mengajar

Cara Kepimpinan
Ganjaran
Menarik Guru
Perhatian
Murid-
murid

Kawalan Sikap, Suara dan


Kelas Kemesraan

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 52


Contoh bahan bantu mengajar yang menarik
perhatian murid-murid

Gambar rajah 9.0 : BBM yang digunakan


dalam pembelajaran matematik.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 53


Gambar rajah 10.0 : BBM dapat membantu
murid mengenali hidupan laut secara
menarik.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 54


Contoh guru memberi ganjaran kepada
murid-murid yang melibatkan diri secara aktif
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

Gambar rajah 11.0 :


Ganjaran yang positif
kepada murid dapat
meningkatkan minat
belajar murid.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 55


5.3.2 Kemahiran Berfikir
• Kemahiran berfikir ialah kecekapan menggunakan akal
menjalankan proses pemikiran.

• Murid yang menguasai kemahiran berfikir mempunyai


kecekapan dalam penyusunan maklumat, konsep atau
idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau
keputusan yang tepat untuk tindakan terarah dan
sewajarnya.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 56
• Kemahiran berfikir amat penting kerana ini merupakan
satu proses membina ilmu dan kefahaman yang
melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia.

• Proses penyusunan maklumat, ilmu, konsep dan idea


melibatkan penggunaan pandangan, gambaran, simbol,
perkataan, akal, rangsangan atau dorongan yang
tersembunyi.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 57


• Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman
yang disimpan dalam stor ingatan jangka
panjang adalah penting bagi manusia untuk
mengaitkannya dengan pengalaman-
pengalaman baru, demi memudahkan proses
pembelajaran baharu berlaku.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 58


• Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan
usaha memahami rangsangan luar yang diterima
melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran
dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia
ada dalam ingatan.

• Data baharu akan disimpan melalui cara pemadanan,


perbandingan dan klasifikasi dengan maklumat atau
pengetahuan yang sedia ada dalam ingatan.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 59


• Tahap kognitif murid-murid sekolah rendah biasanya
berada di peringkat pemikiran konkrit.

• Pemikiran konkrit adalah berkaitan dengan kemahiran


berfikir di peringkat ingatan dan kefahaman sahaja.

• Guru perlu menggunakan bahan yang konkrit untuk


mengillustrasikan konsep yang lebih kompleks.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 60


• Sebagai contohnya, penggunaan bahan 3D, model,
carta, rajah sebagai pemulaan pengajaran.

Gambar rajah 12.0 : Contoh bahan-bahan 3D.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 61


• Peringkat pemikiran yang lebih tinggi ialah pemikiran kritis
dan pemikiran kreatif.

• Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan membuat,


mentafsir dan menilai data, idea dan maklumat untuk mencari
makna atau menyelesaikan masalah.

• Kemahiran berfikir secara kreatif merupakan kebolehan


memperluaskan dan mengembangkan daya imaginasi,
kreativiti dan inovasi dengan tujuan mendapat idea baharu
atau ciptaan yang asli.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 62
Kemahiran Berfikir Secara
Kritis Dan Kreatif

Kemahiran Berfikir Secara Kemahiran Berfikir


Kritis
Secara Kreatif
1.Membanding dan membeza
1.Menjana dan
2.Membuat kategori
menghasilkan idea
3.Meneliti setiap bahagian
baru
4.Menerangkan sebab
2.Mencipta metafora
5.Menyusun mengikut turutan
(perumpamaan)
6.Mengusul periksa andaian
3.Mencipta analogi
7.Membuat inferens
(penyamaan)
8.Membuat ramalan
4.Mencipta definasi
9.Mengesahkan sumber
maklumat
10.Membuat generalisasi
11.Membuat kesimpulan Gambar rajah 13.0 :
Membuat
Jenis-jenis kemahiran
keputusan dan
menyelesaikan berfikir secara kritis
masalah dna kreatif.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 63


• Guru membantu murid-murid memahami
kepentingan Kemahiran Berfikir dan bagi
mewujudkan suasana yang merangsangkan
pelajar berfikir.

• Guru juga menyediakan bahan pengajaran


yang sesuai, mencabar dan berupaya
mencungkil Kemahiran Berfikir.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 64


Contoh aktiviti yang boleh
mencungkil Kemahiran fikir

Permainan Teka Lukisan

• Objektif : Melatih murid-murid berfikir dan


berimaginasi dengan baik
• Bahan: Kertas dan Pensel
• Cara bermain: Individu atau Berkumpulan

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 65


Langkah:
1. Murid duduk di tempat atau di dalam kumpulan masing
masing dalam satu barisan.
2. Sekiranya tajuk pembelajaran pada hari itu adalah tentang
simpulan bahasa, guru akan memberitahu murid yang berada
di depan sekali agar melakar atau melukiskan tentang
simpulan bahasa yang ditentukan.
3. Murid yang pertama perlu melakar simpulan bahasa
tersebut dalam masa 15 saat dan seterusnya menunjukkan
lakaran tersebut kepada murid yang kedua.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 66


4. Orang yang kedua pula menunjukkan lakarannya
yang mengikuti murid yang pertama kepada orang
ketiga dan seterusnya kepada orang terakhir.
5. Murid terakhir akan menyampaikan maklumat
berdasarkan lakaran tersebut.
6. Murid yang menjawab dengan tepat akan
memenangi permainan ini.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 67


5.3.3 Mengingat
• Mengingat merupakan proses pembelajaran
yang berkaitan dengan kefahaman.

• Mengingat ialah satu kemahiran untuk


mengingat kembali dengan menyebut atau
menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku
selepas beberapa jam.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 68


Contoh 1: Pengurusan Grafik
• Pengurusan grafik merupakan lakaran visual
yang membolehkan maklumat diingat dengan
mudah dan untuk jangka masa yang lama.

• Terdapat beberapa jenis iaitu carta alir, carta


pai, jadual atau catatan fakta.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 69


Gambar rajah 14.0: Carta hierarki diguna untuk
menyusun maklumat.

Gambar rajah 15.0: Jadual membabitkan


susunan lajur dan kolum.
Jadual digunakan untuk mencatat kronologi,
peristiwa, fakta, geografi, fakta sains.

Gambar rajah 16.0: Catatan fakta merupakan


nota berupa fakta utama dan fakta sokongan
serta huraian ringkas mengenai topik.
Catatan ini boleh dibuat dalam ayat sendiri
secara ringkas dan mudah difahami.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 70
Contoh 2: Ulangan Lisan dan
Tulisan
• Mengulangi kata-kata atau maklumat dengan
tulisan atau secara lisan akan menguatkan lagi
ingatan terhadap perkara yang ingin diingat.

Contoh:
Selepas guru memperkenalkan kosa kata yang
baharu, guru boleh mengadakan ejaan pada
keesokan hari demi mengukuhkan ingatan
pelajar terhadap kosa kata yang baru belajari.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 71


5.3.4 Elaborasi
• Strategi elaborasi merupakan proses penambahan
butiran atau maklumat lanjutan sehingga
informasi baharu akan menjadi lebih bermakna.

• Hal ini memudahkan proses pengekodan menjadi


lebih mudah dan lebih memberi kepastian.

• Strategi elaborasi membantu pemindahan


informasi baharu dari memori jangka pendek ke
memori jangka panjang dengan menciptakan
gabungan dan hubungan antara informasi baharu
dengan pengetahuan sedia ada.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 72
Contoh 1: Membuat catatan
• Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru
akan memberi banyak informasi serta bahan
pembelajaran dalam masa yang ditetapkan.

• Membuat catatan dapat membantu pelajar belajar


informasi yang diajar dalam masa yang singkat malah
dapat disimpan untuk dihafal kelak.

Gambar rajah 17.0 :


Membuat nota ringkas
membantu murid belajar
secara kognitif dengan guna
strategi elaborasi.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 73


Contoh 2: Analogi
• Analogi ialah kenyataan yang dicipta daripada
perbandingan antara satu perkara dengan
perkara yang lain berdasarkan ciri-ciri
persamaan dan perbezaan untuk menyatakan
maksud tertentu.

Contoh:
Membuat satu perbandingan antara jantung
dengan pam dalam bentuk jadual.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 74
Contoh: Persamaan dan perbezaan
Persamaan

1.

2.

Perbezaan

Jantung Pam
1. 1.

2. 2.

3. 3.

Gambar rajah 18.0 : Cara


membuat analogi dengan jadual.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 75


5.3.5 Organisasi
• Bertujuan untuk membantu murid meningkatkan
pemahaman terhadap bahan-bahan baharu dengan
melakukan pengorganisasian terhadap bahan-bahan
tersebut.

• Bahan yang diorganisasi dengan baik lebih mudah


untuk dibelajari dan diingati.

• Strategi organisasi terdiri daripada pengelompokan


semula idea-idea atau membahagikan idea-idea
menjadi sub set yang lebih kecil.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 76
Contoh 1: Chunking
(Pengelompokan)
• Strategi mengorganisasikan sesuatu secara
sistematik melalui proses mengikut urutan,
menyusun dan mengklasifikasi.

• Chunking dapat membantu murid mengurus data


yang sangat banyak atau proses yang sangat
kompleks.

• Melalui chunking, murid dapat menyusun bahan


menjadi bahagian-bahagian yang lebih kecil
kemudian menyusun bahagian-bahagian tersebut
mengikut urutan.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 77
Contoh:
• Satu urutan nombor iaitu 4-7-1-1-3-2-4 dapat
dibahagi kepada 471-1324.
• Dengan membahagikan urutan nombor
tersebut kepada 2 bahagian kecil, nombor
tersebut menjadi lebih mudah untuk diingat.

Gambar rajah 19.0 : Satu urutan nombor yang dibahagi kepada dua bahagian.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 78


Contoh 2: Mnemonics
• Strategi untuk mengukuhkan ingatan dengan
mengorganisasikan informasi dalam pola yang
lebih mudah disesuaikan dengan pola skema dalam
memori jangka panjang.

 Contoh:
“coordinating conjuctions” terdiri daripada for, and,
nor, but, or, yet, so.
Anda boleh mengingat FANBOYS sebagai satu pola
yang lebih mudah untuk mengingat.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 79


• Guru boleh mengajar perkataan yang susah
dengan menggunakan kaedah mnemonic agar
memudahkan pelajar untuk tujuan ingatan.

Gambar rajah 20.0 : Contoh-contoh mnemonic yang


boleh diguna oleh guru dalam kelas.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 80


5.3.6 Rumusan
• Guru yang memahami kepentingan strategi kognitif murid semasa proses
pembelajaran boleh menyediakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih efektif.

• Guru seharusnya banyak memberi galakkan kepada murid serta melatih


mereka menggunakan strategi kognitif khususnya strategi imej mental
kerana terdapa bukti berpendapat bahawa murid berpencapaian tinggi
dikesan banyak menggunakan strategi kognitif.

• Justeru, dalam proses menguasai strategi kognitif, guru perlu memberikan


peneguhan serta maklum balas yang positif terhadap keaslian atau
kreativiti dalam penggunaan strategi tersebut.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 81


5.4

Kenalpasti sekurang-
kurangnya tiga sebab
berlakunya lupaan dalam
kalangan murid-murid dan
cadangakan strategi-
strategi yang dapat
dilaksanakan oleh guru
2 & ALAM BELAJAR
EDU 3033 - MURID 82
Lupaan dalam Kalangan Murid
• Menurut Abu Zahari Abu Bakar (1988), apabila
seseorang murid tidak dapat mengingati apa yang telah
diajar oleh guru di kelas, maka ia dikatakan lupaan.

• Lupaan menyebabkan murid-murid tidak dapat


menjawab soalan peperiksaan dengan betul.

• Kebolehan mengingat adalah tidak sama antara satu


sama lain.

• Terdapat perkara yang mudah diingat dan perkara yang


mudah dilupa.
2 & ALAM BELAJAR
EDU 3033 - MURID 83
• Menurut Melton dalam Roediger (1963),
proses membentuk ingatan terdiri daripada
encoding (proses mendapat maklumat),
storage (proses menyimpan maklumat di
mana perubahan berlaku pada sistem saraf
yang membolehkan terbentuknya memory
trace) dan retrieval(proses mengeluar dan
mengguna maklumat).

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 84


• Tanda-tanda ingatan berlaku pada kanak-kanak
kecil apabila mereka dapat membezakan antara
orang-orang yang dikenalinya.

• Kekuatan ingatan kanak-kanak bertambah


berikutan umurnya yang semakin menambah dan
juga bergantung kepada kecenderungan,
kesukaan dan pengalaman mereka.

• Kanak-kanak mempunyai kebolehan mengingati


atau menghafal dengan tidak faham erti atau
tujuannya.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 85
Gambar rajah 21.0 :
Perhubungan antara ingatan
deria dengan ingatan jangka
pendek dan ingatan jangka
Lupaan panjang.

Rangsangan Ingatan Jangka Ingatan Jangka


Ingatan Deria Penggunaan
Pendek Panjang

Ulangan

Proses

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 86


• Lupaan bermaksud kegagalan individu untuk
mengingati sesuatu fakta yang pernah
diketahuinya sebelum itu.

• Kegagalan ini boleh dibahagikan kepada dua,


iaitu sama ada kegagalan disebabkan
maklumat dalam jangka pendek hilang
sebelum sempat diproses dan disimpan dalam
ingatan jangka panjang atau kegagalan untuk
memanggil (recall) maklumat dari ingatan
jangka panjang.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 87


5.4.1 Jenis dan Sebab Berlaku
Lupaan
Gambar rajah 22.0 : 3 jenis
lupaan yang umum.

Jenis Lupaan

Lupaan
Pengaburan / Lupaan Gangguan Lupaan Terdesak
Lupaan Keusangan

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 88


1. Lupaan Pengaburan / Lupaan
Keusangan
• Maklumat-maklumat pengalaman yang
tersimpan dalam ingatan jangka panjang
menjadi kabur dan susah hendak dicari untuk
ditimbulkan ke paras akar sedar.
atau
• Maklumat-maklumat pengalaman yang
tersimpan dalam ingatan jangka panjang telah
usang hinggakan ia luput dari simpanan
ingatan.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 89


Bentuk 1
• Pembelajaran meninggalkan kesan atau surih
pada otak.

• Lupaan ini berlaku disebabkan peredaran masa.

• Dengan peredaran masa, proses metabolik yang


biasanya berlaku pada otak menyebabkan kesan
atau surih perkara yang dipelajari suatu ketika
dulu menjadi hancur dan akhirnya luput atau
hilang sekali.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 90


• Makin lama jarak masa di antara waktu
mempelajari sesuatu dengan waktu hendak
mengingati pembelajaran, makin kuat
kemungkinan maklumat pembelajaran
menjadi kabur.

• Masa yang tidak mencukupi untuk


menyimpan maklumat menyebabkan
maklumat hilang sebelum sempat diproses
dalam otak.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 91


Bentuk 2
• Maklumat pengalaman pada mulanya masih
ada dalam simpanan jangka panjang,
dipercayai masih ada tetapi kerana terlalu
kabur menyebabkan mental susah mencarinya
untuk dibawa ke paras akal sedar.

• Hal ini disebabkan maklumat pengalaman itu


disimpan telah lama tidak digunakan
menyebabkan ia menjadi kabur.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 92


2. Lupaan Gangguan
• Gangguan yang berlaku kepada maklumat-
maklumat pengalaman yang tersimpan dalam
ingatan jangka panjang menyebabkan ia susah
dicari untuk ditimbulkan ke paras akal sedar.

• Lupaan di mana berlakunya halangan oleh


maklumat lain dalam memori semasa cuba
memanggil semula.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 93


• Jenis gangguan yang menyebabkan lupaan

(i) Gangguan Retroaktif / Berbalik :


pembelajaran baru mengganggu
pembelajaran lama.

(ii) Gangguan Proaktif / Terbawa: pembelajaran


lama mengganggu pembelajaran baru.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 94


3. Lupaan Terdesak
• Disebabkan gangguan ke atas emosi orang
yang hendak mengingat, hingga mendesak ia
untuk melupakan maklumat-maklumat
pengalaman yang tersimpan dalam ingatan
jangka panjangnya.

• Seseorang sengaja menolak memori yang


menyakitkan atau menyedihkan daripada
muncul ke paras kesedaran.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 95


• Kebimbangan yang tinggi boleh menyebabkan
lupaan. Sebaik-baik dalam apa jua situasi juga,
individu perlu tenang supaya tahap
kebimbangan berada di tahap sederhana.

• Dengan ini, ia akan menghasilkan prestasi


individu yang baik.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 96


• Oleh itu, guru perlu mengambil tindakan untuk
membantu murid agar dapat mengingat
perkara-perkara yang telah dipelajari.

• Langkah yang harus dilakukan :


 Meneliti terlebih dahulu jenis lupaan yang ada.
 Mengkaji sebab berlakunya lupaan.
 Memikirkan langkah-langkah mengatasi
lupaan.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 97


5.4.2 Cara Guru Meningkatkan
Daya Ingatan Murid
1. Mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif
• Suasana bilik darjah yang berdisiplin, selamat dan
bersih.

• Komunikasi dua hala.

• Murid bebas mengeluarkan pendapat dan bertanya.

• Aktiviti yang menarik dan mengambil kira minat dan


kelebihan murid.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 98
Gambar rajah 23.0 :
Perbandingan kedua-dua bilik
darjah yang kondusif bagi
keselesaan murid sepanjang
proses pembelajaran dalam
kelas.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 99


2. Memeringkatkan isi
pembelajaran
• Dari senang kepada susah

• Dari konkrit kepada abstrak

• Dari dekat kepada jauh

• Dari kecil kepada besar

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 100


3. Penyusunan Maklumat Awal
(Advance Organizer)
• Kerangka kepada isi pelajaran yang hendak
disampaikan oleh guru.

• Guru dapat mengajar isi pelajaran langkah


demi langkah dan sistematik.

• Guru boleh mengulang semula konsep-konsep


lama yang telah dipelajari dengan tujuan
menghubungkaitkannya dengan konsep baru.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 101
4. Pembelajaran Lisan (Verbal
Learning)
• Menurut Raaijmakers & Shiffrin, 1992

1) Pembelajaran Paired-associate
-seorang murid diberi tugas ingat perkara utama, pasangannya
pula ingat perkara sampingan.

2) Pembelajaran Serial
-murid belajar satu senarai istilah dalam urutan yang betul.

3) Pembelajaran Free Recall


-murid ingat semula sesuatu senarai perkara tanpa urutan
yang tertentu.

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 102


5. Bahan pembelajaran yang
bermakna dan berkaitan dengan
kehidupan
• Apabila bahan baru dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada murid, pengajaran
menjadi lebih berkesan.

• Murid hanya perlu diingatkan tentang perkaitan


antara pembelajaran baru dengan yang lama
dalam bentuk kategori.

• Dengan ini, maklumat baru akan disimpan dalam


kategori yang teratur dan memudahkan proses
ingat kembali.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 103
6. Menggunakan BBM yang
pelbagai
• Membentuk konsep yang baik dan membantu
murid mengingat fakta dengan lebih lama.

Gambar rajah 24.0 : Contoh


BBM yang menarik.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 104
7. Membimbing murid cara
belajar yang betul (Kemahiran

Metakognitif)
Teknik membuat rumusan
• Teknik membuat nota ringkas
• Teknik pengurusan masa
• Teknik membuat peta minda atau peta konsep
(pengurusan grafik)
• Teknik belajar PQ4R (preview, question, read,
reflect, recite and review) – diperkenalkan oleh
Thomas & Robinson, 1972.
• Belajar arahan kendiri
• Motivasi diri

EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 105


8. Latih Tubi
• Pembelajaran perlu disusuli dengan
perulangan dan latihan yang sedikit demi
sedikit, pelbagai serta konsisten.

Gambar rajah 25.0 : Contoh latih tubi yang biasa dilakukan oleh murid.
EDU 3033 - MURID & ALAM BELAJAR 106

Anda mungkin juga menyukai