Anda di halaman 1dari 14

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEROME BRUNER.

Seymour Jerome Bruner.

Beliau dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Beliau lebih dikenali sebagai J.Bruner. Beliau ini merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Beliau merupakan seorang yang istimewa kerana telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Menyumbang dalam ilmu psikologi pada tahun 1950an.

Bruner memiliki pandangan mengenai proses belajar yaitu langkah-langkah bagaimana orang memilih, mempertahankan, dan mentransformasikan informasi secara aktif. Perhatian tentang kognitif Bruner berpusat pada masalah apa yang dilakukan manusia dengan informasi yang diterimanya, dan apa yang akan dilakukannya sesudah memperoleh informasi untuk mendapatkan pemahaman yang memberikan kemampuan tersendiri baginya.

Tahap enaktif (0-2 tahun)


Pada tahap ini, kanak belajar melalui sesuatu dan bukan penggunaan bahasa. Kanak2 akan bergerak ke arah sesuatu yang menarik perhatiannya. Pada tahap ini, anak memahami objek basikal berdasarkan apa yang dilakukannya, misalnya dengan memegang, menggerakkan, memukul, menyentuh, dan sebagainya.

Tahap ikonik (2-4 tahun)


Pada tahap ini, informasi dibawa kanak2 melalui imej mental (IKON). Kanak2 berupaya mengambarkan sesuatu dalam pemikirannya. Kanak2 mampu menyimpan imej2 tertentu. Perlakuan tunggal pada objek yang diamati dijadikan sebagai pegangan, dan pada akhirnya anak mengembangkan memori visualnya.

Tahap simboik (5-7 tahun)


Simbol seperti perkataan, bahasa dan formula dapat digunakan untuk mempersembahkan pengalaman dan menghuraikan penaakulan abstrak. Pada tahap ini, tindakan tanpa pemikiran terlebih dahulu dan pemahaman sudah berkembang. Bahasa,, matematik memegang peranan penting. Tahap simbolik ini memberikan peluang anak untuk menyusun pemikiran secara padat, misalnya menggunakan gambar yang saling menghubungkan bentuk-bentuk rumus tertentu.

Turutan pembelajaran haruslah berkembang mengikut urutan:

simbolik ikonik

enaktif

Implikasi Teori
Murid-murid belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan peluang untuk murid-murid meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Bagi murid-murid prasekolah, bahan pengajaran dan pembelajaran seperti gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi memudahkan pembentukan konsep.

Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. o Ini bermakna guru perlu memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkahlaku yang diingini dilakukan. Kesediaan belajar juga ditekankan oleh Bruner. o Dengan itu, guru perlu mengambil kira kesediaan belajar murid-murid ketika merancang proses pengajarannya. o Sementara itu, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-menolong akan dapat dipupuk dalam aktiviti pengumpulan maklumat projek dan perbincangan.

Anak memiliki cara berfikir yang berbeza dengan orang dewasa. Guru perlu memperlihatkan fenomena atau masalah kepada anak. Hal ini dapat dilakukan melalui kegiatan wawancara atau pengamatan terhadap objek.

Dalam pembelajaran, Bruner menggunakan cara belajar discovery learning (belajar penemuan) yang digunakan sesuai dengan pencarian pengetahuan atau ilmu secara aktif yang dilakukan oleh kanak-kanak. Hasilnya adalah apa yang ditemukan akan memberikan pengetahuan yang benar-benar bermakna bagi pelajar.

Menurut Bruner, dengan menerapkan cara belajar discovery learning akanmemberikan tiga manfaat.

1. Pengetahuan yang diperoleh akan dapat bertahan lama dan lebih mudah diingat dengan dibandingkan dengan cara belajar mendengarkan. 2.Hasil belajar yang didapat mempunyai kesan yang lebih baik dari hasil belajar lainnya. 3.Dengan belajar menggunakan cara discovery learning, pelajar akan aktif bekerja dan memiliki peningkatan. Hal ini terjadi kerana pelajar dituntut berfikir secara bebas.

Anda mungkin juga menyukai