Anda di halaman 1dari 16

TEORI PEMBELAJARAN

BRUNER

 N.SHALINI
 R.VANESHREE
LATAR BELAKANG

*Jerome Bruner yang mendapat gelaran sebagai


Bapa Teori Psikologi Kognitif.

*dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915.

*Beliau merupakan seorang yang istimewa kerana


tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak
sewaktu beliau masih bayi.

*Namun begitu, beliau telah berjaya melanjutkan


pelajaran ke Universiti Duke dalam jurusan
Psikologi dan pada tahun 1937, beliau mendapat
gelaran A.B.
Teori Pembelajaran Bruner
 Menurut Bruner, pembelajaran adalah satu
proses aktif yang dapat membolehkan seseorang
itu menguasai secara mendalam informasi yang
diberikan serta mempelajari macam mana
beberapa perkara dapat dikaitkan secara
bermakna.

 kanak-kanak sepatutnya diajar untuk memahami


konsep dan bukan mengaplikasikan sesuatu
konsep tanpa pemahaman yang signifikan.
 Pemahaman konsep melibatkan perkembangan
mental kanak-kanak. Dalam proses pemahaman
konsep, Bruner telah menyatakan bahawa
perkembangan mental kanak-kanak terbahagi kepada
3 tahap iaitu:

 Peringkat enaktif (0-2 tahun)


 Peringkat ikonik (2-4 tahun)
 Peringkat simbolik (5-7 tahun)
a) Peringkat Enaktif
 Pada peringkat ini (0-2 tahun), kanak-kanak akan bergerak ke
arah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu, kanak-
kanak banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan
masalah, kerana kanak-kanak pada masa ini masih belum
pandai berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa.
 Sesuatu objek itu akan dipegang untuk memperoleh makna
atau tafsiran bagi dirinya. Contohnya, kanak-kanak cuba
meletakkan sebatang kayu pada suatu sangga untuk melihat
keseimbangannya.
b) Peringkat Ikonik
 Pada peringkat ini (2-4 tahun), kanak-kanak telah
berupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia
mampu menyimpan imej-imej tertentu.
 Kanak-kanak juga berupaya menyebut objek yang tiada
di hadapan matanya, iaitu telah terbentuk “imej mental”.
Contohnya, kanak-kanak tersebut boleh melukiskan kayu
yang seimbang di atas sangganya, walaupun objek tersebut
tiada di hadapan matanya.
c) Peringkat Simbolik
 Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-
kanak telah boleh menggunakan simbol,
seperti perkataan dan bahasa untuk
menghuraikan pengalamannya, iaitu
bermulanya penaakulan simbolik.
 Contohnya, kanak-kanak boleh
menerangkan bagaimana kayu yang
diletakkan di atas sangga menjadi
seimbang.
Teori Pembelajaran Induktif
 guru seharusnya membekalkan kanak-
kanak dengan pelbagai pengalaman untuk
membantu mereka menemui idea, konsep
atau pola yang diperkenalkan.

 mengalakkan pembelajaran induktif untuk


memotivasikan pembelajaran yang aktif
dan pembentukan konsep yang difahami.
 Bruner adalah seorang yang menyokong pemikiran
induktif yang bermula dari spesifik ke umum.

Contoh pemikiran Induktif :

 Menggunakan pengalaman seseorang dan


mengaplikasikannya dalam situasi lain.
Konsep Pembelajaran Sains Bruner
 Beliau telah memperkenalkan pembelajaran konsep melalui proses
pengkategorian.

 Konsep dibentuk dengan mengasingkan sesuatu benda mengikut


ciri-ciri persamaan dan perbezaan.

 Contohnya konsep segiempat dibentuk dengan mengenal bahawa


segiempat mempunyai 4 sisi dan memasukkan semua bentuk bersisi
empat ke dalam kategori segiempat dan memasukkan bentuk-bentuk
bersisi tiga ke dalam kategori segitiga.
 Teori pembelajaran yang dipelopori oleh Bruner adalah
berpusatkan pembelajaran atau pelajar dan berbentuk
induktif.

 Guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan


beberapa contoh positif dan contoh negatif serta ciri-
cirinya diteliti.

 Murid-murid akan dibimbing oleh guru untuk membuat


perbandingan contoh positif dan negatif.
Contoh :
 Guru telah menyediakan bahan-bahan untuk
mengkaji sifat benda-benda tertentu iaitu benda
terapung (float) atau benda tenggelam (sink).
 Guru meletakkan benda-benda tersebut saru
demi satu dan mengasingkan benda yang
terapung dan tenggelam.
 Kemudian, guru mengajar tentang topik
terapung dan tenggelam.
Contoh :
 Setiap objek mempunyai jisim tertentu. Setiap objek yang ditimbang pasti

mempunyai jisim. Jisim ini ditimbang dengan unit gram atau pun kilogram.

 Dengan kaedah ini guru menjalankan ujikaji terhadap beberapa objek di

mana tidak ada satu objek yang ditimbang tidak memberikan bacaan jisim.

 Objek yang ditimbang termasuklah dalam bentuk pepejal, cecair dan gas.

Jarum timbang pasti akan memberikan bacaannya.

 Oleh itu, murid akan memahami bahawa setiap objek mempunyai jisim.
Implikasi Terhadap Pembelajaran
sains
 Kanak-kanak belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru
perlu menyediakan peluang untuk kanak-kanak meneroka,
menyentuh dan merasa. Pengalaman seperti ini mewujudkan
proses pembelajaran yang bermakna. Bagi kanak-kanak di
prasekolah, gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi
memudahkan pembentukan konsep.
 Bruner juga menekankan pembelajaran yang terhasil daripada
interaksi murid dengan guru, interaksi dengan murid-murid
lain dan interaksi dengan bahan pengajaran. Maka kerja
berkumpulan dan sesi perbincangan perlu diadakan dari masa
ke semasa.
 Penglibatan murid-murid penting agar mereka dapat menikmati
pembelajaran bermakna. Pengetahuan juga perlu disusun dan
diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang
mudah kepada peringkat yang rumit. Ini bermakna guru perlu
memeringkatkan isi pelajaran.

 Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Ini


bermakna guru perlu memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu
tingkahlaku yang diingini. Kesediaan belajar juga ditekankan oleh Bruner.

 Dengan itu, guru perlu mengambil kira kesediaan belajar murid-murid


ketika merancang proses pengajarannya. Sementara itu, nilai-nilai murni
seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-menolong boleh dipupuk
dalam aktiviti projek dan perbincangan.

Anda mungkin juga menyukai