Anda di halaman 1dari 24

TEORI PEMBELAJARAN

BRUNER

TOPIK 4
Objektif

 Menerangkan Teori Pembelajaran Bruner


 Jelaskan Pembelajaran Induktif
 Menerangkan implikasi teori untuk
pembelajaran sains sekolah rendah.
APAKAH ASAS
TEORI
PEMBELAJARAN
BRUNNER?
TEORI PEMBELAJARAN BRUNER
 Jerome S. Bruner dilahirkan pada 1915 dan seorang ahli
psikologi di Amerika Syarikat.
 Pembelajaran adalah satu proses aktif.
 Dapat membolehkan seseorang itu menguasai secara
mendalam informasi yang diberikan
 Serta mempelajari macam mana beberapa perkara dapat
dikaitkan secara bermakna.
 Menekankan penguasaan konsep untuk kanak-kanak
melihat sesuatu gambaran secara keseluruhan.
 Kanak-kanak sepatutnya diajar untuk memahami konsep
dan bukan mengaplikasikan sesuatu konsep tanpa
pemahaman yang signifikan.
NYATAKAN 3 TAHAP
PERKEMBANGAN MENTAL
KANAK-KANAK DALAM
TEORI PEMBELAJARAN
BRUNNER.
3 TAHAP PERKEMBANGAN MENTAL
KANAK-KANAK

 Peringkat enaktif (0-2 tahun)


 Peringkat ikonik (2-4 tahun)
 Peringkat simbolik (5-7 tahun)
APAKAH CIRI MENTAL
KANAK-KANAK PADA
TAHAP ENAKTIF?
Peringkat enaktif (0-2 tahun)

 Pada peringkat ini kanak-kanak akan bergerak


ke arah sesuatu yang menarik perhatiannya.
 Kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya
untuk menyelesaikan masalah, kerana kanak-
kanak pada masa ini masih belum pandai
berkomunikasi dengan baik .
 Objek itu akan dipegang untuk memperoleh
makna atau tafsiran bagi dirinya.
 Contohnya, kanak-kanak cuba meletakkan
sebatang kayu pada suatu sangga untuk melihat
keseimbangannya.
APAKAH CIRI MENTAL
KANAK-KANAK PADA
TAHAP IKONIK?
Peringkat ikonik (2-4 tahun)

 Pada peringkat ini, kanak-kanak telah berupaya


menggambarkan sesuatu dalam fikirannya.
 Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu.
 Kanak-kanak juga berupaya menyebut objek
yang tiada di hadapan matanya, iaitu telah
terbentuk “imej mental”.
 Contohnya, kanak-kanak tersebut boleh
melukiskan kayu yang seimbang di atas
sangganya, walaupun objek tersebut tiada di
hadapan matanya.
APAKAH CIRI MENTAL
KANAK-KANAK PADA
TAHAP SIMBOLIK?
Peringkat simbolik (5-7 tahun)

 Pada peringkat ini kanak-kanak telah boleh


menggunakan simbol, seperti perkataan dan
bahasa untuk menghuraikan
pengalamannya, iaitu bermulanya
penaakulan simbolik.
 Contohnya, kanak-kanak boleh menerangkan
bagaimana kayu yang diletakkan di atas
sangga menjadi seimbang
Simbolik

 Simbol seperti perkataan, bahasa dan


formula dapat digunakan untuk
mempersembahkan pengalaman dan
menghuraikan penaakulan abstrak.
 Turutan pembelajaran haruslah berkembang
mengikut urutan: peringkat motor –sensori
(enaktif) konkrit (ikonik) –abstrak (simbolik).
Pembelajaran Penemuan Bruner

 Bruner mengemukakan Pembelajaran


Penemuan.
 Bruner berpendapat bahawa guru seharusnya
membekalkan kanak-kanak dengan
pengalaman untuk membantu mereka
menemui sesuatu idea, konsep atau pola.
 Mod pembelajaran yang yang diperkenalkan
oleh Bruner dikenali sebagai Pembelajaran
Penemuan.
Pembelajaran Penemuan Bruner

 Dalam pembelajaran ini, pelajar diperkenalkan dengan satu


fenomena/kejadian.
 Contohnya, mengapa air terkumpul pada bahagian luar gelas
yang mengandungi ais di dalamnya.
 Selepas fenomena ini diperkenalkan, pelajar dikehendaki
menyiasat bagaimana fenomena ini boleh terjadi.
 Pelajar akan menyiasat daripada beberapa sumber seperti
buku, perbincangan dengan kawan dan guru,
 Membuat pemerhatian atau membuat uji kaji sendiri.
 Setelah jawapan diperoleh, jawapan tersebut dibincangkan
bersama guru dan pelajar lain di dalam kelas.
Teori Pembelajaran Induktif

 Kajian Jerome Bruner menunjukkan bahawa guru


seharusnya membekalkan kanak-kanak dengan
pelbagai pengalaman untuk membantu mereka
menemui idea, konsep atau pola yang
diperkenalkan.
 Bruner mengalakkan pembelajaran induktif untuk
memotivasikan pembelajaran yang aktif dan
pembentkan konsep yang difahami.
 Bruner adalah seorang yang menyokong pemikiran
induktif yang bermula dari spesifik ke umum.
 Menggunakan pengalaman seseorang dan
mengaplikasikannya dalam situasi lain juga adalah
satu contoh pemikiran induktif.
 Teori pembelajaran induktif adalah dgn
membekalkan kanak-kanak dengan satu jurang
pengalaman yang dapat menambahkan
kebiasaan mereka tentang konsep baru yang
dipelajari.
 Guru tidak memberikan definisi konsep yang
diajar tetapi pemahaman konsep kanak-kanak
adalah dibina secara perlahan hasil daripada
pendedahan kanak-kanak kepada pelbagai
aktiviti dan pengalaman.
Langkah-langkah dalam Pembelajaran
Induktif
 Kanak-kanak diberi pengalaman dan contoh-
contoh spesifik untuk menghasilkan konsep.
 Guru membantu kanak-kanak meneliti contoh
dan mengenali ciri-ciri persamaan dan
perbezaan.
 Guru membantu kanak-kanak membentuk
konsep dan idea yang umum.
 Kanak-kanak menguasai pemahaman konsep
yang dikenali dan mengaplikasikan konsep
dalam situasi baharu.
Pembelajaran Konsep
 Konsep adalah kategori mental yang membantu kita
mengklasifikasikan objek, kejadian atau idea. Setiap objek,
kejadian atau idea mempunyai satu set ciri-ciri yang umum.
 Pembelajaran konsep adalah satu strategy yang
memerlukan seorang kanak-kanak membandingbezakan
kumpulan atau kategori tertentu yang mempunyai ciri-ciri
yang relevan dengan kumpulan atau kategori yang tidak
relevan.
 Kanak-kanak memikirkan sifat-sifat dalam sesuatu
kumpulan atau kategori yang telah dibentuk oleh guru
mereka. Kanak-kanak kemudian membandingbeza
contoh-contoh sesuatu kumpulan atau kategori yang
mempunyai sifat-sifat tersebut dengan contoh-contoh
yang tidak mempunyai sifat-sifat tersebut.
Implikasi teori untuk pembelajaran
sains sekolah rendah
 Kanak-kanak belajar melalui pengalaman.
 Dengan itu guru perlu menyediakan peluang
untuk kanak-kanak meneroka, menyentuh
dan merasa.
 Pengalaman seperti ini mewujudkan proses
pembelajaran yang bermakna.
 Bagi kanak-kanak di Tahap Satu, gambar,
carta dan objek perlu digunakan bagi
memudahkan pembentukan konsep.
Implikasi teori untuk pembelajaran
sains sekolah rendah
 Bagi kanak-kanak Tahap Dua, hukum dan prinsip
perlu ditekankan agar murid-murid berupaya
mengaplikasikannya dalam proses penyelesaian
masalah.
 Bruner juga menekankan pembelajaran yang
terhasil daripada interaksi murid dengan guru,
interaksi dengan murid-murid lain dan interaksi
dengan bahan pengajaran.
 Maka kerja berkumpulan dan sesi perbincangan
perlu diadakan dari masa ke semasa.
Implikasi teori untuk pembelajaran
sains sekolah rendah

 Penglibatan murid-murid penting agar


mereka dapat menikmati pembelajaran
bermakna.
 Pengetahuan juga perlu disusun dan
diperingkatkan agar pembentukan konsep
bermula daripada peringkat yang mudah
kepada peringkat yang rumit.
 Ini bermakna guru perlu memeringkatkan isi
pelajaran.
Implikasi teori untuk pembelajaran
sains sekolah rendah
 Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan
motivasi intrinsik.
 Ini bermakna guru perlu memberi ganjaran dan
pujian apabila sesuatu tingkahlaku yang diingini.
 Kesediaan belajar juga ditekankan oleh Bruner.
Dengan itu, guru perlu mengambil kira
kesediaan belajar murid-murid ketika
merancang proses pengajarannya.
 Sementara itu, nilai-nilai murni seperti
bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-
menolong boleh dipupuk dalam aktiviti projek
dan perbincangan
Soalan tutorial

1. Berdasarkan Teori Induktif Bruner ,


terangkan bagaimana anda dapat mengajar
satu konsep sains kepada kanak-kanak
Tahun 1.
2. Bincangkan implikasi Teori Bruner dalam
pengajaran sains sekolah rendah.

Anda mungkin juga menyukai