Anda di halaman 1dari 7

Log Pembelajaran Pengenalan Salah satu alat yang berguna untuk pelajar dan guru meningkatkan amalan refleksi,

metakognisi, dan kemahiran belajar ialah penulisan log pembelajaran. Ia juga merupakan alat yang sangat berkesan sekiranya seorang guru ingin menjalankan penyelidikan tindakan. Nanum pun demikian, masih banyak orang tidak mengetahui tentang sifat dan kegunaan log pembelajaran. Diharap nota ringkas ini dapat memberi sedikit penjelasan tentang log pembelajaran buat guru pelatih. Apakah itu log pembelajaran? Log pembelajaran (LP) merupakan jurnal di mana pelajar mencatatkan respons peribadi, pertanyaan, perasaan, perubahaan pendapat, idea dan pengetahuan tentang proses dan isi kandungan mengenai pembelajarannya. Ianya bukan semata-matanya buku harian yang mencatatkan aktiviti harian atau sumber catatan informasi dan aktiviti pengajian. Catatan LP menghendaki pelajar mengenalpasti, menganalisa dan merenung tentang aspek-aspek pembelajaran dan bukan menghuraikan pengalaman dan aktiviti pembelajaran. LP boleh digunakan dalam sebarang mata pelajaran. LP menggabungkan refleksi dan analisis tentang pembelajaran pelajar situasi pembelajaran. Ianya diselesaikan mengikut ketetapan guru atau apabila pelajar berasa sesuatu masa yang sesuai. Adakalanya ia digunakan beberapa kali sehari, atau sekali seminggu. Apabila pelajar membuat refleksi tentang pembelajaran, dan merekodnya dalam LP, ia dapat mengenalpasti proses yang dialami dalam pengalaman pembelajaran. Pelajar dapat mengembangkan diri sebagai pelajar aktif apabila ia mempersoalkan: apa yang ia (tidak) faham tujuan-tujuan aktiviti keberkesanan pembelajarannya strategi-strategi yang digunakan

Mengapakah menggunakan log pembelajaran? Apabila pelajar mencatat dalam LP ia dapat menyatakan pengalaman pembelajaran dengan kata-kata sendiri. Justeru itu pembelajarannya menjadi lebih bererti dan personal. Ini membolehkan pelajar merenung tentang pembelajaran personal dan kumpulan. Melalui refleksi, ia dapat belajar dengan lebih tentang diri sendiri dan memajukan kemahiran analitik, refleksi dan metakognisi. Penggunaan LP merupakan satu cara berkesan untuk mengembangkan kemahiran refleksi pelajar sebab semasa ia menulis, ia terpaksa memikirkan tentang proses pembelajaran, dan akibatnya ia belajar cara belajar. LP merupakan strategi yang dapat membantu pelajar merenung tentang pembelajaran dan dalam pada itu, ia menjadi pelajar yang berkesan dan berdikari.

Guru juga memperoleh faedah dari LP pelajar. Guru dapat membaca keperluan, kekuatan dan masalah pelajar lalu memberi tindakbalas yang sesuai. Guru juga dapat pemahaman yang penting tentang proses pemikiran setiap pelajar dan menggunakan maklumat itu untuk menilai keberkesanan sesuatu strategi pengajaran. Sokongan untuk penulis log pembelajaran? Walaupun pembelajaran merupakan proses semulajadi, penulisan LP merupakan sesuatu yang perlu disemai dan dilatih. Pelajar biasanya menghadapi masalah apabila dikehendaki menulis LP pada kali pertamanya khasnya jika catatan berbentuk analisis dan refleksif. Pelajar boleh dibantu dengan berbagai-bagai kaedah : 1) Menyediakan soalan dan focus - mengutarakan soalan spesifik tentang aspek-aspek tertentu pembelajaran atau topik-topik khas sesuatu mata pelajaran. Soalan-soalan boleh dibentuk oleh guru sendiri, dalam kumpulan, atau latihan kelas. - percambahan idea jenis-jenis soalan yang boleh digunakan oleh pelajar. Ianya boleh dijalankan dengan kaedah 'piggyback brainstorming' atau 'snowball brainstorming'. 2) Pemodelan penulisan refleksi - Guru menjadi model dalam mendemonstrasikan fungsi refleksi, kaedah-kaedah refleksi, dan cara-cara mencatatkan hasil refleksi dalam LP. Melalui pemodelan pelajar dapat memahami dan mengembangkan perbezaan di antara penghuraian peristiwa dengan pemikiran sistematik tentang akibat, tujuan dan kepentingan pembelajarannya. - Pemodelan melibatkan percakapan dan/atau penulisan di hadapan pelajar tentang pengalaman pengajaran/pembelajaran. Ia melibatkan demonstrasi implisit dan eksplisit tentang bagaimana refleksi yang berkesan dapat dicatatkan. - Refleksi bertulis boleh dibina di hadapan pelajar dengan menggunakan OHP, papan tulis atau kertas yang besar. Catatan boleh merangkumi + pautan pengetahuan dan pembelajaran dengan pengalaman yang lalu + pendedahan perasaan + persoalan + ramalan akibat + sintesis informasi + penilaian kendiri + perancangan untuk masa hadapan + membentuk hipotesis

3)Mencipta tugasan yang ditetapkan - Guru boleh mengarahkan pelajar mencatakan refleksi mengikut format yang ditetapkan, atau membuat refleksi tentang sesuatu tajuk atau aspek pembelajarannya. - Tugasan ini bertujuan membantu pelajar mempelbagai dan meninjau beraneka kaedah untuk menganlisa, merenung, dan mecatatkan pendapatnya. 4) Refleksi yang dibina bersama - Guru boleh menunjukkkan strategi catatan LP dengan membincangkan pembelajaran yang dialami di akhir kelas. - Pembelajaran yang diperolehi boleh dicatatkan dalam kertas yang besar bersama-sama dengan pelajar. Catatan itu digabungkan untuk menjadi jurnal refleksi kelas. Jenis-jenis log pembelajaran 1) Log Personal - Log ini mencatatkan semua respons/refleksi tentang pembelajaran dan sesuai untuk semua mata pelajaran. Catatan ini hanya dikongsi jika pencatat memerlukan maklumbalas. 2) Log Catatan Bergu - Log ini mempunyai dua tujuan: mencatatkan isi kandungan dan prosedur, dan merakamkan respons peribadi, kaitan, dan refleksi tentang pembelajaran pencatat. Halaman dibahagikan kepada dua bahagian (kiri dan kanan). Pada bahagian kiri dicatatkan fakta, soalan, isi, dll yang diperolehi daripada sesutu aktiviti, dan pada bahagian kanan dicatatkan refleksi. 3) Log Dialog - Ia merupakan pertukaran bertulis di antara dua atau lebih orang. 4) Log Pembelajaran Dialog Rakan Kongsi - Penggunaan log ini melibatkan 2 pelajar yang berkomunikasi melalui LP. Pada masa yang ditetapkan, setiap rakan kongsi menulis dalam log sendiri. Log itu kemudiannya ditukar, dibaca dan ditulis respons. Pada mulanya pertukaran catatan berbentuk 'superficial' tetapi dengan adanya latihan respons yang lebih reflektif boleh diperolehi. 5) Log Pembelajaran Dialog Guru-Murid - Log ini direka agar catatan dibalas dengan respons oleh guru. 6) Log Kumpulan/Kelas - Log ini adalah berasaskan refleksi kelas tentang aktiviti spesifik dan mungkin melibatkan aktiviti penilaian kumpulan. Catatan dibuat pada kertas yang besar atau buku untuk dikongsi oleh semua pelajar kelas. 7) Log Mengikut Mata Pelajaran - Log ini digunakan untuk merekod catatan tentang subjek spesifik dan format log adalah unik mengikut subjek. Contohnya ialah : Log Kesusasteraaan dan Log Matematik

Memaanafatkan log pembelajaran Guru sebaik-baiknya mempastikan refleksi pelajar dibuat secara kreatif dan individu dan bukan sebagai tugas yang membosankan, dan memerlukan respons yang sama. Pelajar bukan sahaja diberi masa untuk merenung malah bertindak atas renungannya. Guru juga mesti menunjukkan bahawa idea yang diutarakan oleh pelajar dihargai dan dihormati. Apabila pelajar bertambah mahir mencatat LP, pelajar boleh digalakkan untuk mencuba pelbagai strategi dan format catatan. Antara kepelbagaian yang boleh dilakukan ialah 1) tujuan catatan dibuat ulangkaji pengetahuan dan aktiviti bantuan perkembangan kesedaran diri merakamkan perhatian untuk dikongsi dengan orang lain atau kegunaan diri sendiri membuat pautan di antara apa yang telah diketahui dengan apa yang sedang dipelajari menyediakan peluang menyelesaikan masalah merekod informasi sebagai bantuan ingatan merenung atas pembelajaran/pemikiran meramalkan akibat dan mengesahkan atau mengubah ramalan organisasi, analisis, dan sintesis informasi meninjau konsep dan maklumat baru menjelaskan perasaan, pendapat dan idea menilai prestasi diri sendiri atau kelas berfikir secara kritis dan kreatif tentang peristiwa dan pembelajaran memusatkan pemikiran untuk memperluas atau menyempitkan pengalaman merancang pengalaman pembelajaran sendiri, contohnya Apakah yang saya tahu. Apakah yang saya perlu lakukan. Apakah yang saya ingin tahu. - mengkongsi perasaan - menjawab dan menanya soalan 2) masa penggunaan LP - sebelum sesuatu sesiipembelajaran - semasa sesuatu sesiipembelajaran - selepas sesuatu sesiipembelajaran - pada masa yang ditetapkan pada setiap hari - masa-masa yang tidak ditetapkan - sebagai sebahagian daripada subjek tertentu - semasa sesuatu permainan 3) maklumbalas tentang LP Maklumbalas adalah penting untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran refleksi. Pada permulaan penulisan LP, guru harus memberi maklumbalas secara lisan atau bertulis dengan kerap.

+ Guru boleh menggunakan maklumbalas untuk menentukan : paras keprihatinan pelajar terhadap tugasan sikap pelajar akan subjek, topik dan tugasan tertentu darjah fleksibiliti dan adaptabiliti pelajar untuk bertindak atas cadangan yang dimuatkan dalam maklumbalas kefahaman pelajar tentang sesuatu subjek, topik dan pengalaman pembelajaran kesediaan pelajar untuk pengalaman pembelajaran baru minat dan kecenderungan pelajar dalam sesutu pelajaran salah faham tentang isi kandungan dan/atau objektif pembelajaran

+ Pelajar boleh menggunakan maklumbalas untuk : mencungkil idea yang boleh membantunya melanjutkan pembelajaran dan refleksi personalisasikan pembelajaran sendiri menggunakan pengalaman guru untuk menbantunya menyelesaikan masalah pembelajarannya memiliki arahan dan jangkaan yang eksplisit daripada guru

Berikut merupakan cadangan untuk mempelbagaikan maklum balas: 1) Masa Berkongsi (Share Time) - Masa diperuntukkan agar pelajar berkongsi catatan dalam LP dengan ahli kumpulan atau kelas. Perkongsi boleh berbentuk tema yang sama atau merentas tema. 2) Maklumbalas Rakan Kongsi - Pelajar membentuk pasangan dan setiap rakan kongsi membaca dan bertindakbalas (lisan dan bertulis) terhadap catatan dalam LP rakan kongsi yang lain. 3) Maklumbalas Kumpulan - Pelajar bekerja dalam kumpulan, dan memilih LP salah seorang ahli kumpulan untuk dibincangkan. Semua ahli kumpulan memberi maklumbalas secara lisan dan bertulis untuk membentuk konsensus. Sebaliknya kumpulan boleh dikehendaki untuk memberi maklumbalas tentang sesuatu aktiviti kelas serta masalah yang dihadapi bersama. Senarai semak boleh disediakan untuk membimbing pelajar dalam sesi konferens dan penilaian. 4) Maklumbalas Individu - Selepas pelajar mencatat dalam LP, ia mungkin meminta maklumbalas bertulis tentang catatannya. Ini merupakan kerja yang berat untuk guru jika semua pelajar meminta maklumbalas pada masa yang sama. Justeru itu, garis panduan mesti disediakan untuk menjelaskan kepada pelajar prosedur mendapatkan maklumbalas daripada guru. Antara cadangan-cadangannya ialah : ~ Merancang untuk mengumpul semua LP pada hari tertentu, atau tetapkan bilangan (5) LP yang akan dipungut pada setiap hari

~ Pilih catatan tentang subjek tertentu yang akan dibaca dan dipungut ~ Pilih bentuk catatan atau tujuan catatan untuk dipungut contohnya catatan yang mengandungi peta minda sahaja ~ Sistem giliran di mana pelajar menulis nama dalam senarai sekiranya ia mahu LP dibaca dan dikomen. 5) Dialog - Pelajar mengemukakan soalan yang bersifat refleksi untuk dijawab oleh guru. Selepas itu, guru mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar. Ini juga boleh dilakukan di antara dua orang pelajar yang saling bertukar LP dan membuat ulasan tentang catatan orang lain. 6) Bulatan Maklumbalas - Bulatan Maklumbalas terdiri daripada suatu kumpulan (tidak melebihi 6) yang ahli-ahlinya berkongsi dan bertindakbalas terhadap keperluan ahli bulatannya. Contohnya : + suatu tugasan atau catatan refleksi dikongsi oleh penulisnya dan ahli-ahli lain dikehendaki memberi maklumbalas kepadanya secara turutan. Maklumbalas daripada setiap ahli sebaik-baiknya berbeza daripada komen sebelumnya. Penulis boleh meminta maklumbalas tentang sebarang aspek dalam LPnya. seseorang ahli bulatan mengutarakan suatu soalan dan semua ahli dalam bulatan itu diminta bertindakbalas akan soalan itu. 7) Konferens Rakan Sebaya - Pelajar-pelajar bertemu dan berbincang dalam pasangan dan memberi maklumbalas.

jenis catatan bagi setiap bahagian isi kandungan Soalan penjelasan, penyusunan, mengkategori aktiviti sebelum/semasa/selepas pengalaman pembelajaran penulisan rumusan/kesimpulan respons terbuka respons soalan/jawapan penerangan percambahan pendapat susunan keutamaan dan perancangan tindakan cara catatan dibuat (peta minda, carta aliran, teks, dll) peta minta representasi bergambar jadual, carta carta aliran symbol

tinjauan kartoon gambar

LP berguna untuk guru juga LP bukan untuk pelajar sahaja malah amat berguna untuk guru untuk merekod dan merenung atas tindakan dalam konteks tempat kerja. Guru boleh menggunakan LP untuk : + merakamkan peristiwa dari sudut pandang refleksi; + merenung akan pengalaman. Refleksi boleh berlaku sebelum proses menulis, semasa menulis dalan LP, dan seterusnya semasa membaca catatan kelak; + menjelaskan pengertian tentang pengalaman, persepsi dan buah fikiran; + meninjau opsyen yang berpotensi, perasaan, tindakan, dan akibat hasil tindakan tersebut secara peribadi; + memutuskan tindakan yang sesusi untuk meningkatkan amalan. Penulisan jurnal boleh dilakukan dalam berbagai-bagai bentuk mengikut informasi yang perlu dicatatkan dan konteks sesuatu catatan. Ia boleh bersifat : + kisah berbentuk fakta + penulisan huraian + kreatif + analitik + penyiasatan + penyoalan Catatan jurnal boleh digunakan untuk :

+ mentaksir dan menilai program kelas, strategi pengajaran dan penggunaan resos; + membantu perancangan program dan penentuan haluan + menganalisa peristiwa untuk memikir dan mengkaji bahagian-bahagian dalam suatu keseluruhan + penilaian kendiri untuk memerhati sifat-sifat peribadi, menjelaskan kepercayaan, dan memantau apa, bagaimana dan mengapa sesuatu dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai