Anda di halaman 1dari 1

Konsep 6C dalam PAK-21

Pemikiran Kritis

Kanak-kanak pada peringkat operasi formal(11-15 tahun) mampu menggunakan pemikiran


kritis dengan jayanya. Sebagai contoh, mereka mampu memberi idea tentang punca
sesuatu perkara, misalnya punca-punca berlakunya jerebu adalah disebabkan pembakaran
hutan secara terbuka dan pembebasan asap kotor dari kilang perindustrian.

Pemikiran Kreatif

Kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit(7-11 tahun) mampu menggunakan daya


pemikiran kreatif dengan jayanya. Sebagai contoh,pada umur ini mereka lebih gemar
melukis sesuatu yang cantik seperti lukisan sebuah taman,pantai dan lain-lain. Jadi, mereka
juga dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan unik menggunakan pensel warna ataupun
kelengkapan lain yang boleh menyerikan lagi lukisan-lukisan itu

Kewarganegaraan

Kanak-kanak pada peringkat konkrit(7-11 tahun) dan peringkat formal(11-15 tahun) mampu
menyemai nilai kewarganegaraan sejak bermula di sekolah lagi. Sebagai contoh
kebiasaannya pada setiap pagi Isnin akan diadakan perhimpunan,jadi lagu Kebangsaan
iaitu Negaraku dipasang. Daripada situ,mereka dapat menjiwai setiap bait-bait lagu tersebut
dan mereka berpegang teguh bahawa semangat patriotism itu sangat penting dalam diri
mereka selaku rakyat Malaysia,

Perwatakan

Kebiasaannya kanak-kanak pada peringkat formal(11-15 tahun) akan mula menunjukkan


perwatakan masing-masing dan tingkah laku. Sebagai contoh,murid tahun 6 akan menolong
guru mengangkat barang walaupun tanpa disuruh. Jadi disini,mereka menunjukkan
perwatakan rajin yang mana ia boleh dicontohi oleh murid-murid yang lain.

Kolaborasi

Kebiasaannya, kolaborasi ini dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat formal(11-15


tahun) kerana mereka boleh dikatakan matang berbanding peringkat-peringkat yang lain.
Sebagai contoh,murid tahun 5 dan 6 berkolabrasi dalam melakukan gotong royong di
sekolah yang diaturkan oleh guru mereka. Jadi disini kerjasama antara mereka menjadikan
kerja gotong royong lebih mudah untuk dilakukan.

Komunikasi

Kanak-kanak pada peringkat praoperasi(2-7 tahun) mempunyai kebolehan untuk


berkomunikasi bersama ibu-bapa,rakan sebaya mahupun guru mereka menggunakan
bahasa lisan. Jadi ini memudahkan interaksi sesama mereka berlangsung. Mereka
berupaya untuk memahami apa yang kanak-kanak itu hendak sampaikan dengan
menggunakan bahasa lisan.

Anda mungkin juga menyukai