Anda di halaman 1dari 1

Pada ketika ini Malaysia mengalami pandemik Covid 19,menyebabkan wujudnya halangan

dan kekangan oleh pihak guru untuk melaksanakan PdP. Antara kekangannya ialah, guru
hendaklah menyiapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat . Hal ini kerana medium
ini amat penting dalam mengadakan PdP secara atas talian. Sebagai contoh,guru
hendaklah mempelajari cara mengendalikan ‘google meet’ dan juga ‘google classroom’.
Jadi,apabila guru sudah mahir mengendalikan dua aplikasi tersebut,maka ia bukan lagilah
halangan kepada guru dan juga bukan alasan untuk tidak mengadakan PdP. Pendidikan
tetap akan dijalankan walaupun tidak bersemuka.

Seterusnya halangan kedua ialah penjarakkan sosial dalam norma baharu. Hal ini
kerana guru sukar untuk berinteraksi dengan murid-murid di dalam kelas secara dekat
berbanding sebelum pandemic Covid 19 ini berlaku. Jadi di sini,focus murid akan
berkurangan kerana guru kurang memberikan perhatian. Tapi percayalah, guru bukannya
tidak memberikan perhatian kepada muridnya tetapi guru cuba menyesuaikan dengan
norma baharu yang ditetapkan oleh kerajaan. Norma baharu bertujuan untuk mengurangkan
peningkatan kes Covid 19 di Malaysia. Jadi, sebagai guru hendaklah memikirkan kaedah
pengajaran dalam kelas yang menarik dan tidak membosankan sekaligus meningkatkan
semula focus murid sebagaimana keadaan murid sebelum pandemic Covid 19 berlaku.

Anda mungkin juga menyukai