Anda di halaman 1dari 2

Pengertian akidah secara ringkas

Akidah berasal dari perkataan arab ( ‫)عقد‬bererti simpulan atau ikatan. Maksud akidah biasa

dilakukan pada tali dan seumpamanya. Manakala menurut Ibnu Manzur, ikatan dan
simpulan tersebut memberi maksud perjanjian .

Perkataan aqada (‫)عقد‬ disebut tujuh kali dalam al-Quran daripada kata dasar aqada.

Antaranya firman Allah:

           
             

1. Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu. Dihalalkan bagimu binatang
ternak, kecuali yang akan dibacakan kepadamu. (yang demikian itu) dengan tidak
menghalalkan berburu ketika kamu sedang mengerjakan haji. Sesungguhnya Allah
menetapkan hukum-hukum menurut yang dikehendaki-Nya.

Akidah menurut istilah ialah perkara yang dibenarkan di dalam jiwa dan ditetapkan di dalam
hati dengan yakin bahawa pegangan itu benar dan tidak ada keraguan padanya . Jelas di
sini bahawa akidah merujuk kepada keputusan yang keluar dari hati nurani seorang tanpa
syak dan ragu. Keimanan yang teguh dijadikan ikutan untuk menentukan halatuju manusia.

Akidah dan kerohanian adalah gabungan yang amat penting kerana akidah merupakan asas
kemunculan aspek kerohanian dalam kehidupan manusia. Dari segi pengertian, akidah
sering disamaertikan dengan iman atau keyakinan. Sayyid Sabiq adalah di antara tokoh
yang menyamaertikan akidah dengan keimanan. Beliau menyatakan:

‫العقيدة هى التصديق بالشيء واجلزم به دون شك او ريبةִ فهي مبعىن االميان‬

Akidah adalah keimanan yang jitu (al-tasdiq) terhadap sesuatu tanpa keraguandan syak,
itulah dinamakan iman

Dalam hubungan ini akidah biasanya dirujuk kepada keyakinan yang jitu seseorang itu
terhadap Allah tanpa keraguan. Lebih tepat lagi, akidah seseorang itu boleh
dimanifestasikan dalam bentuk keyakinan dan keimanan yang tersusun seperti yang
terkandung dalam Rukun Iman. Dan apabila kita merujuk kepada al-Quran al-Karim, kita
dapati al-Quran mengungkap mengenai akidah itu dengan istilah iman sebagaimana Firman
Allah SWT:
          
     

9. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka


diberi petunjuk oleh Tuhan mereka karena keimanannya di bawah mereka mengalir sungai-
sungai di dalam syurga yang penuh kenikmatan.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa akidah dan keimanan itu merupakan dua istilah yang
mempunyai konotasi makna yang sama, dan dengan itu kedua-duanya boleh
ditukargantikan penggunaannya.

Manakala hubungan akidah dan kerohanian pula, tidak jauh bezanya antara iman dan
akidah. Kerohanian bermakna ‘intisari manusia dan ciri-ciri peribadinya’. Kerohanian ialah
akal dan hati, fikiran dan iman . Menurut fahaman tersebut kerohanian meliputi ciri-ciri
keadilan, tolong menolong, cinta, kasih sayang dan nilai-nilai murni lain yang terdapat dalam
diri manusia. Kerohanian merupakan lawan kepada kejasmanian. Maka jika tingkah laku
manusia terbentuk ke arah tindak laku yang murni, ia sebenarnya dikuasai unsur kerohanian
keranan unsur tersebut berjaya menundukkan unsur hawa nafsu yang merupakan
sebahagian daripada unsur kejadian manusia. Dengan kata lain, kerohanian adalah aspek
dalaman yang menjadi intisari kepada kemanusiaan.

Dalam hal ini, akidah bertindak sebagai asas atau tunjang kepada keyakinan seseorang
manakala kerohanian pula merupakan aspek kesediaan seseorang melakukan aspirasi
terhadap akidahnya. Jika seseorang itu enggan menghayati dan melaksanakan suatu
tuntutan akidahnya, maka aspek kerohanian tidak akan berperanan. Kesimpulannya, akidah,
iman dan kerohanian merupakan satu symbiosis dalam kehidupan manusia.

Artikel ini menjadi chapter in book: ‘Penghayatan Aqidah Dalam Kalangan Remaja, Satu
Kajian’. Dalam kamarudin salleh, et al,Islam Di Malaysia Pasca Kemerdekaan, Bangi :
Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
151-162

Anda mungkin juga menyukai