Anda di halaman 1dari 11

PERKEMBANGAN

KENDIRI

Oleh : yeap teik wei (012-4487211)


Konsep Kendiri
Teori dan pengertian konsep kendiri
Konsep kendiri terdiri daripada persepsi,
kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai
yang khusus dipegang oleh seseorang
individu tentang dirinya (H.V. Perkins,
1974).
Konsep kendiri ialah pandangan kekuatan
dan kelemahan diri sendiri serta disokong
dengan maklum balas tentang dirinya
daripada orang lain (Vernon, 1980)

Oleh : yeap teik wei (012-4487211)


Konsep Kendiri
Stewat dan Friedman (1987),
menghuraikan konsep kendiri sebagai
tanggapan individu terhadap identitinya
yang berbeza dengan individu yang lain
sejak peringkat bayi.
Amir Awang (1991) berpendapat konsep
kendiri ialah integrasi penilaian diri
sendiri, penilaian orang lain dan
penilaiannya tentang tanggapan orang lain
terhadap dirinya.
Konsep kendiri mempengaruhi segala
tingkah laku seseorang individu.
Oleh : yeap teik wei (012-4487211)
Teori Konsep Kendiri
(i) PENDEKATAN KOGNITIF-PERKEMBANGAN
Diperkenalkan oleh Robert Selman
Beliau telah membina satu model
pengetahuan kendiri yang mempunyai 5
tahap (bayi hingga remaja).
Kanak-kanak pertengahan sudah dapat
memahami tingkah laku mungkin berbeza
daripada perasaan dan motif contohnya
ialah seseorang mungkin tersenyum
tetapi tidak bermakna dia sedang
gembira.
Kanak-kanak akhir pula mengalami
kendiri yang stabil.
Oleh : yeap teik wei (012-4487211)
Teori Konsep Kendiri
(ii) TEORI PEMBELAJARAN PERSEKITARAN
Konsep efektif-kendiri sebagai
kebolehan kendiri yang dinilai oleh
individu itu sendiri untuk melihat
kejayaan sesuatu perkara yang
dilakukan.
Menurut Bandura kanak-kanak pada
mulanya tidak memahami proses yang
berlaku pada dunia sosial mereka. Oleh
sebab itu ibubapa berperanan untuk
menjelaskan kepada kanak-kanak
tersebut.
Oleh : yeap teik wei (012-4487211)
Teori Konsep Kendiri
Erikson percaya kepandaian atau
kepintaran dalam kemahiran kendiri
adalah sesuatu yang berterusan dan
memerlukan jangka masa yang panjang.
Sekiranya seseorang memperoleh sesuatu
dengan kebolehan dan keupayaan tingkah
laku sendiri, mereka mempunyai asas
dalam pencapaian akan datang dan dapat
menjalinkan hubungan yang erat dengan
orang lain.

Oleh : yeap teik wei (012-4487211)


Jenis Konsep Kendiri
(i) Konsep Kendiri Positif
Mempunyai personaliti yang harmonis
dan seimbang
Bersifat tenang dan penuh ketabahan
apabila menghadapi cabaran
Menikmati lebih banyak kejayaan
daripada kegagalan
Bersikap bertimbang rasa serta
pandangan terbuka
Mempunyai pandangan positif
terhadap diri sendiri
Mudah bersosialisasi dengan orang
lain
Oleh : yeap teik wei (012-4487211)
Jenis Konsep Kendiri
(ii) Konsep Kendiri Negatif
Sahsiah tidak seimbang dan
mempunyai kompleks rendah diri
Pasif dan tidak suka bergaul atau
bekerjasama dengan orang lain
Kurang keyakinan terhadap diri
sendiri dan tidak berani mencuba
Mempunyai perasaan curiga,
prasangka dan tidak percaya orang
lain serta diri sendiri
Sentiasa menunjukkan wajah muram
dan masam muka
Oleh : yeap teik wei (012-4487211)
Faktor yang Mempengaruhi
Pembentukan Konsep Kendiri
Pengaruh baka ke atas ciri-ciri fizikal
serta kecerdasan
Bentuk tubuh badan mempengaruhi
sasiah
Keadaan fizikal mempengaruhi
perubahan tingkah laku
Emosi mempengaruhi perasaan
Pengaruh keluarga membentuk sikap
dan kepercayaan
Oleh : yeap teik wei (012-4487211)
Faktor yang Mempengaruhi
Pembentukan Konsep Kendiri
Kebudayaan mempengaruhi persepsi
diri dan persepsi orang lain
terhadapnya
Pengaruh sekolah yang mengubah
tingkah laku sesuai dengan aspirasi
kumpulan sebaya atau gurunya
Status sosial keluarga
mempengaruhi pembentukan
sahsiah seseorang

Oleh : yeap teik wei (012-4487211)


Implikasi Terhadap P&P
Seorang pelajar yang mempunyai konsep
kendiri yang positif, diterima oleh ibu
bapa, rakan sebaya dan gurunya serta
memperolehi perasaan penghargaan diri
yang sangat tinggi.
Mereka akan melibatkan diri secara
bersungguh-sungguh dalam aktiviti
pembelajaran.
Mereka juga dapat berinteraksi secara
positif dengan rakan sebaya.
Pelajar yang mempunyai konsep kendiri
yang positif akan berjaya dalam
pelajarannya.
Oleh : yeap teik wei (012-4487211)

Anda mungkin juga menyukai