Anda di halaman 1dari 2

ESEI

TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME

Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan manusia. Melalui proses
pengajaran dan pembelajaran merupakan perkembangan diri individu kearah yang baik. Teori
Pembelajaran Humanistik menekankan berkaitan keunikan yang terdapat dalam diri setiap
individu yang merupakan pelajar. Teori ini menekankan bahawa individu perlu memupuk
pembelajaran arah kendiri dan tidak meletakkan pergantungan kepada orang lain. Individu juga
perlu mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan perkara yang
mereka pelajari. Melalui pembelajaran kendiri, individu dapat mengembangkan kreativiti dan
pemikiran di dalam diri mereka. Teori pembelajaran ini adalah bertujuan untuk membantu
pelajar untuk mengembangkan diri mereka iaitu dalam membantu pelajar untuk mengenal diri
mereka sebagai individu yang memilik keunikkan yang tersendiri dan membantu mencungkil
bakat yang terdapat di dalam diri. Para ahli teori humanistic berpendapat bahawa proses belajar
mempunyai dua bahagian iaitu proses mendapatkan pengetahuan baru dan mengembangkan
pengetahuan sedia ada di dalam diri pelajar.

Carl Rogers dan Abraham Maslow merupakan ahli psikologi di dalam Teori Humanistik. Teori
ini menekankan kepentingkan kesediaan moral dan potensi dalam setiap individu. Hal ini
memfokuskan kepada setiap perkara yang terdapat di dalam individu secara langsung ataupun
tidak langsung malah keunikan diri sendiri serta kepentingan kemanusiaan terhadap individu,
Terdapat beberapa anggapan dibuat Carl Rogers di dalam teori ini antaranya ialah manusia
mempunyai keperluan dan keperluan asas dimana jika setiap keperluan asas dipenuhi maka
setiap individu dapat memotivasikan diri untuk mencapai potensi diri yang lain dan pada
peringkat yang lebih tinggi iaitu meningkatkan tahap kesempurnaan diri sendiri. Perkara ini
disokong oleh hierarki keperluan Maslow iaitu keperluan kekurangan dan keperluan
perkembangan. Setiap keperluan asas perlu dipenuhi peringkat demi peringkat sebelum
memenuhi keperluan perkembangan. Jika keperluan asas tidak dipenuhi oleh setiap individu
dapat membuatkan jiwan individu tersebut tidak tenang dan akan terganggu. Apabila setiap
keperluan asas dipenuhi, maka indivitu tidak akan bermotivasi untuk memenuhinya lagi.

Manakala bagi keperluan perkembangan pula, seseorang individu tidak akan berputus asa
untuk terus berusaha dalam mengembangkan lagi minat dan kecendurangan terhadap sesuatu
perkara.
Sepanjang proses pembelajaran, Teori Humanistik ini menekan kepada pelajar, berpusat kepada
pelajar dan pelajar diibaratkan sebagai klien. Dalam keadaan ini, konsep ini sangat penting kerana ia
menceritakan tentang beberapa aspek iaitu dari segi nilai manusia, hak individu, tindakan diri dan
harga diri dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil.

Carl Rogers

Carl Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois Chicago. Beliau merupakan anak
keempat dari enam adik beradik. Pada mulanya beliau memasuki bidang keagamaan tetapi akhirnya
pindah ke bidang psikologi. Beliau menerusikan pembelajaran dalam bidang psikologi di Universiti
Columbia dan mendapat gelar Ph.D pada tahun 1931. Tahun 1942, beliau menulis buku pertamanya
iaitu Counseling and Psychotherapy.

Carl Rogers beranggapan bahawa manusia pada dasarnya baik.

Anda mungkin juga menyukai