Anda di halaman 1dari 22

KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK

Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes kita dapat melihat ia ada
kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan
pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu,
konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan
sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan
eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi
dalam proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru
hasil daripada pembelajaran secara kendiri.
Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi
asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan
idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar
dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan
untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang.
Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu
perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep
baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan
berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.

KESIMPULAN
Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan
ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada
masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan
berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah
seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.
Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan
menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak
membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Matlamat pendidikan
matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang
mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum
pernah mereka temui sebelum ini.
Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara konstruktivisme dan koperatif.
Selain daripada itu, guru juga harus bersedia dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka
minda kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian.

PENGENALAN
Umumnya, pendidikan di
peringkat sekolah rendah ARTIKEL ILMIAH
bercorak pendidikan asas. Tahap Pencapaian Matematik Malaysia dalam Kajian TIMMS
Inovasi dan Amalan Yang baik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Murid diberikan galakan Bahasa murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
dan bimbingan seluasluasnya untuk menguasai
kemahiran asas dengan
kukuh. Kurikulum
matematik sekolah rendah
pula memberi pendidikan
matematik yang asas
kepada semua murid dan
menegaskan penggunaan
matematik dalam situasi
harian.
Kini, pengajaran dan
pembelajaran matematik di
peringkat sekolah rendah
telah menggunakan bahasa
Inggeris yang bermula dari
darjah 1. Adakah
matematik masih seronok,
bermakna, berguna dan
mencabar? Cukupkah
bahan-bahan matematik
yang ada disekolah yang
dapat membantu proses
pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih
berkesan?
MASALAH DALAM
PEMBELAJARAN
MATEMATIK
Guru-guru matematik
sebagai golongan yang
dipertanggungjawabkan
untuk mengajar matematik
berdepan dengan pelbagai
masalah pengajaran
matematik yang berbeza
mengikut tahap murid.
Murid sekolah rendah
tahun 1 dan 2 yang baru
mengenal alam
persekolahan pun

mempunyai masalah yang


tersendiri. Apakah di
antara masalah-masalah
mereka? Jika hendak di
senaraikan, banyak juga
masalahnya. Jika anda
seorang guru matematik,
anda lebih mengetahuinya
bukan?
Namun, daripada
pandangan orang luar,
mengajar murid sekolah
rendah iaitu tahun 1 dan
tahun 2 nampak mudah.
Hakikatnya, ia tidaklah
semudah yang disangka.
Masalah #1: Pada
peringkat usia 7 dan 8
tahun, murid-murid ini
bukannya boleh berdikari
untuk belajar. Semuanya
perlu diarahkan. Mungkin
kerana didikan tidak
formal di rumah oleh ibu
bapa, menjadikan mereka
amat memerlukan
perhatian secara individu
sebagaimana di rumah.
Jika dilayan secara
individu, mereka
sebenarnya lebih pantas
dalam pembelajaran.
Apa lagi masalah yang
biasanya dapat anda lihat
semasa mencuba mengajar
matematik kepada anakanak di rumah?
Masalah #2: Ya, mereka
susah benar memberikan
fokus dalam perkara
yang di ajar. Menyebut
tentang fokus terhadap
pembelajaran matematik
ini, boleh dikatakan fokus
murid-murid perempuan
lebih lama berbanding
murid laki-laki. Kanak-

kanak atapun murid


perempuan nampak lebih
senang duduk diam dalam
menyiapkan kerja. Kanakkanak atau murid lelaki
pula, pantang nampak
kawan, mereka akan
terdorong untuk saling
mengajak untuk bermain.
Itulah yang mereka paling
suka! Itulah alam mereka!
Sepanjang proses
pengajaran dan
pembelajaran matematik,
jika kawalan guru terhadap
kelas tidak baik, muridmurid ini akan terus leka
dan tidak banyak belajar di
dalam kelas. Tidak
mustahil juga, mungkin
akan ada yang langsung
tidak faham konsepkonsep matematik yang
diajar oleh guru walaupun
hanya konsep-konsep
nombor yang asas! Mereka
juga akan gagal menguasai
kemahiran-kemahiran
matematik yang asas tambah, tolak darab dan
bahagi. Oleh kerana
masalah ini tidak ditangani
dan kelemahan tidak
diperbaiki dari perignkat
awal, maka ia berterusan
sehinggalah murid itu
masuk ke Tahun 2. Tidak
faham dan tidak faham
memanjang akan
memadamkan motivasi
belajar dan akhirnya
menjadikan murid bosan
untuk belajar matematik!
Bagaimana mungkin
generasi 'pandai
matematik' dapat
dilahirkan jika beginilah
keadaannya.

Masalah #3: Seterusnya,


guru matematik juga
berdepan dengan masalah
tiadanya minat untuk
mempelajari matematik
dalam kalangan muridmurid sekolah. Masalah
ini mungkin adalah
masalah yang diwarisi!
Masalah tidak minat atau
kurang minat ini
seterusnya membawa
kepada masalah yang
kedua iaitu murid-murid
gagal untuk menguasai
kemahiran-kemahiran
asas dalam matematik.
Nah! Hal inilah yang
menyebabkan adanya
murid tahun 5 dan 6 yang
markahnya corot-corot
belaka dalam peperiksaan
Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR)!.
Tidakkah pihak sekolah
berasa malu jika keputusan
matematik UPSR sekolah
di tahap yang corot?
Tidakkah guru matematik
merasa tertekan mendapat
murid yang sedemikian?

Apakah yang sepatutnya


dilakukan?
Tidak dapat dinafikan
bahawa, guru matematik
yang pakar sekalipun akan
mati akal untuk mengajar
matematik jika muridmuridnya tidak berminat
untuk belajar. Tinjauan
pernah dibuat dalam
kalangan guru-guru
mengenai bagaimana

mereka menangani
masalah seperti ini.
Kebanyakannya
mengatakan bahawa
mereka akan memberikan
banyak latihan matematik
kepada murid-murid
tersebut. Latihan
matematik secara
bertubi-tubi ini sekurangkurangnya akan
menjadikan murid-murid
sibuk dan tidak membuang
masa di dalam kelas.
Sekalipun murid-murid
telah menyiapkan semua
latihan matematik yang
diberikan oleh guru
mereka pada setiap hari,
adakah semua latihan
matematik itu akan
menambah minat muridmurid kepada
matematik? Ya, belum
tentu!
Pernahkah anda
terfikir...
Jika masalah murid tidak
meminati matematik ini
berlaku di kelas anda
bagaimana? Pernahkah
anda terfikir untuk
keluar dari kaedah
pengajaran dan
pembelajaran matematik
yang stereotaip kepada
kaedah pengajaran dan
pembelajaran matematik
yang kreatif?
Mungkin anda pernah
membuat satu permainan
yang berkaitan dengan
matematik untuk menarik
minat murid-murid
terhadap matematik. Cuba
anda perhatikan;

Adakah
permainan
matematik
tersebut
sesuai
dimainkan
oleh semua
murid
dalam kelas
anda? atau
Permainan
matematik
yang anda
buat itu
hanya
sesuai untuk
murid yang
cerdik
sahaja atau
yang lemah
sahaja?
Adakah
teknik
permainan
matematik
anda betul?
Adakah
permainan
matematik
anda itu
mendapat
sambutan
muridmurid dan
mereka
seronok
dalam
pembelajara
n?
Jika anda mempunyai misi
dalam memperbaiki
prestasi dan pengalaman
pembelajaran matematik ,
anda berada di tempat
yang tepat. Lihatlah, apa
yang boleh anda lakukan
dengan bahan bermutu
yang kami sediakan! Di

samping latihan,
perbanyakkanlah
aktiviti! My Rummy,
bukan setakat aktiviti
matematik yang
mencabar dan
menyeronokkan malah
lebih daripada itu! My
Rummy, sesuatu yang
perlu anda ketahui!
Teruskanlah bacaan anda!
TUJUAN PEMBANGUNAN APLIKASI MY RUMMY
Membantu guru menyediakan bahan sokongan yang bermutu mengikut keperluan
negara.
Bahan sokongan yang menepati kehendak Kementerian Pelajaran berdasarkan
kelemahan yang dikenalpasti.
Bahan yang sudah dicuba beberapa tahun sebelum diperkenalkan ke sekolah-sekolah.
Mudah digunakan kerana ramai Guru Jurulatih Utama (JU) dan guru sudah
didedahkan dengan pendekatan ini.
Memberi pendidikan mengikut kemudahan zaman kanak-kanak masakini.
Pembelajaran kendiri yang boleh menguji pelbagai gaya pembelajaran murid.

Sila muat turun My Rummy PowerPoint Presentation Slides. Ia


menerangkan konsep permainan My Rummy serta bagaimana My
Rummy memenuhi prinsip-prinsip pembelajaran dalam kurikulum
KBSR.
Pengenalan My Rummy
My Rummy ialah satu versi game-card untuk Matematik. Apa yang dimaksudkan
dengan rummy? Istilah rummy, tiada ditakrifkan didalam Kamus Inggeris-Melayu
Dewan terbitan 2002. Namun, di dalam kamus Web Wikipedia, rummy sebenarnya
ialah istilah generik atau umum bagi permainan kad atau game-card. Oleh kerana
terdapat banyak jenis kaedah permainan game-card, permainan padankan kad atau
matching card games mungkin lebih sesuai untuk menjelaskan mengenai permainan
rummy.
Sama ada dari segi istilah mahupun bahasa, rummy sememangnya tiada kaitan
langsung dengan matematik. Malahan, gaya permainan rummy yang menggunakan
kad dan dimainkan secara berkumpulan sinonim dengan permainan poker atau
mungkin juga disebut kad judi!
Disebalik gaya permainan rummy, jika difikir-fikirkan, bermain secara berkumpulan
adalah sesuatu yang dilalui oleh semua orang! Oleh sebab itulah, My Rummy
dicipta untuk dimainkan secara berkumpulan, sesuai dengan naluri kanak-kanak!

Seperti juga istilah rummy, permainan atau game juga tiada kaitan langsung dengan
matematik. Malahan, aktiviti bermain bagi kanak-kanak zaman sekarang adakalanya
disekat kerana bermain membuatkan kanak-kanak menjadi leka.
Namun, jika difikir-fikirkan kanak-kanak sebenarnya bermain untuk belajar!
Bermain adalah merupakan interaksi sosial bagi kanak-kanak. Dengan bermain
dalam kumpulan, lebih banyak lagi pengalaman akan dipelajari oleh seorang kanakkanak tanpa disedari oleh kita sebagai orang yang telah dewasa. Oleh sebab itulah,
My Rummy dicipta untuk murid-murid belajar matematik dalam permainan
berbentuk game-card. Secara tidak langsung, My Rummy menggalakkan
interaksi sosial. Melalui cara ini juga, murid-murid akan belajar matematik
melalui cara dan pengalaman yang menyeronokkan! Nah! itulah sebahagian
daripada tujuan pengajaran dan pembelajaran matematik!
Apa itu MY RUMMY?
My Rummy ialah game-card
untuk matematik.
My Rummy dicipta untuk
dimainkan secara
berkumpulan.
Bermain My Rummy
menggalakkan interaksi
sosial.
Kanak-kanak bermain untuk
belajar.
My Rummy membolehkan
murid-murid belajar
matematik dengan cara dan
pengalaman yang
menyeronokkan!

Keunikan My Rummy
My Rummy bukan permainan game-card yang biasa. My Rummy bukan permainan
game-card yang menyebabkan kanak-kanak leka dalam pembelajaran. My
Rummy bukan permainan game-card yang membuang masa. Jika anda ingin
tahu, selain fungsinya sebagai alat permainan dalam kumpulan yang menimbulkan
keseronokan, My Rummy juga direkabentuk untuk membina dan meningkatkan
pemahaman murid-murid terhadap konsep-konsep matematik yang asas.
Dalam My Rummy Level 1 yang ditawarkan, ia memberikan fokus terhadap
penguasaan konsep tambah dan tolak (addition and subtraction) sahaja. Ini adalah
kerana murid-murid sekolah tahun 1 dan tahun 2 selalu bermasalah dalam
memahami konsep asas tersebut apabila di ajar didalam bahasa Inggeris. Muridmurid anda mungkin tidak bermasalah untuk menyelesaikan operasi matematik asas

seperti 5 - 1 = ?. Apakah yang anda akan lakukan jika murid-murid anda menghadapi
masalah untuk menyelesaikan operasi matematik 'count back 1 counts from 5 = ?'
My Rummy menyediakan 120 operasi matematik yang sedemikian yang disusun
mengikut aras kesukaran yang rendah ke tinggi. My Rummy memang dicipta
untuk murid tahun 1 dan tahun 2. My Rummy ialah pilihan aktiviti yang terbaik
untuk mereka!
Selain daripada mempertingkatkan penguasaan konsep-konsep asas dalam
matematik, My Rummy juga adalah permainan di dalam kelas yang mampu untuk
meningkatkan kemahiran mendengar serta kepekaan nombor atau number
sense yang di dapati begitu lemah dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Selain
daripada itu, My Rummy juga menjurus ke arah pembangunan komputasi mental
(mental computation). Bagaimana My Rummy melakukannya? Skrol ke bawah
untuk mendapatkan jawapannya.
Apa itu MY RUMMY?
My Rummy membina dan
meningkatkan pemahaman muridmurid terhadap konsep-konsep
matematik yang asas.
My Rummy meningkatkan
kemahiran mendengar serta
kepekaan nombor atau number
sense.
My Rummy menjurus ke arah
pembangunan komputasi mental
(mental computation)
Permainan My Rummy juga unik kerana tidak berkonsepkan menang atau kalah. My
Rummy lebih berminat untuk mengenalpasti siapakah yang paling responsif
daripada siapa menang atau kalah. Menerusi kaedah permainan yang unik,
pengoperasian matematik yang dilakukan oleh murid secara komputasi mental
(mental computation) memerlukan keyakinan diri yang tinggi untuk murid
menghasilkan jawapan yang tepat. Rangsangan daripada ahli kumpulan pula melatih
murid untuk berfikir dengan pantas dan membuat keputusan yang cepat untuk
menjawab pengoperasian matematik yang dilontarkan dalam sesi permainan.
Bagaimanakah My Rummy dimainkan? Skrol ke bawah untuk mendapatkan
jawapannya.
Masih ingatkah anda mengenai gaya pembelajaran (learning style) dalam kalangan
murid Tahun 1 dan Tahun 2 yang masih dikira baru dalam alam persekolahan? Ianya
ada dalam kajian pedagogi. Murid Tahun 1 dan Tahun 2 lebih suka dan mudah
memproses maklumat melalui apa yang ia dengar. Jika diminta membaca
daripada buku, mereka agak liat dan kurang fokus! My Rummy adalah mathematical
game yang mengambilkira gaya pembelajaran murid di peringkat ini.
My Rummy menyediakan pengoperasian matematik dengan ayat matematik dan

bahasa yang mudah. Ini adalah bagi mengelakkan murid terpaksa mengulang ayat
matematik yang dilontarkan kepada ahli kumpulan. Penggunaan ayat matematik yang
mudah juga dapat membangunkan kemahiran yang disebut sebagai reasoning
skill.
Reasoning skill iaitu kebolehan untuk memberikan alasan atau sebab adalah
kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi dalam pembelajaran murid. Reasoning
skill semakin diterima sebagai kaedah penilaian dan merupakan kemahiran kritikal
pada abad ini. Semua ciri-ciri ini menjadikan My Rummy amat sesuai untuk
diaplikasikan di sekolah untuk murid-murid seawal sekolah rendah!
Tidak seperti permainan mathematical game yang lain, My Rummy dibangunkan
untuk mencipta hubungan dengan aplikasi matematik seharian malahan mampu
juga menjadi alat yang menarik dalam meningkatkan penguasaan istilah (misalnya
istilah count on, count back, counts from, less than dll) serta kemahiran komunikasi
bahasa Inggeris dalam kalangan murid.
Apa itu MY RUMMY?
My Rummy meningkatkan
keyakinan diri.
My Rummy melatih cara berfikir
yang pantas dan cepat membuat
keputusan.
My Rummy mencipta hubungan
(making connections) dengan
aplikasi matematik seharian
My Rummy membangunkan
reasoning skill.
My Rummy meningkatkan
kemahiran berkomunikasi
dalam bahasa Inggeris.

Bagaimana Cara Bermain Untuk Memaksimumkan Faedah My Rummy?


1.0 Persediaan
Untuk bermain dengan My Rummy, guru atau tutor akan menjadi fasilitator. Guru
juga berperanan sebagai pemerhati. Langkah pertama ialah pembahagian kumpulan.
1.1 Pembahagian Kumpulan
Setiap kumpulan boleh terdiri daripada 6 orang sahaja. Di dalam sebuah kelas
dengan jumlah murid seramai 35 - 40 orang , bahagikanlah kepada 6 atau 7
kumpulan. Jika berlaku masalah semasa permainan, guru akan pergi kepada
kumpulan tersebut.

1.1 Pemilihan dan Pengedaran My Rummy Game-Card


Pemilihan kad-kad My Rummy boleh dibuat berdasarkan keupayaan sesebuah
kumpulan murid yang menjadi pemain. Kad-kad My Rummy tidak sama di antara
satu sama lain. Guru lebih memahami murid-muridnya. Oleh sebab itu, guru boleh
menentukan sendiri kad-kad My Rummy yang bersesuaian untuk sesebuah
kumpulan. Pada peringkat permulaan, saya mencadangkan seperti berikut:

Berikan set kad My Rummy yang melibatkan mathematical operations


aras rendah yang lebih mudah kepada kelompok murid yang
agak lemah. Misalnya, set kad My Rummy yang bernombor 1.1
sehingga 1.10.

Berikan set kad My Rummy yang melibatkan mathematical operations


aras lebih tinggi diberikan kepada kelompok murid yang lebih
baik penguasaan matematiknya. Misalnya, set kad My Rummy yang
bernombor 1.11 sehingga 1.20.

Jika guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan secara rawak,


edarkanlah kad-kad kepada kumpulan-kumpulan murid secara rawak, atau guru boleh
memint a mereka m emilih sendiri set kad yang disukai. Jika ada kumpulan murid
yang hanya memilih kad-kad My Rummy yang mudah, nasihatkanlah mereka agar
mencuba pula kad-kad My Rummy yang lebih sukar.
1.2 Pengrekodan dan Carta Prestasi
Untuk menjadikan permainan My Rummy lebih bersistematik, guru-guru digalakkan
untuk merekodkan setiap set kad yang telah digunakan oleh sesebuah
kumpulan. ini adalah bagi mengelakkan mereka keliru dengan set-set kad yang
belum lagi dimainkan dan yang sudah dimainkan. Setiap kumpulan berpeluang untuk
mencuba setiap satu set kad My Rummy. Terdapat 20 set kad My Rummy
kesemuanya.
2.0 Peraturan Permainan My rummy
Pesanan Penting:
Apabila mengedarkan kad-kad My Rummy, pastikan murid-murid dalam sesebuah
kumpulan melindung kad masing-masing. Setiap murid hanya diberikan satu kad My
Rummy sahaja. Oleh itu, mereka perlu merahsiakan kad mereka daripada
pengetahuan rakan sekumpulannya.
Dalam sebuah kumpulan, arahkan murid-murid untuk duduk dalam satu bulatan.
Jarak di antara seorang murid-dengan seorang murid yang lain boleh
dipelbagaikan. Jika kad-kad My Rummy belum lagi diedarkan, guru bolehlah
mengedarkannya sekarang. Jika kad-kad My Rummy telahpun diedarkan, pastikan
mereka terus merahsiakan kad yang dipegang. Rajah di bawah menunjukkan
kedudukan satu kumpulan murid dalam permainan My Rummy.

Rajah 1: Kedudukan 6 orang murid dalam permainan My Rummy. Sebelum


permainan, maklumat pada kad mestilah dirahsiakan.

3.0 Memulakan Permainan My Rummy

Peranan guru:
Permainan My Rummy seharusnya berjalan dalam suasana senggang, yang tidak
memberi sebarang tekanan kepada murid-murid. Ini adalah penting agar permainan
matematik ini mampu merangsang dan menggalakkan murid berfikir. Oleh itu;
Guru boleh melantik salah seorang ahli kumpulan untuk memulakan permainan
atau;
Secara sukarela, murid-murid juga boleh menjadi pemula permainan.
Berdasarkan Rajah 1 di atas, terdapat 6 orang murid ditandakan dengan Player 1
hingga Player 6. Katakanlah Player 1 adalah murid yang dilantik dilantik untuk
memulakan permainan.
3.1 Menyebut Ayat Matematik Dengan Suara Yang Kuat
Arahkan Player 1 untuk menyebut nombor pada kad My Rummy mereka sendiri
diikuti dengan ayat matematik yang tertera pada kad dengan kuat. Contohnya, Player
1 akan menyebut:

PLAYER 1 STARTS
Four is my number!
What is the number if we add 3
more to 4?

3.2 Murid Mendengar Ayat Matematik Dengan Teliti


Murid lain akan mendengar dengan tekun, nombor dan ayat matematik yang
dibacakan oleh player 1. Dengan cara inilah My Rummy menggalakkan
kemahiran mendengar! Teknik ini juga menguji tahap kepekaan nombor atau
disebut number sense dalam kalangan murid-murid. Jika mereka telah mendengar,
tahukah mereka nombor apakah yang disebutkan oleh Pemain 1 tadi? Apakah pula
pengoperasian matematik yang dibacakan tadi? Ya, My Rummy benar-benar
menguji tahap kepekaan nombor!
3.3 Murid Menganalisis Ayat Matematik dan Mengira Secara Mental
Setelah lulus dalam fasa pendengaran tadi, murid lain akan membuat pengiraan tetapi
tidak boleh menggunakan pensil dan kertas! Sebaliknya mereka hanya dibenarkan
mencongak menggunakan mental sahaja! Ya, dengan cara inilah My Rummy
menggalakkan kemahiran operasi mental atau computation! Pada peringkat ini
jugalah proses pemikiran bermula dan guru boleh memerhatikannya. Di dalam
fikiran mereka:

Nombor yang dikenalpasti ialah FOUR iaitu 4 dan operasinya ialah


ADD iaitu operasi tambah (addition).

Melalui operasi ADD, pernyataan "add 3 more to 4" akan memberikan


jawapan SEVEN iaitu 7.

3.4 Murid Membuat Perbandingan dan Membuat Keputusan


Kini jawapan SEVEN berada di dalam fikiran mereka. Seterusnya, mereka akan
membandingkan SEVEN dengan nombor yang terdapat pada kad My Rummy
masing-masing. Berdasarkan Rajah 1, siapakah yang memegang kad jawapan
tersebut? Ya, jawapannya ialah Player 6! Dalam pusingan ini, Player 6 ialah murid
yang sepatutnya membuat keputusan untuk memberikan maklumbalas!
Nota: Pada peringkat ini, permainan boleh terhenti seketika disebabkan masalah

kepekaan nombor. Nah! Jika murid-murid tidak peka, apa akan jadi? Pastinya, tiada
seorang muridpun yang akan mengangkat tangan selepas Player 1 membacakan
kadnya!
Peranan Guru: Pada peringkat ini, guru sendiri dapat mengenalpasti siapakah yang
tidak peka atau selalu leka. Mereka inilah golongan murid yang lemah kepekaan
nombor atau number sense nya! Dalam meneruskan permainan My rummy ini, guru
mesti menyemak siapakah murid yang sepatutnya memberikan maklumbalas. Tegur
dan berilah nasihat kepada murid tersebut agar memberikan perhatian, meningkatkan
kepekaan terhadap nombor dan juga ayat matematik yang akan dibacakan oleh rakanrakan mereka.
3.5 Murid Memberikan Maklumbalas
Selepas membuat keputusan, salah seorang murid akan mengangkat tangan dengan
pantas untuk memberikan maklumbalas! Siapakah murid itu? Ya, pastinya Player 6.
Sepertimana yang dilakukan oleh Player 1, Player 6 juga akan membacakan nombor,
diikuti dengan ayat matematik pada kad My Rummy nya dengan nada suara yang
kuat. Dengan memegang kadnya, Player 6 dengan yakin akan menyebut:

PLAYER 6 RESPONSE
Seven is my number!
What happen if we remove 5
from 7?

Pada peringkat ini, guru juga dapat melihat dan menilai sejauh mana kefasihan
murid-murid dalam membacakan ayat-ayat matematik pada kad permainan
matematik My Rummy yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Cuba perhatikan sebutan
mereka untuk ayat-ayat seperti "count on, count back, counts from, less than, count
before, count after, add another" dan sebagainya. Semua ayat-ayat dalam kad
permainan matematik My Rummy cukup bermakna dan sesuai dengan pengalaman
seharian murid. My Rummy secara tidak langsung menjadi alat bantuan mengajar
untuk meningkatkan kemahiran matematik dan komunikasi dalam bahasa Inggeris di
sekolah rendah.
3.6 Meneruskan Permainan.

Permainan ini akan diteruskan sehingga kesemua kad My Rummy telah di bacakan.
Siapakah murid yang akan memberikan maklumbalas selepas Player 6? Lihat
pengoperasian matematiknya.

Nombor yang dikenalpasti ialah 7. Operasinya ialah REMOVE iaitu


operasi tolak (subtraction).

Melalui operasi REMOVE , pernyataan "remove 5 from 7"


memberikan jawapan TWO iaitu 2.

Siapakah yang empunya kad My Rummy bernombor 2? Ya, jawapannya ialah Player
5! Dalam pusingan ini, Player 5 ialah murid yang sepatutnya membuat
keputusan untuk memberikan maklumbalas!
Sepertimana yang dilakukan oleh Player 6, Player 5 juga akan membacakan nombor,
diikuti dengan ayat matematik pada kad My Rummy nya dengan nada suara yang
kuat. Dengan memegang kadnya, Player 5 akan menyebut:

PLAYER 5 RESPONSE
Two is my number!
What is the sum of 2 and 1?

Selepas kad dibacakan, siapakah murid yang sepatutnya memberikan maklumlas?


Lihat pengoperasian matematiknya.

Nombor yang dikenalpasti ialah 2. Operasinya ialah SUM iaitu


menyamai dengan operasi ADD tambah (addition).

Melalui operasi SUM , pernyataan "the sum of 2 and 1 " memberikan


jawapan THREE iaitu 3.

Siapakah yang empunya kad My Rummy bernombor 3? Ya, jawapannya ialah Player
2! Dalam pusingan ini, Player 2 ialah murid yang sepatutnya membuat
keputusan untuk memberikan maklumbalas!

Sepertimana yang dilakukan oleh Player 5 tadi, Player 2 juga akan membacakan
nombor, diikuti dengan ayat matematik pada kad My Rummy nya dengan nada suara
yang kuat. Dengan memegang kadnya, Player 2 akan menyebut:

PLAYER 2 RESPONSE
Three is my number!
What happen if we add 2 to 3?

Selepas kad dibacakan, siapakah murid yang sepatutnya memberikan maklumlas?


Lihat pengoperasian matematiknya.

Nombor yang dikenalpasti ialah 3. Operasinya ialah ADD iaitu


tambah (addition).

Melalui operasi ADD, pernyataan "add 2 to 3" yang mudah akan


memberikan jawapan FIVE iaitu 5.

Siapakah yang empunya kad My Rummy bernombor 5? Ya, jawapannya ialah Player
3! Dalam pusingan ini, Player 3 ialah murid yang sepatutnya membuat
keputusan untuk memberikan maklumbalas!
Sepertimana yang dilakukan oleh Player 2 tadi, Player 3 juga akan membacakan
nombor, diikuti dengan ayat matematik pada kad My Rummy nya dengan nada suara
yang kuat. Dengan memegang kadnya, Player 3 akan menyebut:

PLAYER 3 RESPONSE
FIVE is my number!
What is the number if we add 1
and 5?

Selepas kad dibacakan, siapakah murid yang sepatutnya memberikan maklumlas?


Lihat pengoperasian matematiknya.

Nombor yang dikenalpasti ialah 5. Operasinya ialah ADD iaitu


tambah (addition).

Melalui operasi ADD, pernyataan "add 1 and 5 " yang mudah akan
memberikan jawapan SIX iaitu 6.

Siapakah yang empunya kad My Rummy bernombor 6? Ya, jawapannya ialah Player
4! Dalam pusingan ini, Player 4 ialah murid yang sepatutnya membuat
keputusan untuk memberikan maklumbalas!
Ini adalah pusingan yang terakhir! Sepertimana yang dilakukan oleh Player 3 tadi,
Player 4 juga akan membacakan nombor, diikuti dengan ayat matematik pada kad
My Rummy nya dengan nada suara yang kuat. Dengan memegang kadnya, Player 4
akan menyebut:

PLAYER 4 RESPONSE
SIX is my number!
What is the number if we
remove 2 from 6?

Selepas kad dibacakan, siapakah murid yang sepatutnya memberikan maklumlas?


Lihat pengoperasian matematiknya.

Nombor yang dikenalpasti ialah 6. Operasinya ialah REMOVE iaitu


tolak (subtraction).

Melalui operasi REMOVE, pernyataan "remove 2 from 6 " akan


memberikan jawapan FOUR iaitu 4.

Siapakah yang empunya kad My Rummy bernombor 4? Ya, jawapannya ialah Player
1 iaitu murid yang pertama sekali membacakan kad My Rummy! Dalam pusingan
ini, Player 1 ialah murid yang sepatutnya membuat keputusan untuk
memberikan maklumbalas!

4.0 Menamatkan Permainan


Apabila tiba giliran murid yang ke-5, iaitu Player 4, hasil operasi matematik akan
kembali kepada Player 1. Player 1 yang sebelum ini merupakan murid yang
memulakan permainan My Rummy juga perlu melalui proses mendengar,
menganalisis, membuat perbandingam dan memberikan maklumbalas. Apabila
Player 1 memberikan maklumbalas, secara automatik permainan My Rummy pun
tamat!

Kesesuaian Permainan dan Penggunaan My Rummy


Permainan My Rummy math game amat sesuai digunakan sebagai permainan sama
ada di peringkat awal, pertengahan mahupun di akhir waktu kelas atau sesi
pembelajaran. Ia membuatkan murid-murid teruja untuk menunjukkan kehebatan
mereka dalam membuat pengiraan secara mental (mental computation). Siapa yang
paling pantas menjawab dengan jawapan yang tepat, mereka adalah murid yang
tinggi tahap number sense nya! Cubalah My Rummy dalam kalangan murid anda
sendiri!
Jika anda seorang guru kelas...
Gunakankan permainan matematik My Rummy ketika waktu senggang, misalnya
pada waktu selepas minggu peperiksaan atau sebelum cuti penggal bermula. Ia tidak
sekali akan membebankan guru. My Rummy adalah permainan matematik
yang sangat mudah. Daripada murid-murid membuang masa kerana tiada lagi
silibus yang hendak diajar, adalah sangat baik jika murid-murid ini dilatih minda
mereka dengan permainan matematik My Rummy yang menggalakkan komunikasi,

hubungan sosial dan menyuburkan kemahiran pengiraan dan operasi mental (mental
computation). My Rummy juga mampu terus merangsang dan memperkembang
kemahiran berfikir murid-murid peringkat sekolah rendah
My Rummy ialah permainan kad matematik atau math card game yang amat sesuai
untuk murid tahun 1 dan 2. Dengan aplikasi My Rummy, murid akan dapat:
Meningkatkan interaksi sosial sesama rakan-rakan.
Meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep-konsep matematik yang asas.
Meningkatkan kemahiran mendengar.
Meningkatkan tahap kepekaan nombor.
Meningkatkan keupayaan mengira secara mental (menggunakan teknik mental
computation)
Meningkatkan keyakinan diri.
Meningkatkan keupayaan menganalisis, membuat perbandingan dan membuat
keputusan.
Membangunkan keupayaan kemahiran reasoning (reasoning skill).
Menghubungkaitkan matematik dengan kehidupan seharian.
Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.
Walau bagaimanapun, terdapat juga murid tahun 3 yang begitu lemah tahap number
sense nya! Jika demikian, mereka juga termasuk dalam golongan yang sesuai
bermain dengan My Rummy. My Rummy juga sesuai untuk digunakan oleh:
Pusat-pusat tuisyen yang mengajar subjek matematik!
Pusat kanak-kanak Pra-sekolah yang berumur 6 tahun!
Khidmat Sokongan Kami...
Kami telah menyediakan halaman yang khusus untuk memantapkan kemahiran
pengiraan dan operasi mental (mental computation). Sila klik Work Out Mental
Maths Exercises. Halaman tersebut mengandungi latihan-latihan matematik yang
menggunakan sepenuhnya kemahiran pengiraan mental. Kandungan laman web
tersebut boleh dicetak dan digunakan secara PERCUMA. Laman web tersebut juga
akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Pakej My Rummy
My Rummy dipakejkan dalam kotak berkualiti tinggi untuk tujuan penyimpanan.
Di dalamnya terdapat span yang berkualiti yang akan melindungi kad My Rummy
daripada rosak. Kotak My Rummy juga mempunyai magnet untuk tujuan buka dan
tutup yang mudah!
Kotak penyimpanan adalah sangat penting. Ramai guru yang membuat sendiri
pelbagai permainan matematik yang kreatif, namun tidak sempat untuk memikirkan
soal kaedah penyimpanan yang baik. Ini menyebabkan ada set permainan matematik

yang telah dibuat itu hilang dan guru terpaksa membuat set yang baru. Bukankah ini
amat menyusahkan? Dengan itu, My Rummy menyediakan kotak dengan ciri-ciri
yang sesuai bagi memudahkan kad-kad disimpan dan mengelakkannya daripada
hilang,

Kotak simpanan permainan matematik My Rummy yang berkualiti tinggi


mengelakkan kerosakan ataupun kehilangan kad-kad permainan.

Spesifikasi My Rummy
Design: Rounded rectangle.
Dimension (card):3.5' L x 2.3' W
Card sets (hierarchical numbering): 20 (1.1 - 1.20)
Dimension (packaging box): 6.0' L x 9.6' W
Gross Weight: 486 g

My Rummy terdiri daripada 20 set kad yang menggunakan kertas keras yang
berkualiti tinggi dan tidak menyerap air seperti kertas yang biasa. Ini bagi
mengelakkan kad-kad My Rummy daripada terkoyak atau mudah rosak. My Rummy
juga dicetak pada kad-kad dengan pelbagai warna yang menarik. Kad-kad My
Rummy yang berwarna-warni lebih menambah keseronokan murid untuk bermain.

Kad-kad My Rummy diperbuat daripada material berkualiti tinggi dan tahan lasak.
Setiap set My Rummy terdiri daripada 6 kad. Ini bermakna anda mempunyai 120
kad semuanya. Setiap set My Rummy berbeza dari segi kompleksiti
pengoperasian matematiknya, iaitu daripada set yang mudah sehingga yang rumit.
Jadi, murid-murid yang lebih bijak biasanya diberikan dengan set pengoperasian
matematik yang lebih rumit.
Mudah dipegang

Warna Cerah Ceria


Saiz font Besar
Ringkas

Ayat Matematik

My Rummy Sebagai Hadiah!


Dapatkan My Rummy, untuk sekolah anda! ATAU jika anda ingin memberi
sumbangan kepada sekolah anda semasa zaman persekolahan dahulu, My
Rummy juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah istimewa kepada bekas
sekolah anda! Satu idea yang sangat baik jika anda mendapatkan My Rummy
dan menghadiahkannya kepada guru matematik sekolah rendah anda.

Ingin mencuba dahulu? Sila download My Rummy sekarang!


Permainan kad matematik My Rummy tidak terdapat di kedai-kedai buku mahupun
di pasaraya. Permainan matematik dalam kategori educational games ini hanya
dapat dibeli di tapak web My-Rummy.com. Apa yang anda tunggu lagi?
Bantulah murid-murid anda! Lengkapkan keperluan pengajaran dan pembelajaran
sekolah atau pusat latihan anda dengan My Rummy sekarang!

Anda mungkin juga menyukai