Anda di halaman 1dari 2

Pembinaan Luaran Watak dalam Drama

Berbicara mengenai pembinaan luaran watak dalam drama, hal ini sebenarnya merujuk
kepada sifat fizikal dan rupa watak tersebut (Zakaria Ariffin, 2001). Rupa merujuk kepada
bentuk badan, sifat dan roman muka yang selari dengan watak yang ingin disampaikan.
Contohnya, jika ingin melakonkan watak jin maka rupa pelakon juga harus mengikut rupa
fizikal jin seperti janggut dan mengerikan. Hal ini secara tidak langsung akan
menimbulkan mood pelakon untuk membina watak dan memainkan watak tersebut.
Selain itu dari segi perawakan yang merujuk kepada cara seseorang bergerak,
berpaling, berjalan di atas pentas penting untuk meningkatkan luaran watak lakonan
tersebut. Misalnya, untuk melakonkan watak seorang ayah, maka gerak-geri dan
perawakan ayah itu perlu ada seperti cara bercakap yang tegas dan matang, berkumis
dan sebagainya.
Dari segi bahasa tubuh pula, kerlingan mata, kedut kening, kepada mengangguk
atau menggeleng perlu dititikberatkan bagi membina watak luaran pelakon. Hal ini
merupakan salah satu asas lakonan yang perlu dipelajari oleh pelakon. Contohnya, jika
pelakon perlu mengungkap dialog sedih, maka bahasa tubuh perlu selari dengan ayat
yang ingin dilafazkan dan bukannya sebaliknya. Hal ini penting bagi menggelakkan
kekeliruan tafsiran daripada penonton.
Dalam membina luaran watak dalam drama, aspek solekan merupakan antara
aspek yang paling penting. Tanpa solekan yang cantik dan mantap, sesuatu watak itu
tidak akan hidup meskipun pelakon tersebut menghayati watak secara emosi dan
dalaman. Justeru, antara solekan yang penting dalam drama termasuklah Grease Paint
(minyak muka), Carmine (inci merah), Liners (pembaris biru atau hitam), bedak dan
celak.

Pembinaan Emosi dan Psikologi Watak


Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Ismail Mohd Noh (2007), emosi dapat merujuk
kepada ungkapan perasaan. Emosi yang berupa perasaan sedih,marah, benci, bingung,
gugup dan sebagainya. Dalam drama, seorang pemain harus dapat mengendalikan dan
menguasai emosinya. Hal ini penting untuk memberikan warna bagi tokoh yang
melakonkan dan untuk menunjang karakter tokoh tersebut. Emosi juga sangat
mempengaruhi tubuh, iaitu tingkah laku, roman muka (ekspresi), pengucapan dialog,
pernafasan, niat. Niat di sini timbul setelah emosi itu terjadi, misalnya setelah marah maka
timbul niat untuk memukul dan sebagainya. Terdapat tiga cara dalam melahirkan dan
membina emosi watak dalam diri seorang pelakon iaitu melalui peniruan, pernafasan dan
ekspresi muka. Dalam kaedah peniruan, para pelakon perlu mendalami terlebih dahulu
watak yang ingin dilakukan. Kebiasaannya teknik ini berguna kepada pementasan drama
yang mengadaptasikan atau membuat lakonan semula terhadap sesuatu cerita yang
sememangnya sudah wujud contohnya, Puteri Gunung Ledang. Para pelakon perlu
mendalami dan mengenal watak yang ingin dilakukan dan hal ini meliputi tingkah laku,
cara hidup, pergaulan, dialek, kebiasaan dan sebagainya. setelah kita mengenali watak
tersebut barulah kita dapat meniru watak tersebut.
Kedua, melalui pernafasan. Terdapat empat cara pernafasan yang biasa dilakukan
iaitu pernafasan dada yang mana dalam cara pernafasan ini, kita menyerap udara
kemudian kita masukkan ke rongga dada sehingga dada kita membusung. Di kalangan
orang-orang teater pernafasan dada biasanya tidak dipergunakan kerana di samping
daya tampung atau kapasiti dada untuk Udara sangat sedikit, juga dapat mengganggu
gerak/acting kita, kerana bahu menjadi kaku. Selain itu, pernafasan perut. Pernafasan
jenis ini memerlukan udara yang kita hirup untuk kita masukkan ke dalam perut sehingga
perut kita menggelembung, Pernafasan perut dipergunakan oleh sebahagian dramawan,
kerana tidak banyak mengganggu gerak dan daya tampungnya lebih banyak
dibandingkan dada, atas pinggul kita juga turut mengembang.
Di samping itu, pernafasan lengkap. Pada pernafasan lengkap kita
mempergunakan dada dan perut untuk menyimpan udara, sehingga udara yang kita
serap sangat banyak (maksimum). Pernafasan lengkap dipergunakan oleh sebahagian
artis panggung yang biasanya tidak terlalu mengutamakan acting, tetapi mengutamakan
vokal. Seterusnya, pernafasan diafragma. Pernafasan diafragma ialah apabila diafragma
kita mengembang apabila kita menyedut udara. Pernafasan ini lebih kerap digunakan oleh
manusia dalam percakapan seharian. Pernafasan ini tidak banyak mengganggu
pergerakan dan daya tampungnya lebih banyak berbanding pernafasan perut.
Cara ketiga untuk membina emosi dan psikologi watak adalah dengan melatih
ekspresi muka. Ekspresi wajah atau mimik adalah hasil dari satu atau lebih gerakan atau
posisi otot pada wajah. Ekspresi wajah merupakan salah satu bentuk komunikasi non-
verbal, dan dapat menyampaikan keadaan emosi dari seseorang kepada orang yang
mengamatinya. Ekspresi wajah merupakan salah satu cara penting dalam menyampaikan
maklumat sosial dalam kehidupan manusia. Melalui ekspresi muka sudah memadai bagi
menunjukkan emosi. Sebagai contoh, muka berkerut menunjukkan emosi keliru
bercelaru.

Anda mungkin juga menyukai