Anda di halaman 1dari 28

IBRAHIM BIN YUSOF JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT

PENGENALAN

TUJUAN

JENIS LAKONAN

PRINSIP

CARA

KELEBIHAN

PENGENALAN
y Satu aktiviti atau pergerakan tubuh badan atau berupa segala bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia. y Dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar, atau meniru cara dan bentuk kegiatan-kegiatan dalam hidup masyarakat. y Di sekolah- murid diberi peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pendapat, bergaya dan beraksi sesama sendiri. y Dapat membantu menambahkan kemahiran muridmurid dalam berbahasa.
seterusnya

y Berlakon tidak memerlukan persiapan dan

persediaan bagi kanak-kanak di dalam darjah. y Kanak-kanak hanya perlu beraksi atau melakukan sesuatu pergerakan sambil bercakap. y Aktiviti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak ialah seperti bermain guli, menjadi askar, ketika berjumpa doktor, berbual di pasar, sewaktu membeli kasut dan sebagainya.

menu

TUJUAN
y Membolehkan murid-murid bertutur dengan

gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul. y Membolehkan mereka menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan betul. y Membolehkan murid-murid bercakap dalam bahasa yang kemas dan teratur. y Membolehkan murid-murid berinteraksi atau berhubung dengan orang lain untuk menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan fikiran mereka.
seterusnya

y Menyuburkan semangat kekitaan,

bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam satu kumpulan. y Mendorongkan pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif dalam kalangan mereka. y Mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan sifat negatif yang lain. y Melatih murid-murid memahami segala aspek kehidupan apabila mereka menghadapi keadaan yang sebenar.

menu

2. LAKONAN SPONTAN

3. LAKONAN BISU

1. LAKONAN BERDASARKAN PERMAINAN

4. LAKONAN BERKAIT

JENIS LAKONAN

seterusnya

6. LAKONAN PATUNG

7. LAKONAN PUISI

5. LAKONAN BERSENIKATA

8. LAKONAN CERITA

JENIS LAKONAN

kembali

LAKONAN BERDASARKAN PERMAINAN


y Dilakukan tanpa dirancang. y Murid diminta melakukan sesuatu permainan

yang mereka tahu. y Contoh bermain sepak raga, layang-layang, guli, gasing dan sebagainya. y Guru meminta murid tampil melakonkan gaya sedang bermain sesuatu permainan sambil diperhatikan murid-murid lain. y Contoh permainan dalam pendidikan jasmani pukul berapa datuk harimau melibatkan lebih ramai murid.
kembali

LAKONAN SPONTAN
y Tanpa dirancang dan tanpa skrip. y Murid-murid menggunakan dialog mereka sendiri

serta-merta lahir daripada fikiran. y Contoh aktiviti membeli ikan di pasar, membeli setem di pejabat pos, perbualan antara murid dengan ayah dan ibu mereka dan sebagainya. y Melibatkan sekurang-kurangnya 2 orang pelakon. y Sebelum berlakon, mereka diberi gambaran situasi yang hendak dilakonkan. Kemudian, mereka bebas melakonkan watak tersebut.
kembali

LAKONAN BISU
y Disebut sebagai dratanka iaitu lakonan yang

hanya melibatkan pergerakan anggota badan tanpa berkata apa-apa. y Berpandukan gerak-geri pelakon, murid-murid lain diminta meneka apa yang sedang dilakonkan. y Sebagai satu cara untuk melepaskan tenaga yang berlebihan dan meredakan emosi yang meluap-luap dalam kalangan murid-murid. y Guru boleh berunding terlebih dahulu dengan murid yang akan melakonkan aksi yang diminta.
kembali

LAKONAN BERKAIT
y Dikenali sebagai action chain. y Guru menyebut sesuatu perkataan atau sesuatu

perbuatan sambil melakonkannya sekali. y Contoh apabila guru menyebut duduk, muridmurid akan duduk. y Murid juga boleh memberikan arahan kemudian melakonkan aksi yang disebut. y Dengan itu, murid-murid dapat menangkap perkaitan antara percakapan dengan lakonan yang dilakukan.
kembali

LAKONAN BERSENIKATA
y Dijalankan dalam dua bentuk.
1. Lakonan tidak bersengaja
 

Dilakonkan dalam bentuk tidak formal. Dilakonkan selepas murid mendengar sesuatu cerita atau kejadian yang tidak memerlukan persediaan yang panjang lebar. Murid bebas melakonkan aksi dan menggunakan dialog sendiri.
seterusnya

LAKONAN BERSENIKATA
2.

Lakonan bersengaja  Disediakan khas dari buku cerita dan guru menyediakan peralatan sekiranya perlu.  Guru memberi penerangan terlebih dahulu kepada murid.  Murid-murid yang dipilih, berlakon berdasarkan seni kata yang telah disediakan.  Guru memberikan petunjuk dan perangsang kepada murid.  Selepas selesai berlakon, barulah guru boleh membetulkan kesilapan pelakon.

kembali

LAKONAN PATUNG (PUPPET)


y Lakonan antara bangsa yang tertua sekali. y Amat berguna kepada murid-murid yang pemalu. y Untuk persediaan, murid-murid boleh dilatih

membuat patung-patung itu pada masa pelajaran seni. y Jenis lakonan patung: 1. Lakonan patung kayu 2. Lakonan patung sarung tangan 3. Lakonan patung tali
seterusnya

LAKONAN PATUNG (PUPPET) samb.


1.


2.


3.
 

Lakonan patung kayu Dibuat berbentuk figurin, iaitu berupa gambar binatang atau manusia yang dilukis di atas kertas tebal, diwarna kemudian dilekatkan pada kayu. Lakonan patung sarung tangan Dibuat daripada bahan terbuang. Contoh kepala patung dibuat daripada kelompang telur. Cara memainkannya ialah dengan menggunakan jari. Lakonan patung tali
Terdiri daripada patung-patung binatang dan manusia. Digerakkan dengan menggunakan tali.

kembali

LAKONAN PUISI
y Lakonan yang dijalankan oleh guru dalam bentuk

nyanyian atau puisi. y Guru boleh menggunakan bahan-bahan puisi yang berupa nyanyian kanak-kanak atau mengarang sendiri puisi atau nyanyian tersebut. y Puisi yang dinyanyikan itu haruslah mengandungi unsur-unsur pergerakan dan boleh dilakonkan. y Contoh nyanyian lagu kanak-kanak seperti Bangau oh bangau dan Buai laju-laju
kembali

LAKONAN CERITA
y Paling mudah. Dipetik daripada buku-buku cerita. y Guru boleh dapatkan bahan daripada buku cerita

kemudian diolah semula isinya untuk dijadikan bahan lakonan. y Selepas murid habis membaca cerita, mereka diminta pula melakonkan babak-babak penting dalam cerita tersebut. y Pembelajaran begini amat baik kerana adanya kesinambungan bahan dan aktiviti pembelajaran.
menu

PRINSIP BERLAKON
y Aktiviti berlakon harus menepati objektif

pengajaran untuk mempertingkatkan kemahiran dan kebolehan berbahasa murid-murid. y Lakonan harus mempunyai tema yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan mental murid-murid serta boleh dilakonkan dalam situasi sebenar. y Dialog dalam lakonan harus menggunakan bahasa yang sesuai mudah, jelas, ringkas dan senang difahami oleh murid.
seterusnya

PRINSIP BERLAKON (samb.)


y Lakonan yang dicadangkan harus dilakukan

dalam bilik darjah. y Murid-murid diberi kebebasan melakukan aksi lakonan. Guru hanya membetulkan kesilapan setelah lakonan selesai. Teguran-teguran sesama lakonan dijalankan akan membunuh minat dan semangat berlakon murid-murid. y Penglibatan murid-murid sepenuhnya adalah penting kerana ia melibatkan kemahiran intelek, emosi dan fizikal mereka.
menu

SESI PERNYATAAN
y Dilakukan pada awal pengajaran. y Aktiviti permulaan sebelum persembahan. y Guru memberikan penerangan berkenaan hal-hal lakonan. y Guru membincangkan secara ringkas isi dan jalan cerita, peranan watak dan cara melakonkannya. y Guru memilih murid-murid untuk diberi peranan. y Pada mulanya guru akan mengemukakan permasalahan. Murid mendengar dengan teliti dan cuba memahaminya.
kembali

SESI BERLAKON
y Murid-murid telah tahu peranan masing-masing. y Lakonan boleh dimulakan. y Semasa berlakon, murid-murid tidak perlu diganggu. Biarkan

mereka bebas berlakon dengan menggunakan bahasa sendiri. y Guru hanya memerhati dan mengenal pasti sebarang kesilapan. y Jika ada beberapa babak, lakonkan dahulu babak-babak mengikut urutan. Sekiranya didapati semuanya baik, maka guru boleh meminta murid melakonkan keseluruhan cerita tersebut. y Lakonan secara berperingkat ini adalah baik kerana muridmurid bukan sahaja mendapat kemahiran melakonkan babakbabak tertentu, malah mengenal pasti peristiwa penting di samping dapat pula mengucapkan ayat-ayat yang lebih tepat dan berkesan.
kembali

SESI PERBINCANGAN
y Diadakan selepas murid-murid berlakon. y Guru akan menyatakan kesalahan-kesalahan

menu

atau kelebihan yang dilakukan murid. y Perbincangan akan dilakukan bersama dengan murid. y Semasa sesi ini, murid harus dapat melihat, menilai dan menganalisis kebolehan diri. y Bukan sahaja dari segi lakonan malah dari segi penggunaan bahasa dan kelancaran berkomunikasi.

KELEBIHAN AKTIVITI BERLAKON


y Melalui pengucapan pertuturan dan

perbincangan pengukuhan bahasa boleh berlaku. Jadi murid dapat menguasai kemahiran lisan. y Melalui penyebutan, pengucapan dan pertuturan dialog, murid-murid dapat dilatih supaya berani dan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu secara berkumpulan. y Mereka dilatih untuk menyebut dengan tepat, menggunakan tekanan dan intonasi yang betul dan bertutur dengan jelas, terang dan kemas.
seterusnya

KELEBIHAN AKTIVITI BERLAKON (samb.)


y Murid-murid diberi peluang bertutur dengan

bebas. Oleh itu, berlakon dapat melatih mereka menjadi petah bercakap, lancar menggunakan kata-kata, tidak gugup dan boleh menyusun ayat serta menuturkannya bagi melahirkan fikiran, pandangan dan pendapat. y Aktiviti berlakon boleh menambah dan memperkaya perbendaharaan kata seseorang membantu murid-murid menjadi penutur yang baik.
seterusnya

KELEBIHAN AKTIVITI BERLAKON (samb.)


y Dalam aktiviti lakonan, pembinaan perkataan,

rangkai kata dan ayat dapat diterapkan secara tidak langsung. Jenis ayat, ragam ayat dan laras bahasa dapat digunakan dalam situasi-situasi yang sesuai. y Dapat mengasah semangat bertanggungjawab, memupuk semangat kerjasama, membina perpaduan, mencetuskan semangat cintakan bahasa sendiri, mengikis rasa rendah diri dan perasaan malu dan sebagainya.
seterusnya

RUMUSAN
y Potensi bidang lakonan jika digunakan secara

meluas mempunyai masa depan yang cerah. y Melalui aktiviti lakonan, murid-murid bukan sahaja dapat mempertingkat kemahiran lisan mereka, malah melaluinya dapat disalurkan aspek-aspek budaya yang lain dan ia biasanya lebih senang diterima oleh masyarakat kerana menyentuh naluri primitif mereka tanpa memerlukan sebarang kebolehan yang kompleks.

Anda mungkin juga menyukai