Anda di halaman 1dari 14

Kenal Pasti Tanda-tanda Demam Denggi Dan Cara Pencegahan

by CA HAYA P UR NA MA

Masyarakat sekeliling hendaklah peka akan kewujudan


penyakit virus yang dikenali sebagaiDemam Denggi iatu
sejenis penyakit yang disebarkan oleh nyamuk Aedes
betina. Penyakit tersebut adalah disebabkan oleh genus
Flavirus. Pebagai tanda akan muncul kepada pesakit
dimana virus tersebut akan terpendam di dalam badan
pesakit dalam masa 3 hingga 14 hari sebelum wjujudnya
tanda-tanda sedemikian.
Terdapat pelbagai tanda seseorang telah digigit oleh
nyamuk Aedes seperti demam secara mengejut, ruam dan
gatal-ratal, cirit birit, merasa loya, sakit kepala, sakit
bahagian belakang biji mata, sakit perut, sakit otot dan
sendi serta mengalami sakit pinggang yang teruk.
Kemudian, kita juga haruslah peka akan simptom Demam
Denggi yang turut menjangkiti bayi atau pun kanakkanak
yang masih kecil iaitu seperti demam, batuk, hidung berair.
Dan ruam kulit. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan
untuk memastikan anak-anak mereka berada dalam

keadaan sihat sebagai langkah mencegah Demam


Denggi yang amat mudah menular dikalangan kanakkanak yang lebih kecil.
Selain itu, kanak-kanak yang berusia lebih besar turut
mengalami tanda-tanda sama seperti yang dihidapi oleh
golongan dewasa iaitu seperti demam panas, sakit kepala,
ruam kulit bertompok merah dan putih serta sakit di
bahagian mata belakang dan juga sendi. Antara simptom
lain ialah mereka akan mengalami kurang selera makan,
merasa loya, muntah, rasa lemah dan gatal di tapak kaki.
Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk
mengetahui simptom tanda-tanda Demam Denggi untuk
memastikan diri sentiasa terjamin dari semasa ke semasa.
Seterusnya, sebagai langkah pencegahan yang boleh
dilakukan adalah menutup semua tingkap dan pintu ketika
waktu fajar dan senja. Hal ini kerana nyamuk dan serangga
mudah untuk memasuki tumah pada ketika itu. Perkara
yang terpenting adalah memastikan longkat yang terdapat
disekeliling rumah sentiasa bersih kerana kekotoran akan
memudahkan pembiakan nyamuk Aedes.
Antara cara pencegahan yang lain adalah memastikan
anak-anak memakai pakaian baju lengan panjang dan
seluar panjang apabila bermain di taman. Tambahan lagi,
memakai pakaian warna cerah adalah lebih baik daripada
pakaian yang berwarna gelap. Kaedah seterusnya ialah
menggunakan penyembur berasaskan minyak serai untuk
menghalau nyamuk dan memasang jaringan nyamuk pada
setiap tingkap di dalam rumah.
Kesimpulannya, Demam Denggi boleh membahayakan
kesihatan seseorang oleh itu kita hendaklah peka akan
tanda-tanda Demam Denggi dan mengetahui cara untuk
mencegahnya. Diharap melalui artikel ini ia dapat

membantu kita mengenali


mengenai Demam Denggi.

serba

sedikit

sebanyak

Nota Bahagian B : BIODIVERSITI


BIODIVERSITI (DISEDIAKAN OLEH :BALKIS AHMAD
6 (ATAS 1) - SMK AGAMA SIBU, SARAWAK
DEFINISI
Kepelbagaian biologi atau biodiversity didefinisikan sebagai keanekaan antara
organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain
yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks
termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya.
(sumber:estidotmy,February 2007)
KEPENTINGAN
A.KEPADA ALAM
1.PENGEKALAN KITAR HIDROLOGI
Hidupan semulajadi berfungsi sebagai penyerapan.Air dari tanah dan membebaskannya
melalui proses transpirasi.Hutan,padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air
apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikitbila air bertakung.
Ini sekaligus mengawal banjir.
2.MODIFIKASI IKLIM
Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan
iklim.Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia
akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu.Kestabilan iklim akan
berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.
3.KAWAL HAKISAN TANAH
Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan.Ini
sekaligus menghalang tanah menjadi pecah.Selain itu,akar berfungsi mengikat
tanahdan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah
tinggi.Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada
pembentukan tanah.Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan
kesan puklan ketika rebut.Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat
menyelamatkan harta benda dan nyawa.
4.SELENGGARA KITAR OKSIGEN DAN NITROGEN
Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan.Manakala mikrob pula membantu
menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam
tanah.Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen
seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.
B.KEPADA MANUSIA
1.NILSI INSTRUMEN
Berguna kepada manusia-kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti
berfungsi sebagai anti-kanser.Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian
biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi
syarikat yang mengendalikan bidang ini.Ini jelas bahawa kekayaan kepelbagaian sepsis

biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan


jangka hayat manusia.
CONTOHNYA, ANTHROPOSENTRIK-digunakan dalam memajukan BANK GENETIK
khasnya untuk memajukan sector pertanian ,perhutanan,akuakultur dan penternakan.Ia
juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumgang jutaan ringgit
setahun kepada ekonomi Negara.
2.NILAI INTRINSIK
Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai NILAI TERSENDIRI dan HAK UNTUK
HIDUP.Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai hak
asasimasing-masing.Benda hidup mempunyai ingatan,emosi dan kesakitan.
MASALAH
1.KEGIATAN MANUSIA YANG MENGUBAH DAN MENGHAPUSKAN
TEMPAT KEDIAMAN MEREKA.
Banyak aktiviti yang boleh merosakkan yang berlaku menyebabkan terjejasnya
biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus. Ada di
antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori sepsis terancam.Jika tidak ditangani
awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin
hilang buat selamanya.
2.PENGEKSPLOITASIKAN HUTAN TROPIKA OLEH NEGARA
MEMBANGUN YANG KAYA DENGAN BIODIVERSITI BAGI TUJUAN
UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN.
Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semulajadi atau pelancongan eko
adalah satu aktiviti penting yang bolkeh mendatangkan hasil kepada negara
membangun.Namun andainya pelancongan eko tidak dilaksanakan dengan teratur boleh
menyebabkan kerosakan biodiversity.Kemusnahanhabitat akibat penukaran tanah
untuk pertanian,perlombongan,penempatan,pembinaan dan sebagainya untuk tujuan
pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.
3.PERUBAHAN IKLIM DAN BENCANA ALAM seperti tanah runtuh, banjir,
kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada
kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia.
4.PENGGUNAAN SUMBER BIOLOGI SECARA TIDAK LESTARI DAN
BERLEBIHAN seperti aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal
menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi.
LANGKAH\USAHA UNTUK MENGATASI
1. MENGADAKAN BENGKEL MENGENAI PENGURUSAN
BIODIVERSITI.ISU DASAR DAN CABARAN KEPADA MALAYSIA TELAH
DILANGSUNGKAN PADA 17 Ogos 1999 dianjurkan bersama oleh Institut Kajian
Pembangunan (SABAH),Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia(MIER) dan Queens
University, Kingston,Canada.Bengkel tersebut dibiayai oleh Agensi Pembangunan
Antarabangsa Kanada (CIDA), NGOs dan badan-badan swasta.Antara isu yang disentuh
adalah mengenai biodiversity,bioprospek,pengurusan dan pengawasan pelancongan eko
dan perlindungan sepsis terancam.
2. Malaysia adalah salah satu antara 120 negara yang
menandatanganiKONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL ATAU NAMA
SINGKATNYA CBD.Konvension tersebut yang berkuatkuasa pada 29 disember 1993

memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan


mapan bioddiversiti bagi generasi sekarang dan akan datang.Dalam perjanjian
tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok
selama-lamanya.
3.MENGGALAKKAN DAN MEMPERBANYAKKAN PENUBUHAN PUSAT
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D).Contohnya Taman Teknologi
Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh
digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat
Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan
kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih.
4.MENGETATKAN KAWALAN DAN MENJALANKAN PEMANTAUAN YANG
LEBIH TELUS.Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan
digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan
menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal
lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang
tinggi,pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan
dengan lebih mantap supaya tidak merugikan Negara

KITAR HIDROLOGI
KITAR HIDROLOGI DAN PROSES PROSES YANG TERLIBAT

Konsep Kitar Hidrologi.


Istilah kitaran diguna untuk menerangkan pertukaran air yang berterusan.

Kitar hidrologi tidak ada titik permulaan dan penamat.

Untuk memulakan sesuatu kitaran lebih mudah bermula dari lautan.

Air tersejat ke dalam atmosfera dari lautan, membentuk wap-wap air yang berkumpul menjadi
awan.

wap air apabila mencapai ke peringkat tepu akan turun sebagai kerpasan sama ada dalam
bentuk hujan, embun, salji dan sebagainya.

Kerpasan di bahagian daratan akan dialirkan dalam pelbagai cara seperti:

melalui larian air permukaan atau

Di alir oleh sistem sungai ke laut

Sebahagian kerpasan akan menyusup ke dalam tanah dan mengalir sebagai air bawah
tanah.

Selain daripada kerpasan itu mengalir ke laut,di fasa daratan juga berlaku proses seperti
pintasan (interception),sejatan dari lembapan tanih dan juga sejat-peluhan tumbuhan,
susupan(infiltrasi), storan(simpanan) serta rembesan air dalam tanah.
Di fasa lautan, kitar hidrologinya adalah lebih pendek dan lebih mudah.
Proses-proses dalam kitar hidrologi
a. Proses sejatan
b. Proses perpeluhan dan sejat peluh
c. Proses pemeluawapan
d. Kerpasan
e. Larian air permukaan
f. Susupan dan larian air bawah tanah

A. SEJATAN

Konsep dan proses sejatan


Sejatan adalah penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air.

Merupakan proses asas dan pertama dalam kitar hidrologi.

Berlaku secara menegak.

Berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di
dalam atmosfera yang belum sampai keperingkat tepu.

Memerlukan bekalan haba yang mencukupi untuk memanaskan permukaan air sama ada
daripada lautan, sungai, tasik, kolam dan lain-lain.

Kadar sejatan yang paling tinggi berlaku di permukaan air yang terdedah seperti laut, sungai,
tasik, kolam, paya dan sebagainya.

Proses sejatan semula jadi akan berlaku sekiranya tekanan wap bagi udara sekitar kurang
daripada tekanan wap pada permukaan air yang tersejat.

Proses sejatan juga berlaku dari permukaan tanah yang lembap.


Faktor yang mempengaruhi sejatan
Suhu

Tekanan wap

Angin atau turbulens

Kemasinan air

Kelembapan bandingan

Luas permukaan air


B. SEJATPELUHAN

Konsep dan proses sejat peluhan


Berlaku menerusi proses perpeluhan.

Berlaku kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbending dengan
tekanan udara dalam atmosfera

Istilah sejatpeluhan dari sudut hidrologi merujuk kepada kehilangan air dari proses sejatan
secara langsung,sejatan dari tanih dan proses perpeluhan dari tumbuhan.

Sejat peluhan boleh dibahagi kepada dua iaitu:

Sejat peluhan potensi

Sejat peluhan sebenar

i. Sejat peluhan potensi


Mengikut Thornthwaite (1948) ialah Kuantiti air yang boleh disejatkan daripada permukaan
tanih dan perpeluhan daripada tumbuhan.
Mengikut Penman (1956) pula,ialah jumlah air yang terpeluh dalam unit masa daripada satu
permukaan tanaman hijau yang rendah dan membesar dengan aktif melindungi tanah tersebut.
ii. Sejat peluhan sebenar
Kuantiti air yang sebenarnya disejatkan daripada tanih dan perpeluhan tumbuhan dalam satu
jangka masa yang tertentu di bawah keadaan lembapan tanih dan litupan tumbuhan yang berubahubah.
Faktor-faktor yang mempengaruhi sejat peluhan
Kelembapan bandingan permukaan tanah dengan udara di atasnya

Suhu udara di atas permukaan tanih yang tinggi


Terdapat aliran udara yang tinggi agar dapat mengalih udara tepu di atas permukaan tanah
dan menggantikannya dengan udara kering

Mempunyai kelembapan tanih secukupnya untuk menyumbang kepada sistem akar pokok
Terdapat bahangan matahari yang tinggi dan suhu yang tiggi untuk merangsangkan
tumbesaran pokok dan seterusnya mempengaruhi kadar perpeluhan.
C. PEMELUWAPAN
Konsep dan proses pemeluwapan
Menghasilkan kelembapan udara seterusnya membentuk awan setelah ia mengalami proses
pemeluwapan

Satu proses penukaran wap-wap air kepada cecair seperti hujan atau pepejal seperti salji.
Terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalam
atmosfera,

Jisim udara menjadi sejuk dan penyejukan dinamakan adiabatik.

Penyejukan berlaku melalui sentuhan apabila dua kumpulan udara yang berlainan suhu
(panas dan sejuk) bertemu di mana jisim udara yang panas akan disejukan oleh jisim udara yang
sejuk

Jika suhu di bawah takat embun di bawah takat beku maka wap-wap air dalam jisim udara
berkenaan bertukar kepada pepejal (salji).

Proses pemeluwapan juga memerlukan zarah higroskopik seperti garam dan karbon untuk
menarik wap-wap air berkumpul ke arahnya membentuk manik-manik hujan.

Terdapat tiga keadaan yang membolehkan proses pemeluwapan berlaku;

Kandungan wap air dalam atmosfera mesti cukup

Berlakunya proses penyejukan udara hingga ke paras atau ke bawah takat embun .

Mesti terdapat nukleus-nukleus pemeluwapan.

ketiga-tiga faktor ini berintegrasi antara satu sama lain bagi mewujudkan proses
pemeluwapan.

Kandungan wap-wap air yang cukup dalam atmosfera

Takat embun berkait dengan kejatuhan suhu sehingga 0 darjah celsius.

Nukleus pemeluwapan adalah untuk menggalak dan mempercepatkan proses pembentukan


titisan air.

Proses pemeluwapan berlaku pada nukleus pemeluwapan yang bersifat cita air.

Natrium klorida yang dibawa oleh angin dari permukaan laut dianggap sebagai nukleus
pemeluwapan yang terbaik kerana saiznya besar dan mempunyai diameter sehingga 10 mikron.

Proses pemeluwapan berlangsung melalui penyejukan. Proses itu boleh dibahagikan kepada
tiga cara iaitu.

Penyejukan alir lintang

Penyejukan sinaran

Penyejukan adiabatik.

D. KERPASAN

Konsep dan mekanisme kejadian kerpasan

Didefinisikan sebagai lembapan yang terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan bumi
sebagai cecair ataupun pepejal.

Sebelum berlakunya kerpasan maka terlebih dahulu mesti berlakunya proses pemeluwapan
dan pejalwapan atau kedua-duanya sekali.

Bermula dengan proses pemeluwapan,setiap bintik air yang terbentuk akan membesar dan
bercantum antara satu sama lain.bintik-bintik air ini akan terapung-apung sebagai awan.

Menurut teori Bergeron-Findiesen menerangkan bahawa pembentukan kerpasan berlaku


apabila suhu atmosfera jatuh dengan cepat di bawah takat beku akibat pertukaran adibatik.

Teori pelanggaran perlu mengemukakan bahawa berlaku pelanggaran hablur-hablur ais atau
bintik-bintik air semasa jatuh dari awan sehingga menyebabkan percantuman antara bintik-bintik air
tersebut.
Jenis-jenis kerpasan

Hujan

Salji

Hujan beku

Hujan batu

Embun beku (rime)

Hujan sebagai bentuk kerpasan utama


Terjadi melalui tiga cara iaitu hujan perolakan, hujan bukit(orografi), hujan perenggan.

Hujan perolakan bermula dengan sejatan.

Kejadian hujan perenggan pula berkait dengan pertembungan dua jisim udara yang berlainan
suhu.

Hujan bukit pula sering berlaku di kawasan banjaran gunung yang mengadap arah tiupan
angin laut.
E. PINTASAN ATAU CEGATAN SILARA
Dalam konteks semula jadi pintasan dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan.

Mengikut Horton (1919) pintasan atau Cegatan Silara merujuk kepada halangan dari kanopi
(silara) tumbuhan terhadap air hujan yang turun.

Apabila titisan hujan yang pertama jatuh ke atas sehelai daun, ia akan disimpan oleh daun
tersebut buat sementara waktu sebelum disejat kembali.Simpanan ini dikenali sebagai storan
sementara.

Terdapat tiga komponen pintasan bagi sebatang pokok iaitu jatuhan langsung,
titisan kanopi dan aliran batang.
Air hujan yang terus langsung jatuh ke lantai dinamakan sebagai jatuhan
langsung.
Air hujan yang dipintas oleh daun yang dititis oleh daun dinamakan
sebagai titisan kanopi.
Air hujan meleleh mengikut dahan dan batang dikeneli sebagai aliran batang.

Pintasan amat penting dalam konteks kitar hidrologi untuk meningkatkan


simpanan air tanah di kawasan tadahan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pintasan

Perubahan aliran batang amat bergantung kepada jenis batang pokok berkenaan.batang
pokok yang licin mengalirkan air yang lebih cepat.Sudut percambahan ranting pokok juga juga
mempengaruhi jumlah air yang dapat mengalir.

Bagi jatuhan langsung, ianya amat bergantung kepada saiz kanopi.Saiz kanopi yang besar
berupaya memerangkap lebih banyak air.
Selain daripada sifat tumbuhan,kadar pintasan juga dipengaruhi oleh keamatan hujan.
Kehilangan air melalui pintasan semakin berkurangan apabila jumlah hujan semakin tinggi
dan lebat

SISTEM HIDROLOGI
TEMA 4 : SISTEM HIDROLOGI
BAB 17 : KITAR HIDROLOGI DAN PROSES PROSES YANG TERLIBAT
KITAR HIDROLOGI

Konsep Kitar Hidrologi


Penelitian saintifik tentang kitaran air.
Istilah kitaran diguna untuk menerangkan pertukaran air yang berterusan.
Kitar hidrologi tidak ada titik permulaan dan penamat.
Untuk memulakan sesuatu kitaran lebih mudah bermula dari lautan.
Air tersejat ke dalam atmosfera dari lautan, membentuk wap-wap air yang berkumpul
menjadi awan.
Wap air apabila mencapai ke peringkat tepu akan turun sebagai kerpasan sama ada
dalam bentuk hujan,embun,salji dan sebagainya.
Kerpasan di bahagian daratan akan dialirkan dalam pelbagai cara seperti:
- melalui larian air permukaan atau
- Di alir oleh sistem sungai ke laut
Sebahagian kerpasan akan menyusup ke dalam tanah dan mengalir sebagai air bawah
tanah.
Selain daripada kerpasan itu mengalir ke laut,di fasa daratan juga berlaku proses seperti
pintasan(interception),sejatan dari lembapan tanih dan juga sejat-peluhan

tumbuhan,susupan(infiltrasi),storan(simpanan) serta rembesan air dalam tanah.


Di fasa lautan, kitar hidrologinya adalah lebih pendek dan lebih mudah.
Proses-proses dalam kitar hidrologi

Proses-proses dalam kitar hidrologi


Proses sejatan
Proses perpeluhan dan sejat peluh
Proses pemeluawapan
Kerpasan
Larian air permukaan
Susupan dan larian air bawah tanah
SEJATAN
Konsep dan proses sejatan
Sejatan adalah penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air.
Merupakan proses asas dan pertama dalam kitar hidrologi.
Berlaku secara menegak.
Berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di
dalam atmosfera yang belum sampai keperingkat tepu.
Memerlukan bekalan haba yang mencukupi untuk memanaskan permukaan air sama
ada daripada lautan,sungai,tasik,kolam dan lain-lain.
Kadar sejatan yang paling tinggi berlaku di permukaan air yang terdedah seperti
laut,sungai,tasik,kolam,paya dan sebagainya.
Proses sejatan semula jadi akian berlaku sekiranya tekanan wap bagi udara sekitar
kurang daripada tekanan wap pada permukaan air yang tersejat.
Proses sejatan juga berlaku dari permukaan tanah yang lembap.
Faktor yang mempengaruhi sejatan
Suhu
Tekanan wap
Angin atau turbulens
Kemasinan air
Kelembapan bandingan
Luas permukaan air

Sejat peluhan
Konsep dan proses sejat peluhan
Berlaku menerusi proses perpeluhan.
Berlaku kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbending
dengan tekanan udara dalam atmosfera.
Istilah sejat peluhan dari sudut hidrologi merujuk kepada kehilangan air dari proses
sejatan secara langsung,sejatan dari tanih dan proses perpeluhan dari tumbuhan.
Sejat peluhan boleh dibahagi kepada dua iaitu:
- Sejat peluhan potensi
- Sejat peluhan sebenar
Sejat peluhan potensi
Mengikut Thornthwaite (1948) ialah Kuantiti air yang boleh disejatkan daripada
permukaan tanih dan perpeluhan daripada tumbuhan.
Mengikut Penman (1956) pula,ialah jumlah air yang terpeluh dalam unit masa daripada
satu permukaan tanaman hijau yang rendah dan membesar dengan aktif melindungi
tanah tersebut.
Sejat peluhan sebenar
Kuantiti air yang sebenarnya disejatkan daripada tanih dan perpeluhan tumbuhan dalam
satu jangka masa yang tertentu di bawah keadaan lembapan tanih dan litupan
tumbuhan yang berubah-ubah.
Faktor-faktor yang mempengaruhi sejat peluhan
Kelembapan bandingan permukaan tanah dengan udara di atasnya
Suhu udara di atas permukaan tanih yang tinggi
Terdapat aliran udara yang tinggi agar dapat mengalih udara tepu di atas permukaan
tanah dan menggantikannya dengan udara kering
Mempunyai kelembapan tanih secukupnya untuk menyumbang kepada sistem akar
pokok
Terdapat bahangan matahari yang tinggi dan suhu yang tiggi untuk merangsangkan
tumbesaran pokok dan seterusnya mempengaruhi kadar perpeluhan.
Pemeluwapan
Konsep dan proses pemeluwapan
Menghasilkan kelembapan udara seterusnya membentuk awan setelah ia mengalami
proses pemeluwapan.
Satu proses penukaran wap-wap air kepada cecair seperti hujan atau pepejal seperti
salji.
Terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalam
atmosfera,
Jisim udara menjadi sejuk dan penyejukan dinamakan adiabatik.
Penyejukan berlaku melalui sentuhan apabila dua kumpulan udara yang berlainan suhu
(panas dan sejuk) bertemu di mana jisim udara yang panas akan disejukan oleh jisim
udara yang sejuk

Jika suhu di bawah takat embun di bawah takat beku maka wap-wap air dalam jisim
udara berkenaan bertukar kepada pepejal (salji).
Proses pemeluwapan juga memerlukan zarah higroskopik seperti garam dan karbon
untuk menarik wap-wap air berkumpul ke arahnya membentuk manik-manik hujan.
Terdapat tiga keadaan yang membolehkan proses pemeluwapan berlaku
- Kandungan wap air dalam atmosfera mesti cukup
- Berlakunya proses penyejukan udara hingga ke paras atau ke bawah takat embun
- Mesti terdapat nukleus-nukleus pemeluwapan.
ketiga-tiga faktor ini berintegrasi antara satu sama lain bagi mewujudkan proses
pemeluwapan.
- Kandungan wap-wap air yang cukup dalam atmosfera.
- Takat embun berkait dengan kejatuhan suhu sehingga 0c.
- Nukleus pemeluwapan adalah untuk menggalak dan mempercepatkan proses
pembentukan titisan air.
- Proses pemeluwapan berlaku pada nukleus pemeluwapan yang bersifat cita air.
- Natrium klorida yang dibawa oleh angin dari permukaan laut dianggap sebagai nukleus
pemeluwapan yang terbaik kerana saiznya besar dan mempunyai diameter sehingga 10
mikron.
Proses pemeluwapan berlangsung melalui penyejukan.Proses itu boleh dibahagikan
kepada tiga cara iaitu.
- Penyejukan alir lintang
- Penyejukan sinaran
- Penyejukan adiabatik.
Kerpasan
Konsep dan mekanisme kejadian kerpasan
Didefinasikan sebagai lembapan yang terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan bumi
sebagai cecair ataupun pepejal.
Sebelum berlakunya kerpasan maka terlebih dahulu mesti berlakunya proses
pemeluwapan dan pejalwapn atau kedua-duanya sekali.
Bermula dengan proses pemeluwapan,setiap bintik air yang terbentuk akan membesar
dan bercantum antara satu sama lain.bintik-bintik air ini akan terapung-apungsebagai
awan.
Menurut teori Bergeron-Findiesen menerangkan bahawa pembentukan kerpasan
berlaku apabila suhu atmosfera jatuh dengan cepat di bawah takat beku akibat
pertukaran adibatik.
Teori pelanggaran perlu mengemukakan bahawa berlaku pelanggaran hablur-hablur ais
atau bintik-bintik air semasa jatuh dari awan sehingga menyebabkan percantuman
antara bintik-bintik air tersebut.
Jenis-jenis kerpasan
Hujan
Salji
Hujan beku
Hujan batu
Embun beku (rime)
Hujan sebagai bentuk kerpasan utama

Terjadi melalui tiga cara iaitu hujan perolakan, hujan bukit(orografi), hujan perenggan.
Hujan perolakan bermula dengan sejatan.
Kejadian hujan perenggan pula berkait dengan pertembungan dua jisim udara yang
berlainan suhu.
Hujan bukit pula sering berlaku di kawasan banjaran gunung yang mengadap arah
tiupan angin laut.
Pintasan atau Cegatan Silara

- Dalam konteks semula jadi pintasan di lakukan oleh tumbuh-tumbuhan.


- Mengikut Horton (1919) pintasan atau Cegatan Silaramerujuk kepada halangan dari
kanopi (silara) tumbuhan terhadap air hujan yang turun.
- Apabila titisan hujan yang pertama jatuh ke atas sehelai daun, ia akan disimpan oleh
daun tersebut buat sementara waktu sebelum disejat kembali.simpana ini dikenali
sebagai storan sementara.
- Terdapat tiga komponen pintasan bagi sebatang pokok iaitu jatuhan langsung,titisan
kanopi dan aliran batang.
- Air hujan yang terus langsung jatuh ke lantai dinamakan sebagai jatuhan langsung.
- Air hujan yang dipintas oleh daun yang dititis oleh daun dinamakan sebagai titisan
kanopi.
- Air hujan meleleh mengikut dahan dan batang dikeneli sebagai aliran batang.
- Pintasan amat penting dalam konteks kitar hidrologi untuk meningkatkan simpanan air
tanah dikawasan tadahan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pintasan
- Perubahan aliran batang amat bergantung kepada jenis batang pokok
berkenaan.batang pokok yang licin mengalirkan air yang lebih cepat.sudut percambahan
ranting pokok juga juga mempengaruhi jumlah air yang dapat mengalir.
- Bagi jatuhan langsung, ianya amat bergantun kepada saiz kanopi.saiz kanopi yang
besar berupaya memerangkap lebih banyak air.
- Selain daripada sifat tumbuhan,kadar pintasan juga dipengaruhi oleh keamatan hujan.
- Kehilangan air melalui pintasan semakin berkurangan apabila jumlah hujan semakin
tinggi dan lebat.

Posted by Dickson Melan at 9:48 AM

Anda mungkin juga menyukai