Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN HARMONI ASAS

Pembentukan Kord Asas All you need is three chords and the truth. Pada terasnya, muzik boleh dianggap sebagai interaksi antara ketegangan dan pelepasan. Tahap ketegangan boleh datang daripada disonasi vs selari, teknik mengarang muzik, dinamik, atau unsur unsur muzik yang lain. Kunci utama untuk menggunakan ketegangan dan pelepasan ialah keseimbangan. Jika ketegangan terlalu banyak atau kurang, muzik menjadi tidak tertahan dan tidak boleh didengari. Manakala pula, jika muzik terlalu bersifat natural dengan jumlah ketegangan yang sedikit, ia akan menjadi bosan dan dan tidak bermaya. Maka, pergerakan kod yang bagus adalah dimainkan dengan seimbang dari segi kegunaan ketegangan dan pelepasan. Fungsi pergerakan harmonik boleh dikategorikan kepada tiga elemen asas iaitu tonik, subdominan, dan dominan (I, II, dan V mengikut turutan). Ketiga tiga kord ini adalah kord asas bagi hampir setiap jenis lagu. Tonik: kord permulaan (home) dan dipanggil sebagai I. Kord ini bersifat kukuh dan menyediakan satu resolusi yang teguh untuk mengakhiri sesuatu lagu. Dalam tanda nada C Major, permulaan tonik adalah C dan tidak lebih daripada itu. Subdominan: Jika tonik adalah kord permulaan (home), maka subdominan (atau kord IV) ialah seakan akan keluar untuk berjalan, meninggalkan rumah (kord I) dan meneroka sesuatu yang baharu, mengerakkan perjalanan ke hadapan pada destinasi yang baharu dan boleh berpatah balik ke rumah. Dalam nada C Major, subdominan adalah F. Dominan: Dimainkan apabila bersedia untuk balik ke rumah (kord I). Daripada ketiga tiga kord asas, kord dominan adalah kord yang menghasilkan kadar pelepasan dan pelepasan yang tinggi. Dalam nada C Major, kord dominan adalah G.

Triad Kebiasaannya not not kord ditulis dalam bentuk triad. Triad merupakan susunan 3 not. Triad mengandungi satu not perdu, not ke-3 dan not ke-5. Not ke-3 dan not ke-5 boleh dalam pelbagai jenis. Kod yang dibentuk dengan not perdu (root), not ketiga (3rd), dan not kelima (5th) daripada major atau minor skel. Penggunaan kord adalah untuk mengiringi melodi. Kord yang mengandungi not 1, 3 dan 5 dikenali sebagai triad. Untuk menganalisis triad yang terdapat dalam sesebuah skor, pastikan tanda nada dan tanda-tanda kromat yang terdapat pada skor telah dikenalpasti.

Cara pembentukannya adalah dengan menggunakan rumus triad major iaitu 1-3-5 jadi jika skala c major = c-d-e-f-g-a-b maka triad bagi nada tersebut adalah c-e-g, dan dan jika nada c e g itu dimainkan secara serentak maka jadilah chord c major. Kord pertama (I) dibentuk berdasarkan not pertama dalam nada tersebut. Sebagai contoh nada C major, not pertama dalam nada ini adalah not C. Oleh itu, kord pertama (I) bagi nada C major adalah kord C. Seterusnya, pembentukan kord keempat (IV) dibentuk berdasarkan not keempat dalam nada tersebut. Contohnya nada C major, not keempat bagi nada ini adalah not F. Oleh itu, kord keempat (IV) bagi C major adalah kord F. akhir sekali kord kelima (V) dibentuk berdasarkan not kelima dalam nada tersebut. Sebagai contoh nada C major, not kelima dalam nada ini adalah not G. Oleh itu, kord kelima (V) bagi nada C major adlah kord G.

Anda mungkin juga menyukai