Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI TENGKU

AMPUAN JEMAAH SHAH ALAM


Modul Khalifah As-Shabab Islamiyyah

Tarikh :
31 Mac - 1 April 2017
Tempat :
SAMTTAJ Shah Alam Selangor
Sasaran:
100 orang peserta

Nama Fasilitator: ...................................................................................................

Kumpulan : ....................................................................................................
TENTATIF PROGRAM

31 MAC 2017 (JUMAAT)


5.00 Petang – Pendaftaran peserta

5.30 petang – T.I.M

6.45 Petang – Makan Malam & solat maghrib

8.00 Malam – LDK 1 (Taaruf, Ice Breaking & Mind setting)

9.40 Malam – solat isya

10.00 Malam – Rasional

10.30 malam – Al-mulk dan Taklimat

11.00 Malam – Mengira Bintang

1 APRIL 2017 (SABTU)


5.00 Pagi – kejutkan peserta

5.30 pagi- Weke kece

6.00 pagi – Solat subuh dan tazkirah

7.00 pagi – kendiri

7.30 pagi – Riadhah

8.30 pagi – Sarapan pagi

9.00 pagi - LDK2

10.15 pagi - Solat Dhuha

10.30 pagi – Rasional

11.00 pagi – LDK 3

12.30 tgh hari – Makan tengahari dan solat zohor

1.45 petang – Rasional

2.00 petang – LDK 4

3.00 petang – Rasional

4.00 petang - Penutup


OBJEKTIF PROGRAM

1. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam aspek disiplin dan pengurusan masa.


2. Mengeratkan hubungan silaturahim antara para pengawas.
3. Memantapkan sifat kepimpinan dalam kalangan pengawas.

7 Perkara Asas Tentang Fasilitator Muslim

1. Seorang insan yang berakal

2. Beriman

3. Menggunakan bahan sekeliling

4. Merupakan pemudah cara untuk memastikan mesej program dapat disemat dalam
peserta

5. Melaksanakan AMAR MAKRUF

6. Melaksanakan NAHI MUNGKAR

7. Memegang kepada Tanzim Hiararki

TUGASAN FASILITATOR

Apa nama dan Program buat di Kenapa program ini Siapa yang Bagaimana nak
objekif program? mana? diadakan? terlibat (latar mendatangi
belakang)? mereka yg
terlibat?
ETIKA DAN ADAB FASILITATOR

1. Membuka majlis dan setiap aktiviti dengan Ummul Kitab Al-Fatihah.

2. Mempunyai persediaan yang rapi sebelum LDK bermula.

3. Sentiasa bersedia menerima peserta. Jangan pandang serong atau buruk sangka.

4. Mengawal segala pertuturan dan tingkah laku.

5. Menjadi seorang yang fleksibel.

6. Menggunakan bahasa dan perantara yang bersesuaian iaitu abang, kakak, adik.

7. Membahasakan diri seperti aku, engkau, korang, diaorang adalah dilarang.

8. Menggunakan ‘Eye Contact’ dengan sebaiknya semasa LDK.

9. Pastikan peserta memberikan komitmen yang baik dalam setiap LDK.

10. Mempunyai ‘backup’ aktiviti. (mengikut kesesuaian peserta dan objektif program)

11. Sentiasa senyum dan tenang.

12. Bijak melakukan provokasi.

13. Gunakan kaedah ‘Touching’ supaya lebih dekat dengan peserta (muhrim sahaja)

14. Bijak menggunakan ‘escapism’ mengikut kesesuaian.

15. Sabar dan tegur dengan berhikmah.

16. Kaitkan setiap perbincangan dengan Al-Quran, sunnah, agama dan sebagainya.

17. Kedudukan fasi dan pembantu fasi hendaklah bertentangan.

18. Sentiasa berdisiplin :

 Menepati masa dalam semua program terutamanya waktu solat.

 Mempunyai niat yang jelas untuk datang program.

 Dilarang menghisap rokok, dadah, minum arak dan sebagainya.

 Hendaklah berpakaian kemas dan menutup aurat.

 Dilarang memakai Jeans atau baju tidak berkolar bagi lelaki.

 Hendaklah berpakaian menutup aurat bagi perempuan.

 Dilarang bercinta dan berpasangan bagi yang bukan muhrim.

 Dilarang bergambar berduaan antara lelaki dan perempuan termasuk peserta.

19. Menutup LDK dan aktiviti dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.
LDK 1: Ta’aruf, Ice Breaking dan Mind Setting

OBJEKTIF :

1. Mengenali antara satu sama lain ( fasilitator dan adik-adik) dengan lebih rapat.

2. Menyediakan diri untuk menerima rakan baru.

3. Mewujudkan rasa selesa dan mesra antara adik-adik dan fasilitator serta memecahkan
benteng yang menghalang komunikasi di antara adik-adik dan fasilitator

4. Memberi tumpuan sepenuhnya pada program ini

5. Mengurangkan rasa malu dan segan ketika menuntut ilmu dan menyesuaikan diri dalam
suasana baru.

AKTIVITI 1 : Taaruf - BINGO GAME


MASA : 30 minit
RADAS : Kertas A4 dan pen

OBJEKTIF

Menyedarkan peserta tentang konsep Taaruf, Tafahum, Taawun dan Takaful

Pelaksanaan :
1) Fasilitator memulakan aktiviti dengn umul kitab al-fatihah.
2) Fasilitator bertanyakan khabar peserta-peserta.
3) Fasilitator mengedarkan satu helaian kertas A4 Lampiran A kepada setiap peserta.
4) Setiap peserta dikehendaki memenuhkan kotak dengan tanda tangan peserta lain yang
mempunyai ciri-ciri yang tertulis didalam kotak dalam masa 30 saat.
5) Setiap peserta hanya boleh meletakkan 1 tandatanagn sahaja didalam satu lampiran.
6) Peserta yang mendapat lima kotak tandatangan secara menegak, melintang atau
mendatar dikendaki melaungkan pemimpin(bingo) dan dikehendaki duduk.
7) Fasilitator bertanya kepada peserta siapakah pemilik tandatangan didalam kotak
tersebut.
8) Sekiranya gagal/berjaya peserta dikehendaki memperkenalkan diri peserta dengan cara
berpidato dalam masa 30 saat.
9) Peserta dikehendaki melakonkan watak berdasarkan salah satu lima elemen ini untuk
memperkenalkan diri seperti nama, sekolah, jawatan di sekolah, apa yang peserta suka
dan tidak suka.
Suka baca novel Nama bermula Pernah Ahli Pemarah
abjad A,E,I,O,U mendapat Jawatankuasa
anugerah organisasi
cemerlang sekolah

Adik-beradik dua Ada laptop Pengawas Suka kucing Periang


orang sendiri dirumah sekolah /pelawak

Suka aktiviti Pernah mewakili Telah kematian Suka bermain Seorang yang
kemasyarakatan acara sukan ibu/bapa badminton tegas

Pakai jam G- Pengerusi kelab Suka makan nasi Suka bermain Pendiam
shock Bahasa Melayu goreng futsal

Pernah bekerja Bersaizz kasut 9 Bersuara merdu Gemar makan Seorang yang
sambilan western food suka senyum
PERBINCANGAN :

1. Apakah yang peserta dapat daripada aktiviti tadi ?


2. Bagaimanakah cara peserta mendapatkan tanda tangan dengan peserta lain?
3. Apakah halangan adik-adik untuk menyelesaikan tugasan tadi?

KESIMPULAN :

Memberi penjelasan mengenai 4T (Ta’aruf, Tafahum, Ta’aun, dan Takaful)


1. Dalam organisasi kepimpinan pemimpinan, adik-adik mestilah bertaaruf atau berkenal-
kenalan diantara satu. Kenal mengenali adalah perkata asas bagi setiap diri pemimpin.
Allah hikayat didalam surah Hujurat ayat 13
“wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari laki-laki dan
perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesera antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya
diantara kamu(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan
amalan kamu)

2. Bagaimanakah adik-adik meminta kawan-kawan adik untuk menurunkan tanda tangan


di lampiran adik? Adakah adik-adik meminta secara “wei, woi,hey,” atau adakah adik-
adik bertanya mengenai khabarnya.

3. Kita hendaklah mencontohi Rasulullah s.a.w dalam perhubungan sesama manusia


(hablum minannas). Cara Rasulullah dalam perhubungan meliputi 3 kompenan :
a. Penyampai
b. Apa yang hendak disampai (isi);dan
c. Cara menyampaikan (dengan hikmah)

4. Pemimpin yang baik dalam komunikasi, perkara yang hendak disampaikan mudah dan
menepati pada sasaran. Sebagai contoh, sasaran adik-adik adalah untuk mendapatkan
5kotak bersilang,atau mendatar mahupun menegak. Jadi, adik-adik perlu bertanya
kepada peserta lain “awak suka ini tak/saya rasa awak suka yang ini”.
AKTIVITI 2 : Autograph –Ice breaking

MASA : 20 Minit

RADAS : Kertas A4 dan pen

OBJEKTIF

1 . Memecahkan jurang komunikasi dan dan rasa malu sesama peserta.

PELAKSANAAN :

1. Fasilitator akan memberikan setiap peserta satu kertas.

2. Di atas kertas, fasi memberi arahan kepada peserta menyenaraikan beberapa kriteria
yang ada pada diri peserta lebih dari 10 perkara.

3. Seterusnya, fasi akan memberi arahan kepada peserta untuk mencari maklumat
peserta-peserta lain nama, peribahasa yang diperolehi, dan 10 kriteria yang ada pada
peserta dalam beberapa minit seterusnya mengulangi kembali .

4. Fasi hendaklah memastikan semua peserta bergerak dan provok amat dituntut.

5. Peserta yang berjaya mencari ketiga-tiga maklumat dikehendaki kembali pada tempat
asal sehingga semua peserta Berjaya melaksanakan.

PERBINCANGAN :

1. Apakah perasaan adik-adik apabila menulis kriteria diri sendiri senang atau susah?

2. Adakah sama atau berbeza sifat adik- adik ?

3. Apakah perasaan adik-adik apabila mendapat tahu maklumat dari rakan-rakan?

4. Bagaimana cara adik-adik bertanya kepada rakan-rakan lain adakah berakhlak?

5. Apakah pelajaran yang adik-adik dapat daripada aktiiti tersebut?


KESIMPULAN :

1. Apa yang dilihat pada diri sendiri mungkin berbeza daripada apa yang dilihat oleh orang
lain.

2. Manusia sentiasa ada kekurangan. Jika terdapat banyak kekurangan pada diri kawan-
kawan kita,kita perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Amalkan kerjasama
dalamm kumpulan.

3. Jangan mudah berprasangka buruk seperti yang dirakam didalam surah al-hujurat ayat
12.

AKTIVITI 3 : Saya tiada di rumah! -Mindsetting-


MASA : 20 minit
RADAS : Kertas A4 dan Pen

PELAKSANAAN :
1. Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta.
2. Fasilitator meminta peserta melipat kertas tersebut kepada dua bahagian.
3. Bahagian 1: Peserta perlu membuat lukisan diri sendiri. Di bawah lukisan tersebut,
tuliskan “PROGRAM KHALIFAH AS-SYABAB ISLAMIYYAH”
Bahagian 2: Peserta perlu menulis/melukis aktiviti yang sedang dilakukan sekiranya
peserta tidak berada di sini.
4. Peserta menceritakan apa yang mereka tulis/lukiskan. Fasilitator perlu meraikan adik-
adik bercerita.
5. Setelah selesai semua peserta bercerita, minta adik-adik pisahkan bahagian 1 dan 2.
6. Arahkan adik-adik untuk koyakkan, keronyokkan dan kumpulkan bahagian 2 di tengah-
tengah bulatan kumpulan.
7. Kemudian minta adik-adik meletakkan bahagian 1 di hadapan mereka.

PERBINCANGAN :
1. Mengapa abang/kakak meminta adik membuang lebihan kertas di tengah-tengah
bulatan manakala perlu menunjuk lukisan yang telah dilukis itu?

2. Kenapa adik-adik datang ke program ini?

3. Apakah kepentingan yang bakal adik-adik dapat apabila datang ke program ini?
KESIMPULAN :

1. Adik-adik hanya membawa diri adik-adik baik dari segi fizikal mahupun mental ke
program ini. Jadi adik-adik diminta meninggalkan segala aktiviti-aktiviti yang adik-adik
sedang lakukan di rumah.

2. Minta adik-adik betulkan niat datang ke program untuk menuntut ilmu dan berikan
tumpuan sepenuhnya dalam program ini.

3. Ikhlaskan diri adik-adik untuk datang ke program kerana Allah bukan kerana paksaan
sekolah mahupun ibu bapa.

4. Setiap perkara yang ke arah kebaikan jika dilakukan kerana Allah adalah ibadah.

5. Adik-adik hendaklah ibaratkan diri adik-adik seperti cawan kosong yang sedia diisi
dengan ilmu bila-bila masa.

6. Gunakan pancaindera yang diberikan Allah sebaiknya seperti penglihatan, pendengaran


dan hati untuk menuntut ilmu di program ini.

7. Jadikan diri seperti cawan yang kosong. Cawan tersebut bakal dipenuhi sepanjang
program ini dengan ilmu, memori kenangan dan ukhuwah.

Aktiviti 4 : Nama, Logo dan Trademark kumpulan.

Masa : 30 minit

Radas : Kertas mahjong, Marker, Kertas A4.

PELAKSANAAN :

1. Fasi akan meneruskan aktiviti dengan membentuk kumpulan dengan lebih mantap lagi.

2. Fasi akan memastikan kumpulan fasi mempunyai nama kumpulan, logo dan juga
trademark.
PERBINCANGAN :

1. Kenapa perlu ada nama, logo dan Trademark kumpulan?

2. Kenapa kita perlu berada dalam kumpulan ini dan bersama-sama sehingga ke akhir
program?

3. Kenapa kita datang program ini?

KESIMPULAN :

1. Dengan adanya persefahaman ahli kumpulan, kita mampu untuk mencapai kejayaan
dengan lebih mudah secara bersama-sama.

2. Dengan idea yang telah diberikan dan kerjasama setiap kumpulan, kita akan lebih
semangat dan bermotivasi untuk melaksanakan sesuatu tugas.

3. Boleh kaitkan dengan kelas, sekolah, persatuan, sukan dan lain-lain.

4. Ceritakan kenapa perlu datang program ini.

Anda mungkin juga menyukai