Anda di halaman 1dari 2

HELAIAN TUGASAN PENDIDIKAN MORAL SEM1/2016

Minggu Tajuk Tugasan

1 Berikan 3 contoh etika dalam kehidupan seharian dan nilai-nilai murni yang patut diamalkan.

2 “Suzanna mudah dipengaruhi oleh rakan-rakannnya. Dia mula belajar merokok dan keluar
bersama kawan lelakinya. Dia sentiasa membazirkan masa dengan lepak bersama kawan-
kawan. Dia juga sentiasa bertengkar dengan ibubapanya dan tidak mendengar nasihat.”

Sebagai salah seorang kawan Suzzanna apakah nasihat yang anda berikan kepadanya dan
huraikan nilai-nilai yang sepatutnya diamalkan oleh Suzanna.

3 Sepanjang hidup anda, ceritakan apakah peristiwa yang memberi kesedaran kepada anda
dan jelaskan perasaan anda apabila telah berjaya menyelesaikan dan menghadapi peristiwa
tersebut.

4 “Semua agama menyeru penganutnya melakukan perbuatan yang baik dan meninggalkan
perbuatan yang tidak baik. Disamping itu, semua agama juga menyeru penganutnya
menghormati dan memuliakan ibubapa.”

Huraikan nilai-nilai yang patut ada pada penganut agama untuk menyahut seruan
agamanya.

5 Pembentangan berkumpulan.

Tajuk: Nilai Moral daripada perspektif pelbagai agama dan kepercayaan.

Agama Islam
Agama Kristian
Agama Budha
Agama Hindu
Kepercayaan Confusianisme
TUGASAN
1. Tugasan yang diberikan adalah berbentuk individu.
2. Setiap pelajar perlu menyediakan esei seperti tajuk yang diberikan. Panjang esei hendaklah
melebihi 100 patah perkataan dan nilai yang diberikan sekurang-kurangnya tiga nilai.
3. Tugasan hendaklah disediakan secara bertulis dan disediakan dalam kertas A4 putih.
4. Semua tugasan akan dikumpulkan dan dikepilkan bersama menjadi folio.
5. Muka hadapan folio hendaklah bertaip dan mengandungi
a. Logo Kolej
b. Nama Kolej
c. Nama Pensyarah
d. Nama Pelajar
e. No. K/P Pelajar
f. Semester
g. Nama kursus
h. Tajuk Tugasan : TUGASAN PENDIDIKAN MORAL SEMESTER 1 2015.
6. Tarikh akhir penghantaran folio adalah 24 Mac 2016. Pelajar yang tidak menghantar tugasan
akan dikenakan mengisi borang salah laku dan diberikan demerit.

PEMBENTANGAN
1. Tugasan dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pelajar.
2. Setiap ahli kumpulan mesti membuat pembentangan.
3. Tugasan dibentang dalam bentuk slide dan dicetak untuk diserahkan kepada pensyarah
4. Tarikh pembentangan 4 – 8 April 2016. Pelajar yang tidak membuat pembentangan akan
dikenakan mengisi borang salah laku dan diberikan demerit.

# Tarikh yang ditetapkan boleh berubah mengikut situasi semasa.

Anda mungkin juga menyukai