Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM IPG KAMPUS PERLIS TAHUN 2013

JUNAIDA BINTI SHUKOR OPSYEN BAHASA MELAYU 910305 -13- 5452

Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam atas keizinanNya, program Perkhemahan Unit-unit Beruniform Bersepadu bagi PISMP Ambilan Januari 2012 berjaya dilaksanakan sebagaimana yang telah direncanakan. Program Perkhemahan Unit-unit Beruniform Bersepadu bagi sesi ini telah dijalankan di Pusat Kokurikulum JPN Perlis Timah Tasoh, Perlis yang bermula pada 2 September 2013 dan berakhir pada 5 September 2013. Banyak pengalaman serta rentetan bersejarah yang saya perolehi sepanjang mengikuti perkhemahan tersebut lebih-lebih lagi mengikuti aktiviti demi aktiviti yang direncanakan dalam unit beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Sebelum melangkah kaki ke Pusat Kokurikulum Timah Tasoh lagi, saya dan rakan-rakan yang lain terlebih dahulu melaksanakan beberapa agenda bagi pengagihan setiap biro di mana saya telah diamanahkan untuk memainkan peranan dalam Biro Kebersihan bersama dua orang lagi rakan saya iaitu Noor Farahana dan Fatin Nur Alyani. Bidang tugas Biro Kebersihan umumnya adalah merangka sebuah jadual bagi

aktiviti-aktiviti kebersihan sepanjang perkhemahan dijalankan.Bidang tugas ini tidaklah serumit mana kerana sentiasa mendapat kerjasama daripada semua pihak. Apa yang menarik minat saya sepanjang perkhemahan ini dijalankan adalah aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh unit beruniform masing-masing serta aktiviti menyeluruh. Antaranya adalah aktiviti camp-craft di mana kumpulan-kumpulan yang telah diagihkan akan menyediakan gajet-gajet yang telah ditetapkan. Saya dan tiga orang lagi rakan yang lain telah menyediakan gajet rak dapur. Bukan mudah untuk melakukan gajet-gajet seperti ini menggunakan buluh tetapi hasilmenyediakan gajetgajet yang telah ditetapkan. Saya dan tiga orang lagi rakan yang lain telah menyediakan gajet rak dapur. Bukan mudah untuk melakukan gajet-gajet seperti ini menggunakan buluh tetapi hasil kerjasama yang padu akhirnya gajet tersebut berjaya disiapkan. Aktiviti membuat gajet ini merupakan pengalaman pertama saya kerana perkhemahan sebelum ini, saya tidak pernah diminta untuk melakukan aktiviti sedemikian rupa. Pada hari kedua perkhemahan bersepadu ini pula, antara aktiviti yang telah dilaksanakan dengan jayanya adalah Beauty of Muslimah di mana aktiviti ini cukup unik dan menarik kerana ianya satu aktiviti yang menilai aspek-aspek fizikal dan juga kerohaniaan seseorang individu. Walaupun saya bukanlah model bagi aktiviti ini tetapi ianya memberi impak yang positif dalam diri saya. Contohnya, seorang muslimah khususnya masih mampu bergaya dengan menawan dan cantik tanpa memerlukan mekap yang tebal dan pemakaian yang seksi dan tidak menutup aurat sebaliknya, aktiviti ini memberi satu garis panduan kepada saya bagaimana cara untuk tampil menawan dengan mematuhi cara pemakaian yang dikehendaki syariat Islam. Selepas aktiviti Beauty Of Muslimah, aktiviti ikhtiar hidup juga merupakan satu aktiviti yang menguji kesabaran dan ketekalan mental seseorang individu. Perkataan ikhtiar hidup itu sendiri sudah memadai takrifannya di mana ianya membawa maksud cara-cara yang boleh dilakukan semasa berada dalam keadaan darurat bagi kelangsungan hidup seseorang. Walaupun ini hanyalah satu praktikal semata-mata tetapi ianya sangat penting kerana boleh diaplikasikan semasa berada didalam hutan nanti. Dalam aktiviti ikhtiar hidup ini, saya dan rakan lain telah memasak beberapa menu menggunakan

masstin, arang dan alatan-alatan lain. Kami telah diagihkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan menyediakan menu mengikut kreativiti masing-masing. Selesai aktiviti ini, aktiviti yang seterusnya adalah kraf tangan di mana setiap kumpulan perlu membuat kraf tangan daripada bahan yang telah disediakan. Antara bahan-bahan tersebut adalah straw, botol, lidi penyapu dan alatan-alatan lain yang perlu dibawa sendiri oleh ahli kumpulan. Aktiviti kraf tangan ini sangat menguji kreativiti saya dan ahli kumpulan yang lain. Saya menyedari bahawa saya bukanlah seorang yang mempunyai seni kreatif yang tinggi tetapi saya sedaya upaya cuba untuk membuat kraf tangan ini dengan bantuan rakan-rakan lain. Jelas di sini, nilai kerjasama yang tinggi merupakan tonggak utama untuk memperoleh sebuah kejayaan bersama. Aktiviti yang terakhir untuk sesi siang pula adalah permainan pengembaraan di mana aktiviti ini lebih kepada ujian amali bagi setiap stesen-stesen yang dilalui. Contohnya, ujian ikatan, balutan anduh, kawad kaki, arahan semasa berkawad, laporan unit dan seumpamanya. Secara tidak langsung aktiviti permainan pengembaraan ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan dan penguasaan saya terhadap teori-teori yang telah dipelajari sebelum ini. Pada sesi malam pula, unit Pergerakan Puteri Islam lebih mengadakan aktiviti santai dan berilmu iaitu Bacaan Yassin dan Qasidah. Aktiviti qasidah ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan baru untuk saya berkenaan beberapa jenis qasidah yang ada yang sebelum ini saya tidak tahu. Hal ini turut menyedarkan saya betapa pentingnya mendalami ilmu-ilmu agama bukan sekadar ilmu keduniaan semata. Hari ketiga perkhemahan pula antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah kawad kaki, ujian ikatan dan malam kebudayaan. Untuk aktiviti kawad kaki, ianya bukan satu aktiviti yang biasa dilakukan sebagaimana yang selalu tetapi banyak ilmu dan tatacara lain yang baru telah dipelajari dan turut dikuasai. Antaranya tatacara tabik hormat ke hadapan dan tatacara menerima anugerah. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pengerusi Pergerakan Puteri Islam Malaysia iaitu Nor Shahida Saroni atas ilmu dan pengetahuan yang beliau kongsikan kepada anak buahnya. Aktiviti ikatan pula lebih kepada praktikal kepada teori yang telah kami pelajari pada perjumpaan mingguan sebelum ini. Alhamdulillah, kemahiran untuk pelbagai jenis ikatan ini semakin meningkat dan perlu dikuasai dengan lebih mendalam lagi. Aktiviti

malam kebudayaan pula merupakan aktiviti kemuncak bagi perkhemahan ini kerana ianya merupakan satu pertandingan antara unit. Walaupun tidak mengambil bahagian dalam aktiviti ini, tetapi sokongan yang padu tetap saya berikan kepada ahli-ahli yang terlibat. Alhamdulillah, unit PPIM berjaya merangkul Johan bagi malam kebudayaan ini bahkan johan keseluruhan untuk aktiviti-aktiviti lain. Hari terakhir perkhemahan ini juga satu memori terindah dan juga manis buat saya kerana mengikuti kawad kaki untuk majlis penutupan. Perasaan gementar dan takut memang sebati dalam diri saya kerana ini merupakan majlis rasmi yang memerlukan tatacara yang formal dan penuh disiplin. Pengalaman ini juga sedikit sebanyak memperbaiki kelemahan diri saya semasa aktiviti berkawad. Kesimpulannya, perkhemahan beruniform ini banyak memberi impak positif dalam diri saya dan ianya merupakan satu persediaan untuk saya sebelum melangkah ke alam perkhemahan untuk unit-unit beruniform di sekolah kelak. Sebarang kelemahan diri yang ada seharusnya diperbaiki dari semasa ke semasa bukannya dijadikan alasan untuk tidak mampu mengikuti apa-apa aktiviti. Sekian terima kasih. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai