Anda di halaman 1dari 4

Penulisan Reflektif Program Bina Insan Guru

Program Bina Insan Guru, BIG, merupakan satu program wajib yang perlu dilalui oleh para
pelatih di semua Institut Pendidikan Guru Malaysia. Ia bertujuan melahirkan modal insan
yang mantap dari aspek kerohanian, nilai etika, dan akhlak keguruan di samping
meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari segala sudut; fizikal, emosi, rohani
dan sosial.

Selepas pulang dari Program BIG ini, setiap pelajar dikehendaki


membuat refleksi berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan di sana. Releksi yang baik
perlu meliputi pengalaman sebelum BIG, semasa BIG, dan semasa BIG. Di sini saya
berbesar hati untuk berkongsi contoh refleksi Bina Insan Guru yang telah di buat.

REFLEKSI KENDIRI         
Puji-pujian dan syukur yang tidak terhingga saya panjatkan pada Allah,
yang telah mencurah rahmat dan nikmat. Jutaan terima kasih saya tujukan buat
ibu bapa, para pensyarah, jurulatih dan rakan-rakan yang tidak putus-putus
berkongsi ilmu dan idea sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Kem BIG berlangsung dengan baik. Banyak kenangan baru yang kami
galas pulang. Bermula dari aktiviti-aktiviti lasak di darat, di air, hinggalah aktiviti
ringan seperti LDK, memasak, berbincang dan bergotong-royong, setiap incinya
tersimpan pengalaman dan pengajaran.Berikut adalah nilai-nilai yang kami
perolehi sepanjang program BIG ini:

(1) Aktiviti Darat
Aktiviti Darat merangkumi aktiviti pemasangan khemah, Istiadat Bendera,
kawad kaki, memasak, ikatan tali paracut, ekspedisi Gua Kerbau, dan gotong-
royong.

1-Pemasangan Khemah.
Semasa khemah dipasang, saya dapat melihat betapa pentingnya
semangat kerjasama sesama ahli kumpulan. Khemah tidak akan boleh dibina
berseorangan. Salah seorang perlu memegang tiang, seorang lagi mengikat tali
dan ahli-ahli yang lain perlu menarik kain bumbung dan lantai khemah supaya
tidak kendur dan runtuh.
2-Istiadat Menaikkan Bendera
Istiadat Menaikkan Bendera merupakan aktiviti di mana semua peserta
perlu  menyanyikan lagu dalam keadaan berdiri tegak, sambil bendera dinaikkan.
Setelah itu, ketua skuad akan memberi laporan kepada Ketua Komandan atau
mana-mana jurulatih. Melalui istiadat ini, saya dapat belajar bahawa etika dan
protokol sangat penting kerana ia adalah salah satu cara untuk mendisiplinkan
diri ketika berada di kalangan pemimpin atau orang besar.

3- Kawad Kaki.
Setiap kali berhimpun, semua peserta akan mengadakan kawad kaki
dengan diketuai oleh ketua skuad. Aktiviti ini membuatkan saya tahu bahawa
setiap peserta perlu berada dalam keadaan senang diri sewaktu sebarang
taklimat dibuat. Ketua skuad yang dilantik bergilir-gilir juga dilatih untuk membuat
laporan. Ini dapat mendidik kami supaya sentiasa menjaga etika terutamanya
ketika bercakap dengan insan-insan yang berpangkat.

4- Memasak.
Dalam sehari, kami diberi makan sebanyak empat kali. Setiap hidangan
akan disediakan oleh kumpulan yang berbeza-berbeza mengikut jadual yang
telah ditetapkan. Perkara ini nampak remeh, namun, di sebaliknya saya
mendapati bahawa pentingnya kerjasama  sesama sendiri ketika sesuatu lauk
dimasak. Selain itu, memandangkan bahan-bahan yang digunakan agak terhad,
ia dapat melatih kami supaya kreatif untuk mencari menu yang sesuai supaya
lauk yang dimasak, bertepatan dengan selera semua kaum; Melayu, India dan
China.

5- Belajar ikatan
Dengan menggunakan tali paracut, kami sempat mempelajari empat jenis
ikatan; Bunga Geti, Buku Sila, Manok dan Tindih Kasih. Setiap ikatan ini punya
kegunaan yang berbeza. Ikatan Tindih Kasih misalannya sesuai digunakan
ketika mahu menyelamatkan mangsa lemas. Melalui apa yang kami pelajari,
dapatlah kami praktikkan simpulan-simpulan ini seandainya berlaku kecemasan.

6- Gotong-royong
Di akhir perkhemahan, kami diminta bergotong-royong membersihkan
sekitar kawasan kem. Setiap peserta mengambil bahagian dan melaksanakan
tugas dengan baik sekali. Apa yang dapat saya lihat ialah, setiap peserta perlu
ada sikap rajin, dan tolong-menolong. Perbezaan bangsa dan agama sedikit pun
tidak menjadi masalah. Buktinya, setiap daripada kami ringan tulang dan
mengamalkan sikap “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.”

(2) Aktiviti Air
Ia terbahagi kepada dua: “Water Confidence” dan berkayak.
1- “Water Confidence”
Semasa berada di Taman Tasik Darulaman, kami diminta berendam
dalam air tasik, yang dalamnya mencecah lebih 10 meter. Ada dua perkara yang
sempat saya kutip sebagai pengalaman di sini, iaitu, yang pertama, setiap
peserta perlu ada keyakinan pada diri sendiri. Pada awalnya, saya asyik
mencari-cari seseorang untuk saya berpaut. Tetapi setelah jurulatih
mengarahkan kami supaya menjarakkan kedudukan, keyakinan saya mula
bertambah kerana saya tidak perlu lagi bergantung pada orang lain. Yang kedua,
setiap peserta perlu ada sikap sabar dalam apa jua keadaan. Sewaktu berada di
permukaan air, ada satu masa, kami perlu berpasangan. Perasaan saya yang
gelisah akhirnya berjaya ditenangkan oleh pasangan saya yang berbangsa
China. Saya kagum dengan kesabarannya yang tinggi semasa melayan karenah
saya.

2- Berkayak
Aktiviti berkayak yang dijalankan menyumbang pengajaran-pengajaran
bermakna buat saya. Pertama, saya dapat mempelajari teknik memegang
dayung dan cara mendayung dengan betul. Kedua, ketika dua orang rakan dari
kumpulan kami terbalik kayaknya, kesabaran kami betul-betul teruji. Di bawah
bahang mentari yang kian terasa,  kami bertungkus lumus menolong mereka
hingga berjaya naik ke atas kayak. Dari situ, saya mendapati peri pentingnya
sikap sabar dan semangat berpasukan pada setiap ahli kumpulan, kerana  tanpa
kedua-dua sifat ini, mungkin dua orang rakan kami tadi boleh lemas.

(3) Latihan Dalam Kumpulan


Aktiviti ringan ini walaupun hanya berlangsung di atas lantai dewan, ia
tetap memberi saya pulangan berharga. “Ice breaking” yang diadakan pada hari
pertama berjaya mengikat hati-hati kami untuk lebih akrab. Jauh dari itu,
kemesraan juga terjalin sesama ahli-ahli kumpuulan yang lain dengan adanya
interaksi dua hala ketika sesi pembentangan. ‘Jati Diri 1 dan 2” yang diadakan
pada hari kedua juga tidak kurang hebatnya. Kisah Cikgu Sunan begitu terkesan
di hati dan mengajar kami tentang pentingnya sikap prihatin terhadap anak murid
bagi seorang guru yang baik.

Anda mungkin juga menyukai