Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA KURSUS PEMANTAPAN

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ‘SIRI 2’

“PELAJAR YANG BERKETRAMPILAN,


PEMANGKIN DAYA KEPIMPINAN BERKESAN”

Tarikh
12-14 November 2018

Tempat
Pusat Kokurikulum Tuaran

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KERTAS KERJA
KEM KEPIMPINAN PRS SIRI 2
SMJK CHUNG HWA

1.0 TAJUK/ TEMA


”PELAJAR YANG BERKETRAMPILAN, PEMANGKIN DAYA KEPIMPINAN
BERKESAN”

2.0 PENGENALAN
2.1 Seperti yang kita sedia maklum, daya kepimpinan dari peringkat akar umbi
amat diperlukan untuk melahirkan seseorang pemimpin yang akan mewarisi
tampuk pemerintahan pada masa akan datang. Atas kesedaran ini, kami
mewujudkan satu program yang berbentuk kem kepimpinan khususnya kepada
para pelajar untuk mencungkil bakat dan menerapkan nilai-nilai positif yang
perlu ada pada seorang pemimpin. Kami juga percaya bahawa program seperti
ini, merupakan saluran terbaik kepada para pelajar untuk menyalurkan bakat
dan kebolehan yang dimiliki.

2.2 Justeru itu, pendedahan awal tentang nilai-nilai kepimpinan yang cemerlang
adalah amat penting bagi memupuk dan membina jati diri untuk meningkatkan
keyakinan diri, keberanian, ketegasan, disipln, kerjasama dan toleransi para
pelajar apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Di samping itu,
pelaksanaan program ini dapat membantu para pelajar untuk menjadi seorang
insan yang berketrampilan, berdisiplin, cemerlang,memupuk personaliti, sikap
dan jati diri positif di kalangan mereka.

2.3 Selain daripada itu, program ini juga berfungsi dalam membantu mengurangkan
masalah sosial yang makin berleluasa di kalangan pelajar sekolah. Para peserta
yang mengikuti program ini diharapkan dapat mengaplikasikan input yang telah
diperolehi sepanjang program ini dijalankan.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Memberi kesedaran kepada pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai


pelajar, anak dan warganegara Malaysia.
3.2 Memberi pengetahuan kepada pelajar bagaimana menjadi seorang pemimpin
yang berjaya, adil dan cemerlang.
3.3 Memberi pendedahan kepada pelajar cara untuk menjadi seorang pemimpin
yang berkesan dan dihormati oleh pengikutnya.
3.4 Mendedahkan kepada pelajar tentang pentingnya sifat kepimpinan dalam
menempuhi cabaran dan dugaan hidup.
3.5 Mewujudkan kerjasama dan menerapkan nilai saling bertoleransi antara ahli
dalam kumpulan.

4.0 SASARAN PROGRAM

Pelajar yang memegang jawatan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

5.0 TEMPAT DAN MASA

Tempat : Pusat Kokurikulum Tuaran

Tarikh : 12, 13 dan 14 November 2018


6.0 SENARAI AHLI JAWATAN KUASA

Pengerusi : Encik Kwok Chee Yen (Pengetua)


Naib Pengerusi I : Puan Chiew Kui Mei (PK HEM)
Naib Pengerusi II : Puan Yee Lee Ling (PK 1)
Naib Pengerusi III : Puan Flavia Alam (PK Ko-Kurikulum)
Penyelaras Program : Cik Juanah Binti Jamal
Penolong Penyelaras Program : Cik Josepine Mary Velagnani

7.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, kursus pemantapan pembimbing rakan sebaya ini sangat penting
untuk memberi pendedahan kepada para pelajar akan kepentingan konsep menolong dan
menunjukkan sifat yang positif terhadap rakan-rakan sama ada di sekolah atau di mana-
mana jua. Diharapkan program yang baik ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.
Disamping itu diharapkan perancangan yang telah dibuat ini serta peruntukan kewangan
dapat diluluskan oleh pihak pentadbir.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_________________ __________________
Juanah Binti Jamal Kwok Chee Yen
Guru Bimbingan & Kaunseling Pengetua
SMJK Chung Hwa SMJK Chung Hwa
Anggaran Pendapatan Yuran Pelajar
RM2400.00 JUMLAH
Jumlah ( RM ) (RM 60 X 40peserta) RM4100.00
Anggaran Perbelanjaan RM
Sumbangan
100.00 Sekolah (PCG Kaunseling) JUMLAH
Jumlah RM 4100.00
Sumbangan
( RM ) RM 1600.00
Sekolah
Makan pagi + Makanan tengahri+ Makan malam
(40 x RM 20) x 2 hari

ANGGARAN
PENDAPATAN DAN Cenderahati
PERBELANJAAN
Pengangkutan (Tenom – Tuaran)
(40 x RM 20)

RM 1600.00

RM 100.00

RM 2400.00

Anda mungkin juga menyukai