Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

KEM MOTIVASI
&
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

PADA :
7-8 JULAI 2017

TEMPAT :
SMJK CHUNG HWA, TENOM

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMJK CHUNG HWA

DENGAN KERJASAMA
YAYASAN SABAH KENINGAU

TEMA :
“ ILMU MENJANA INSAN BERWAWASAN”
1.0 Tajuk
KEM MOTIVASI & PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 2017

2.0 Tema
“ILMU MENJANA INSAN BERWAWASAN”

3.0 Pengenalan

Motivasi atau dorongan adalah salah satu daripada unsur yang penting bagi
menyedarkan dan menginsafkan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lebih
sempurna. Bagi diri seseorang pelajar, dorongan adalah sangat perlu bagi mereka
mengenali dan menganalisis diri sendiri supaya boleh menentukan haluan dan
masa depan mereka. Motivasi diri juga amat penting dalam membantu para
pelajar membina keyakinan diri dalam menghadapi sesuatu cabaran yang bakal
ditempuhi.

Justeru itu, kursus Motivasi ini merupakan salah satu pendekatan dan
diharapkan dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada para pelajar untuk
menghadapi pelajaran, kehidupan seharian dan haluan masa depan mereka.
Melalui pendedahan dalam kursus yang diberikan, adalah diharapkan para pelajar
akan dapat mengenengahkan dan mengenalpasti potensi diri yang mereka miliki
seterusnya membina keyakinan diri yang tinggi bagi menghadapi peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan menjelang.

Selain itu, pelajar-pelajar juga berpeluang untuk bertukar-tukar pendapat


dan idea, berkongsi pengalaman bagi mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah.
Selain dari itu mereka juga dapat menyuntikkan semangat baru antara satu sama
lain bagi mengubah sikap, sahsiah, penampilan diri dan dalam hal menghadapi
peperiksaan. Oleh yang demikian, pelajar perlu diberikan input yang berbentuk
peningkatan keintelektualan bagi memberi keyakinan yang tinggi terhadap diri
mereka. Melalui program ini, elemen-elemen penting yang disebutkan di atas
akan diterapkan bagi melahirkan pewaris bangsa yang berketrampilan dan
berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

4.0 Rasional
Rasional utama menjalankan program motivasi ini adalah untuk menyuntik
semangat baru kepada pelajar yang akan menjalani peperiksaan awam yang bakal
menjelang pada akhir tahun ini.

5.0 Objektif
Impak yang dijangkakan dari program ini adalah:

i. Menimbulkan kesedaran kepada diri peserta tentang pentingnya ilmu


pengetahuan dan keterampilan diri dalam pelbagai bidang.
ii. Menanam sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, beramanah,
berkesungguhan dalam pelajaran dan mempunyai wawasan yang baik.
iii. Melahirkan individu yang penyayang terhadap orang lain serta rasa
bersyukur di atas apa yang dianugerahkan untuk dirinya.
iv. Membantu pelajar meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan
berkesan dalam menentukan matlamat hidup.
v. Memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka boleh melakukan
lebih baik daripada apa yang telah mereka lakukan sebelum ini.

6.0 Sasaran

Pelajar tingkatan lima.

7.0 Tempat dan Masa

Tempat : SMJK Chung Hwa, Tenom

Tarikh : 7 - 8 Julai 2017

8.0 Belanjawan
Rujuk Lampiran C

9.0 Ahli Jawatankuasa


Rujuk Lampiran A

10.0 Program Yang Dicadangkan

Modul Dan Pengisian Kursus

i. Ceramah Motivasi
ii. Latihan Dalam Kelompok.
iii. Bengkel menjawab soalan. (BM, BI, MM, SJ)

11.0 Tentatif Program


Rujuk Lampiran B
12.0 Penutup
Diharapkan kursus ini akan dapat memberi pengetahuan berguna dan
mewujudkan semangat baru kepada peserta bagi menyediakan mereka
menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar yang lebih berwawasan, berakhlak
mulia dan meningkatkan keintelektualan mereka dalam kehidupan serta cara
mereka bertindak. Selain itu, adalah diharapkan mereka akan lebih menumpukan
kepada pelajaran dan peperiksaan SPM yang akan dihadapinya. Diharapkan juga
kursus ini dapat membina benteng kerohanian yang kental bagi membantu mereka
menangkis segala pengarauh negatif yang mungkin mereka hadapi semasa
menjalani kehidupan seharian.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

________________ _________________ _________________


(Cik. Josepine Mary Velagnani) (Pn. Chiew Kui Mei) (En. Kwok Chee Yen)
Guru Bimbingan & Kaunseling Penolong Kanan HEM Pengetua
SMJK Chung Hwa SMJK Chung Hwa SMJK Chung Hwa
Lampiran A
ORGANISASI
PROGRAM MOTIVASI SMJK CHUNG HWA 2017

TARIKH:
14-15 JULAI 2017

TEMPAT:
SMJK CHUNG HWA

Pengerusi :En. Kwok Chee Yen (Pengetua)


Naib Pengerusi I : Puan Chiew Kui Mei (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi II : Puan Yee Lee Ling (Penolong Kanan 1)
Naib Pengerusi III : Puan Flavia (Penolong Kanan Ko- Kurikulum)
Penyelaras Program : Cik Josepine Mary Velagnani

AHLI - AHLI JAWATANKUASA;


AJK Pendaftaran
En. Wong JK
Pn. Yusliza
En. Fredoline
Cik. Diana
AJK Jamuan
Pn. Junaidah
Pn. Yusliza
Pn. Siti
AJK Perhiasan Pentas
Cik. Diana
Pn. Molley
Cik.Sherry
AJK Sijil & Hadiah
Cik. Tiffany
Pn. Verona
AJK Kebersihan Tempat Penginapan/Kantin/Tempat Aktiviti
En. Ignatius
Pn. Tham
Pn. Nancy Gawid
Pn. Jettinee
Pn. Yap
Kem Komandan
En. Fredoline
Pen. Kem Komandan
En. Zulkifli
AJK Disiplin
En. Ustaz Khairuredhuan
Pn. Nancy Madan
AJK PA SISTEM / JURUGAMBAR
En. Izzat
En. Adrian/ En. Amirul
Pelajar (5 orang)

TENTATIF PROGRAM

TARIKH / MASA ATURCARA MAJLIS GURU BERTUGAS


14 Julai 2017 JUMAAT
1400 Pendaftaran / Taklimat ringkas -Semua Guru Kelas Tingkatan 5
- Taklimat akan diberikan oleh ketua
komandan
1430 Ice Breaking / Pembentukan Kumpulan Cik Josepine
- Pembahagian kumpulan Fasilitator
- Sesi berkenalan Pn. Nancy Madan
- Perlantikan ketua kumpulan
1530 LDK 1 – Kemahiran Belajar/ Kemahiran buat nota Cik Josepine
- Modul akan dilaksanakan oleh GBK Fasilitator
- Rujuk Lampiran Cik. Tiffany

1630 Kudapan / Solat Pn. Rosbini/ Pn. Hanna/Pn. Saripah


1700 LDK 2 – Kemahiran Mendengar Cik Josepine
- Aktiviti dalam kumpulan – pelajar-pelajar Fasilitator
akan dilatih untuk mendengar secara Pn. Chiew
berkesan
- Rujuk Lampiran
1800 Solat / Makan Malam Pn. Siti/ Pn. Hafiza/Ustaz/Pn.
Rosbini
2000 Ceramah – Soul Searching Cik Josepine
- Aku Pelajar Cemerlang Fasilitator
- Rujuk lampiran Pn. Yee

2200 Refleksi dalam Kumpulan Ketua Kumpulan


- Pelajar akan berbincang dalam kumpulan Cik Josepine
mengenai pengalaman mereka. Fasilitator
2300 Kudapan / Minum Malam Pn. Tham/ En. Padrick/En.Adrian/
En. Fred
15 Julai 2017 SABTU
0600 Senamrobik Pn. Yap & 5 orang pelajar
0700 Sarapan pagi Pn. Saimah
0800 Bengkel Menjawab Soalan MM, BI, SJ- SLOT 1 Semua guru yang mengajar subjek
- Rujuk Lampiran MM, BI & SJ (Menengah Atas)
Pn. Tinah

1000 Minum pagi En. Ignatius


1030 Bengkel Menjawab Soalan MM, BI, SJ- SLOT 2 Semua guru yang mengajar subjek
- Rujuk Lampiran MM, BI & SJ (Menengah Atas)
Pn. Tan Ju Yee
1230 Makan Tengahari / Solat Pn. Jettinee
1400 Bengkel Menjawab Soalan MM, BI, SJ- SLOT 3 Semua guru yang mengajar subjek
- Rujuk Lampiran MM, BI & SJ (Menengah Atas)
Pn. Woo
1600 Majlis Penutupan Semua Guru
1630 Minum Petang Pn. Sharifah

Lampiran C
ANGGARAN PENDAPATAN & PERBELANJAAN
KEM MOTIVASI & PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

Anggaran Pendapatan Jumlah ( RM ) Anggaran Perbelanjaan Jumlah


( RM )
Yuran Pelajar Bayaran Penceramah
(RM 5 x 104 orang) RM 520.00
1. Penceramah MM RM 600.00
2. Penceramah BI RM 600.00
Sumbangan Yayasan Sabah 3. Penceramah SJ RM 600.00
Keningau RM 5000.00
Hamper untuk pelajar
(10 Kumpulan) RM 450.00

Makan & Minum


( 2 hari 1 Malam)

07.07.2017 (Jumaat)
1. Minum Petang
(RM 3 x 120 orang) RM 360.00
2. Makan Malam
(RM 7 x 120 orang) RM 840.00
3. Minum Malam
(RM 2 x 120 orang) RM 240.00

08.07.2017 ( Sabtu)
1. Makan Pagi
( RM 4 x 120 orang) RM 480.00
2. Makan Tengah Hari
( RM 7 x 120 orang) RM 840.00
3. Makanan VIP/
Penceramah
( RM 15 x 10 orang) RM 150.00
4. Minum Petang
( RM 3 x 120 orang) RM 360.00
JUMLAH RM 5520.00 RM 5520.00

Anda mungkin juga menyukai