Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN TANDAS.

Program Kamar Selesa adalah bertujuan untuk menjadikan tandas-tandas di sekolah


Kebangsaan Bekenu menjadi tandas yang selesa kepada semua warga sekolah/muridmurid dengan adanya penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Pelbagai
usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk tujuan tersebut. Setiap guru telah
dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa yang mempunyai tugasan masing-masing bagi
menjayakan program Kamar Selesa ini.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi melaksanakan program
Kamar Selesa ini. Antaranya ialah dengan menceriakan lagi tandas-tandas tersebut
dengan melukis mural,menyediakan bunga,meletakkan label dan menampal carta
carta yang berkaitan dengan kebersihan tandas.
Dengan moto Tandas Bersih Kami Suka, dapat melahirkan pelajar yang
mencintai amalan sihat berpunca daripada kebersihan. Dengan moto Tandas Bersih
Kami Suka ini juga diharap dapat mengikis tanggapan sebelum ini bahawa tandas
merupakan tempat yang kotor dan menjijikkan.
Demikianlah kita sering dapat lihat tandas yang tersumbat, pamnya rosak atau
paip air dibiarkan tidak ditutup dan sebagainya. Sebenarnya isu kebersihan tandas
merupakan sesuatu yang serius yang perlu kita semua ambil berat. Bayangkan jika kita
tiba-tiba mendapat call of nature di sekolah yang tandasnya rosak dan kotor, pada
ketika itu kita akan dapat hayati nilai sebenar tandas yang bersih. Mungkin ketika itu isu
ini bukan suatu perkara yang kecil lagi. Atau, jika kita terdengar pelawat atau tetamu
kita merungut tentang tandas kita yang menjijikkan, sudah tentu ianya akan memalukan
kita serta mencemar imej sekolah. Pada ketika itu, kita akan dapat rasakan betapa
perkara ini bukan satu isu yang remeh.
Pertandingan Anugerah Tandas Bersih sekolah-sekolah Negeri Sarawak ini
secara tidak langsung merupakan salah satu aktiviti jawatan kuasa 3K (unit tandas)
bagi

tahun

pertandingan

2015.

Ianya

sedapat mungkin

menggariskan

pengisian

program

dengan mengambilkira penglibatan semua warga sekolah secara

bekerjasama. Dimasa yang sama semangat kecintaan terhadap tandas dapat dipupuk
dengan meletakkannya sebagai matlamat utama disamping dapat menceriakan lagi
tandas atau lebih dikenali sebagai Kamar Selesa.
Walaupun terdapat kekangan kerana masih ada segelintir pelajar yang tiada
kesedaran sivik dan tidak memiliki rasa tanggungjawab semasa menggunakan tandas,
ianya bukanlah penghalang untuk memastikan matlamat tandas bersih dan ceria
tercapai. Disamping itu ianya juga menggalakkan pelajar mencontohi apa yang dilihat
untuk dipraktikkan dirumah bagi menjaga kebersihan tempat kediaman pula.

Anda mungkin juga menyukai