Anda di halaman 1dari 4

4.

0 Pernyataan Masalah

Sejak negara mencapai kemerdekaan, kerajaan telah bertungkus-lumus untuk


menyediakan pelbagai kemudahan bagi menjamin keselesaan sekaligus meningkatkan
lagi taraf hidup rakyat Malaysia. Kemudahan yang tidak diselenggara dengan baik akan
membawa kesan negatif kepada setiap rakyat yang berada dalam lingkungan komuniti
terbabit. Tandas awam turut dikategorikan sebagai kemudahan awam yang telah
disediakan oleh kerajaan. Ianya merujuk kepada tandas yang digunakan di tempat-
tempat awam seperti di pasar, R&R Lebuhraya, masjid, sekolah serta Institut Pengajian
Tinggi (IPT). Penggunaannya yang terbuka kepada umum menyebabkan kerap kali
kedengaran aduan yang dipaparkan menerusi dada akhbar mengenai tahap
pengurusan dan penggunaan tandas yang semakin tidak berkualiti.

Tanggungjawab penjagaan dan pengurusan tandas lazimnya diletakkan di


bawah tanggungjawab pengguna yang menggunakan tandas tersebut. Permasalahan
timbul apabila tandas tidak diurus dengan baik sehingga menyebabkan kesulitan
berlaku. Kemudahan tandas yang difokuskan untuk kajian ini adalah tandas yang
terdapat di Kolej Kediaman Siti Khadijah IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor.
Kajian mengenai pengurusan tandas telah difikirkan sesuai disebabkan beberapa
masalah yang sering dibangkitkan dalam kalangan pengguna.

Berdasarkan pemerhatian dan aduan daripada pengguna, keadaan tandas di


institut ini tidak berada dalam keadaan yang memuaskan. Hal ini kerana, terdapat
sebilangan pengguna yang masih tidak mahu mengikut peraturan yang telah ditetapkan
oleh pihak pengurusan kolej kediaman. Pertamanya, kemudahan infrastruktur yang
sedia ada di dalam tandas semakin hilang fungsinya. Terdapat sebahagian daripadanya
yang tidak boleh digunakan dan memerlukan gantian semula yang sudah pasti
memerlukan kos.

Kemusnahan atau kerosakan kemudahan yang disediakan di dalam tandas


berlaku disebabkan amalan penggunaan tandas yang tidak berdisipin. Terdapat
segelintir pengguna tandas di kolej kediaman masih tidak mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan. Hal ini menyebabkan ada kalanya keadaan tandas menjadi kotor, tidak
kemas, menjijikkan dan berbau. Seharusnya, pengguna tandas hendaklah mematuhi
peraturan tandas supaya tidak berlaku sebarang kesulitan untuk kegunaan pengguna
tandas yang lain. Tandas awam boleh digunakan oleh setiap pengguna tanpa had dan
batasan. Namun, sekiranya terdapat segelintir individu yang menyalahgunakan tandas
tanpa menghiraukan hak pengguna lain, maka terdapat kepincangan yang akan
berlaku.

Tambahan lagi, keadaan tandas di kolej kediaman Siti Khadijah diuruskan oleh
jawatankuasa yang terlibat. Kebersihan serta kemudahan yang disediakan di dalam
tandas sentiasa dipantau untuk memastikan setiap pengguna dapat menggunakan
tandas dengan kadar yang memuaskan. Peranan ketua kolej kediaman dan ketua bagi
setiap aras amat penting untuk menguruskan keadaan tandas di kolej kediaman.
Namun, adakah cukup sekadar membuat pemantauan pada setiap hari untuk
memastikan tandas berada di dalam keadaan yang baik tanpa membuat sebarang
tindakan susulan? Oleh yang demikian, ketua kolej kediaman amat memainkan
peranan penting dalam memikul tanggungjawab untuk menguruskan tandas di kolej
kediaman Siti Khadijah supaya sentiasa bersih, selamat untuk semua pengguna.

Oleh itu berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi, amat penting bagi setiap
pengguna tandas memainkan peranan yang lebih mantap dalam membentuk
kesedaran dan membuka minda tentang kepentingan tandas dalam kehidupan
seharian. Kajian ini dijalankan supaya masalah yang telah dikenalpasti dapat dirungkai
dan menemui jalan penyelesaian.
5.0 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilaksanakan supaya dapat memberi kesedaran kepada pengguna


tandas IPG Kampus Pendidikan Islam khususnya dalam kalangan pelajar tentang
kepentingan pengurusan tandas dengan cara yang betul. Sekiranya tandas tidak
diuruskan dengan baik, pelbegai penyakit berjangkit akan dihidapi oleh pengguna
seperti taun, demam kepialu, cirit-birit dan jangkitan cacing. Selain itu, sekiranya tandas
tidak diberi penjagaan yang khusus ianya akan menjadi tempat pembiakan atau
gangguan serangga terutamanya lalat.

Tandas merupakan tempat untuk kita membuang sisa makanan dan minuman
dalam badan. Pada masa yang sama, tandas dapat menjaga kesihatan diri.
Sehubungan itu, ia memerlukan keadaan yang hening dan menyenangkan. Bekas
Datuk Bandar Suwon, Sim Jae-Duck menjadi individu yang pertama memulakan
kempen mencantikkan tandas bandar raya berkenaan sehingga beliau digelar Mr.
Toilet. Kesedaran menjaga kebersihan tandas sudah mula dipupuk sejak Korea Selatan
menjadi tuan rumah Piala Dunia 2002. Namun, keadaan tandas awam di negara ini
kurang memuaskan dan tidak menggambarkan budaya masyarakat Malaysia yang
majoritinya adalah beragama Islam. Sesungguhnya di dalam Islam, kebersihan adalah
sebahagian daripada iman.

Kajian ini juga dapat memupuk pembentukan sikap yang positif dalam kalangan
pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam. Pembentukan sikap yang terpuji dalam aspek
kebersihan, pengurusan dan amalan penggunaan tandas perlu dididik. Hal ini kerana,
setiap pengguna tandas di institut ini merupakan bakal pendidik yang akan menjadi
model kepada murid-murid kelak. Amalan penggunaan tandas yang betul dapat
memastikan keadaan tandas sentiasa berada dalam keadaan yang selesa dan bersih
untuk semua pengguna. Selagi tidak wujud sikap yang betul dan baik, selagi itulah akan
wujud suasana yang tidak selesa di dalam sesebuah komuniti. Oleh itu, pembentukan
sahsiah merupakan elemen utama yang perlu diterapkan dalam diri setiap pengguna
tandas di institut ini.

Kepentingan kajian ini juga dapat membantu mewujudkan persekitaran yang


sihat dan bersih. Amalan penggunaan tandas yang betul dapat memastikan tandas
berada dalam keadaan yang baik, selamat dan selesa untuk semua pengguna.
Persekitaran yang sihat tidak hanya tertumpu kepada kebersihan diri sahaja, malahan
ianya merangkumi pelbagai aspek yang berada di sekeliling kita. Di samping itu,
dengan wujudnya persekitaran yang bersih, ianya dapat mewujudkan individu yang
sihat, berfikiran cerdas dan berfikiran optimistik. Ini juga dapat membantu mencorakkan
identiti bangsa Malaysia yang berkualiti.

Oleh yang demikian, kajian ini diharapkan akan dapat membuka minda setiap
pengguna tandas di kolej kediaman mengenai kepentingan manjaga dan menguruskan
tandas dengan betul.

6.0 Objektif Kajian

6.1 Mengenalpasti kemudahan tandas yang disediakan di dalam tandas Kolej


Kediaman Siti Khadijah

6.2 Mengetahui tahap kepuasan pelajar terhadap tandas yang disediakan di


Kolej Kediaman Siti Khadijah

6.3 Mengkaji tahap pengurusan tandas di Kolej Kediaman Siti Khadijah

6.4 Mengkaji cara penggunaan tandas dalam kalangan pelajar di Kolej


Kediaman Siti Khadijah

Anda mungkin juga menyukai