Anda di halaman 1dari 3

← Sarang Burung Walit

10 Kemahiran Dalam Bidang Pertanian yang Perlu Anda Kuasai bagi Tahun 2017 →
Sekuriti Makanan

Posted on November 16, 2016 by saliha nasrul


“Makanan perlu untuk kelangsungan hidup”. Begitulah pentingnya makanan kepada
manusia. Makanan bukan saja membekalkan tenaga kepada tubuh malah
membekalkan nutrient untuk tumbesaran dan kesihatan tubuh. Kekurangan bekalan
makanan di suatu kawasan menyebabkan berlakunya kebuluran.

Sekuriti makan diinterpret secara berlainan. Di peringkat antarabangsa, sekuriti


makanan membawa maksud pertanggungjawaban semua negara bagi memastikan
pasaran dan harga makanan stabil. Di peringkat kebangsaan, sekuriti makanan
bermaksud keupayaan memastikan penawaran makanan yang stabil dalam pasaran
domestik. Di tahap perseorangan pula, ianya bermaksud kecekupan bekalan makanan
yang memenuhi keperluan ( Noorfazreen M.A dan Asmak A.B, 2011). Dasri sudut
Islam pula, sekuriti makanan merujuk kepada bekalan makanan yang halal dan
tayyibah yang cukup untuk kehidupan (definisi oleh Asmak berdasarkan surah al
Quraisy,106:4).

Secara amnya sekuriti makanan bukan saja berkaitan bekalan makanan yang
berpanjangan dan mencukupi serta harga yang mampu milik, malah sekuriti makanan
juga merujuk kepada makanan yang berkhasiat, selamat dan halal. Menurut
Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu, aktiviti pertanian telah
berjaya meningkatkan pengeluaran makanan dunia beratus-ratus kali ganda. Ini
menunjukkan sumbangan pertanian kepada industri makanan sedunia. Di dalam
sekuriti makanan, terdapat beberapa komponen penting iaitu

a) Ketersediaan makanan – makanan dibekalkan secara cukup dalam pasaran


domestik.
b) Akses makanan – makan boleh diperolehi dengan mudah
c) Penggunaan makanan – penggunaan makanan yang lengkap dan berterusan.
d) Kestabilan – setiap isi rumah mesti memiliki makanan walaupun ketika berlaku
krisis ekonomi dan sebagainya.

Halal adalah elemen penting dalam menentukan sekuriti makanan. Makanan halal
mesti dihasilkan dengan kaedah yang menitik beratkan kebersihan dan ketertiban
dalam proses pembuatannya serta persekitaran yang bersih. Halal merangkumi semua
bermula dari ladang sehingga ke produk akhir makanan. Panduan lain yang
dilaksanankan bagi menentukan sekuriti makanan adalah GMP dan HACCP. Kedua-
dua panduan ini turut menekankan proses pembuatan makanan yang bersih, sihat dan
selamat seperti halal.

Dasar Sekuriti Makanan telah dilaksanakan di Malaysia sejak sebelum merdeka lagi
melalui Dasar Padi dan Beras Negara. Namun dasar ini hanya memberi penekanan
kepada penghasilan beras iaitu makan ruji bagi rakyat Malaysia. Setelah berlaku krisis
makanan dunia, kerajaan telah menggubal Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara
dan telah diluluskan pada tahun 2008. Dasar ini memberi jaminan sekuriti makanan
yang mencukupi bagi negara ini. Melaluinya Dasar pertanian Negara diperkasa
memandangkan sektor pertanian merupakan tunjang utama kepada sekuriti makanan
di Malaysia.

Tuntasnya, aktiviti pertanian sangat penting kerana ianya merupakan nadi kepada
kecukupan bekalan makanan sesebuah negara. Sekuriti makanan tercapai apabila
penduduk di suatu tempat memperoleh makanan berkhasiat yang cukup pada setiap
masa. Makan tersebut mestilah bersih dan tidak memudaratkan pengguna. Dalam
Islam, sekuriti makanan merupakan perkara yang amat dititikberatkan sehingga ada
dijelaskan di dalam al-Quran. Di Malaysia terdapat beberapa dasar yang berkaitan
dengan sekuriti makanan dan dasar-dasar ini digubal untuk memastikan sekuriti
makanan terjamin.

Anda mungkin juga menyukai