Anda di halaman 1dari 13

AA30203 - SOSIOLOGI

MIGRASI

KULIAH 2 (PART 1)
Teori Neoclassical
Economics:
Andaian Teori & Kritikan
Neoclassical Economics Theory

 Migrasi antarabangsa disebabkan perbezaan ‘supply’


dan ‘demand’ buruh
 Perbezaan ekonomi antara negara
 Migrasi antarabangsa – untuk keseimbangan
ANDAIAN (1)
Negara yang mempunyai bekalan buruh yang tinggi
berbanding modal (capital) menawarkan upah pasaran yang
rendah berbanding negara yang kurang buruh tetapi
mempunyai kapital yang tinggi
ANDAIAN 2
 Perbezaan upah menyebabkan buruh dari negara (yg
mempunyai lebihan buruh & upah yg rendah) migrasi
ke negara yang kurang buruh dan menawarkan upah
yang tinggi
 Akibat penghijrahan –
 1. bekalan buruh di negara (yg mempunyai kapital
yg rendah) akan menurun dan akhirnya upah akan
meningkat
 2. bekalan buruh di negara yg berkapital tinggi
meningkat dan akhirnya mempengaruhi kejatuhan
upah di negara kaya tersebut – ini menyumbang
kepada keseimbangan (equilibrium)
ANDAIAN 3
 Untuk mencapai keseimbangan dalam
pengagihan faktor pengeluaran dan
pembahagian cekap sumber negara
 Pekerja/buruh negara tersebut diandaikan
mencari peluang pekerjaan yang boleh
memberikan pulangan yang tinggi kepada
mereka
Ringkasan Idea teori Neoclassical Economics (Macro-
level)
1. Perbezaan upah antara negara menyebabkan penghijrahan
antarabangsa
2. Penghapusan perbezaan upah antara negara akan mengakhiri
penghijrahan buruh - migrasi tidak akan berlaku jika tiada
perbezaan upah
3. Aliran buruh antarabangsa (pekerja berkemahiran tinggi) adalah
kerana respon kepada perbezaan pulangan terhadap tenaga
buruh
3. Penghijrahan antarabangsa dipengaruhi mekanisme pasaran
buruh - jenis pasaran lain tidak memberi kesan penting
4. Justeru, untuk kawal aliran migrasi, kerajaan perlu ‘regulate’
atau mempengaruhi pasaran buruh di negara penghantar dan
negara penerima
Neoclassical Economics
Elemen Micro
• Aktor (mereka yg berhijrah) adalah manusia rasional
(rational actors) yg bertindak balas terhadap perbezaan
tahap pencapaian ekonomi antara negara.
• Perbezaan upah dan peluang pekerjaan menyebabkan buruh
berpindah
• Disebabkan manusia adalah rasional jadi mereka berpindah
berdasarkan perkiraan ekonomi (rational economic
choice)
• Migrasi disebabkan perkiraan ‘cost-benefit’ – Buruh
menjangka pulangan positif (berbentuk kewangan) hasil
dari migrasi tersebut
• Migrasi antarabangsa dikonsepsikan sebagai bentuk
pelaburan dalam “human capital’
Prediction - Untuk mencapai Keseimbangan

 Idea teori Neo-classical Economics menjelaskan migrasi


sebagai ‘alat’ atau cara untuk mencapai keseimbangan
(equilibrium) antara negara
 Respon individu terhadap faktor negatif (push) di negara
asal dan faktor penarik (pull) di negara penerima
 Faktor yang disenaraikan termasuk sosial, ekonomi dan
politik
 Kelebihan secara bandingan di negara yang lebih maju
dianggap sebagai faktor penyebab yang menentukan
saiz dan arah aliran migrasi
Teori Neoclassical Economics
Kritikan 1
 micro –unit analisis individu
 Andaian mengenai ‘risk-neutrality’
 Fokus kepada individu (unit analisis)
 Migran disifatkan sebagai ‘homogeneous’ – citarasa (taste) dan
risiko
 Tidak mengambilkira perbezaan inidividu berkaitan pola migrasi
 Neoclassical economics fokus kepada individu sebagai unit analisis
utama dan proses ‘decision-making’ hanya merujuk kepada faktor
peluang kerja & perbezaan upah
 Individu dianggap sebagai ‘purely self-interest economic agent’
aktor yang hanya berpaksikan ekonomi –hanya membandingkan
upah semasa dan upah yang bakal diperolehi di tempat yang dituju
(dimana mereka akan berhijrah)
Kritikan 2 (macro)

 Menggunakan andaian teori ini utk memahami migrasi


menghadkan perbincangan dan analisis hanya kepada
perbezaan situasi ekonomi antara negara penghantar dan
negara penerima
 Walaupun migrasi memang berkaitan dengan perbezaan
upah dan peluang kerja, TETAPI perbezaan ekonomi
tidak memadai untuk menjelaskan dinamik penghijrahan
antarabangsa
Kritikan 3 –Faktor Struktur
 Kritikan 3
 Mekanisme lain yang diguna oleh migran diabaikan
 Migrasi tidak hanya berasaskan faktor ekonomi
 Gagal untuk mengambilkira faktor politik dan halangan
struktur lain kepada mobiliti seperti ‘kawalan sempadan’
yang biasanya menjadi penghalang dan menjadi faktor
penting migrasi
 Mengabaikan kepentingan ‘negara bangsa’ dan institusi
lain yang melaksana pelbagai polisi, dasar dan undang2
samada utk menggalakkan atau menghalang aliran migrasi
– cth undang2 dan Akta Immigration di Malaysia
Kritikan 5:Migran & Konteks Sosial
 Model neoclassical menganggap migran hanya
sebagai‘buruh’ sedangkan ciri-ciri lain sebagai manusia –
cth manusia drpd kategori sosial yg berbeza
 berdasarkan gender, etnik, kelas sosial
 Paling penting - pendekatan ini menganggap migran
adalah terasing atau terpisah dari keluarga dan komuniti
mereka
 Walaupun kiriman wang (remittances) mewakili
kesan/akibat/hasil langsung penghijrahan antarabangsa
terhadap negara penghantar (sending areas) tetapi
pendekatan neoclassical economics tidak menyatakan
peranan & kesan ‘remittances’ dari migran kepada
keluarga, komuniti dan negara asal mereka
Kritikan 6: Gagal Meramal Arah
Migrasi
 Gagal meramal saiz dan arah aliran migrasi serta
perbezaan individu di negara asal yang sama –cth
kecenderungan mereka untuk berhijrah
• Mengikut Portes and Borocz (1989:2)
• “ neoclassical economics perspective is unable
to explain why similar movements do not arise
out of other equally “poor” nations or why
sources of out-migration tend to concentrate in
certain regions and not in others within the
same sending countries”.
Rumusan
 Keputusan individu utk berhijrah sebenarnya
tidak boleh dipisahkan dari konteks sosial
 Pendekatan neo-clasical economics
menganggap perkiraan individu berlaku dalam
‘vacum’ tanpa mengambilkira sejarah, ekonomi
dan politik (cth tuntutan Filipina keatas Sabah –
influx of immigrants)
 Bukit berbentuk empirikal juga tidak konsisten
dengan andaian mengenai kecenderungan ke
arah keseimbangan -migrasi buruh dan faedah
pembangunan

Anda mungkin juga menyukai