Anda di halaman 1dari 7

Menerokai kemahiran abad ke 21 kanak-kanak dalam proses reka bentuk permainan

penceritaan digital

Metodologi kajian

- Menggunakan data kualitatif dan kuantitatif secara serentak.


- Kualitatif- pemerhatian(video+gambar+temubual dgn rakaman suara serta penilaian
portfolio)
- Kuantitatif
- Kajian ini menggunakan reka bentuk bertumpu selari (convergent parallel design)
dicadangcakan oleh Creswll n Clark (2011) dengan menggabungkan kaedah
penyelidikan kualitatif dan kuantitatif secara serentak semasa fasa yang sama dalam
proses penyelidikan dan seterusnya menggabungkan kedua-dua set data untuk
dilakukan perbandingan atau perhubungan dalam interpretasi dapatan secara
menyeluruh.
- Kaedah yang dilaksanakan ialah peerhatian, temu bual dan penilaian portfolio.
- Data dianalisis melalui pengkategorian kualitatif dan analisis tematik dengan statistik
deskriptif kuantitatif sebagai sokongan
- Data dianalisis menggunakan kaedah tringulasi secara interaktif dengan melihat dari
pelbagai sudut.
- 20 orang kanak-kanak(10 L n 10 P) murid tahun 4 secara persampelan. Peserta
dipilih menepati peringkat operasi konkrit dalam teori perkembangan kognitif yang
menyatakan bhawa kanak-kanak mula berfikir scra kreatif dan mampu
mengaplikasikan penggunaan bahan.
- Kajian dilakukan di sekolah rendah kuala Kangsar.

Dapatan kajian

- Data yang dikumpulkan terdiri daripada data kualitatif dan kuantitatif. Melalui
kuantitatif penyelidik menggunakan kaedah statistic deskriptif menunjukkan bentuk
taburan dan kekerapan item kemahiran yang terlibat. Menggunakan kaedah tipologi
terhadap data kualitatif bagi mengelaskan data mengikut kategori atau tema
- Dianalisis menggunakan Teknik triangulasi.
- Reka bentuk prototaip kertas (30 min)
- Reka bentuk prototaip digital (30 min)
- Dia bahagi kepada 10 kumpulan.
- Perbandingan tempoh masa yang ditunjukkan antara penggunaan prototaip kertas
dan prototaip digital agak ketara. Protoaip digital tempoh yang paling Panjang
diambil selama 15minit oleh kump.9 manakala tempoh paling singkat diambil 7minit
oleh kump 7. Berbeza dgn protoaip kertas menyiapkan reka bentuk permainan
penceritaan adalah 15 minit oleh kump.5 manakala masa yang paling Panjang
adalah selama 15 minit kump 5 manakala tempoh paling Panjang 23minit kump 4.
- Dapatan melalui pemerhatian pada item proses mereka bentuk semua pemerhati
berpuas hati setiap kumpulan mengikuti proses reka bentuk dengan baik walaupn
peringkat permulaan berasa x yakin untuk melakukan proses reka bentuk kerana
pengalaman pertama mereka. Namun melalui pemerhati 1 melihata peserta
mempunyai pelbagai idea n pandangan yang boleh diterjemahkan dalam proses reka
bentuk dilakukan secara berkumpulan melalui bermain permainan digital. Melalui
temubual penyelidik merumuskan peserta kajian mempunyai asa kemahiran reka
bentuk permainan bdasarkan pengelaman sedia ada yang diterjemahkan melalui idea
yang dikongsi bersama ahli. Penyelidik menyenaraikan elemen reka bentuk yang
Berjaya dipenuhi oleh setiap kumpulan reka bentuk permainan penceritaan
menggunakan prototaip digital iaitu penceritaann, perwakilan, interaktiviti,
kandungan, estetika, elemen multimedia, peraturan dan mekanisma. Penyelidik
meletakkan skor 3 pada item rubrik kemahiran pembelajaran dan inovasi yang
menunjukkan peserta kajian dpt melakukan banyak pengubahsuaian pada reka
bentuk protaip kertas dan digital. Setiap kumpulan menggunakan lebih daripada 10
objek dalam reka bentuk permainan penceritaan digital.

Perbincangan kajian

Peserta menunjukkan masa tyang diperuntukkan 30minit peserta tidak suka melakukan
kerja dalam tempoh masa yang Panjang. Kanka-kanak yang mahir dapat melakukan dengan
masa yang singkat. Selain itu melalui kemahiran dalam penggunaan alatan dan alatan
pengarangan, kemahiran bekerja dalam kumpulan yang baik dapat menjadikan tempoh
menyelesaukan tugas dengan lebih singkat dengan membagikan tugas.
MODUL MEMBACA AWAL PRASEKOLAH MENGGUNAKAN NYANYIAN BERASASKAN TEORI
PSIKOLINGUISTIK KOGNITIF DAN APLIKASI KAEDAH BELAJAR MELALUI BERMAIN.

Kajian ini untuk membangunkan modul riang ria membaca (MRRM) iaitu modul pengajaran
membaca awal bagi kanak-kanak prasekolah di pendalaman sabah menggunakan nyanyian.

Metodologi kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif untuk mengenal pasti masalah
kemahiran membaca di prasekolah serta keperluan dan ciri-ciri modul yang dibangunkan.
Maklumat dikumpulkan melalui pembacaan kepustakaan termasuklah membuat rujukan dari
buku, tesis, artikel jurnal, laporan dan polisi untuk menentukan kandungan modul.
Maklumat diperoleh melalui hasil pembacaan kajian-kajian lepas. Kajian ini berpandukan dua
model iaitu ADDIE dan Model Morrison II. Kajian ini menyediakan 20 buah lagu disediakan
bagi 20 aktiviti modul pengajaran MRRM. Proses membangun lagu adalah berasaskan pada
kriteria dan prosedur yang ditetapkan antaranya menggunakan pendekatan Kodaly iaitu
penggunaan lagu-lagu yang bermelodikan lagu-lagu rakyat tempatan, lirik lagu sederhana
tetapi berupaya menyampaikan kemahiran membaca dalam Tunjang Komunikasi Bahasa
Melayu berdasarkan standard kandungan kemahiran membaca dalam KSPK nada yang
sederhana iaitu nada ‘a’ hingga nada ‘f’ sesuai dengan jangkauan suara kanak-kanak
berumur empat hingga enam tahun

Dapatan kajian

Hasil maklumat yang diperoleh melalui pembacaan, didapati bahawa bagi memenuhi
standard, guru memerlukan panduan dalam pelaksanaan pengajaran yang fleksibel.
Pengkaji kebanyakkannya menggunakan kajian-kajian lepas untuk mengetahui apakah
keperluan modul pengajaran dibangunkan khususnya bagi pelajar prasekolah. Melalui
dapatan kajian-kajian lepas menunjukkan terdapat keperluan pembangunan modul untuk
dijadikan panduan dan rujukan guru dalam pengajaran membaca berasaskan nyanyian
menggunakan teori psikoliguitik. Namun pengkaji mendapati tiada kajian lepas yang
mengkaji berkenaan pembinaan modul membaca berasaskan nyanyian menggunakan Teori
Psikolinguistik yang diintegrasikan dengan kaedah belajar melalui bermain. Pengkaji
berpendapat dengan adanya modul ini dapat memberi sumbangan kepada bidang PAKK
khususnya menyediakan peluang dan ruang P&P yang menyeronokkan. Selain itu, menerusi
modul ini dapat membantu guru prasekolah serta ibu bapa dalam mengetahui sumber
baharu dan mempunyai keunikan tersendiri kerana bukan saja mengetengahkan lagu
membaca tetapi menggunakan irama lagu rakyat. Prototaip modul pengajaran MRRM yang
dilengkapi dengan video dan bahan menggunakan power point meningkatkan ingatan lisan
kanak-kanak berbanding bahan bacaan secara konvensional. Selain itu, penggunaan lagu
juga berupaya menghasilkan perubahan tingkah laku serta kesan psikologi terhadap jiwa
dan fikiran kanak-kanak. Penyediaan lagu-lagu menggunakan lagu rakyat tempatan yang
memfokuskan kepada penggunaan lirik lagu yang mempunyai warna sosio-budaya dan
persekitaran tempatan meningkatkan kefahaman serta mempercepatkan proses membaca
kerana lagu ini dekat dengan jiwa kanak-kanak.
PEMBANGUNAN DAN KEBOLEHGUNAAN MODUL BERASASKAN BERMAIN BAGI
PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Metodologi Kajian

Proses pembinaan modul melibatkan pembinaan draf modul yang meliputi dapatan analisis
keperluan, teori, tinjau literatur dan semakan kurikulum. Modul yang telah dirangka
diberikan kepada 20 penilai iaitu lapan pakar bidang yang sama dan 12 guru prasekolah
KPM. Soal selidik skala likert digunakan untuk tujuan penilaian kesahan isi kandungan
modul. Data dianalisis menggunakan kaedah pengiraan kesahan kandungan modul. Melalui
fasa pelaksanaan dan penilain modul diuji melalui dua ujian kebolehgunaan iaitu melibatkan
dua kumpulan murid dibilik darjah prasekolah KPM yang berbeza dan guru dipilih secara
bertujuan untuk melakukan pengajaran di dalam setiap bilik darjah. Kaedah pengumpulan
data dibuat menggunakan rekod anekdot dan sampel kerja murid. Kajian ini menggunakan
data kualitatif yang menggunakan permerhatian melalui rakaman video.

Dapatan kajian

Hasil dapatan kajian melalui 20 orang penilai mengatakan dalam aspek penyampaian modul,
pengkaji merumuskan seramai 70 peratus penilai bersetuju persembahan modul ini sesuai
untuk guru prasekolah, 50 peratus mengatakan susunan isi kandungan modul mudah diikuti
guru prasekolah dan bagi aspek isi kandungan, 65 peratus penilai berpendapat cadangan
aktiviti sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak prasekolah dan langkah aktiviti
disampaikan dengan teratur. Seterusnya analisis tahap persetujuan penilai terhadap isi
kandungan modul menunjukkan nilai peratusan yang melebihi 70 peratus ialah 90.3 peratus
yang mana menunjukkan modul ini mempunyai kesahan isi kandungan yang baik dan
menepati sasaran penilai. Seterusnya, kebolehgunaan aktiviti dalam modul terhadap
pembelajaran kemahiran bahasa kanak-kanak prasekolah dinilai di dalam dua bilik darjah di
sekolah berlainan. Hasil dapatan berdasarkan data rekod anekdot mendapati keenam-enam
murid menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam pelbagai
cara. Melalui kemahiran mendengar dikuasai apabila kanak-kanak menunjukkan respons
terhadap perbualan yang diransang guru. Kemahiran bertutur kanak-kanak dapat dilihat
melalui respons yang ditunjukkan melalui perbualan dengan guru dan semasa bermain
dengan rakan. Manakala kemahiran membaca dalam kajian ini mendapati kanak-kanak
membina pemahaman tentang huruf dan bacaan melalui permainan yang dirancang guru
dan dilakukan mengikut inisiatif mereka. Kemahiran menulis dalam kajian ini mendpati
kebanyakkan kanak-kanak meguasai kemahiran menulis berdasarkan pengalaman semasa
bermain dan berdasarkan pemerhatian terhadap bahan permainan.

Anda mungkin juga menyukai