Anda di halaman 1dari 6

KESAN PENEROKAAN SUMBER TERHADAP ALAM SEKITAR

PERUBAHAN PANDANG DARAT

Perlombongan mengubah landskap sesuatu kawasan Kegiatan melombong bijih timah, bijih besi, kuprum dan bauksit menyebabkan kawasan menjadi lapang dan gersang Bekas lombong terdapat di sekitar Lembah Klang, Kuala Langat, Selangor dan Lembah Kinta di Perak Kegiatan perlombongan juga mengubah sesuatu kawasan kepada petempatan Pekan Kerteh (petempatan nelayan) telah berubah menjadi bandar disebabkan penerokaan petroleum

KEPUPUSAN

Antara sebab kepupusan : Pembalakan Pertanian Pembukaan petempatan Bandar baru

Perindustrian Penebangan hutan yang berlebihan dan tidak terkawal menyebabkan kepupusan kepada pokok-pokok hutan yang berharga Antara tumbuhan yang diancam kepupusan :

Cengal Resak Berlian Damar Minyak Orkid hutan Periuk kera

Antara hidupan liar yang diancam kepupusan: Seladang Kambing gurun Rusa Kijang

*Info Geografi ~
Hutan bertindak sebagai penutup bumi semula jadi serta melindungi tanah tanih daripadan hakisan air dan angin. Pokok -pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanih dengan akarnya.

PENINGKATAN SUHU

Penebangan hutan secara besar-besaran menyebabkan permukaan bumi terdedah Suhu meningkat kerana tiada litupan tumbuh-tumbuhan

Permukaan bumi yang menerima pancaran terus matahari akan mengakibatkan kelembapan udara berkurang Ketiadaan tumbuh-tumbuhan hijau untuk menjalankan proses menyebabkan udara menjadi kering transpirasi akan turut

Kesan pembersihan hutan terhadap suhu : Suhu Tanah tinggi Cameron meningkat sebanyak 1.5 C Tanah Rata, Brinchang, Ringlet, Kampung Raja meningkat sebanyak 4 C

KESAN HAKISAN

Pembersihan hutan menyebabkan permukaan bumi menjadi gondol Ketiadaan tumbuh-tumbuhan mengakibatkan tiada akar yang dapat mencengkam tanah dan mengakibatkan tanih menjadi longgar Apabila hujan lebat, air larian permukaan akan menghakis permukaan bumiyang longgar terutama di kawasan cerun dan membawa lumpur turun ke sungai Air larian ini menuruni cerun yang gondol dengar arus yang kuat tanpa ada halangan dan memusnahkan kawasan kitaraanya

Contohnya : Kejadian banjir lumpur di Pos Dipang, Ipoh adalah disebabkan kegiatan penebangan hutan yang tidak diurus dengan baik

KESAN BANJIR

Penggunaan pelbagai sumber hutan, mineral dan air secara tidak terkawal menyebabkan banjir. Pembalakan tidak terkawal menyebabkan hutan terdedah terus kepada air hujan dan terus mengalir ke sungai Sungai menjadi cetek, air melimpah dan terjadinya banjir di kawasan rendah contohnya di Sungai Kelantan dan Sungai Pahang Hutan yang telah gondol sudah tidak ada penapisan air hujan akibat ketiadaan pokok

KESAN PENCEMARAN

Bahan kelodak berpunca daripada hakisan menyebabkan berlakunya pencemaran sungai Bahan terampai dalam sungai meningkat dan menyebabkan sungai kurang sesuai untuk digunakan sebagai sumber domestik Kegiatan perlombongan menggunakan banyak air untuk memisahkan mineral berharga daripada bahan lain seperti pasir, lumpur dan kelodak Air buangannya menyebabkan sungai tercemar Kerja melombong kuprum di Mamut, Sabah menyebabkan pencemaran udara yang menjejaskan kehidupan di sekitar Proses pemecahan batu granit untuk membuat jalan dan batu kapur untuk membuat simen menyebabkan pencemaran udara contohnya kerja memecah batu kapur di pinggir Ipoh Pembakaran sisa gas di loji pemprosesan juga menyebabkan pencemaran udara

Anda mungkin juga menyukai