Anda di halaman 1dari 3

NAMA : APUYUT BINTI KAPITOH

NO.MATRIK : PP1912006T

BINCANGKAN TUJUAN SET INDUKSI DALAM PdP?

Set induksi merupakan sesi pengenalan dalam memulakan sesuatu proses pengajaran.
Tujuan utama set induksi ini dijalankan adalah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan
minat pelajar supaya mereka boleh mengikuti aktiviti pengajaran yang akan disampaikan. Dalam
set induksi ini terdapat pelbagai cara atau kaedah yang digunakan untuk menyampaikan,
antaranya ialah teknik menyoal, bercerita, penggunaan alat bantu mengajar, memberikan
motivasi, mengulangi topik yang berkaitan dan sebagainya.

Tujuan set induksi ini juga, bukanlah salah satu bahagian daripada isi pelajaran yang
hendak disampaikan akan tetapi merupakan gambaran awal terhadap topik yang ingin
disampaikan. Selain itu, aktiviti yang dilaksanakan dalam set induksi juga haruslah berkaitan
dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Hal ini bagi membolehkan pelajar membuat
perkaitan terhadap topik yang hendak mereka pelajari. Seterusnya, setiap aktiviti yang
dilaksanakan oleh guru haruslah sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan peringkat umur
murid yang diajar. Ini kerana setiap aktiviti yang dirangka untuk bahagian set induksi bertepatan
dan bersesuaian dengan pengalaman sedia ada pelajar, kebolehan dan juga peringkat umur agar
membolehkan mereka memahami apa yang hendak disampaikan.

Seterusnya, untuk mencungkil bakat pelajar, contohnya seorang guru melaksanakan set
induksi dengan menggunakan teknik lakonan. Dalam lakonan tersebut guru meminta beberapa
orang pelajar untuk tampil ke hadapan dan melakonkan sesuatu peristiwa yang telah ditentukan
oleh guru dalam topik yang hendak diajar contohnya. Oleh itu, melalui lakonan tersebut guru
dapat mengenal pasti bakat yang terpendam pelajar tersebut. Selain itu, melalui lakonan juga,
membolahkan pelajar membina keyakinan diri untuk tampil ke hadapan, berkomunikasi dengan
baik dan menerapkan nilai-nilai murin dalam diri mereka seperti berkerjasama dan hormat
menghormati antara satu sama lain.

Set induksi ini juga, meembolehkan seorang guru yang kreatif dan inovatif dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Contohnya seorang guru memikirkan cara yang
kreatif untuk menarik minat pelajar untuk membolehkan mereka memberikan tumpuan kepada
kepada pembelajaran yang seterusnya. Selain itu, menuntut kreativiti seorang guru untuk
menggunakan bahan bantu mengajar dalam membuat sesuatu aktiviti yang menarik perhatian
pelajar sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam set induksi juga masa
yang diperuntukan terhadap pelaksanaan set induksi adalah singkat iaitu selama 5 minit bagi
setiap sesi PdP.

Membolehkan seorang guru mengaplikasikan kemahiran ilmu pedagogi, contohnya


melalui kemahiran pengelolaan variasi ransangan untuk mempelbagaikan kaedah atau teknik
penyampaian pengajaran dengan tujuan menarik perhatian dan minat murid terhadap
pengajarannya. Antara asepak yang diambil kira dalam kemahiran untuk memberikan
rangsangan ini ialah menukar corak interaksi di antara guru dengan murid agar terdapat sesuatu
kelainan dalam pengajaran, mempelbagaikan aktiviti agar murid tidak merasa bosan dan mereka
sentiasa belajar sesuatu yang baru serta teknik mengajar guru yang pelbagai menggalakkan serta
menarik minat murid untuk datang ke sekolah.

APAKAH CIRI-CIRI UTAMA SET INDUKSI?

Menarik perhatian, contohnya set induksi yang dijalankan hendaklah sesuatu yang
menarik minat pelajar dan merupakan teknik utama seorang guru untuk mengawal pelajar agar
terus memberikan tumpuan dan perhatian terhadap sesi PdP yang dijalankan. Oleh itu, untuk
menarik minat pelajar, aspek yang perlu dititikberatkan ialah penggunaan nada suara yang tidak
mendatar untuk mengelakkan daripada pelajar merasa bosan, dan hendaklah ada penekanan atau
penegasan terhadap sesuatu isi pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru. Selain itu,
kemahiran guru dalam menggunakan alat bantu mengajar untuk melakukan sesuatu aktiviti yang
menarik sesuai dengan topik pengajaran yang akan disampaikan. Sebagai guru, perlu memiliki
unsur humor dalam diri, contohnya lawak atau jenaka yang spontan menimbulkan suasana
pengajaran yang menyeronokkan. Pergerakan guru juga perlu dijaga untuk menampakkan
kayakinan pengajaran, penggunaan isyarat untuk menegaskan sesuatu dan juga kontak mata
untuk mengawal pelajar.

Mewujudkan motivasi, contohnya dalam set induksi, guru menggunakan teknik bercerita
tentang pengalaman ataupun melalui dapatan daripada pembacaan, contohnya seorang guru
bercerita tentang kegigihan seseorang untuk mencapai kejayaan meskipun terpaksa melalui
pelbagai cabaran dan halangan. Oleh itu, melalui cerita tersebut, isi yang ingin disampaiakn
adalah tentang kegigihan seseorang, dengan harapan agar memberikan pelajar motivasi untuk
terus berusaha mencapai kejayaan pada masa akan datanng. Mewujudkan motivasi ini juga
merujuk kepada, kemahiran guru untuk menyampaikan kata-kata semangat kepada pelajar agar
mereka termotivasi secara dalaman untuk pergi ke sekolah ataupun mengikuti sesi pengajaran
dengan baik di dalam kelas.

Memberi perkaitan, contohnya melalui set induksi guru dapat mengaitkan pengetahuan
lepas murid sama ada melalui teknik lakonan, bercerita, mendeklamasikan puisi, sajak, pantun
dan sebagainya. Memberi perkitan juga dapat dilihat apabila guru memberikan gambaran awal
terhadap apa yang hendak disampaikan, sama ada melalui teknik menyoal, bercerita dan
memberi penerangan terhadap sesuatu bahan bantu mengajar sesuai dengan topik pengajaran.
Melalui perkaitan juga, pelajar mendapat gambaran terhadap apa yang akan dipelajari dan
membolehkan mereka untuk bersedia untuk menjalankan pembelajaran yang seterusnya dan juga
membolehkan mereka berfikir untuk meneka topik yang dipelajari sesuai dengan pengetahuan
sedia ada mereka.

Menstruktur, contohnya dalam set induksi guru akan menyatakan had tugas ataupun
objektif pengajaran yang hendak dicapai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan. Dalam menstruktur ini, membolehkan guru menyatakan atau menegaskan tentang
tajuk pengajaran. Ini membolehkan pelajar lebih mengetahui apa yang mereka perlu pelajari dan
perolehi di sesi akhir proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam menstruktur ini
juga, membolehkan guru menyatakan aktiviti yang digunakan dalam set induksi agar pelajar
dapat membuat kesimpulan dan perkaitan terhadap topik pengajaran yang seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai