Anda di halaman 1dari 2

A.

PENGENALAN
Bidang pemprosesan makanan sejuk beku menawarkan berbagai kerjaya serta sumber
pendapatan yang agak lumayan kepada sesiapa yang berminat dan menceburi diri dalam
sektor ini secara langsung atau tidak langsung. Antaranya adalah Pengusaha Produk Sejuk
Beku, Pengilang Produk Sejuk Beku, Tenaga Pengajar / Jurulatih Produk Sejuk Beku Dan
Pembekal Produk Sejuk Beku. Kursus ini ditawarkan dengan tujuan untuk memberi
pengetahuan dan kemahiran asas tentang pemprosesan makanan sejuk beku. Ia
diharapkan dapat menjadi sumber pendapatan kepada golongan ini.

B. KUMPULAN SASARAN
Program ini melibatkan golongan kumpulan sasaran seperti:
Pengusaha/Peniaga kuih-muih basah
Penganggur
Lepasan Graduan
Surirumah
Ibu tunggal

C. LOKASI
Kursus dilaksanakan di Kolej Komuniti Arau Perlis.

D. RASIONAL
Produk makanan sejuk beku adalah merupakan teknologi yang kian popular dan terkini
dalam industri pemprosesan makanan. Namun, produk-produk yang terdapat di pasaran
adalah lebih kepada makanan-makanan komersial seperti nugget, jejari kentang dan
sebagainya. Oleh sebab itu, kursus pemprosesan makanan sejuk beku ini adalah memberi
fokus kepada kuih-muih tradisional, roti canai dan murtabak. Adalah menjadi harapan
agar peserta-peserta ini akan mempelbagaikan produk sejuk beku di pasaran
terutamanya yang halal.

E. TEMPOH PELAKSANAAN
30 hari Kursus dijalankan 2 hari seminggu (Sabtu & Ahad).
F. KANDUNGAN KURSUS
Rujuk Lampiran 1

G. KAEDAH PERLAKSANAAN
Kursus / Latihan amali
Latihan Keusahawanan
Pemantauan oleh Unit Pembangunan Keusahawanan KKAP selepas tamat kursus.

H. ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran 2

I. JADUAL KURSUS
Rujuk Lampiran 3

J. KESIMPULAN
Melalui program yang dirancang diharap KKAP akan dapat melahirkan usahawan yang
berjaya sekaligus membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat.

Anda mungkin juga menyukai