Anda di halaman 1dari 49

Definisi Dasar Luar .

Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat muka surat 317 memberikan definisi dasar
sebagai asas atau prinsip yang asas. Manakala luar pula ialah yang
berkaitan keadaan yang berada ditempat lain.
Mengikut SP Star (2001), dasar luar boleh diertikan sebagai garis panduan bagi
segala tindakan yang diambil oleh Negara ini apabila ia berhubung dengan Negara
lain.
Menurut Mohd Noor Mat Yazid (1994), Dasar Luar dapat diertikan sebagai matlamat,
rancangan dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam usaha
berhubung dengan sesebuah negara lain. Hubungan di antara sebuah negara
dengan sesebuah negara lain adalah perlu dan penting dalam menjaga
kepentingan, keselamatan dan kemakmuran sesebuah negara.
Al-Hafiz (1990), mendefinisikan Dasar Luar sebagai sesuatu kenyataan mengenai
hasrat bagi mencapai sesuatu maksud atau kehendak.
Mengikut Dr.Hashim Husin (1990), Dasar Luar boleh dianggap sebagai
instrument atau alat yang diperlukan oleh sesebuah Negara untuk berhubung atau
berinteraksi dengan sesebuah Negara lain, baik yang berjiran atau yang berada jauh
dengannya.
Objektif Dasar Luar Malaysia.
Objektif Dasar Luar Malaysia antara lain adalah untuk menjaga, mempertahan dan
memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa.
Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan
Malaysia. Ini merupakan tonggak utama dalam pengubalan dasar luar negara.
Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah
melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.Perkara ini
diambil Kira juga demi memastikan keamanan negara terpelihara dan dihormati oleh
negara luar. Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan
dan sosial di peringkat antarabangsa. Usul ini juga dipertimbangkan untuk
memajukan negara selaras dengan asas perkembangan pembangunan negara
Malaysia.
Mempertahan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam
semua bidang; memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan
negara-negara lain. Perkara ini dipastikan agar Malaysia dapat mengadakan
hubungan dua-hala dengan negara asing untuk kepentingan bersama. Hubungan
yang baik juga memberikan impak positif dalam proses menuju kepada negara maju
2020. Mempertahankan pendirian serta kepentingan negara-negara membangun di
peringkat antarabangsa. Ikatan perhubungan bersama negara-negara membangun
lain juga diberikan perhatian. Pendirian sesebuah negara anggota akan tetap
dipertahankan demi kemajuan dan perkembangan suasana politik yang stabil. Ini
juga akan membantu ke arah kemajuan Negara Malaysia.
Prinsip Asas Dasar Luar Malaysia.
Pertama, Menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena
antarabangsa.
Maknanya Negara kita Malaysia membuat dasar luar yang
bersangkutan dengan keupayaan mempertahankan Negara dan negara-negara
disekitarnya supaya sentiasa dalam keadaan aman dan bebas. Sebagai blok yang
boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih
berpegang kepada dasar berkecuali.
Malaysia telah menyarankan supaya
diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali' (Zone of peace, Freedom and

Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan
dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb.November
1970 Malaysia mula memberi penekanan kepada dasar non-aligned dan telah
menjadi ahli Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada tahun 1970. Sikap
berbaik-baik dengan semua negara diamalkan tanpa mengira kefahamandan
ideologi. Hubungan diplomatik dijalinkan dengan China juga negara-negara
Indochina di samping meningkatkan kerjasama ASEAN. Malaysia memberi
penekanan kepada konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) dan South
East Asia Nuclear Weapon Free Zone (SEANWFZ).
Negara kita terletak dalam kawasan yang mustahak dari sudut geopolitik di rantau
Asia-Pasifik. Sebagai sebuah negara yang terletak di persimpangan dua jalan yang
penting, iaitu Lautan India dan Lautan Pasifik yang kaya dengan sumber galian
seperti minyak, bererti kedudukan negara kita adalah penting dari segi kestabilan
dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik. Sebagai contoh, Mengenai Perundangan
Samudra 1982 yang lebih dikenali dengan akronim Bahasa Inggerisnya iaitu
UNCLOS.
Kedua, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya
berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta
barangan yang diproses. Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi
yang kukuh di Asia.Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak
dengan permasalahan politik yang boleh mengancam kedudukan ekonomi dan
politik negara. Oleh yang demikian, dasar luar Malaysia lebih menumpukan
kepada dasar berbaik-baik dalam soal perhubungan antara negara lain. Usaha
mengekalkan keamanan diperhebatkan dengan merangka rakgkaian usaha-sama
ekonomi antara Malaysia dan negara jiran terdekat. Penubuhan hubungan kejiranan
ini dapat membantu mengekalkan keamanan serantau.
Ketiga, Mempertahan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah
melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain. Ini
membawa maksud bahawa Malaysia dengan dasar-dasar luarnya berpegang pada
prinsip menghormati dan mengakui kedaulatan wilayah serta tidak campur tangan
dalam hal ehwal pentadbiran sesebuah Negara yang berdaulat.Kerajaan
mengamalkan dasar luar yang pro-Barat, anti-komunis, anti-Israel, dan antiapartheid. Tahun-tahun awal kemerdekaan juga melihatkan negara menjadi anggota
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Five Power Defence Arrangements
(FPDA) dan Komanwel. Malaysia juga merupakan salah sebuah negara pengasas
Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 sebelum terbentuknya ASEAN
pada tahun 1967.
Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua negara dapat
hidup aman dan damai. Berasaskan kepada kepercayaan ini, Malaysia telah
memainkan peranan aktif dan memberikan sumbangan yang bermakna terhadap
PBB melalui penyertaan penuh semangat dalam agensi-agensi PBB seperti
UNESCO dan UNCTA D.
Sebagai contoh, di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad, Malaysia telah dua kali
mengambil tempat di Majlis Keselamatan (MK) PBB, iaitu pada tahun 1988-1989
dan 1999-2000. Tahun 1996 pula menyaksikan Tan Sri Razali Ismail, Wakil Tetap
Malaysia ke PBB, dilantik sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-51
dan sekarang ini memainkan peranan sebagai Utusan Khas PBB ke Myanmar.
Bahawa secara amnya, Malaysia mula lebih percaya kepada kebolehannya dan
berani menyatakan pendapat serta kedudukannya mengenai pelbagai isu semasa di

arena antarabangsa.
Bukan sahaja kepentingan Negara kita sahaja yang
diketengahkan, malah pendirian dan kepentingan negara-negara membangun dari
Selatan dalam menangani isu-isu seperti demokrasi, hak asasi manusia dan alam
sekitar juga diketengahkan.
Keempat, Dasar-dasar luar Malayisa juga mempunyai kerpecayaan dan kerjasama
yang komited terhadap negara-negara yang mempunyai hubungan dengan
Malaysia. Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan
sebagai anggota Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih untuk menjadi
tuan rumah persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat
yang ditunjukkan dalam penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan
pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung
pada September 1998.
Kelima, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah
menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah
memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara
Islam (OIC). Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha
Agung pertama OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap
hubungan dengan negara-negara Islam sebagai salah satu asas
hubungan luarnya.
faktor-faktor pertimbangan dalam pembentukan Dasar Luar Malaysia.
Dasar luar negara ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, sebagai contoh faktor
sejarah, faktor politik, faktor ekonomi dan sebagainya.
Persekitaran geostrategik
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan
dengan hampir kebanyakkan negara di rantau ini seperti Singapura, Tahiland,
Indonesia, Filipina dan Brueni. Perairannya juga menjadi laluan utama papal-kapal
perdagangan di dunia. Dengan ini, keselamatan negara serantau akan
mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.Negara
kita terletak di tempat yang paling strategik di dunia. Kedudukannya ini di
pertengahan laluan perdagangan antara Timur Jauh dengan Timur Tengah
membolehkannya mengawal laluan perdagangan ini. Keadaan ini menyebabkan
negara kita mengamalkan dasar luar yang bebas dan berkecuali. Negara kita juga
sentiasa berusaha memastikan kawasan ini terhindar daripada tekanan kuasa luar
dan menjadikan kawasan ini satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali.
Struktur ekonomi negara
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini
menjaslin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha
memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan
antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin
hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britian dan
Amerika Syarikat. Setalah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan
pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah
diambil bagi menggalakan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat
meningkatkan ekonomi negara disamping menyediakan peluang pekerjaan.
Menjelang tahun 1980an, melalui dasar Pandang ke Timar, pelaburan asing juga
digalakan dari negara-negara di Timar, pelaburan asing juga dari negara-negara di
Timar terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malayisa menjalin
hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan juga negara-negara
Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di camping
mengadakan pelaburan di negara berkenaan. Negara kita kaya dengan bahan

mentah seperti petroleum, getah, bijih timah, kelapa sawit dan sebagainya. Keadaan
ini menyebabkan negara kita memerlukan ramai rakan perdagangan untuk
memasarkan barangan dan hasil negara kita. Maka kita haruslah mengkaji aspek
dasar luar negara yang diamalkan tidak membawa keburukan kepada rakan
perdagangan yang sedia ada, di sebaliknya dapat menarik ramai lagi rakan
perdagangan.
Struktur politik negara
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berpalrlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri
berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar
Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedulatan negara-negara lain.
Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Plastin bagi mengwujudkan keamanan
di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada PIagam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu,
Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil
oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia. Negara kita
merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang
mementingkan demokrasi, kebebasan dan kemakmuran rakyat. Maka kita akan
berhubung dengan negara yang juga memperjuangkan prinsip yang sama.
Demografik
Malayisa menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam
sejajar dengan penduduknya yang mejorita beragama Islam.Malaysia tidak
mengadakan hubungan diplomatikdengan negara Israel disebabkan dasar negara
berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Negara kita negara
yang terdiri dari pelbagai kaum dan oleh yang demikian negara kita mengamalkan
dasar luar yang mementingkan prinsip-prinsip perpaduan antara manusia dan juga
prinsip-prinsip penghormatan hak asasi manusia. Bukti negara kita mengamalkan
dasar ini ialah negara kita telah menentang dasar apartheid di Afrika Selatan yang
mengancam hak asasi manusia dan bertentangan dengan amalan perpaduan yang
wujud di negara kita.
Keselamatan negara
Dasar luar negara kita juga dipengaruhi oleh faktor keselamatan negara. Sebagai
contoh, keganasan komunis di negara kita menyebabkan negara kita tidak
berhubung dengan negara komunis. Pergolakan politik di Indo-China menyebabkan
negara kita menentang Vietnam yang menyerang Kampuchea dan kuasa-kuasa luar
yang cuba menggugat kestabilan politik di Asia Tenggara. Pendirian ini perlu untuk
menjaga kestabilan politik serantau. Usaha ini amat perlu dilakukan oleh Malaysia
melalui dasar luarnya.
Keadaan politik serantau
Keadaan politik dan keselamatan serantau juga mempengaruhi dasar luar negara
kita. Dasar luar negara kita bertujuan mewujudkan keamanan dan kestabilan
serantau jelas dilihat apabila negara kita memainkan peranan yang aktif dalam
segala perbincangan mengenai Kampuchea. Negara kita telah cuba menyelesaikan
konflik di negara tersebut agar keamanan dan kestabilan politik wujud di negara itu.
Institusi antarabangsa
Institusi antarabangsa yang dimaksudkan adalah seperti Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB). PBB merupakan satu pertubuhan yang selalu cuba
menegakkan keamanan dan kemakmuran dunia. PBB juga berusaha melindungi hak
manusia. Maka, apabila negara kita menyertai pertubuhan ini, negara kita akan
dipengaruhi oleh prinsip-prinsip ini dan menyelaraskan dasar luar negara kita

supaya selaras dengan prinsip-prinsip pertubuhan tersebut. Selain PBB, negara kita
juga menjadi ahli Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan
Komanwel dan sebagainya.
Hubungan diplomatik
Pada awalnya, nama negara kita tidak dikenali oleh negara yang lain di dunia ini.
Untuk membolehkan negara kita dikenali oleh seluruh dunia, maka negara kita telah
mengadakan hubungan diplomatik dengan negara yang lain. Oleh sebab hubungan
diplomatik yang dijalinkan membolehkan kita memperolehi kepentingan dari segi
politik, ekonomi dan sosial dari negara tersebut, maka polisi yang diamalkan oleh
negara kita akan digubal supaya sesuai dengan keadaan tersebut.
Undang-undang antarabangsa
Dasar luar negara kita dipengaruhi oleh sistem perundangan antarabangsa. Negara
kita menghormati prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam PBB dan juga
undang-undang yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa. Badan-badan
antarabangsa telah menetapkan pelbagai peraturan yang menggariskan etika
tindak-tanduk semua negara terutamanya peraturan atas perundangan tentang
diplomasi, menghormati keutuhan negara lain, komunikasi dan juga mekanisme
untuk menyelesaikan sesuatu pertelingkahan. Maka, dasar luar negara kita juga
terikut-ikut dengan undang-undang yang ditetapkan.
Perkembangan Dasar Luar Malaysia sejak Merdeka ing kini.
Negara kita mengamalkan dasar luar yang ingin mengadakan hubungan dengan
semua negara yang mengamalkan dasar aman, damai dan persahabatan. Sejak
merdeka, dasar luar negara boleh dibahagikan kepada dua tahap: dari tahun 1957
hingga 1969/1970 dan dari tahun 1970 sehingga era kepimpinan Dato Sri Abdullah
Ahmad Badwi.
Era pentadbiran YTM Turku Abdul Rahman Untuk mengeratkan hubungan
diplomatik sesama negara Islam serta meningkatkan syiar Islam, Allahyaraham YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan negara menganjurkan
Pertandingan membaca Al-Quran peringkat antarabangsa. Tradisi ini diteruskan
sehingga ke hari ini. Pada prinsipnya negara mengamalkan dasar berkecuali tetapi
ia lebih cenderung ke arah pro-Barat.
Malaysia mencapai kemerdekaan, berlaku ketegangan dalam politik antarabangsa
yang melibatkan pertentangan antara dua blok, iaitu blok Barat pimpinan Amerika
dan blok Timur pimpinan Rusia. Pertelingkahan antara dua kuasa ini telah banyak
mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia. Malaysia sebagai sebuah negara
kecil sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan. Pertahanan negara pada masa
itu amat bergantung kepada Britain. Ini selaras dengan Perjanjian Pertahanan
Inggeris-Malaya atau Anglo-Malaya Defence Agreement yang ditandatangani pada
tahun 1957 yang menyerahkan tanggungjawab mempertahankan Tanah Melayu
kepada Britain, sekiranya Malaya diserang dari luar. Ini bermakna Malaya terpaksa
bersifat pro-Barat dalam hubungan luarnya bagi memastikan keselamatannya.
Tunku amat menyedari bahawa sekiranya Malaya bersifat pro-Rusia atau China ia
merupakan satu tindakan yang akan mengancam kedudukan Malaya dari segi
keselamatan. Tunku berpandangan bahawa fahaman komunis yang mendapat
dokongan kuat dari negara Rusia dan China akan mengancam kedudukanMalaya.
Beliau berpendirian demikian kerana Malaya telah menghadapi ancaman dari Parti
Komunis Malaya sejak dari tahun 1948 sehingga tahun 1960. Berasaskan pendirian
ini, Malaya tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Rusia, China dan
negara-negara komunis yang lain.

Di bawah kepimpinan Tun Razak yang era pemerntahannya diantara tahun 1970
sehingga 1976 terdapat sedikit perubahan yang dilakukan terhadap dasar luar
Malaysia. Dasar berkecuali Asia Tenggara telah menjadi satu matlamat yang
dijuruskan dalam pelaksanaan dasar luar Malaysia. Ini adalah selaras dengan
komitmen Malaysia terhadap penglibatannya dalam pakatan ASEAN iaitu Persatuan
Negara-Negara Asia Tenggara. Dasar Asean adalah jelas iaitu kuasa-kuasa besar
perlu mengiktiraf Asean sebagai sebuah kawasan atau zon yang aman, bebas dan
berkecuali. Sewaktu zaman peralihan kuasa, Malaysia telah mengadakan hubungan
diplomatik dengan Rusia. Bagi memastikan hasrat Malaysia untuk mewujudkan
kawasan aman, bebas dan berkecuali dapat diiktiraf oleh kuasa-kuasa besar yang
lain, Malaysia perlu mengubah dasar dan sikapnya terhadap China. Malaysia
berkeyakinan bahawa dengan menjalinkan hubungan dengan negara China, negara
tersebut akan mengurangkan sikap permusuhan dengan Malaysia dan
menghentikan sokongannya terhadap PKM. Hubungan diplomatik bermula ketika
Tun Abdul Razak membuat lawatan rasmi ke negara China pada tahun 1974.
Di arena antarabangsa, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga adalah
orangnya yang bertanggungjawab berunding denganIndonesia untuk menamatkan
'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh
Parti Komunis Indonesia (PKI). Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga
mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa
lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Pada 13
Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya
umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat
diisytiharkan seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan
mengambil alih pentadbiran kerajaan. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
dilantik oleh Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj sebagai Pengarah
MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.
Dasar berkecuali ini kemudiannya diteruskan oleh Tun Hussein Onnyang
memerintah antara tahun 1976 hingga 1981 yang menggantikan Tun Razak pada
tahun 1976 sebagai Perdana Menteri .Walaupun berkecuali, dari segi politik
Malaysia masih bersikap pro-Barat. Dalam masa yang sama, Malaysia juga
memberikan keutamaannya dalam hubungan dengan negara-negara dalam ASEAN.
Sikap berkecuali yang diamalkan kemudiannya ialah kerana kepentingan nasional
Malaysia dapat dijamin melalui tindakan ini. Sebagai seorang perwira, Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato'Onn fasih tentang hal ehwal keselamatan. Di bawah
pentadbirannya,
angkatan
bersenjata Malaysiatelah
diperbesarkan
dan
dipermodenkan apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya
Vietnam Selatan ke tangan komunis dan termashyurnya cita-cita 'Teori Domino'
komunis. Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas komunis di hutan
dan di bandar-bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan malah golongan
yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan
pengitipan (intelligen) yang berjaya.
Dasar Luar Era Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dalam periode kepimpinan Tun Dr.
Mahathir (1981-2003), dasar luar Malaysia dilihat begitu menarik kerana bersalutan
isu-isu yang menimbulkan kontroversi dan mengundang perdebatan hangat.
Peranan beliau dalam dasar luar begitu meluas melebihi penguasaan Perdana
Menteri sebelumnya. Dr. Mahathir mempunyai minat dan pengetahuan yang
mendalam, sekali gus perhatian yang tinggi ke atas dasar luar Malaysia. Persoalan
mengenai kebangkitan Islam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Komanwel,

krisis ekonomi serta jurang penguasaan negara maju dengan negara sedang
membangun yang ketara menjadi tumpuan dasar luar Malaysia pada zamannya. Tun
Dr. Mahathir mempelopori beberapa perubahan drastik dalam pelaksanaan dasar
luar iaitu tidak sekadar refleksi daripada situasi dan kedudukan antarabangsa, tetapi
menggambarkan pendekatan proaktifnya dalam menangani isu-isu semasa
khususnya yang berkaitan dengan kepentingan negara dunia ketiga dan negaranegara Islam.
Di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir, Malaysia telah membuat beberapa
perubahan dengan mengambil pendekatan yang lebih berani dalam menyuarakan
isu-isu antarabangsa. Di samping itu, Tun Dr.Mahathir juga telah berusaha untuk
mendekati negara-negara kecil di Selatan Pasifik dan Afrika. Bagi menggalakkan
kerjasama yang lebih erat antara negara-negara tersebut,
Malaysia telah menawarkan diri untuk memberikan kerjasama teknikal kepada
negara-negara sedang membangun.
Tun Dr. Mahathir juga telah mengenengahkan isu kepentingan Antartika terhadap
kesejahteraan manusia sejagat. Isu Antartika sebenarnya timbul berikutan
keghairahan sesetengah negara mengeksplotasi benua berais di Kutub Selatan
untuk kepentingan ekonomi dan politik negara-negara tersebut tanpa memikirkan
kesan jangka panjang ke atas sistem ekologi dunia. Tun Dr. Mahathir juga dengan
lantang telah menyuarakan pandangan tentang isu-isu Negara Dunia Ketiga seperti
penindasan terhadap penduduk kulit hitam di Afrika Selatan, penderitaan yang
dialami oleh penduduk Palestin, dasar perdagangan yang memihak kepada negara
maju, reformasi sistem pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang
selama ini berada di bawah dominasi kuasa-kuasa besar dunia, isu-isu berkaitan
penyalahgunaan dadah dan isu terbaru ialah tentang kawalan
Dasar luar Malaysia di zaman Abdullah Badawi dari 2003 hingga kini pula disifatkan
telah melalui proses evolusi yang dinamik. Perdana Menteri kelima itu meneruskan
kesinambungan dasar luar Malaysia era Perdana Menteri sebelumnya di samping
memperhalusi dan mengukuhkan dasar luar sedia ada.Walaupun dasar luar yang
diamalkan Abdullah masih sama namun pendekatan yang digunakan bagi
menyampaikan aspirasi nasional di arena antarabangsa agak berbeza bersesuaian
dengan keperibadian beliau yang agak sederhana. Walaupun baru beberapa tahun
memegang teraju pemerintahan negara, tetapi apabila menyatakan pendirian
terhadap sesuatu isu dasar luar beliau telah mempamerkan kematangan, ketelusan
dan sikap yang pragmatik. Beliau akan tegas menggesa masyarakat antarabangsa
terutamanya kuasa-kuasa besar supaya memahami isu-isu yang menjadi punca
sebenar yang mencetuskan keganasan, antaranya dasar kuasa besar terhadap
Palestin dan Iraq.
Sebagai Pengerusi OIC, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menerangkan
kepada masyarakat dunia bahawa Islam adalah agama kedamaian yang menentang
keganasan, katanya. Sebagai Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab untuk
memaparkan kepada dunia bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam moden,
dinamik, bertanggungjawab dan boleh dipercayai untuk menjadi rakan perdagangan
dan tempat yang selamat untuk melabur dan melancong.Mengenai dasar luar
negara, Abdullah berkata Malaysia perlu mengurus dan mentadbir secara bijak
jalinan perhubungan yang diwujudkan dengan negara-negara lain melalui dasar luar
yang berprinsip, bebas dan pragmatik dalam usaha memelihara kepentingan
Malaysia di arena antarabangsa. Malaysia akan terus menyuarakan pandangannya
mengenai isu Palestin, Iraq, Afghanistan, Lubnan dan Syria sebagai tanda sokongan
kepada umat Islam sejagat. Malaysia mahu menjalin kerjasama rapat dengan semua

negara, bukannya bermusuh dengan negara asing. Malah, kita komited dan
berpegang pada pendirian untuk tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara lain
dan menyelesaikan sebarang masalah secara aman.
c- Analisis penglibatan Malaysia dalam Isu antarabangsa.
1. Ekonomi.
Definisi
LID bermaksud Dialog Antarabangsa Langkawi atau Langkawi International Dialog.
Dialog ini merupakan mesyuarat rasmi dan tidak rasmi antara barisan
pemimpin Malaysia dengan pemimpin negara dari benua Afrika . Lokasi dialog ini
diadakan di pulau Langkawi .
Latar belakang LID
Dialog Antarabangsa Langkawi dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun
Dr Mahathir Mohamad sejak 1995bagi merapatkan hubungan dengan negaranegara Afrikayang menghadapi masalah yang hampir sama iaitukemiskinan, dan
masalah negara yang pernah dijajah. Dr Mahathir Mohamad tidak mahu negara
membangun dikongkong oleh gagasan dan wawasan dari negara barat sematamata. Kita mestilah keluar dari pemikiran polisi antarabangsa yang tersekat kepada
negara Barat semata-mata. Mentaliti negara dijajah dan bekas negara penjajah
hendaklah dihapuskan. Perkongsian Komanwel mengenai Pengurusan Teknologi
(CPTM) ditubuhkan melalui Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel
(CHOGM). Perkongsian Pintar diasaskan oleh Malaysia. Selepas LID, wujud
pula SAID di Selatan Afrika dan kini CID diCarrebean. Perkongsian pintar ini terbuka
dan melibatkan ahli-ahli politik, kakitangan awam, ahli perniagaan, pemimpin buruh,
pengamal media, ahli akademik, aktivis budaya dan badan-badan bukan kerajaan.
Malaysia dan negara-negara membangun yang lain atau dikenali juga sebagai
Negara-negara Selatan menghadapi beberapa masalah ekonomi akibat terlalu
bergantung pada hasil eksport. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana kira-kira
50% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia merupakan kegiatan
eksport (ekonomi terbuka). Untuk mengatasi masalah ekonomi itu, Negara-negara
Selatan telah melakukan beberapa langkah seperti menganjurkan. LID yang
dianjurkan oleh Malaysia adalah berperanan memanjukan ekonomi Negara-negara
Selatan Selatan dan Negara membangun yang lain. Pelaburan Malaysia di Negara
Selatan-Selatan berjumlah AS$4.8 bilion (RM17.6 bilion) pada tahun lepas berikutan
usaha kerajaan menggalakkan lebih banyak firma tempatan melabur di negara
membangun. Malaysia telah mewujudkan hubungan rapat dan kerjasama dengan
banyak negara Selatan-Selatan dalam bidang pengilangan, perkhidmatan,
perbankan dan kewangan, pemasaran komoditi, pertukaran maklumat, kerjasama
teknikal dan perdagangan. Sebagai bukti menurut Tan Seri Rafidah pelaburan
keseluruhan Malaysia di seberang laut telah meningkat kepada AS$5.9 bilion
(RM21.5 bilion) dalam 2006 daripada AS$3 bilion (RM11.3 bilion) dalam 2005.
Kerajaan Malaysia menawarkan insentif kepada firma-firma untuk melabur di
seberang laut, khususnya di negara Selatan-Selatan. Ini termasuk perbelanjaan
permulaan yang dikecualikan cukai. Kerajaan Malaysia telah mengadakan 56
Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA) dengan banyak negara membangun untuk
menggalakkan pelaburan antara Malaysia dan negara-negara berkenaan. Selaras
dengan tema LID 2007 `Pembasmian Kemiskinan menerusi Pembangunan Modal
Insan dan Pembinaan Keupayaan', Salah satu pencapaian yang dapat dilakukan
melalui teknologi bio adalah salah satu alat yang boleh membantu dalam usaha
membasmi kemiskinan. Kemunculan teknologi ini selaras dengan peningkatan
cabaran getir yang terpaksa dihadapi beberapa negara membangun, seperti isu

berhubung pembekalan makanan yang mencukupi.Aplikasinya akan meningkatkan


nilai yang dihasilkan oleh sektor pertanian, termasuk membolehkan usaha
membawa pulangan hasil yang lebih baik berbanding sebelum ini, terutama dalam
keadaan peningkatan jumlah penduduk yang amat ketara ketika ini.katanya.
Teknologi bio akan membantu menghapuskan kemiskinan dalam tempoh singkat,
manakala dalam tempoh jangka panjang pula ia akan membantu mengekalkan
pertumbuhan ekonomi dunia. Malaysian Biotech Corp turut mengambil bahagian
dalam pameran LID di sini.
Kumpulan Kerja Telekomunikasi dan Maklumat APEC (APEC Telecommunications
and Information Working Group). Kumpulan Kerja Telekomunikasi APEC (TEL) telah
ditubuhkan dalam tahun 1990 sebagai salah satu sektor kumpulan kerja di bawah
naungan APEC.APEC TEL mengadakan mesyuarat dua kali setahun dan giliran
negara yang menjadi tuan rumah bagi perjumpaan ini adalah mengikut pusingan di
antara negara-negara APEC. Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah
untuk Mesyuarat Kumpulan Kerja Telekomunikasi dan Maklumat APEC Ke-27 (27th
APECTEL) yang dijadualkan berlangsung pada 24 - 28hb Mac 2003 di Kuala
Lumpur. APEC TEL bertanggungjawab memberikan laporan tentang segala
aktivitinya kepada Mesyuarat Menteri-menteri Telekomunikasi dan Maklumat APEC
yang dijalankan setiap dua tahun sekali.
Elekomuniti Asia Pasifik (APT). APT telah ditubuhkan pada Mei 1979 untuk
berkhidmat sebagai organisasi telekomunikasi kawasan melalui perjanjian di antara
kerajaan. APT terdiri daripada 30 buah negara yang menjadi ahli, 4 buah negara
sebagai ahli bersekutudan 41 buah negara sebagai ahli gabungan. Struktur
organisasi terdiri daripada 3 peringkat, yakni Perhimpunan Umum, Jawatankuasa
Pengurusan dan Urusetia yang beribu pejabat di Bangkok, Thailand.
Malaysia telah menjadi ahli rasmi APT pada 1hb Julai 1979 yang diwakili oleh
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. Ahli-ahli gabungan APT yang terdiri daripada
beberapa syarikat telekomunikasi Malaysia adalah Binariang, Celcom, Telekom
Malaysia, Time Telecom dan Digi Telecom. Sementara bagi Ericsson Telecom pula
penyertaannya dalam APT bermula pada 1hb Jan 1996.
2. Alam sekitar
Di arena pengurusan alam sekitar antarabangsa, Langkawi dikenali apabila
Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar dipersetujui bersama ketua-ketua
kerajaan Komanwel pada 1989. Malaysia juga telah menandatangani kebanyakan
perjanjian alam sekitar pelbagai hala, yang telah diberi keutamaan oleh masyarakat
antarabangsa antaranya, Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim, Konvensyen
Kepelbagaian Biologi, Konvensyen Basel Mengenai Pergerakan Merentasi,
Sempadan Bahan Buangan Berbahaya, Konvensyen Vienna Mengenai Lapisan
Ozon, Konvensyen Stockholm Mengenal Persistent Organic Pollutants, Konvensyen
Ramsar Mengenal Tanah Lembap,Konvensyen Mengenai Perdagangan Spesies
Flora dan Fauna yang di ancam Kepupusan. Kesemua ini merupakan penglibatan
dan prihatin Malaysia bersama dasar luarnya terhadap alam sekitar.
Para saintis yang menyelia kajian yang paling luas tentang ekosistem sedunia dan
sumbangannya kepada pembangunan ekonomi, pada hari ini mengumumkan
pembukaan sebuah pejabat yang bertempat di ICLARM - Pusat Perikanan Dunia di
Pulau Pinang, Malaysia.
Kajian itu yang dipanggil Penilaian Ekosistem Milenium (MA) merupakan kajian 4
tahun dan usaha ini yang bernilai RM79,800,000 (US$21 million) akan dilaksanakan
di seluruh dunia. Pengarah Eksekutifnya, seorang pakar zoologi, Dr Walter V.Reid

yang juga akan berada di Pulau Pinang akan menyelaraskan kerja-kerja lebih
kurang 1,500 ahli sains dari pelbagai institusi.
Di arena pengurusan alam sekitar antarabangsa, Langkawi dikenali apabila
Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar dipersetujui bersama ketua-ketua
kerajaan Komanwel pada 1989. Persidangan mengenai kepentingan pemuliharaan
alam sekitar terus mendapat perhatian pemimpin dunia. Persidangan Perhutanan
Dunia di Paris pada 1991, Persidangan Kedua Menteri-Menteri Negara Membangun
pada April 1992 di Kuala Lumpur dan Persidangan Bumi di Rio de Janeiro, Brazil
pada Jun 1992 jelas menggambarkan mustahaknya kehijauan alam sekitar
dikembalikan.
Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) juga mengisytiharkan 1988 sehingga
1997 sebagai Dekad Pembangunan Budaya Sedunia dengan memberi penekanan
kepada persoalan kehijauan bumi dan alam sekitar sebagai perkara yang perlu
diberi keutamaan. DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad, dalam ucapan ketika
merasmikan Kongres Jalan Raya Dunia ke-XXI, di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC), Kuala Lumpur pada 3 Oktober lalu berkata, negara di seluruh dunia perlu
menyeimbangkan keperluan antara pembangunan dengan alam sekitar bagi
memastikan perkembangan mutu hidup diteruskan tanpa menggugat sumber asli
yang semakin terhad. Dilema yang dihadapi kebanyakan negara membangun ialah
untuk menyeimbangkan keadaan antara pembangunan dan alam sekitar. Di
Malaysia, pembangunan berterusan dengan penekanan kepada perlindungan alam
sekitar telah diberi keutamaan dalam strategi pembangunan.
Jelaslah di sini, persidangan mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar terus
mendapat perhatian pemimpin dunia. Persidangan Perhu'tanan Dunia di Paris pada
1991, Persidangan Kedua Menteri-Menteri Negara Membangun pada April 1992 di
Kuala Lumpur dan Persidangan Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada Jun 1992 jelas
menggambarkan mustahaknya kehijauan alam sekitar dikembalikan.Pertubuhan
BangsaBangsa Bersatu (PBB) juga mengisytiharkan 1988 sehingga 1997 sebagai
Dekad Pembangunan Budaya Sedunia dengan memberi penekanan kepada
persoalan kehijauan bumi dan alam sekitar sebagai perkara yang perlu diberi
keutamaan. Keperluan memulihara alam sekitar perlu dilihat dari sudut seimbang
dan perhatian yang sewajarnya perlu diberikan dalam menggalak dan mengekalkan
pertumbuhan dan pembangunan ekonomi termasuk pembasmian kemiskinan,
memenuhi keperluan asas dan meningkatkan taraf kehidupan.
3. Politik.
Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), telah ditubuhkan di Rabat,Maghribi pada
25 September 1969 dengan persidangan pertamanya berlangsung di Rabat pada 22
September hingga 25 September. Penglibatan Malaysia dalam OIC telah bermula
pada era pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Melalui pertubuhan
ini, Malaysiatelah memainkan peranan penting dalam soal kestabilan politik negaranegara Islam. Banyak isu-isu dalam dunia Islam yang telah dibincangkan melalui
pertemuan-pertemuan ketua-ketua Negara-negara Islam bermula di Rabat
1955. Melalui peranan Malaysia dalam OIC ini kebanyakkan bahawa ia berpengaruh
ke arah kestabilan politik negara-negara anggota.
Tujuan utama penubuhannya ialah mewujudkan kerjasama antara negara-negara
anggota bagi memupuk perpaduan umat Islam di dunia. Ia juga bertujuan
mengumpulkan sumber negara-negara Islam dalam menggalakkan kepentingan
mereka dan menyatupadukan usaha mereka untuk bercakap sebagai satu suara
dalam meningkatkan keamanan dan keselamatan dunia Islam. Dasar
luar Malaysia yang mengutamakan pemeliharaan keamanan serta memupuk

semangat kerjasama dan perpaduan antarabangsa, menyaksikan negara ini terlibat


dalam membantu mencari penyelesaian di dalam beberapa isu antarabangsa
melibatkan umat Islam.
Malaysia dalam sidang pertemuannya bersama Pemimpin-pemimpin Negara Islam
(OIC) telah menyuarakan banyak persoalan. PerananMalaysia dalam menegaskan
persoalan politik ini memberikan kesan untuk menangani permasalan
tersebut. Persoalan senjata nuklear terus dijadikan alasan untuk menghalalkan
tindakan AS menjarah dunia ini. AS bersikap talam dua muka apabila cuba
menyekat pembangunan teknologi nuklear di negara membangun, tetapi terus
membiarkan kuasa-kuasa besar Peranchis, Britain, Russia, China dan Israel menguji
senjata nuklear mereka. Hakikatnya AS bimbang dengan kemunculan kuasa-kuasa
nuklear baru yang dilihat berupaya mengancam kepentingan AS dan Israel. Kita
kesal apabila AS terus menekan Iran menggunakan isu nuklear ini. Di Iraq sebelum
inipun mereka mencanangkan kononnya Baghdad mempunyai senjata pemusnah,
tetapi sehingga hari ini fitnah tersebut tidak dapat dibuktikan. Dalam pada itu, kita
menyeru pemimpin-pemimpin umat Islam mengambil tindakan proaktif
menyelesaikan isu-isu penindasan di Palestin, Khasmir, Selatan Thai, Moro, Iraq,
Afghanistan, Lubnan, Chechnya, Bosnia, Sudan dan lain-lain. Isu-isu ini tidak akan
dapat diselesaikan selagi pemimpin umat Islam tidak mempunyai kehendak politik
(political will) untuk membela kepentingan saudara seagama mereka. Kita tidak tahu
apa sebenarnya fungsi OIC dalam soal ini dan mengapa Pengerusi OIC lebih leka
merasmikan pameran batik dan kebaya ketika umat Islam terus menderita di merata
dunia. Kita tidak boleh hanya sekadar berbangga kerana mengetuai OIC tetapi tidak
berupaya untuk mengangkat martabat ummah Islam. Malaysia bukan sahaja tidak
membawa OIC ke mana-mana, tetapi Pengerusi OIC sendiri langsung tidak dilihat
oleh masyarakat antarabangsa sebagai pemimpin umat Islam global.
Malaysia yang cuba mempersoalkan Isu Palestin yang bermula pada 1948 apabila
tanah mereka dirampas oleh Israel, masalah Palestin adalah masalah yang lama
dan kronik pada hari ini. Masalah di Timur Tengah kini menjadi lebih besar dengan
krisis politik yang berlaku di Lubnan dan konflik berdarah di Iraq yang sehingga kini
belum selesai. Peranan Malaysia sebagai anggota OIC dan Liga Arab mencari
penyelesaian terutama berkenaan masalah Timur Tengah. Tidak jauh dari kita,
beribu-ribu
orang
menderita...mereka
terperangkap
di
tengah-tengah
peperangan. Perkara ini adanya bantuan bagi kesengsaraan bila penyelesaian
kepada masalah dan isu yang mereka hadapi hari ini dapat diselesaikan. Sidang
Kemuncak dua hari itu di Pusat Persidangan Antarabangsa Raja Abdul Aziz di sini
dibuka oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud. Dalam konteks
Timur Tengah, penyelesaian dua negara di di mana Israel dan Palestin mengiktiraf
satu sama lain dan tinggal bersebelahan dengan aman dan selamat merupakan
sesuatu yang OIC dan Liga Arab terus usahakan.Perdana Menteri juga berkata
beliau gembira dengan perkembangan yang berlaku dengan kemunculan kerajaan
perpaduan Palestin melibatkan Fatah dan Hamas.
Liga Arab dilihat telah gagal dalam menyelesaikan isu Palestin ini bahkan mereka
sendiri dilihat saling bercakaran antara satu sama lain akibat perbezaan pendapat
dan pandangan. Pelbagai jenis persidangan diatur dan dilaksanakan sejak puluhan
tahun yang lalu namun hasilnya hanya di atas kertas tanpa perlaksanaan yang
signifikan. Raja Abdullah yang mewakili kerajaan Arab Saudi yang berperanan
mengatur kerajaan perpaduan Palestin sudah pasti menarik nafas gusar akibat
kegagalan inisiatif yang dibentuknya. Oleh itu Malaysia menggunakan kerusinya
sebagai Pengerusi OIC untuk setegas mungkin menyelesaikan isu ini. Persepakatan

antara anggota OIC yang lain turut diperlukan dalam membantu Palestin menikmati
kembali kedamaian seterusnya mengecapi kemerdekaan sebagai sebuah negara
yang merdeka serta bebas dari cengkaman Israel dan Amerika Syarikat.
Walaubagaimanapun usaha untuk mendamaikan Hamas dan Fatah dilihat
merupakan satu usaha yang sukar memandangkan kedua-dua belah pihak
mempunyai prinsip dan pandangan politik yang sangat berbeza antara satu sama
lain. Sejarah sendiri telah memaparkan betapa kesatuan antara kedua-dua
kumpulan ini boleh dikatakan amat mustahil untuk dilaksanakan. Namun sejarah
pada bulan Mac yang lepas juga turut memperlihatkan bahawa masih terdapat
persefahaman dan titik temu yang boleh dicapai antara kedua-dua belah pihak.
Faktor Palestin sebagai tanah air yang perlu dipertahankan serta ancaman
kejam Israel yang merobek maruah mereka boleh dijadikan faktor penentu
perpaduan antara kedua-dua pihak. Selain itu, peranan yang dimainkan
oleh Malaysia dan OICseharusnya ialah memastikan masalah tersebut diselesaikan.
KESIMPULAN.
Melalui peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam menyumbang kestabilan
politik melalui Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) nyata memberikan harapan
agar suasana politik Negara-negara anggota terjamin. Usul-usul dan peranan
yang diusul oleh Malaysia melalui Dasar Luar Malaysia. Keupayaan Malaysia telah
menarik perhatian melalui pertemuan dan perjumpaan anggota OIC agar kestabilan
politikMalaysia. Peranan Dasar Luar juga memainkan keupayaan Malaysiadalam
perkembangan social, ekonomi dan politik. Sesungguhnya dasar luar juga
mencerminkan kerangka kerja yang diolah untuk menjadi panduan kepada
pemerintahan Malaysia.
RUJUKAN
Al-Hafiz . (1990) Dasar Luar Malaysia Satu Tinjuan Khas, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dr.Hashim Husin (1990), Malaysia Ke arah Kemajuan, Pustaka Media Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Dewan Bahasa dan Pustaka Sdn. Bhd.
Mohd Noor Mat Yazid (1994), Kajian Dasar Luar Malaysia, Pustaka Antara
Media Sdn. Bhd.
Mokhtar A. Kadir (1991), Malaysia Bersama Dasar Luar, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Dialog_Antarabangsa_Langkawi
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?
e=STPM&s=PAM&b=JUL&m=3&t=&r=m&i=LAT
http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=print&sid=3647
http://www.turkishweekly.net/interview.php?id=87
http://shoubra-student.blogspot.com/2007_05_01_archive.html
http://yksm.com.my/portal/index.php?
option=com_content&task=view&id=189&Itemid=85
http://www.puteri.net.my/modules.php?name=News&file=print&sid=1685
http://web5.bernama.com/events/LID2007/newsbm.php?id=277362
http://www.mima.gov.my/mima/htmls/papers/pdf/nazery/Malaysia
%20%20perundangan%20_26Jun07_.pdf
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_08.htm
http://161.139.39.251/akhbar/pollution/1999/bh99a21.htm
http://web5.bernama.com/client/newiwk/bm/template.php?id=234191

http://www.mca.org.my/English/Parliament/Pages/LohSengKok(KelanaJaya)mintaM
ENTERISUMBERASLIDANALAMSEKITARmenyatakanperjanjianperjanjianalamsekitarantarabangsayangtelahdi.aspx
http://www.geocities.com/Athens/Olympus/9443/bab_7.html
http://www.mosti.gov.my/opencms/export/MostePortal/KAS/KASfunctionEn.html
http://161.139.39.251/akhbar/pollution/1999/bh99c14.htm
http://www.ambafrance-my.org/spip.php?article405
http://www.ladang.net.my/idimensi/modules.php?name=News&file=article&sid=1096
http://maf.mod.gov.my/HOMEPAGE/atm/pengaman.html
http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?
name=News&file=print&sid=693berdaulat.
http://force136.fotopages.com/?entry=602874
http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMTunHusseinDatoOnn.htm
http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMTunkuAbdulRahman.htm#Kandung
an
http://www.geocities.com/tokoh_agung/TokohPMMahathirbinMohammad.htm#Kandu
ngan
http://www.ktak.gov.my/bm/template01.asp?contentid=267
http://blisdemo.bernama.com/article.phtml?
SN=d3439ce4ad04c5cc677b7e5ce8af2109&s=10&p=10906
http://www.ktak.gov.my/bm/template01.asp?contentid=267
Konsep
Dasar
Luar
1. Dasar luar ialah polisi yang digunakan oleh sesebuah negara apabila berinteraksi
denga
negara
lain
di
dunia.
2. Dasar luar Malaysia biasanya ditentukan oleh Perdana Menteri dengan bantuan
Jemaah Menteri Kementerian Luar Negeri yang dipertanggungjawabkan mengurus
hubungan luar negeri. Peranan itu dilaksanakan oleh Wisma Putra
Faktor-Faktor
Mempengaruhi
Pembentukan
Dasar
Luar
1.
Kepentingan
nasional
2.
Faktor
geografi
yang
strategik
3.
Faktor
sejarah
dan
budaya
4.
Piagam
Pertubuhan
Bangsa-bangsa
Bersatu
5.
Faktor
kepimpinan
6.
Dasar
berkecuali
7.
Agama
Islam
/
Keanggotaan
OIC
Masalah-masalah
Dalam
1.
Campur
2.
Pendekatan
3.
Pendatang
asing
4.
Tiada
5.
Tuntutan
6.
Perbezaan
7.
Tindakan
8.
Ketegangan
Tahap-tahap

Dasar

Hubungan
tangan
negara

Luar

Luar
luar
berbeza
jiran
penyelarasan
bertindih
kemajuan
unilateral
politik
Malaysia

Tahap
1
:
Pimpinan
Tunku
Abdul
Rahman
(1957-69)
Tahap
2
:
Pimpinan
Tun
Abdul
Razak
Tahap
3
:
Pimpinan
Tun
Hussein
Onn
Tahap
4
:
Pimpinan
Tun
Dr
Mahathir
Mohamad
(1981-2003)
Tahap 5 : Pimpinan Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi (2003 - 2009)
Tahap 6 : Pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak (2009 hingga kini)
Pendirian
1.
2.
3.
Isu-Isu
1.
2.
3.
4.

Malaysia

dalam
Beberapa
Keganasan
Masalah
Masalah
Isu

Isu

Isu

Antarabangsa

Alam
Isu
Isu
Ekonomi

Zon

Eksklusif

(1957-kini)
Antarabangsa
Myanmar
Kemboja
Antarabangsa
Sekitar
Antartika
Aparteid
(ZEE)

Hubungan
Antarabangsa
Malaysia
1. Hubungan Malaysia dengan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam
Sedunia
(OIC)
2.
Hubungan
Serantau
Asia
Tenggara
Bentuk
Kerjasama
Dalam
ASEAN
1.
Kerjasama
Politik
2.
Zon
Aman
Bebas
dan
Berkecuali
(ZOPAN)(1971)
3.
Zon
Bebas
Senjata
Nuklear
(SEANWFZ)
(1987)
4.
Forum
Serantau
ASEAN
(ARF)
(1994)
5.
Kerjasama
dalam
Ekonomi
Malaysia

dan

Hubungan
Malaysia

Pertubuhan

Bangsa-bangsa

Malaysia
dan

Pergerakan

Bersatu

Negara-negara

Isu-isu
Ekonomi
1.
Isu-isu
Ekonomi
2.
Dialog
3.
Kumpulan
4.
Dialog
5.
Perundingan
Ekonomi
6.
Sidang
Kemuncak
7. APEC (Asia Pacific Economic Caucus)

Negara
15
Asia
Asia

(PBB)
Komanwel

Berkecuali

(NAM)

Antarabangsa
Selatan-Selatan
Utara-Selatan
(G15)
Selatan-Selatan
Timur
(EAEC)
Timur
(EAS)

PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA SEMENJAK MERDEKA HINGGA KINI


Jangka
1.

masa

1957-1969
Dasar

(Era

Pentadbiran Tunku
Pro

Abdul

Rahman)
Barat

Tahap di mana Tanah Melayu baru sahaja memperoleh kemerdekaan daripada


British. Dasar luar Malaysia pada tahap ini memperlihatkan dasar pro-Barat yang
antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar
ini dilancarkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra disebabkan faktor politik, ekonomi
dan sosial. Masalah utama yang dihadapi oleh Tanah Melayu pada ketika itu ialah
bagaimana Tanah Melayu mampu menggubal satu dasar luar yang benar-benar
merdeka, terutama sekali dalam soal keselamatan negara (Johan Saravanamuttu,
1983:262).
Tanah Melayu pada masa itu seperti bayi yang baru belajar berjalan kerana Tanah
Melayu negara yang baru memperoleh kemerdekaan amat mengharapkan bantuan,
kerjasama dan hubungan yang erat dengan Britain. Pada waktu itu, Tanah Melayu
hanya menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara Komanwel.
Britain dianggap seperti "bapa yang harus dihormati. Hal ini kerana kesemua
negara yang membentuk Komanwel terdiri daripada negara bekas jajahan British.
Kebanyakan negara-negara ini mendapat kemerdekaan dengan "restu " kerajaan
Britain. Justeru itu, hubungan erat dengan Britain perlu dijaga dalam kalangan
negara-negara Komanwel. Berdasarkan hal ini, Tanah Melayu akhirnya memilih
dasar
luar
yang
pro-Barat.
Dalam soal keselamatan pertahanan negara, melalui satu perjanjian pertahanan
yang ditandatangani pada tahun 1957, Tanah Melayu meletakkan tanggungjawab
pertahanan kepada Britain. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Anglo-Malaya
(AMDA) dan memberi jaminan kepada Tanah Melayu bahawa jika ada berlaku
ancaman atau pencerobohan dari luar, kerajaan Britain akan memberi bantuan
ketenteraan. Syarat-syarat lain dalam perjanjian ini termasuklah jikalau wilayah
masing-masing terancam atau berlaku permusuhan yang melibatkan kedua-dua
pihak di mana-mana negara di dunia, maka kedua-dua haruslah saling berunding.
Tindakan Tanah Melayu menandatangani Perjanjian AMDA antara sebab lainnya
adalah didorong oleh benteng pertahanan yang tidak kuat. Pada ketika itu, Tanah
Melayu hanya mempunyai satu pasukan Rejimen Melayu Diraja dan tidak
mempunya angkatan tentera laut dan udara. Tanah Melayu tidak mungkin dapat
menghadapi serangan dan ancaman dari pihak luar. Tambahan lagi pada waktu itu,
pergolakan politik serantau terutamanya di Indo-China amat membimbangkan Tanah
Melayu. Tunku Abdul Rahman merasakan fahaman komunis di Asia Tenggara
merupakan ancaman yang sangat bahaya kepada keselamatan Tanah Melayu. Demi
tulang belakang keselamatan Tanah Melayu dari segi pertahanan, perjanjian AMDA
telah
ditandatangani.
Namun begitu, perjanjian AMDA tidak mendapat sokongan padu dari semua pihak.
Ada di antara ahli-ahli UMNO, parti-parti pembangkang, pemimpin kesatuan sekerja
dan tokoh-tokoh awam membantah keputusan kerajaan menandatangani perjanjian
ini. Contohnya, Tajuddin Ali, seorang ahli UMNO mengecam perjanjian AMDA
sebagai 'menjejaskan kemerdekaan Tanah Melayu' (Dalton, 1967:66-9). Pemuda
UMNO Johor mendakwa bahawa perjanjian AMDA secara tidak langsung melibatkan
Tanah Melayu ke dalam SEATO (Southeast Asia Treaty Organisation) yang
dianjurkan oleh kuasa-kuasa barat. Bagi membincangkan pembabitan Tanah Melayu
dalam perjanjian ini, UMNO Kedah menyeru supaya diadakan satu mesyuarat
tergempar.

Namun, Tunku Abdul Rahman tidak melayan dan menolak segala bantahan dan
kecaman ini. Tunku akhirnya berjaya memperoleh sokongan sebulat suara dalam
persidangan Majlis Undangan Persekutuan berhubung dengan perjanjian AMDA dan
menegaskan bahawa perjanjian AMDA sangat diperlukan. Menurut Tunku,
.......let us face the facts, and the facts are that we have at our command and army of
less than one division in strength; we have no air force, not even a single plane or a
single man, we have no navy, not even a single sailor and we have not even a single
sea-going craft. With the revenue at our command we can never be able to build our
forces to the strength which we would require for the defence our country.
Dari segi hubungan luar, dasar luar sepanjang tahap 1957-1963 memperlihatkan
Tanah Melayu lebih menumpukan hubungan luar dengan negara-negara barat yang
mempunyai sistem pemerintahan dan ideologi yang sealiran dengannya. Tunku yang
bertanggungjawab dalam mengemudikan dasar luar negara ketika itu memang
dikenali dengan sifat beliau yang sangat anti komunis. Tunku tidak mahu
mengadakan sebarang hubungan dengan Russia atau negara China dan beliau juga
tidak
bersedia
untuk
bertolak
ansur
dengan
pihak
komunis.
Manakala hubungan luar Tanah Melayu hanya dihadkan dalam kalangan negaranegara yang mengamalkan sistem demokrasi dan bukan komunis seperti Amerika
Syarikat, Britain, Australia, Thailand dan Filipina. Pendirian am Tanah Melayu yang
bercorak antikomunis juga amat ketara di bawah pimpinan Tunku. Tunku telah
mengisytiharkan pendirian Tanah Melayu yang tidak berkecuali dalam soal-soal
Perang Dingin atau perbalahan di antara pihak Timur dan Barat. Pada tahun 1958,
dalam
satu
sidang
parlimen,
Tunku
telah
menegaskan
bahawa
There is no question whatsoever of our adopting a neutral policy while Malaya is at
war with the communists. Only when we are certain that people here have become
truly Malayan-minded and have set their minds on making Malaya their only home
can the government declare our policy of neutralitylet me tell you that there are no
such things as local communists. Communism is an international organisation which
aims for world domination, not by aggression if they can avoid it, but by the use of
tactics and methods among the sons of the country to overthrow democracy and to
set up in its place a government after the pattern of all communist countries (Johan
Saravanamutthu,
1983:26)
Di samping soal keselamatan negara, dasar luar yang pro-Barat ini juga didorong
oleh kepentingan ekonomi Tanah Melayu. Tanah Melayu kemudiannya melibatkan
kerjasama-kerjasama yang berasaskan perekonomian bebas. Perjanjian-perjanjian
pelaburan telah ditandatangani dengan negara-negara Jerman Barat, Amerika
Syarikat dan Jepun. Tanah Melayu turut menyokong usaha-usaha di peringkat
antarabangsa dalam pelbagai bidang. Antaranya adalah seperti mengawal harga
barang-barang mentah. Dalam hal ini, sokongan Malaysia dapat dilihat melalui
penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Antarabangsa Bijih Timah, Pertubuhan
Negara-Negara
Pengeluar
Getah
Antarabangsa
dan
lain-lain.
Jangka Masa 1970-1980 (Era Pentadbiran Tun Abdul Razak dan Tun Hussien Onn)
Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan pada tahun 1971 iaitu selapas berlakunya

Tragedi 13 Mei 1969 dan tempat beliau telah diambil alih oleh Tun Abdul
Razak.Berlaku sedikit sebanyak perubahan dalam dasar luar Malaysia berikutan
dengan perambilalihan kuasa tersebut. Tun Abdul Razak telah mengetuai proses
pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada tahun 1970 dan sewaktu itu
Malaysia telah menghadiri Persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di
Lusaka, Zambia di mana Tun Abdul Razak mengisytiharkan dasar utama Malaysia
dalam hubungan antarabangsanya sebagai berkecuali dan tidak akan sesekali
menyebelahi mana-mana blok dalam pertikaian Perang Dingin. Malaysia yang juga
masih lagi berhadapan dengan ancaman komunis sudah mula lebih terbuka dalam
dasarnya terhadap negara-negara komunis. Pemberontakan komunis yang masih
bergerak aktif di Malaysia pada ketika itu diharap dapat diakhiri dengan jalan
perundingan
tanpa
perlu
mengorbankan
nyawa.
Pada tahun 1971, Malaysia telah mengundi negara China untuk diterima masuk ke
dalam PBB dan seterusnya Malaysia mengorak langkah yang lebih jauh dengan
mengadakan hubungan dengan negara-negar komunis. Sekitar tahun 1972-1973,
Malaysia mula mewujudkankan hubungan yang lebih sihat dengan mengadakan
hubungan diplomatik dengan Vietnam Utara, Korea Utara dan Jerman Timur. Pada
1974 pula, Tun Abdul Razak ingin mengasaskan hubungan diplomatik dengan
mengadakan lawatan ke negara China. Selain daripada hubungan dengan negaranegara Komunis, Malaysia turut mengambil berat dan mengeratkan hubungan sedia
ada dengan negara pro demokrasi yang lain. Hal ini dapat dilihat semasa era
pemerintahan Tun Abdul Razak yang sentiasa menguatkan lagi kerjasama serantau
dan hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam dan Afrika. Malaysia turut
berperanan aktif dalam ASEAN, OIC, NAM dan juga Pertubuhan Negara-Negara
Komanwel.
Dasar luar Malaysia telah diteruskan oleh Tun Hussein Onn selepas kematian Tun
Abdul Razak pada 14 Januari 1976 tetapi hanya untuk masa lebih kurang lima tahun
sahaja. Beliau dalam dasar luarnya telah mengeratkan lagi kerjasama serantau dan
hubungan dengan negara-negara Islam serta dengan negara-negara Dunia Ketiga.
Jangka

masa

1980-2000

Era

Tun

Dr

Mahathir

Mohamad)

Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik menjadi Perdana Menteri pada tanggal 16
Julai 1981 bagi menggantikan Tun Hussien Onn. Dasar luar Malaysia tidak
mengalami perubahan dari segi asas utamanya semasa awal peralihan pentadbiran
tampuk negara ini. Malaysia yang berkecuali mendapat keutamaan selain
pengukuhan hubungan kerjasam serantau, hubungan dengan Negara-negara Islam,
Negara-negara Berkecuali dan Negara-negara Komanwel. Berlaku penambahan dari
sudut penambahan penekanan Malaysia dalam hubungan luar yang memberi
keutamaan atau berteraskan ekonomi berbanding hal-hal politik dan keselamatan.
Wisma Putra disusun semula supaya menjadi kementerian luar negeri yang
berorientasikan
ekonomi.
Malaysia mula berperanan aktif dengan serius dalam isu-isu antarabangsa seperti
sekatan-sekatan perdagangan yang dikenakan oleh negara-negara maju terhadap
kemasukan barangan Dunia Ketiga. Tepat pada masa ini jugalah Tun Dr Mahathir
mula muncul dengan memperjuangkan hak-hak kemanfaatan ekonomi untuk negara
Dunia
Ketiga
dalam
forum-forum
antarabangsa.

Tun Dr Mahathir turut memperluas hubungan luar Malaysia dengan mengadakan


hubungan dengan negara-negara kecil Pasifik Selatan seperti Fuji dan Tonga dalam
usaha untuk mempereratkan lagi hubungan ekonomi. Melalui Rancangan Kerjasama
Teknikal atau Malaysian Technical Cooperation Programme, Malaysia memberi
bantuan teknik kepada negara-negara Pasifik Selatan, Afrika serta Asia Selatan dan
juga Asia Barat. Malaysia amat menitikberatkan kerjasama Selatan-selatan dan hal
ini dibuktikan melalui penganjuran Persidangan Selatan-selatan Kedua di Kuala
Lumpur
pada
1986.
Tun Dr Mahathir berperanan penting dalam penubuhan Suruhanjaya Selatan-selatan
yang ditugaskan untuk memperinci langkah-langkah bagi meningkatkan kerjasama
dalam pelbagai bidang dalam kalangan Dunia Ketiga (Ranjit Singh Malhi, 1989).
Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, Malaysia turut meluaskan dasar luarnya
dengan menyertai Persidangan Alam Sekitar di Rio de Jeneiro pada tahun 1992
dalam usaha untuk memperjuangkan hak alam sekitar negara-negara membangun.
ASEAN pada masa ini juga telah berkembang lebih besar dan turut dianggotai oleh
lebih banyak negara. Pada masa kini, negara-negara ASEAN turut dianggotai oleh
sepuluh buah negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina,
Singapura, Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam dan Brunei Darussalam.

Dasar Luar Malaysia


EVOLUSI DASAR LUAR MALAYSIA
MENGIKUT
PERSONALITI
PERDANA
MENTERI
Dasar luar negara tidak statik. Secara asasnya, pembentukannya ialah proses yang
dinamik. Oleh itu, dalam beberapa tahun ini, dasar luar negara kita berkembang
dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi
global yang sentiasa berubah. Tambahan pula, kemunculan globalisasi dan
transformasi dalam hubungan antara negara yang disebabkan oleh teknologi
maklumat yang baru dan berubah pantas, semestinya bermaksud dasar luar negara
kita perlu diubah dan diperhalus untuk menghadapi cabaran baru dalam dunia
globalisasi.
Gaya dan pendekatan dalam mengumumkan dasar luar negara Malaysia mungkin
berbeza mengikut personaliti setiap Perdana Mentari Malaysia yang dahulu dan
sekarang. Satu kajian penting terhadap dasar luar negara Malaysia sejak 1957
menunjukkan perkembangannya yang stabil mempunyai ciri perubahan ketara
mengikut perubahan dalam pengawasan politik Malaysia. Ia boleh diringkaskan
seperti berikut:

1. Era Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj ( 19571969 )

Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj


Dalam tempoh 19571969, negara kita baru memperoleh kemerdekaan. Sepanjang
tempoh pramerdeka ini, di bawah kepimpinan Perdana Menteri kita yang pertama,
Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, dasar luar negara kita didorong ke arah
kelangsungan hidup negara yang baru merdeka. Dasar luar negara kita pada waktu
itu ternyata bersifat anti-Komunis dan pro-Barat dengan hubungan yang rapat
dengan Komanwel. Kita juga menentang kuat aparteid. Pendirian kita tentang
kerjasama serantau juga mula bertapak dengan kemunculan ASA (1960),
MAPHILINDO (1963) dan ASEAN (1967).
2. Era Tun Abdul Razak ( 19701976 )

Tun Abdul Razak


Dalam tempoh 19701976, di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak, sebagai anggota
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Malaysia mula mengenalkan dirinya sebagai
sebuah Negara Islam. Pencarian negara rakan baru secara besar-besaran
meningkatkan kepentingan NAM kepada Malaysia. Kita dikenali sebagai negara
berkecuali dan terdorong ke arah kekecualian, kewujudan bersama secara harmoni
dan kebebasan. Kita juga mula menjauhkan diri daripada kuasa utama dunia,
menekankan semangat serantau dan membina hubungan dan hubungan diplomatik
dengan negara komunis. Pelaburan daripada negara selain British juga mula dialualukan.
3. Era Tun Hussien Onn (19761981)

Tun Hussien Onn


Tempoh penggabungan di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn (19761981)
dengan ASEAN menjadi asas dalam dasar luar negara Malaysia ekoran daripada
kejatuhan Saigon (kini Bandar Ho Chi Minh) pada tahun 1975, pengunduran Tentera
AS dari Asia Tenggara dan pencerobohan Kampuchea (kini Kemboja) oleh Vietnam.
Sidang Kemuncak ASEAN yang pertama diadakan dan Malaysia menandatangani
Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Bali pada tahun 1976. Penekanan yang
lebih tegas turut dibuat ke atas kebebasan, kekecualian dan kedudukan yang sama
dengan kuasa utama dunia.

4. Era Tun Dr Mahathir ( 1982 2003 )

Tun Dr Mahathir
Perubahan yang lebih drastik terjadi apabila Tun Dr. Mahathir Mohammad
mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981.
Pendirian dasar luar negara Malaysia lebih banyak berorientasikan ekonomi
daripada sebelum ini, ditambah dengan pembelaan yang kuat dan bersemangat
kebangsaan untuk hak, kepentingan dan aspirasi negara membangun serta
sokongan daripada Kerjasama Selatan-selatan. Kepimpinan Tun Dr. Mahathir
menunjukkan pelbagai inisiatif baru diusahakan, contohnya:
Pelbagai Inisiatif Baru yang Diusahakan:
Antartika sebagai warisan bersama dunia.
Dasar Pandang ke Timur (LEP).
Berjuang untuk negara membangun dalam isu utama seperti alam sekitar, hak asasi
manusia dan demokrasi.
Dengan kemunculan globalisasi, mengenal pasti kesan baik dan buruk globalisasi
terhadap negara membangun.
Pendekatan yang proaktif dan bersungguh-sungguh dalam isu Aparteid dan Palestin.
Perpaduan Islam Mempengerusikan dan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak
OIC ke-10, tuan rumah Ekspo OIC Pertama, membentuk D-8.
Keamanan dan keselamatan antarabangsa Malaysia menganggotai UNSC,
peranan sebagai pengaman di beberapa buah negara seperti Kemboja, Somalia,
Bosnia, Kosovo, Namibia dan Timur Leste. Malaysia turut giat menentang sikap pilih
kasih, berat sebelah dan tindakan pintas di luar lingkungan PBB.
Keganasan Malaysia menerapkan kerjasama antarabangsa serantau yang kukuh
untuk membanteras keganasan, menentang kuat menyalahkan agama atau kaum,
menyarankan pelbagai aspek pendekatan dalam membanteras keganasan termasuk
mengenal pasti dan menghapuskan penyebabnya, menjadi tuan rumah Mesyuarat
Menteri-menteri Luar OIC berkenaan Keganasan pada tahun 2002, menubuhkan
SEARCCT yang memberikan tumpuan utama kepada latihan dan pembinaan
keupayaan.
Membuka Sempadan Baru:
Mengadakan hubungan dua hala secara aktif dengan negara Afrika, Amerika Latin
dan Eropah Timur, terutamanya dalam perdagangan, pelaburan dan pemindahan
teknologi dengan semangat Kerjasama Selatan-Selatan. Termasuk juga membuka
Perwakilan Diplomatik dan lanjutan kepada Program Kerjasama Teknikal Malaysia
(MTCP) di negara ini.
Berorientasikan Ekonomi:
Kerjasama Ekonomi Asia Timur (daripada EAEG kepada EAEC kepada ASEAN +3).
Kerjasama Pembangunan Serantau Konsep Segi Tiga Pertumbuhan, seperti,
IMTGT, IMSGT, BIMP-EAGA.
Kumpulan G-15 (G15) pelaksanaannya dimulakan oleh Malaysia.
Diplomasi Ekonomi pelaburan ke luar negara dengan prinsip makmurkan jiran
anda, Kerjasama Selatan-Selatan, MIGHT, Dialog Antarabangsa Langkawi (LID),
Dialog Antarabangsa Afrika Selatan (SAID).

5.

Era

Tun

Abdullah

Ahmad

Badawi

2003

-2009

Tun Abdullah Ahmad Badawi


Tempoh 2003kini, inisiatif dasar luar negara sudah dilaksanakan. Di bawah
kepimpinan YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, inisiatif dasar luar negara terus
diperhalus untuk memperlihatkan:
Respons pragmatik dalam menyahut cabaran geopolitik dan ekonomi semasa
Pandangan Malaysia disampaikan dengan lebih jelas.
Keteguhan sebagai lanjutan dinamik kepada dasar sedia ada.
Peranan kepimpinan yang berpengaruh sebagai Pengerusi Pergerakan Negaranegara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan ASEAN;
dan
Malaysia sebagai contoh terkemuka sebuah negara Islam yang bertoleransi dan
progresif Islam Hadhari
Perkembangan dasar luar negara di bawah kepimpinan perdana menteri yang silih
berganti menunjukkan tindak balas pragmatik terhadap perubahan geopolitik dan
ekonomi pada tempoh tersebut. Untuk terus relevan dengan keperluan negara,
dasar luar negara tidak boleh statik.
Walaupun perubahan dalam keutamaan menjadi ciri asas bagi dasar luar negara
Malaysia, kesinambungan juga jelas kelihatan. Perubahan dan kesinambungan ini
memperlihatkan tahap keyakinan dan kematangan negara yang lebih tinggi dalam
mengendalikan hubungan antarabangsanya. Malah, kepimpinan Malaysia turut
diiktiraf dalam pelbagai isu yang menarik minat negara membangun.
Sebagai sebuah negara yang berdagang, kita amat bergantung pada persekitaran
antarabangsa yang harmoni demi kesejahteraan kita. Pada asasnya, dasar luar
negara kita perlu diorientasikan supaya tumpuan yang lebih besar dapat diberikan
kepada diplomasi ekonomi. Pada masa lalu, semasa kita menghasilkan khususnya
bahan mentah dunia, Malaysia perlu bersaing dengan hanya segelintir negara.
Kini, apabila kita menjadi negara perdagangan industri, kita tiada pilihan lain kecuali
berusaha lebih keras untuk bersaing dengan lebih baik dan mencari pasaran baru
untuk barangan dan perkhidmatan kita. Kita perlu mencari dara baru untuk berurus
niaga dengan negara luar. Kita perlu mencari bidang yang memberikan kelebihan
kepada kita.
Untuk itu, Malaysia melaksanakan beberapa dasar luar negara yang kukuh yang
membantu mewujudkan ekonomi yang mantap, dinamik dan mudah pulih. Antara
lain, dasar ini termasuklah:

Dasar Pandang Ke Timur

Pelaburan Keluar Negara Makmurkan Jiran Anda

Penswastaan Malaysia

Kerjasama Selatan-Selatan

Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)

Dialog Antarabangsa Langkawi


5. Era Datuk Seri Najib Tun Razak ( 2009 -kini )

Datuk Seri Najib Tun Razak


Blok sejenak bersama pak long_Nadi penyambung
http://paklongcikgu.blogspot.com/2008/03/dasar-luar-malaysia.html
http://dayafikir.wordpress.com/2010/12/14/dasar-luar-malaysia/
http://www.scribd.com/doc/19008044/Dasar-Luar-Negara-Malaysia
http://www.scribd.com/doc/19011598/Dasar-Luar-Malaysia
pengajian am stpm
http://pam900stpm.blogspot.com/2009/08/dasar-luar-malaysia.html

DASAR LUAR MALAYSIA


a. Terangkan definisi dan objektif Dasar Luar Negara.
DEFINISI DAN OBJEKTIF DASAR LUAR NEGARA
Dasar luar negara boleh dianggap sebagai instrumen atau alat yang diperlukan
oleh sesebuah negara untuk berhubung, berinteraksi dengan sebuah negara yang
lain, baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh dengannya. Melalui dasar
luar negara, kita menyatakan pendirian kita berhubung dengan sesuatu isu yang
berlaku di sempadan negara kita mahupun negara lain yang jauh dari segi
kedudukan
geografi dalam hubungan antarabangsa. Dalam sistem perhubungan antarabangsa,
pembentukan dasar luar negara juga perlu mengambil kira dasar luar atau sikap
negara-negara lain. Dasar luar boleh berubah mengikut senario politik
antarabangsa.
Tetapi, apa yang penting ialah dasar luar perlu mengutamakan kepentingan negara
dan juga keselamatan, kemakmuran penduduknya. Ringkasnya, terdapat beberapa
pendekatan yang boleh digunakan dalam membentuk dasar luar sesebuah negara:
(i) Dasar luar boleh bersifat berkecuali dan tidak mengikat mana-mana negara dalam
membuat keputusan walaupun menghadapi tekanan dari negara-negara atau
kuasakuasa
besar yang lain.
(ii) Dasar luar juga boleh berbentuk pemencilan atau pengasingan seperti yang

diamalkan oleh sesetengah Negara yang mengambil pendirian menyisihkan negara


itu daripada pergolakan yang berlaku di luar.
(iii) Dasar luar juga boleh mencerminkan sikap memihak kepada negara atau kuasa
besar yang mempunyai persamaan dengan negara tersebut dari segi amalan dan
ideologi yang diamalkan. Dasar ini jelas ketara sewaktu berlakunya era Perang
Dingin
antara Rusia yang mengamalkan faham komunis dan Amerika Syarikat yang
mengamalkan faham demokrasi/kapitalis. Negara1
negara yang menganuti ideologi komunis akan memihak kepada komunis dan
sebaliknya, negara yang mengamalkan demokrasi/kapitalis, akan berkiblat kepada
Amerika.
b. i. Jelaskan prinsip asas Dasar Luar Malaysia dan faktor-faktor
pertimbangan dalam pembentukan Dasar Luar Malaysia.
PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA
Di samping mengamalkan dasar berkecuali, Malaysia mempunyai beberapa
prinsip atau tafsiran yang menjadi panduan dalam membentuk dan melaksanakan
dasar luarnya.
Antara prinsip-prinsip yang diamalkan ialah:Pertama, negara kita terletak dalam kawasan yang mustahak dari sudut
geopolitik di rantau Asia-Pasifik. Sebagai sebuah negara yang terletak di
persimpangan dua jalan yang penting, iaitu Lautan India dan Lautan Pasifik yang
kaya
dengan sumber galian seperti minyak, bererti kedudukan negara kita adalah penting
dari segi kestabilan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik.
Kedua, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan
ekonominya berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan
mentah serta barangan yang diproses. Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup
dan ekonomi yang kukuh di Asia. Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara
sentiasa
bergolak dengan permasalahan politik yang boleh mengancam kedudukan ekonomi
dan politik negara.
Ketiga, Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua negara
dapat hidup aman dan damai. Berasaskan kepada kepercayaan ini, Malaysia telah
memainkan peranan aktif dan memberikan sumbangan yang bermakna terhadap
PBB
2
melalui penyertaan penuh semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO
dan
UNCTA D. Malaysia juga memberikan sokongan terhadap orde baru Ekonomi
Antarabangsa dan kegiatan-kegiatan Negara-Negara 77 untuk mencapai keadilan
dalam sistem perdagangan yang selama ini memihak kepada negara maju sahaja.
Keempat, Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam
penglibatan sebagai anggota Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih
untuk
menjadi tuan rumah persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM).
Pertalian
erat yang ditunjukkan dalam penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan
pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung

pada September 1998.


Kelima, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia
telah menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah
memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC).
Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama
OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan
negara-negara Islam sebagai salah satu asas hubungan luarnya.
3
FAKTOR-FAKTOR PERTIMBANGAN PEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA
Pembentukan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang
menentukan corak dan arah dasar luar negara. Faktor-faktor berkenaan ialah
sejarah,
ekonomi, politik, geografi dan demografi.
FAKTOR SEJARAH
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan
negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu.
Hubungan luar ini lebih berbentuk hubungan perdagangan. Pada masa ini telah
terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negaranegara
yang ada pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.
Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan
meneruskan hubungan diplomatic dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti
Australia dan New Zealand. Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman
komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis ini
menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini mendorong Malaysia
mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama,
Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai
keupayaan pertahanan.
FAKTOR EKONOMI
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan
ini menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha
memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan
4
antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin
hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britain dan
Amerika Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan
pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah
diambil
bagi menggalakkan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan
ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun
1980an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari
negaranegara
di Timur terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia
menjalin hubungan baik dengan negara-negara yang sedang membangun dan juga
negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di
samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.
FAKTOR POLITIK
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi
berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa hadapannnya sendiri

berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar
Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain.
Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan
di
rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh
itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah
diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.
FAKTOR GEOGRAFI
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan
bersempadan dengan hampir kebanyakan negar di rantau ini seperti Singapura,
Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama
kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan
mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.
5
FAKTOR DEMOGRAFI
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negaranegara
Islam sejajar dengan penduduknya yang majority beragama Islam. Malaysia
tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar
negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan
kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama
masingmasing.
Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia
meneybabkan Malaysia menentang keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika
Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan
negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh
kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat
mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia.
6
ii. Galurkan perkembangan Dasar Luar Malaysia semenjak
merdeka hingga kini.
PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA
Sejak mencapai kemerdekaan, dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut
peredaran masa dan perkembangan dunia. Dalam menentukan dasar luar negara,
perkembangan semasa memainkan peranan penting. Pengaruh komunis yang
begitu
kuat dan perkembangan dunia yang sedang menghadapi era Perang Dingin
merupakan faktor yang perlu diambil kira.
Perkembangan dasar luar Malaysia dapat dibahagikan kepada 3 tahap seperti yang
berikut:
Tahap Pertama -Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
Tahap Kedua - Tun Abdul Razak (1972-1976) &
Tun Hussein Onn (1976-1981)
Tahap Ketiga - Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003)
7
Tahap Pertama
Dasar luar Malaysia pada tahap pertama
memeperlihatkan dasar pro-Barat yang
antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan

negara jiran dan Komanwel. Dasar luar


berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul
Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan
alam sekitar. Ancaman komunis di negaranegara
Asia Tenggara dan juga di dalam
negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu,
Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel
terutama Britain, Australia dan New Zealand.
Bagi meneykat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah
menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan
Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan
memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
Di samping itu, dasar luar Malaysia juga
adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini
disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran
terutamanya selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia
(1963-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina
(1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada
Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara
8
hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian menubuhkan
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama
Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan
Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina
dan Singapura.
Pergantungan Malaysia kepada Britain
dalam menjaga kepentingan ekonomi negara
ini. Malaysia merupakan anggota blok sterling
yang menjalankan urusan perdagangan
dalam nilai mata wang paun sterling. Malaysia
masih memberikan tumpuan kepada dua hasil
utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan
mengharapkan sepenuhnya permintaan
daripada negara Barat termasuk Britain. Pelabur Britain masih menguasai peratus
yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan
perindustrian.
Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran
bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti
Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan
pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru.
9
Tahap Kedua
Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula
berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan
semua negara. Perubahan dasar luar ini disebabkan
kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan
kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar ini
juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam
yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat

dan China.
Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia,
beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan
konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of
Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bersamasama
dengan anggota negara ASEAN. Malaysia juga
telah menjalin hubungan diplomatic dengan negara
berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea
Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.
Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya
dengan negara jiran jelas dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan
diplomatic dengan Vietnam pada tahun 1967. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia
dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.
10
Tahap Ketiga
Dasar luar Malaysia pada tahap ini telah
mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan
penekanan kepada kepentingan ekonomi. Keepntingan ini
adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan
dan pembangunan terutama di kalangan negara
membangun. Dalam usaha mencapai matlamat dasar
tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih
erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan
krisis Vietnam dan Kampuchea.
Di samping itu, Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982
dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi
membangunkan
negara Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan
menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara,
kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.
Malaysia juga telah mempertingkatkan
hubungan dua hala dengan negara-negara
lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh
bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri
Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika,
Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik
Selatan. Dalam setiap siri lawatannya, misi
perdagangan Malaysia akan turut serta dan
menandatangani perjanjian perdagangan dua
hala yang menguntungkan kedua-dua belah
11
pihak. Beliau percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan
perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga juga.
Berdasarkan tiga tahap berkenaan, didapati dasar luar Malaysia berubah
daripada dasar pro-Barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua
negara, serta memberikan penekanan kepada hubungan dua hala yang dapat
memantapkan ekonomi negara.
12
c. Analisis penglibatan Malaysia di arena antarabangsa dalam bidang
ekonomi, politik dan isu alam sekitar yang telah mendapat pengiktirafan dunia.

Bidang Ekonomi
Bidang ekonomi memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam
menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Pertama, hal ini disebabkan Malaysia
merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai
mata wang paun sterling. Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua
hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya
permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Ketiga, pelabur Britain masih
menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang
perladangan dan perindustrian.
Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran
bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti
Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan
pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru.
Bidang Politik
Bidang politik merujuk kepada ancaman komunis di negara-negara Asia
Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu,
Malaysia
memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama
Britain, Australia dan New Zealand.
Bagi meneykat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah
menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan
Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan
memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
13
Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara
jiran. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutamanya selepas
Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965),
terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura
daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan
negara
jiran terbukti melalui beberapa perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara
Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina,
MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN
pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Bidang Isu Alam Sekitar
Bidang isu alam sekitar merujuk kepada penyertaan Malaysia dalam beberapa
pertubuhan antarabangsa dan bergiat secara aktif seperti dalam Komanwel,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
(NAM), Kumpulan Selatan-Selatan dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
14
PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM ARENA ANTARABANGSA
Komanwel
Pertubuhan ini telah dibentuk pada tahun 1931 dan anggotanya terdiri daripada
negara bekas jajahan Britain yang telah merdeka. Keanggotaannya terdiri daripada
54
buah negara maju dan juga negara sedang membangun. Sekretariat Komanwel
telah
ditubuhkan pada tahun 1965 dan beribu pejabat di London.
Matlamat penubuhan Komanwel adalah untuk membina semangat setia kawan
di kalangan negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam segala bidang.

Selepas mencapai kemerdekaan, negara-negara Komanwel telah membantu


Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara dalam bentuk meneykat
perjuangan Parti Komunis Malaya. Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan
Britain, Australia dan New Zealand juga menjanjikan bantuan daripada mereka
sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Malaysia
berkonfrontasi
dengan Indonesia.
Sebagai negara anggota Komanwel, Malaysia telah mendapat banyak faedah,
antaranya termasuklah kerjasama pertahanan. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan
Komanwel atau Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) diadakan
di
kalangan negara anggota setiap dua tahun. Mesyuarat ini menyediakan ruang bagi
pertemuan ketua-ketua kerajaan untuk membincangkan hal-hal kepentingan
bersama.
Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 telah mengisytiharkan Deklarasi
Langkawi. Malaysia juga dengan lantang bersuara menentang dasar apartheid di
Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Begitu juga dari segi
perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain
dikenakan cukai yang rendah. Namun, keistimewaan ini telah dihakis selepas Britain
menjadi anggota pertubuhan Kesatuan Eropah (EU). Rancangan Colombo pula
menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. Dalam
bidang
sukan, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
15
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
PBB telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945, iaitu selepas Perang
Dunia Kedua apabila Liga Bangsa dibubarkan setelah gagal menghalang berlakunya
Perang Dunia Kedua. Ibu pejabat asalnya di San Francisco tetapi pada tahun 1946
berpindah ke New York. Pada awal penubuhannya, PBB dianggotai oleh 51 buah
negara sahaja tetapi sehingga tahun 2002 keanggotaanya meningkat kepada 189
buah negara. Malaysia telah menjadi ahli PBB pada tahun 1957, setelah negara kita
mencapai kemerdekaan.
Negara anggota PBB harus akur dengan Piagam PBB, iaitu satu perjanjian
antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.
Terdapat empat matlamat Piagam PBB. Pertama, menjamin keamanan dan
keselamatan dunia. Kedua, menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara
anggota. Ketiga, berkerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan
melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
Keempat, menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.
Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB semasa membantu
menyelesaikan konflik antarabangsa. Sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilih untuk
menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang
saudara di Congo (kini dikenali sebagai Zaire). Pada tahun 1989, sekali lagi
Malaysia
dipilih untuk mewakili pasukan pengamanan PBB ke Namibia bagi membantu
negara
itu mncapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar
pasukan
pemerhati ke sempadan Iran Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan
pengamanan ke Bosnia.

Malaysia juga lantang bersuara di PBB menentang dasar apartheid di Afrika


Selatan. Negara kita juga menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia
yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara.
16
Dari segi ekonomi, Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank
antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945. Matlamat
penubuhan Bank Dunia ini adalah untuk membantu negara-negara ahli yang sedang
membangun terutama dari segi kewangan dalam menyusun semula dan
membangunkan ekonomi negara-negara tersebut. Malaysia sebagai ahli
memperoleh
faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing dan ini diharapkan dapat
membasmi kemiskinan di luar bandar selain menyediakan peluang pekerjaan.
Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan
rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan membangunkan
prasarana pendidikan dan penyelidikan.
Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi
gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia, satu persidangan
antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada bulan Jun 1987 dan Perdana
Menteri
Malaysia telah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut. Di samping itu,
Malaysia
juga telah bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB. Contohnya,
kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan
Makanan dan Pertanian atau Food and Algricultur Organization (FAO), kerjasama
dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia atau
World Health Organization (WHO), dan juga kerjasama dalam bidang sains dan
teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa
Bersatu atau United Nations for Educational, Scientific and Cultural Organization
(UNESCO).
Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun
1965, 1989 dan 1999. wakl Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi
Pengerusi
Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB untuk
menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Malaysia juga berpendirian tegas
dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan
menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.
17
Pergerakan Negara Negara Berkecuali (NAM)
NAM telah ditubuhkan pada bulan September 1961 semasa kemuncak Perang
Dingin. Ahlinya merupakan negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika
Selatan. Anggotanya terdiri daripada 113 buah negara, manakala 16 buah negara
sebagai pemerhati dan 28 buah negara merupakan tetamu jemputan.
Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dunia
tanpa menyokong blok Barat atau blok komunis. Malaysia telah menganggotai
pertubuhan ini pada tahun 1970, iaitu selepas berlakunya pertukaran Dasar Luar
Malaysia daripada dasar pro-Barat dan antikomunis kepada dasar berbaik-baik
dengan semua negara.
Prinsip perjuangan NAM adalah mengelakkan campur tangan asing dalam hal
ehwal sesebuah negara, menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara
melalui perundingan dan persefahaman serta menghormati hak asasi manusia.

Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi pada tahun 1987, Malaysia telah
membuat beberapa usul bagi membela kepentingan negara-negara yang sedang
membangun. Anataranya termasuklah isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu
Benua
Antartika. Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare (Zimbabwe), Malaysia telah
menegmukakan cadangan bagi menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan.
Pada tahun 1989, Malaysia telah diberikan penghormatan apabila dipilih sebagai
Naib
Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia. Malaysia juga
telah
dilantik sebagaih ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik
negara
anggota. Di samping itu, Malaysia juga telah berjaya menjadi tuan rumah kepada
Sidang Kemuncak NAM yang ke 13 pada tahun 2003. siding kemuncak ini
mencatatkan penyertaan tertinggi dengan kehadiran 63 negara ahli, iaitu Timur
Leste
dan Pulau Catalina. Pada masa yang sama, sidang ini berjaya menganjurkan satu
mesyuarat tidak rasmi OIC. Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha
18
menghidupkan kembali NAM dan pernyataan bersama telah dikeluarkan tentang
kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.
Negara Negara Selatan
Negara Negara Selatan juga dikenali sebagai Negara Negara Dunia Ketiga.
Negara negara ini mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang
ekonominya dan pernah dijajah oleh kuasa Barat. Negara ini masih bergantung
kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah. Pergantungan kepada
negara
negara maju adalah kerana Negara Negara Selatan tidak mempunyai kepakaran
dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Pergantungan
ini
membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil seperti kawalan terhadap
harga bahan mentah dan pengenaan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman
yang diberikan. Oleh itu, matlamat kumpulan ini adalah untuk mengatasi harga
eksport bahan bahan mentah dan meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal
di
kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada negara negara maju.
Malaysia memainkan peranan penting dalam menubuhkan Suruhanjaya
Selatan Selatan kerana idea penubuhannya dating daripada Dato Seri Dr.
Mahathir
Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe pada tahun 1987.
strateginya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 atau G15 pada tahun 1989.
Sidang kemuncak G15 yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun
1990.
Antara projek yang dirancang termasuklah kerjasama dalam bidang sains dan
teknologi serta penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan
Teknologi Selatan atau South Investment, Trade and Technology Data Exchange
Center (SITTDEC) di Kuala Lumpur, penubuhan Sistem Kewangan Perdagangan
Global atau Global System of Trade Preference (GSTP) dan juga penubuhan
kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.
19

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)


OIC yang beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi, ditubuhkan pada tahun 1971
daripada idea Tunku Abdul Rahman. Semasa ditubuhkan, ahlinya terdiri daripada 57
buah negara dengan tiga buah negara lagi sebagai pemerhati. Matlamat utama
penubuhannya adalah untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam
segala bidang dan bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam.
Matlamatnya juga adalah untuk mengekalkan perdamaian dalam segala
persengketaan antara negara Islam serta bersama-sama memastikan tempattempat
suci Islam dihormati dan tidak dicemari.
Pertubuhan ini banyak memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang
mengahadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia
dan Afghanistan. Bantuan dalam bentuk kewangan juga diberikan kepada
negaranegara
Islam yang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad. OIC juga telah
menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan
kepada negara anggota.
Malaysia telah memainkan peranan penting dalam pertubuhan ini apabila
Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agung OIC
yang pertama. Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan
Iran Iraq. Di samping itu, Malaysia juga memberikan sokongan kepada rakyat
Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka
daripada Israel.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan
2003, di samping menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan
negara Islam pada tahun 2002. Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para
pelajar
dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Malaysia juga telah mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara
Islam
untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.
20
Sebagai negara anggota OIC, Malaysia juga telah medapat faedah berupa
pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek projek
pembangunan untuk kepentingan rakyat. OIC juga telah memberikan bantuan
kepada
Malaysia untuk menubuhkan UIAM. Selain itu, Malaysia telah mendapat
penghormatan daripada negara anggota yang lain kerana amat serius dalam
memperjuangkan hak dan kebajikan negara negara Islam.
Dasar Luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan
serantau dunia telah meninggalkan kesan positif kepada Malaysia. Ketokohan para
pemimpin Malaysia jelas terbayang melalui dasar luar yang diamalkan. Dasar luar
yang dinamik ini perlu agar Malaysia juga harus mampu menangani cabaran ini
dengan mengadakan perubahan yang pesat dan pantas di dalam negeri melalui
dasar
negara yang inovatif agar terus dapat bersaing pada peringkat antarabangsa.
21
MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN SERANTAU
Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri
daripada negara negara yang berjiran antara satu sama lain. Pembentukan

pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial.


Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau
yang telah dibentuk dan disertainya iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada
tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967.
Persatuan Negara Negara Asia Tenggara (ASA)
Setelah mencapai kemerdekaan, negara kita dan juga negara negara
serantau diancam hebat oleh pengaruh komunis. Di Malaysia, pergerakan PKM
telah
memainkan peranan penting menyebarkan pengaruh fahaman komunis di kalangan
rakyat. PKM telah diharamkan oleh kerajaan dan ini menyebabkan ahli ahlinya
melancarkan gerakan gerila bagi menjatuhkan kerajaan.
Di negara negara jiran, ancaman komunis juga hebat terutamanya di
Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. PKM telah menggunakan sempadan
Malaysia Thailand sebagai pangkalan gerakan gerila mereka dan ini menyukarkan
usaha kedua dua negara untuk melemahkan dan seterusnya menghapuskan
gerakan komunis. Begitu juga dengan negara Filipina yang turut diancam oleh
pengaruh komunis.
Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara negara jiran agar
dapat membendung pengaruh dan gerakan PKM. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman
telah mencadangkan penubuhan ASA. Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi
negara negara anggota daripada ancaman komunis dan juga menjalinkan
kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.
22
Pada 31 Julai 1961, satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia
dengan Thailand dan Filipina, hasilnya ASA telah ditubuhkan. Antara matlamat ASA
yang digalurkan semasa penubuhannya termasuklah:
Menjalinkan kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sains
dan sosial.
Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam
bidang
sains dan teknologi di kalangan negara anggota.
Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara negara
serantau.
Walau bagaimanapun, matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana keadaan
kerjasama yang erat. ASA juga dianggap sebagai pertubuhan antipemerintahan
Presiden Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia mempunyai
perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia
dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan Malaysia telah membawa kepada
pembubaran ASA pada tahun 1963.
MALAYSIA, FILIPINA dan INDONESIA (MAPHILINDO)
MAPHILINDO merupakan cantuman nama tiga buah negara iaitu Malaysia,
Filipina dan Indonesia. Tujuan utama penubuhnnya adalah untuk meningkatkan
perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia
Filipina dan Malaysia Indonesia.
Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan kedua dua negara
tersebut adalah disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Indonesia tidak
bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno menganggap
pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonalisme atau penjajahan bentuk baru.
Tentangan Filipina pula adalah kerana negara tersebut menuntut Sabah yang
didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.

23
Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah
rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan ini akhirnya membawa kepada
penubuhan MAPHILINDO. Ketiga tiga negara ini telah mencapai kata sepakat
memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah
tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. PBB telah menghantar
perwakilannya pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More untuk
meninjau rakyat di kedua dua negeri berkenaan. Hasilnya, majority rakyat di kedua
dua negeri bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia. Sungguhpun begitu,
Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dengan siasatan PBB dan terus
menentang pembentukan Malaysia. Persengkataan yang berterusan ini
menyebabkan
MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi.
Persatuan Negara Negara Asia Tenggara (ASEAN)
Hasrat Malaysia untuk berbaik baik dan mengadakan kerjasama dengan
negara negara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang
dibentuk
sebelum ini, iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama.
Usaha
ini akhirnya berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967
yang membawa kepada penubuhan Persatuan Negara Negara Asia Teenager atau
lebih dikenali sebagai ASEAN. Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah
mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu
sama
lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup
penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan
perindustrian,
memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta
mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan
antarabangsa. Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah
negara,
iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya
bertambah menjadi sepuluh apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli.
Negara negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea.
24
Negara Papua New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini
terletak
bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan dalam Zon Asia Tenggara.
Kerjasama antara negara anggota ASEAN semakin teguh hingga ke hari ini
dan bagi memastikan perjalanannya yang lancar, struktur pentadbiran ASEAN
dibentuk.
Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam ASEAN
ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama
serantau. Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyank rancangan yang
berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama.
Dalam Mesyuarat Menteri Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan
November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara
anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat
mengisytiharkan negara negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali
atau lebih dikenali sebagai Zone of Peace, Free and Nuetrality (ZOPFAN). Tujuan

utama penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kstabilan


politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersetongkol dengan mana mana blok Barat
atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa kuasa besar.
Walau bagaimanapun, konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh
Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN
telah
berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi
membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera
Norodom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan
mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.
Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri Menteri Luar ASEAN telah
memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau
25
ini tidak akan membenarkan mana mana kapal menggunakan perairan dan
kemudahan pebuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuclear.
Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara negara
anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN.
Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun,
perkembangan kea rah kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara negara
ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek projek perindustrian contohnya
projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh (Indonesia). Kerjasama
ekonomi
ASEAN cuba difikirkan melaui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau
ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak
ASEAN di Singapura pada tahun 1992.
Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas
skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan
Korea Selatan. Idea ini yang telah dikemukakan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad
dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus
(EAEC). Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara negara maju
terutamanya Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana
kerjasama secar tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3.
Konsep
ASEAN + 3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara
ASEAN
dengan negara negara timur iaitu China, Jepun dan Korea. Menteri Menteri Luar
negara negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang
ingin diwujudkan.
Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya
Pertubuhan Menteri Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan
tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya,
pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang,
Malaysia.
26
Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam
bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan
kesenian
dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan
televisyen dan radio dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan
hubungan antara negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan

kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.
Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama
serantau melalui dasar berbaik baik dengan negara jiran. Ini jelas kelihatan melalui
peranan Malaysia dalam pertubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN.
27
RUJUKAN
1. HBSS 1203 Hala Tuju Pembangunan Negara
2. http://faculty.unitarklj1.edu.my/courseweb/aac/pdf/ugb0033/module12.pdf
3. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5
4. Perubahan Pendidikan di Malaysia: Satu Cabaran. (Ibrahim Saad 1990, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
5. Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan di Malaysia. (Mohd. Salleh
Lebar 1996, Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.)
6. Pendidikan di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Depan. (Robiah Sidin 1994, Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.)
28

PENDAHULUAN
Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Luar Negara? Dasar luar

Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga


boleh diibaratkan sebagai seorang manusia. Oleh itu, sesebuah negara perlulah
menjaga keselamatannya. Kita semua ingin menjalankan tugas rutin harian
tanpa diganggu atau diancam oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga sesebuah
negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta menjamin keselamatannya
daripada serangan musuh.
Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti
Malaysia. Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan
daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk
mempertahankan kepentingan bersama. Keperluan asas negara yang berikutnya
ialah mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal ini, sesebuah negara
perlulah menjamin kepentingan ekonomi perdagangan yang menjadi punca
pendapatannya.
Negara-negara yang bergantung kepada perdagangan tentu akan
memelihara hubungan yang baik dengan negara-negara lain bagi memasarkan
barangannya atau bagi mendapatkan bahan mentah yang diperlukannya. Oleh
itu, sekiranya kita ingin memahami dasar luar sesebuah negara, kita mesti
mengetahui keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan
politik. Di samping itu pula, kita mesti mengetahui tentang latar belakang sejarah
dan kebudayaan masyarakat tersebut.
1
DEFINISI DASAR LUAR NEGARA
Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan
yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan
sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara
hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi
mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya. Bagi
menjaga kepentingan, keamanan dan keselamatan sesebuah negara, hubungan
di antara sebuah negara dengan sesebuah negara yang lain adalah perlu dan
penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan negara bergantung antara satu
sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, teknologi dan
keselamatan. Negara maju perlu mengadakan hubungan dengan negara
membangun khususnya dalam bidang perdagangan.
2
OBJEKTIF-OBJEKTIF UTAMA DASAR LUAR MALAYSIA
Objektif asas dan utama Dasar Luar Malaysia adalah bertujuan untuk
melindungi kepentingan nasional di arena antarabangsa sekaligus di pentas
dunia. Menurut pernyataan mantan Menteri Luar Negeri, Dato Seri Syed Hamid
Albar, antara objektif-objektif paling utama dasar luar negara Malaysia adalah
menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia
di peringkat global. Selain itu, dasar ini turut menjaga dan mempertahankan
kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia seterusnya
mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah
wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah
dalaman negara lain. Tambahan lagi, objektif seterusnya adalah untuk
menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial
di pentas dunia. Dasar ini juga dapat memupuk hubungan baik serta dapat
mengeratkan kerjasama dengan negar-negara lain. Selain itu, pendirian serta
kepentingan negara-negara membangun dapat dipertahankan di peringkat
antarabangsa.

3
PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA
Salah satu prinsip Malaysia ialah menyelesaikan masalah menerusi
rundingan'. Malaysia mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan
negara-negara lain di samping bersedia menjalinkan hubungan diplomatik
dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan negara. Malaysia
memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara lain melalui perundingan
atau meja bulat dan menolak sekeras kerasnya pendebataan apatah lagi secara
kekerasan dan paksaan.
Seterusnya, Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman
dan harmoni. Malaysia sentiasa memperjuangkan hak untuk setiap negara
supaya menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campur tangan dari pihak
luar. Di samping itu, Malaysia yakin bahawa setiap rakyat di setiap negara tahu
apa yang terbaik untuk negara mereka dan lebih memahami apa yang
diperlukan.
Oleh
itu,
Malaysia
menyokong
secara
tidak
langsung
perjuanganperjuangan
Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik
Kampuchea dan pejuang-pejuang Mujahidin Afghanistan.
4
FAKTOR-FAKTOR PERTIMBANGAN DALAM PEMBENTUKAN
DASAR LUAR MALAYSIA
Faktor pertama yang dipertimbangkan dalam penentuan dasar luar
Malaysia ialah kepentingan nasional, iaitu keselamatan dan kesejahteraan
ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Sebagai sebuah negara kecil yang
terdapat pelbagai kuasa besar dan pengaruh, Malaysia sentiasa berhati-hati
dengan hubungan luarnya. Dari segi keselamatan, Malaysia seboleh-bolehnya
mahu mengelakkan sebarang jenis ancaman mahupun serangan dari negaranegara
luar terutamanya negara yang mempunyai kuasa veto.
Bagi memastikan keadaan ini terjamin, Malaysia sentiasa menjaga
haluan dasar luarnya supaya tidak berteraskan kekerasan. Malaysia merupakan
negara yang kaya dengan sumber pertanian dan galian. Oleh itu, dari aspek
ekonomi, Malaysia bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Hal ini
adalah kerana ekonomi Malaysia berorientasikan eksport. Malaysia sentiasa
berusaha memperluaskan pasaran hasil eksportnya serta meningkatkan
pelaburan modal asing ke dalam ekonomi negara.
Malaysia memerlukan perluasan pasaran yang menyeluruh di perigkat
antarabangsa. Oleh itu, Malaysia sentiasa mengharapkan rakan perdagangan di
seluruh dunia untuk memasarkan keluaran bahan-bahan mentah dan barangan
pembuatan. Malaysia dapat meningkatkan hasil eksportnya dan menjadi salah
sebuah destinasi pelabuhan yang utama di dunia jika usaha itu memperoleh
kejayaan. Justeru itu, Malaysia memerlukan banyak negara sahabat di kalangan
pelbagai negara di seluruh dunia dan mengadakan hubungan yang erat dengan
semua negara termasuk negara-negara komunis seperti Soviet Union, China dan
negara-negara Eropah Timur serta turut memperjuangkan prinsip perdagangan
bebas dan pasaran terbuka.
5
Faktor seterusnya ialah berdasarkan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu. Malaysia telah menjadi ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) sejak kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Malaysia
merupakan penyokong utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang

merupakan pelindung negara-negara kecil dan mundur serta penggalak


keamanan dan keharmonian dunia.
Di samping itu, Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Piagam
PBB seperti memelihara keamanan dunia, melindungi hak asasi manusia,
menegakkan keadilan dan kewibawaan undang-undang, serta menggalakkan
perkembangan ekonomi dan sosial (INTAN, 1991). Malaysia turut menganggotai
agensi-agensi PBB yang lain seperti United Nations Educational, Scientific and
Cultural Organization (UNESCO) dan United Nation Conference on Trade and
Development (UNCTAD) bagi merealisasikan hasrat dunia untuk aman dan
harmoni. Malaysia juga turut berperanan dan membantu PBB dalam menjamin
keamanan dunia dengan menghantar unit perkhidmatannya.
Malaysia turut terlibat dalam pasukan pengaman PBB di Somalia, Bosnia,
Congo dan Kemboja. Malaysia juga pernah memainkan peranannya dengan
menduduki sebuah kerusi dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsabangsa
Bersatu (PBB).
Persekitaran geostrategik turut menyumbang kepada pembentukan dasar
luar Malaysia. Seperti yang kita tahu, Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara
yang telah mengalami masalah ketidakstabilan politik sejak Perang Dunia
Kedua. Sementara itu, kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat
bergantung kepada kejadian-kejadian yang berlaku Asia Tenggara. Malaysia
yang terletak di persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu Lautan Hindi dan
Lautan Pasifik merupakan sebuah wilayah yang penting sejak beribu tahun
dahulu.
6
Kebanyakan perdagangan di antara Timur Jauh dan Timur Tengah seta
India menggunakan perairan Selat Melaka sebagai laluan utama. Kedudukan
strategik ini berjaya menarik minat kuasa-kuasa luar untuk menguatkan
pengaruh masing-masing di rantau Asia Tenggara. Berdasarkan kedudukan ini,
Malaysia telah berpegang teguh dengan pendirian yang bebas dan berkecuali
sebagai keutamaan dalam menggubal dasar luarnya dan berusaha untuk
menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai sebuah kawasan yang aman dan
terhindar dari sebarang pengaruh luar.
Sebagai sebuah negara yang pernah dijajah, Malaysia sedar akan
keadaannya yang sensitif terutamanya dalam konteks antarabangsa pada hari
ini. Keadaan diburukkan lagi dengan ketidakstabilan politik dengan kehadiran
kuasa komunisme di Indo China dan juga masalah seperti pelarian Kemboja dan
Vietnam. Malaysia seperti negar-negara jiran yang lain bimbang jika isu ini
berterusan kerana bimbang kedaulatan negara masing-masing akan terancam.
Oleh yang demikian, Malaysia mengutamakan hubungan yang positif
dengan negara-negara Asia Tenggara. Malaysia juga berhasrat menjadikan Asia
Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali.
Islam merupakan agama persekutuan Malaysia. Kekukuhan dan kekuatan
Islam dalam kehidupan masyarakat negara ini menjadikannya sebagai salah
satu elemen paling utama dalam Perlembagaan Persekutuan. Berikutan dengan
itu, Islam turut menjadi pencetus dalam pembentukan dasar luar Malaysia. Bagi
mencapai maksud ini, Malaysia berperanan aktif dalam pertubuhan kerjasama
antarabangsa Malaysia amat menitikberatkan hubungan yang baik dengan
negara-negara Islam.
7
Antara penglibatan yang mengukuhkan lagi faktor ini ialah dengan

penyertaan Malaysia sebagai negara perintis kepada penubuhan Pertubuhan


Persidangan Negara-negara Islam (OIC). Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Malaysia turut diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah dan pengerusi
pertubuhan ini. Malaysia turut terlibat secara langsung dalam Persidangan
Negara-negara Berkecuali (NAM). Di samping itu, Malaysia turut serta dalam
menyokong projek-projek tertentu seperti Bank Pembangunan Islam.
Sebagai salah satu daripada bekas negara jajahan British, Malaysia
menjadi anggota negara-negara Komanwel. Malaysia turut menjaga hubungan
dengan Britain dan kerajaan-kerajaan Komanwel yang lain seperti Australia dan
New Zealand.
Seterusnya, Malaysia merupakan negara yang mengamalkan dasar
berkecuali iaitu ingin mengadakan hubungan rapat dengan semua negara yang
mengamalkan dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideologi mereka.
Malaysia mengamalkan dasar ini sejak tahun 1970 lagi.
Faktor prinsip hidup bersama yang diamalkan Malaysia turut menjadi
penentu dalam pembentukan dasar luar Malaysia. Malaysia berpegang teguh
kepada prinsip hidup bersama secara aman dan damai. Malaysia berpendirian
bahawa rakyat sesebuah negara perlulah menentukan nasib mereka sendiri.
Malaysia juga berpendapat bahawa negara-negara luar sesekali tidak boleh
mencampuri hal ehwal sesebuah negara yang lain. Oleh yang demikian,
Malaysia adalah antara penyokong kuat perjuangan Pertubuhan Pembebasan
Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik Kemboja (Kampuchea) dan
Pejuangpejuang
Mujahidin Afghanistan.
8
Faktor seterusnya ialah struktur demografik. Malaysia mengamalkan
dasar luar yang mementingkan prinsip-prinsip perpaduan antara manusia
dengan prinsip menghormati hak asasi manusia. Hal ini seiring dengan suasana
Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Oleh itu, sejak dari
dahulu lagi Malaysia menentang dasar perbezaan warna kulit, iaitu dasar
apartheid seperti yang pernah berlaku di Afrika Selatan semasa negara itu
berada di bawah penjajahan British. Selain itu, Malaysia berpendapat dasar itu
bertentangan dengan hak asasi manusia dan amalan perpaduan kaum yang
sedia ada di negara ini.
9
DASAR LUAR MALAYSIA SEMENJAK MERDEKA HINGGA KINI
Jangka masa 1957-1969 (Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman)
1. Dasar Pro Barat
Tahap di mana Tanah Melayu baru sahaja memperoleh kemerdekaan
daripada British. Dasar luar Malaysia pada tahap ini memperlihatkan dasar proBarat yang antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan
Komanwel. Dasar luar ini dilancarkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra
disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial. Masalah utama yang dihadapi oleh
Tanah Melayu pada ketika itu ialah bagaimana Tanah Melayu mampu menggubal
satu dasar luar yang benar-benar merdeka, terutama sekali dalam soal keselamatan
negara (Johan Saravanamuttu, 1983:262).
Tanah Melayu pada masa itu seperti bayi yang baru belajar berjalan
kerana Tanah Melayu negara yang baru memperoleh kemerdekaan amat
mengharapkan bantuan, kerjasama dan hubungan yang erat dengan Britain.
Pada waktu itu, Tanah Melayu hanya menjalinkan hubungan persahabatan

dengan negara-negara Komanwel. Britain dianggap seperti "bapa yang harus


dihormati. Hal ini kerana kesemua negara yang membentuk Komanwel terdiri
daripada negara bekas jajahan British. Kebanyakan negara-negara ini mendapat
kemerdekaan dengan "restu " kerajaan Britain. Justeru itu, hubungan erat dengan
Britain perlu dijaga dalam kalangan negara-negara Komanwel. Berdasarkan hal ini,
Tanah Melayu akhirnya memilih dasar luar yang pro-Barat. Dalam soal keselamatan
pertahanan negara, melalui satu perjanjian pertahanan yang ditandatangani pada
tahun 1957, Tanah Melayu meletakkan tanggungjawab pertahanan kepada Britain.
Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Anglo-Malaya (AMDA) dan memberi
jaminan kepada Tanah Melayu bahawa jika ada berlaku ancaman atau
pencerobohan dari luar, kerajaan Britain akan memberi bantuan ketenteraan. Syaratsyarat lain dalam perjanjian ini termasuklah jikalau wilayah masing-masing terancam
atau berlaku permusuhan yang melibatkan kedua-dua pihak di mana-mana negara
di dunia, maka keduadua
haruslah saling berunding.
Tindakan Tanah Melayu menandatangani Perjanjian AMDA antara sebab
lainnya adalah didorong oleh bentenb pertahanan yang tidak kuat. Pada ketika
itu, Tanah Melayu hanya mempunyai satu pasukan Rejimen Melayu Diraja dan
tidak mempunya angkatan tentera laut dan udara. Tanah Melayu tidak mungkin
dapat menghadapi serangan dan ancaman dari pihak luar. Tambahan lagi pada
waktu itu, pergolakan politik serantau terutamanya di Indo-China amat
membimbangkan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman merasakan fahaman
komunis di Asia Tenggara merupakan ancaman yang sangat bahaya kepada
keselamatan Tanah Melayu. Demi tulang belakang keselamatan Tanah Melayu
dari segi pertahanan, perjanjian AMDA telah ditandatangani.
Namun begitu, perjanjian AMDA tidak mendapat sokongan padu dari
semua pihak. Ada di antara ahli-ahli UMNO, parti-parti pembangkang, pemimpin
kesatuan sekerja dan tokoh-tokoh awam membantah keputusan kerajaan
menandatangani perjanjian ini. Contohnya, Tajuddin Ali, seorang ahli UMNO
mengecam perjanjian AMDA sebagai 'menjejaskan kemerdekaan Tanah Melayu'
(Dalton, 1967:66-9). Pemuda UMNO Johor mendakwa bahawa perjanjian AMDA
secara tidak langsung melibatkan Tanah Melayu ke dalam SEATO (Southeast
Asia Treaty Organisation) yang dianjurkan oleh kuasa-kuasa barat. Bagi
membincangkan pembabitan Tanah Melayu dalam perjanjian ini, UMNO Kedah
menyeru supaya diadakan satu mesyuarat tergempar.
11
Namun, Tunku Abdul Rahman tidak melayan dan menolak segala
bantahan dan kecaman ini. Tunku akhirnya berjaya memperoleh sokongan
sebulat suara dalam persidangan Majlis Undangan Persekutuan berhubung
dengan perjanjian AMDA dan menegaskan bahawa perjanjian AMDA sangat
diperlukan. Menurut Tunku,
.......let us face the facts, and the facts are that we have at our command
and army of less than one division in strength; we have no air force, not even a
single plane or a single man, we have no navy, not even a single sailor and we
have not even a single sea-going craft. With the revenue at our command we
can never be able to build our forces to the strength which we would require for
the defence our country.
Dari segi hubungan luar, dasar luar sepanjang tahap 1957-1963
memperlihatkan Tanah Melayu lebih menumpukan hubungan luar dengan
negara-negara barat yang mempunyai sistem pemerintahan dan ideologi yang

sealiran dengannya. Tunku yang bertanggungjawab dalam mengemudikan dasar


luar negara ketika itu memang dikenali dengan sifat beliau yang sangat anti
komunis. Tunku tidak mahu mengadakan sebarang hubungan dengan Russia
atau negara China dan beliau juga tidak bersedia untuk bertolak ansur dengan
pihak komunis.
Manakala hubungan luar Tanah Melayu hanya dihadkan dalam kalangan
negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan bukan komunis seperti
Amerika Syarikat, Britain, Australia, Thailand dan Filipina. Pendirian am Tanah
Melayu yang bercorak antikomunis juga amat ketara di bawah pimpinan Tunku.
Tunku telah mengisytiharkan pendirian Tanah Melayu yang tidak berkecuali
dalam soal-soal Perang Dingin atau perbalahan di antara pihak Timur dan Barat.
Pada tahun 1958, dalam satu sidang parlimen, Tunku telah menegaskan bahawa
12
There is no question whatsoever of our adopting a neutral policy while
Malaya is at war with the communists. Only when we are certain that people
here have become truly Malayan-minded and have set their minds on making
Malaya their only home can the government declare our policy of neutralitylet
me tell you that there are no such things as local communists. Communism is an
international organisation which aims for world domination, not by aggression if
they can avoid it, but by the use of tactics and methods among the sons of the
country to overthrow democracy and to set up in its place a government after the
pattern of all communist countries (Johan Saravanamutthu, 1983:26)
Di samping soal keselamatan negara, dasar luar yang pro-Barat ini juga
didorong oleh kepentingan ekonomi Tanah Melayu. Tanah Melayu kemudiannya
melibatkan kerjasama-kerjasama yang berasaskan perekonomian bebas.
Perjanjian-perjanjian pelaburan telah ditandatangani dengan negara-negara
Jerman Barat, Amerika Syarikat dan Jepun. Tanah Melayu turut menyokong
usaha-usaha di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang. Antaranya
adalah seperti mengawal harga barang-barang mentah. Dalam hal ini, sokongan
Malaysia dapat dilihat melalui penyertaan Malaysia dalam Perjanjian
Antarabangsa Bijih Timah, Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Getah
Antarabangsa dan lain-lain.
Jangka Masa 1970-1980 (Era Pentadbiran Tun Abdul Razak dan Tun
Hussien Onn)
Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan pada tahun 1971 iaitu selapas
berlakunya Tragedi 13 Mei 1969 dan tempat beliau telah diambil alih oleh Tun
Abdul Razak.Berlaku sedikit sebanyak perubahan dalam dasar luar Malaysia
berikutan dengan perambilalihan kuasa tersebut. Tun Abdul Razak telah
13
mengetuai proses pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada tahun
1970 dan sewaktu itu Malaysia telah menghadiri Persidangan Negara-Negara
Berkecuali (NAM) di Lusaka, Zambia di mana Tun Abdul Razak mengisytiharkan
dasar utama Malaysia dalam hubungan antarabangsanya sebagai berkecuali
dan tidak akan sesekali menyebelahi mana-mana blok dalam pertikaian Perang
Dingin. Malaysia yang juga masih lagi berhadapan dengan ancaman komunis
sudah mula lebih terbuka dalam dasarnya terhadap negara-negara komunis.
Pemberontakan komunis yang masih bergerak aktif di Malaysia pada ketika itu
diharap dapat diakhiri dengan jalan perundingan tanpa perlu mengorbankan
nyawa.
Pada tahun 1971, Malaysia telah mengundi negara China untuk diterima

masuk ke dalam PBB dan seterusnya Malaysia mengorak langkah yang lebih
jauh dengan mengadakan hubungan dengan negara-negar komunis. Sekitar
tahun 1972-1973, Malaysia mula mewujudkankan hubungan yang lebih sihat
dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam Utara, Korea Utara
dan Jerman Timur. Pada 1974 pula, Tun Abdul Razak ingin mengasaskan
hubungan diplomatik dengan mengadakan lawatan ke negara China. Selain
daripada hubungan dengan negara-negara Komunis, Malaysia turut mengambil
berat dan mengeratkan hubungan sedia ada dengan negara pro demokrasi yang
lain. Hal ini dapat dilihat semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak yang
sentiasa menguatkan lagi kerjasama serantau dan hubungan Malaysia dengan
negara-negara Islam dan Afrika. Malaysia turut berperanan aktif dalam ASEAN,
OIC, NAM dan juga Pertubuhan Negara-Negara Komanwel.
Dasar luar Malaysia telah diteruskan oleh Tun Hussein Onn selepas
kematian Tun Abdul Razak pada 14 Januari 1976 tetapi hanya untuk masa lebih
kurang lima tahun sahaja. Beliau dalam dasar luarnya telah mengeratkan lagi
kerjasama serantau dan hubungan dengan negara-negara Islam serta dengan
negara-negara Dunia Ketiga.
14
Jangka masa 1980-2000 ( Era Tun Dr Mahathir Mohamad)
Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik menjadi Perdana Menteri pada
tanggal 16 Julai 1981 bagi menggantikan Tun Hussien Onn. Dasar luar Malaysia
tidak mengalami perubahan dari segi asas utamanya semasa awal peralihan
pentadbiran tampuk negara ini. Malaysia yang berkecuali mendapat keutamaan
selain pengukuhan hubungan kerjasam serantau, hubungan dengan Negaranegara
Islam, Negara-negara Berkecuali dan Negara-negara Komanwel. Berlaku
penambahan dari sudut penambahan penekanan Malaysia dalam hubungan luar
yang memberi keutamaan atau berteraskan ekonomi berbanding hal-hal politik
dan keselamatan. Wisma Putra disusun semula supaya menjadi kementerian
luar negeri yang berorientasikan ekonomi.
Malaysia mula berperanan aktif dengan serius dalam isu-isu
antarabangsa seperti sekatan-sekatan perdagangan yang dikenakan oleh
negara-negara maju terhadap kemasukan barangan Dunia Ketiga. Tepat pada
masa ini jugalah Tun Dr Mahathir mula muncul dengan memperjuangkan hakhak
kemanfaatan ekonomi untuk negara Dunia Ketiga dalam forum-forum
antarabangsa.
Tun Dr Mahathir turut memperluas hubungan luar Malaysia dengan
mengadakan hubungan dengan negara-negara kecil Pasifik Selatan seperti Fuji
dan Tonga dalam usaha untuk mempereratkan lagi hubungan ekonomi. Melalui
Rancangan Kerjasama Teknikal atau Malaysian Technical Cooperation
Programme, Malaysia memberi bantuan teknik kepada negara-negara Pasifik
Selatan, Afrika serta Asia Selatan dan juga Asia Barat. Malaysia amat
menitikberatkan kerjasama Selatan-selatan dan hal ini dibuktikan melalui
penganjuran Persidangan Selatan-selatan Kedua di Kuala Lumpur pada 1986.
15
Tun Dr Mahathir berperanan penting dalam penubuhan Suruhanjaya Selatanselatan
yang ditugaskan untuk memperinci langkah-langkah bagi meningkatkan
kerjasama dalam pelbagai bidang dalam kalangan Dunia Ketiga (Ranjit Singh
Malhi, 1989).
Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, Malaysia turut meluaskan dasar
luarnya dengan menyertai Persidangan Alam Sekitar di Rio de Jeneiro pada

tahun 1992 dalam usaha untuk memperjuangkan hak alam sekitar negaranegara
membangun. ASEAN pada masa ini juga telah berkembang lebih besar
dan turut dianggotai oleh lebih banyak negara. Pada masa kini, negara-negara
ASEAN turut dianggotai oleh sepuluh buah negara Asia Tenggara iaitu Malaysia,
Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam dan
Brunei Darussalam.
16
PENGLIBATAN MALAYSIA
Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan yang diperjuangkan selama ini,
pada tahun 1957, Malaysia telah bergiat secara aktif dan menyertai beberapa
pertubuhan antarabangsa seperti, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Komanwel dan Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC).
Komanwel
Pertubuhan Komanwel dibentuk pada tahun 1931 dan terdiri daripada negaranegara
yang pernah dijajah oleh Britain dan telah memperoleh kemerdekaan
daripada Britain. Pertubuhan ini terdiri daripada 54 buah negara maju dan juga
negara sedang membangun. Pada tahun 1965, Sekretariat Komanwel telah
ditubuhkan dan beribu pejabat di London.
Objektif-objektif penubuhan Komanwel adalah untuk membina semangat
setiakawan di kalangan negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam
pelbagai bidang. Setelah negara mencapai kemerdekaan, negara-negara
Komanwel telah membantu negara dalam mempertahankan negara, memelihara
keamanan dan kedaulatan negara. Misalnya, Komanwel memainkan peranan
dalam bentuk menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya. Perjanjian
pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand
menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh manamana
pihak semasa Indonesia melancarkan dasar konfrontasi ke atas Malaysia.
Selain itu, sebagai salah satu negara anggota Komanwel, Malaysia telah
mendapat banyak manfaat antaranya termasuklah kerjasama pertahanan.
Setiap dua tahun, Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel atau
Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) akan diadakan dalam
17
kalangan negara anggota. Di samping itu, mesyuarat ini menyediakan ruang bagi
pertemuan ketua-ketua kerajaan untuk membincangkan hal-hal kepentingan
bersama. Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 telah
mengisytiharkan Deklarasi Langkawi. Deklarasi Langkawi ialah persetujuan yang
ditandatangani di Langkawi berhubung dengan tanggungjawab negara-negara
Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.
Malaysia juga lantang menentang dasar aparteid di Afrika Selatan yang
menyalahgunakan hak asasi manusia. Manakala dari segi perdagangan, eksport
Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang
rendah. Namun demikian, keistimewaan ini telah dihakis selepas Britain menjadi
anggota pertubuhan Kesatuan Eropah (EU). Rancangan Colombo pula
menyediakan bantuan teknikaldan Biasiswa dalam bidang pendidikan, Dalam
bidang sukan pula, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel
secara gilang-gemilangnya pada tahun 1998.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
PBB ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1945, iaitu selepas Perang
Dunia Kedua setelah Liga Bangsa dibubarkan kerana gagal menghalang

berlakunya Perang Dunia Kedua. Ibu pejabat asalnya di San Francisco tetapi
berpindah ke New York pada tahun 1946. Pada awalnya, PBB hanya dianggotai
oleh 51 buah negara sahaja tetapi sehingga tahun 2002 keanggotaannya
meningkat kepada 189 buah negara. Malaysia menjadi ahli PBB pada tahun
1957 setelah negara mengecapi kemerdekaan.
18
Negara-negara yang menganggotai PBB harus akur dengan Piagam PBB
di mana satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas
hubungan antarabangsa. Terdapat empat matlamat Piagam PBB iaitu yang
pertama, menjamin keamanan dan keselamatan dunia. Kedua, menggalakkan
hubungan berbaik-baik antara negara anggota. Ketiga, bekerjasama dalam
menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa
mengira bangsa, agama dan warna kulit. Keempat, menjadi pusat bagi
mengharmonikan antara negara-negara anggota.
Malaysia juga memainkan peranan yang penting dalam PBB semasa
membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Sejak tahun 1960, Malaysia
telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk
menamatkan perang saudara di Congo (sekarang dikenali sebagai Zaire). Pada
tahun 1989, Malaysia sekali lagi dipilih untuk mewakili pasukan pengaman PBB
ke Namibia bagi membantu negara itu mencapai kemerdekaan. Pada tahun
1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq
dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
Manakala dari segi ekonomi, Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia, iaitu
bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945.
Objektif penubuhan Bank Dunia ini adalah untuk memberi bantuan kepada
negera-negera ahli yang sedang membangun terutama dari segi kewangan
dalam menyusun semula dan memajukan ekonomi negara-negara tersebut.
Kemasukan pelabur-pelabur asing membolehkan Malaysia memperoleh faedah
yang diharap dapat membasmi kemiskinan di luar bandar dan juga menyediakan
peluang pekerjaan. Malaysia menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah
19
Persekutuan (FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan
penyelidikan dengan menggunakan bantuan daripada Bank Dunia.
Malaysia juga berpendirian tetap dan menyokong usaha menentang
masalah penyalahgunaan dadah. Satu persidangan antarabangsa diadakan di
Viennna, Austria pada bulan Jun 1987 hasil daripada usul Malaysia. Dalam
persidangan ini, Perdana Menteri Malaysia telah diberikan penghormatan untuk
menjada Yang Dipertua persidangan tersebut.
Malaysia juga berganding bahu dan menyertai beberapa agensi di bawah
PBB. Contohnya, kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah
agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau Food and Agricultural
Organization (FAO). Malaysia turut menjalankan kerjasama dalam bidang
kesihatan dan perubatan melalui Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health
Organization (WHO). Dalam bidang sains dan teknologi pula, kerjasama telah
dijalinkan melalui Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-bangsa
Bersatu atau United Nation for Educational, Scientific and Cultural Organization
(UNESCO).
Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada
tahun 1965, 1989 dan 1999. Tan Sri Razali Ismail (wakil Malaysia ke PBB) telah
menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau turut dilantik menjadi

wakil khas PBB dalam penyelesaian konflik politik negara Myanmar. Malaysia
berpendirian teguh dalam mendesak PBB bagi menyelesaikan masalah Palestin
melalui penganjuran Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala
Lumpur.
20
BIDANG POLITIK
Pentadbiran Pertubuhan Komanwel di jalankan oleh sebuah badan
secretariat yang dipimpin oleh Setiausaha Agung Komanwel. Malaysia telah
menjadi anggota Komanwel sejak tahun 1957, semenjak itu banyak faedah yang
telah dinikmati oleh Negara kita hasil daripada penyertaan Malaysia dengan
Pertubuhan Komanwel. Antara faedah yang diperolehi ialah dalam bidang
pertahanan, perdagangan dan pendidikan.
Pada tahun yang sama juga Malaysia telah menandatangani Perjanjian
Pertahanan Britian-Malaya. Hasil daripada perjanjian ini Kerajaan Biritian telah
menghantar sekumpulan pasukan tenteranye ke Tanah Melayu bagi mengawasi
ancaman komunis terutama semasa wujudnya masalah diantara Malaysia dan
Indonesia. Iaitu dimana Indonesia telah melancarkan konfrantasi terhadap Tanah
Melayu.
Sewaktu tercetusnya konfrantasi tersebut Malaysia telah mendapat
bantuan ketenteraan daripada negara-negara anggota komanwel yang lain
seperti Britian, Australia, New Zealand dan Fiji. Malah sewaktu darurat malasia
juga mendapat bantuan ketenteraan dari negara-negara Komanwel seperti Fiji
dan Nepal bertujuan menentang pengganas komunis.
Tanggal tahun 1968, kerajaan Britian memutuskan untuk mengundurkan
tenteranya dari timur Suez termasuk di negara Malaysia sendiri. Lanjutan
21
daripada hal ini satu perjanjian baru telah dihasilkan kerana pada ketika itu
Malaysia masih memerlukan bantuan ketenteraan dari segi pertahanan daripada
pihak Britian. Pada tahun 1971 satu perjanjian telah ditandatangani antara
Malaysia, Singapura, Britian, Australia dan New Zealand. Perjanjian ini dikenali
sebagai Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa. Hasil daripada perjanjian ini
Britian, Australia dan New Zealand akan memberi bantuan ketenteraan jika
Malaysia dan Singapura diserang oleh kuasa-kuasa besar.
Pada tahun 1970-an Malaysia telah kurang memberi perhatian terhadap
Pertubuhan Komanwel kerana pertubuhan ini dianggap tidak mampu untuk
menyelesaikan masalah antarabangsa. Dato Hussein Onn pernah melahirkan
rasa kecewa terhadap keupayaan Pertubuhan ini yang hanya disifatkan sebagai
sebuah pertubuhan yang hanya bersifat sebuah kelab sosial sahaja.
22
BIDANG EKONOMI DAN SOSIAL
Pada tahun 1950, rancangan Colombo telah diwujudkan di Sri Lanka.
Rancangan ini mempunyai beberapa matlamat utama iaitu menyediakan
bantuan kewangan, pendidikan serta latihan teknikal kepada para ahli anggota
pertubuhan Komanwel. Negara Malaysia salah sebuah negara yang menerima
bantuan daripada rancangan Colombo, dimana para-para pelajar Malaysia diberi
bantuan dari segi biasiswa untuk melanjutkan pembelajaran dan latihan teknikal
mereka di negara-negara maju. Terdapat beberapa projek Malaysia yang dibiayai
rancangan ini iaitu :
Lebuh Raya Timur-Barat
Beberapa jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak

Beberapa buah institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak


Sebagai pertukaran Malaysia pula menyediakan kemudahan penyelidikan
kepada mana-mana negara anggota Komanwel yang ingin menjalankan tentang
penyelidikan getah, sejarah dan bahasa di bawah satu rancangan yang dikenali
sebagai Program Kerjasama Teknikal Malaysia ( PKTM ).
Perkembangan Komanwel pada tahun 1970-an dan 1980-an
menampakkan beberapa masalah. Dasar dikenakan pada negara Komanwel,
Dasar Perdagangan, memihak kepada negara-negara maju. Hubungan Malaysia
dengan Komanwel (Britain) menjadi renggang sejak 1982 apabila bekas Perdana
23
Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad lantang mengkritik perjalanan
pertubuhan Komanwel itu di samping tindakan ekonomi Buy British Last. 19821984, Malaysia tidak puas hati Komanwel kerana Kanada dan Britain enggan
mengadakan sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan kerana Dasar Aparteid.
Malaysia aktif semula selepas CHOGM di Van couver, Kanada, 1987.
Pada mesyurat ini beberapa ketetapan telah dititik beratkan seperti mengadakan
dasar perlindungan dan mengulangi pendirian bagi mewujudkan system
perdagangan yang lebih adil, berikrar mengukuhkan Perjanjian Am Perdagangan
dan Tarif ( GATT ), dan menyokong Pusingan Uruguay berhubung dengan hal
rundingan pelbagai hala.
Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah bagi sukan yang paling
berprestij iaitu sukan Komanwel 98 atau lebih dikenali sebagi SUKOM 98, telah
berlansung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur melaluai temasya sukan ini
secara tidak lansung berlakunya peningkatan terhadap ekonomi di Malaysia di
mana banyak berlakunya pertukaran mata wang asing pada ketika itu. Melaluai
pengajuran sukan ini Malaysia banyak mendapat bantuan kewangan contonya :
API Sponsorship sebuah syarikat pemasaran sukan terkemuka dunia
dilantik bagi membantu rancangan pemasaran dan hal penyiaran.
Syarikat Contech Technologies Sdn Bhd ditugaskan mengatasi masalah
teknologi seni bina sukan. RM 310 juta ringgit berjaya diraih melalui rakan
niaga pemasaran.
Hak penyiaran diberikan kepada Nine Network Australia, Television New
Zealand, Perbadanan Penyiaran Afrika Selatan, STAR TV dan stesen
24
Astro. Selain itu, Television Twelve Singapore, Perbadanan Penyiaran
Kanada, Sri Langka Rupavahine, dan lain-lain turut membayar untuk
mendapatkan hak penyiaran. Hak penyiaran ini merupakan 25%
daripada keseluruhan pendapatan SUKOM.
Antara syarikat tempatan yang menjadi penaja ialah Telekom Malaysia,
Syarikat Penerbangan Malaysia, Petronas, dan Bank Bumiputra.
Seterusnya Canon, Pepsi, Nestle, Pro-Specs, Mastercard, Kodak,
Pensonic, Mayban Insurance, DRB Hicom Berhad dan Cycle & Carriage.
Syarikat Siemen turut membekalkan komputer. Swatch membekalkan
peralatan waktu. Syarikat-syarikat ini menyumbang 45% kepada
pendapatan SUKOM.
Rakan kongsi turut ditubuhkan dengan melibatkan Resort World, Tenaga
Nasional Berhad, Sime Darby dan BP Malaysia.
Penjualan nombor plat kenderaan dan penjualan wang kertas terhad
menghasilkan 26 % pendapatan SUKOM.
Jualan kemeja-T, topi, kasut, logo, lencana, dan patung mascot 'Wira'

menjana pendapatan RM5 juta.


Jualan tiket diuruskan oleh Ticket Express.
Tempahan hotel sebanyak RM 10 juta. Urusan penginapan antarabangsa
dikendalikan oleh Byrom Consultants Ltd.
Melalui bantuan kewangan ini secara tidak langsung ia juga telah
menyumbang kepada peningkatan ekonomi Malaysia. Selain itu sumber
pendapatan rakyat negara ini turut meningkat. Ia juga membuka peluang
peniagaan kepada rakyat negara ini semasa sukan tersebut berlangsung.
25
ISU ALAM SEKITAR
Pada 1989, Malaysia telah di beri penghormatan untuk menjadi tuan
rumah bagi mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel atau lebih di kenali
sebagai Mesyuarat CHOGAM. Mesyuarat ini diadakan setiap dua tahun sekali.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama
dikalangan negara-negara anggota Komanwel.
. Dalam persidangan ini, selain daripada membincangkan isu apartheid,
kemerdekaan Namibia, masalah dadah, kebuluran dan kemiskinan di Afrika,
ekonomi antarabangsa, konflik Asia Barat, konflik Afghanistan dan Kambodia.
Terdapat set isu yang telah menarik pandangan negara dunia ialah tentang isu
alam sekitar. Ekoran daripada kemerosotan dan pencemaran alam sekitar,
Ketua-ketua Negara Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan atau
tindakan yang merangkumi :
1. Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar
2. Pemgurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang
membangun
3. Pengurangan pencemaran laut
4. Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon
Hasil daripada mesyuarat ini satu deklarasi juga telah diwujudkan iaitu
Deklari Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi masalah
pencemaran. Jelas disini isu alam sekitar amat dititik beratkan ini jelas kelihatan
kerana setiap kali Mesyuarat CHOGM berlansung isu mengenai alam sekitar
sentiasa di bankitkan contohnya : Sidang CHOGM 1991 Harare, Zimbabwe.
Perisytiharan Harare berikrar:
26
# Mempertingkat pembangunan dan menghapuskan negara anggota
# Memperjuang hak asasi manusia dan kesamarataan bagi kaum wanita
# Melindungi alam sekitar
# Melindungi and mengembangkan prinsip-prinsip demokrasi
# Mewujudkan badan kehakiman yang bebas dan adil
# Mempergiat usaha-usaha membanteras pengedaran dadah.
JADUAL MESYUARAT CHOGM
Tahun Tarikh Negara Bandar Pengerusi
1971 14-22 Januari Singapura Singapura Lee Kuan Yew
1973 2-10 Ogos Kanada Ottawa Pierre Trudeau
1975 29 April-6 Mei Jamaika Kingston Michael Manley
1977 8-15 Jun United Kingdom London James Callaghan
1979 1-7 Ogos Zambia Lusaka Kenneth Kaunda
1981 30 September-7

Oktober Australia Melbourne Malcolm Fraser


1983 23-29 November India New Delhi Indira Gandhi
1985 16-22 Oktober Bahamas Nassau Lynden Pindling
1986 3-5 Ogos United Kingdom London Margaret Thatcher
1987 13-17 Oktober Kanada Vancouver Brian Mulroney
1989 18-24 Oktober Malaysia Kuala Lumpur Mahathir bin
Mohamad
1991 16-21 Oktober Zimbabwe Harare Robert Mugabe
1993 21-25 Oktober Cyprus Limassol George Vasiliou
1995 10-13 November New Zealand Auckland Jim Bolger
1997 24-27 Oktober United Kingdom Edinburgh Tony Blair
1999 12-14 November Afrika Selatan Durban Thabo Mbeki
2002 2-5 Mac Australia Coolum John Howard
2003 5-8 Disember Nigeria Abuja Olusegun Obasanjo
2005 25-27 November Malta Valletta Lawrence Gonzi
2007 23-25 November Uganda Kampala Yoweri Museveni
2009 Akan diumumkan Trinidad dan
Tobago Port of Spain Akan diumumkan
27
BIBLIOGRAFI
Asrar Omar dan Zulhilmi Paidi (2003), Hubungan Luar Antarabangsa, PTS
Publications.
K.K Leong (2001), Pengajian Am (Kenegaraan Malaysia), Federal
Publications Sdn Bhd.
K.Ramanathan (2002), Asas Sains Politik (Edisi Kedua), Penerbit Fajar Bakti
Sdn Bhd.
Mahdi Shuid & Mohd Fauzi Yunus (2002), Pengajian Malaysia, Longman
Ranjit Singh Malhi (November 1989), Pengajian Am STPM (Kenegaraan
Malaysia), Federal Publications Sdn Bhd.
Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani (2005), Pendidikan Negara Bangsa,
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
30

Anda mungkin juga menyukai