Anda di halaman 1dari 2

KURSUS PERALIHAN TENAGA KERJA

1.0 NAMA KURSUS


Kursus Commercial Food

2.0 SIPNOSIS
Program latihan ini adalah untuk memberi kemahiran didalam bidang
Kulinari dan Pastri serta pendedahan untuk menjadi usahawan didalam
bidang berkaitan. Pekerja mahir atau keusahawanan didalam bidang
kulinari mahupun pastri sentiasa memberi peluang dan pulangan yang
lumayan dan juga menjadi sambutan dikalangan masyarakat. Namun
begitu, persediaan awal asas pengetahuan perniagaan serta kemahiran
penyediaan makanan amatlah diperlukan bagi menjamin kelangsungan
kejayaan didalam bidang tersebut.

3.0 OBJEKTIF
Melatih bakal-bakal tenaga mahir sekaligus membentuk personel yang
berkemahiran dan berketrampilan di kalangan belia. Di bawah program ini,
Latihan kemahiran TVET menjurus ke arah pekerja mahir dan
keusahawanan didalam bidang Kulinari & Pastri yang mana bidang ini boleh
menjana pendapatan lumayan serta meningkatkan taraf sosio ekonomi
semasa selepas tamat kursus.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Peserta kursus disarankan kepada kalangan golongan anak-anak Perak yang
terjejas dengan Covid-19 yang mahu meningkatkan taraf kemahiran serta
sosio ekonomi mereka melalui peningkatan kemahiran yang akhirnya menarik
minat mereka kepada pembentukan satu lapisan pekerja mahir atau
usahawan baru dalam bidang berasaskan kulinari & pastri.

5.0 TEMPOH KURSUS


Selama 12 hari. Teori / Amali
6.0 PERSIJILAN
Tamat program ini, Peserta akan menerima sijil :
Sijil Kehadiran dari KOLEJ TEKNOLOGI MIDAS / PASAK

7.0 TEMPAT LATIHAN


Tempat latihan yang dicadangkan untuk program latihan ini akan dijalankan
dipusat latihan :
KOLEJ TEKNOLOGI MIDAS
No 39A, persiaran Batu Gajah Perdana 1
Taman Batu Gajah Perdana
31550 Pusing,
Perak Darul Ridzuan

8.0 ANGGARAN KOS LATIHAN


Sebanyak RM2150.00 Seorang

Anda mungkin juga menyukai