Anda di halaman 1dari 2

PELUANG KERJAYA BAGI SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM

KURSUS EKSEKUTIF PRODUK HALAL

PENGENALAN

Sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat
Produk Halal (Halal Hub), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah
memberikan mandat kepada Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka
(MISDEC) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk
menjalankan program Eksekutif Produk Halal.

MATLAMAT

Program ini berhasrat untuk melahirkan tenaga kerja yang profesional dari kalangan
graduan Pengajian Islam untuk merebut peluang yang luas dengan melibatkan diri secara
aktif dalam industri khususnya dalam pengeluaran produk halal.

TEMPOH PENGAJIAN & SYARAT KEMASUKAN

Program ini berjalan selama 6 bulan; 4 bulan kuliah intensif dan 2 bulan latihan amali.
Sepanjang program ini peserta akan didedahkan dengan sains aplikasi, teknologi
makanan, akta-akta yang melibatkan pengeluaran dan pemerosesan makanan, prosedur
pensijilan Halal dalam dan luar negara dan lain-lain yang berkaitan dengan pengeluaran
produk Halal.

Program ini terbuka kepada graduan warganegara Malaysia yang memiliki


Diploma/Ijazah Pengajian Islam dari IPTA & IPTS dalam dan luar negara yang diiktiraf
oleh kerajaan atau Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Setiap peserta juga akan diberikan
elaun sebanyak RM 500 sebulan sebagai insentif.

PELUANG KERJAYA

Eksekutif Produk Halal di Industri Tempatan dan Luar Negara


Badan Pengawasan/Persijilan Produk Halal seperti JAKIM atau Jabatan Islam
Negeri-negeri.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En.Mohd Hasni Zulkifle, Kaunselor USIM di
talian 06-7988075/019-2634281 atau berhubung terus dengan ;
En. Zulkifli Ab. Latif
Urusetia Kursus Eksekutif Produk Halal
Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka
Tel : 019-2121965 / 03-78472300
Faks : 03-78472301
Email : zul@orbiteguh.com

SESI PENGAMBILAN PADA BULAN NOVEMBER 2007

Anda mungkin juga menyukai