Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN PPKI SMK PERMATA JAYA 2011 1.

0 PENGENALAN

Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar -pelajar Pendidikan Khas ini, pelbagai program telah disusun atur sebagai langkah utuk mencapai matlamat di atas. Penyertaaan pelajar khas sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada pelajar. Sehu bungan dengan itu, satu projek k eusahawanan telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan. 2.0 PROGRAM MASAKAN DAN KEUSAHAWANAN

Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid -murid Pendidikan Khas adalah berbentuk program pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid -murid diberi pendedahan dan melihat sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka. Antara program luar yang dirancang adalah aktiviti keusahawanan. Ia merupakan satu program percubaan untuk membantu meningkatkan potensi diri murid -murid dari segi fizikal dan kognitif. Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunjukkan komitmen mereka terhadap pelaksanaannya. Komponen Keusahawanan telah diperkenalkan dalam subjek Kemahiran Hidup di Sekolah Menenga . Berdasarkan usaha tersebut Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Permata Jaya ingin membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar khas . Pembudayaan keusahawanan terus diterapkan melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup bermula pada tahun 2010. 3.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk member i pendekatan berkaitan kepimpinan, disiplin dan kemahiran pengurusan yang perlu ada dalam diri para pelajar Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap pelajar. Aktiviti, produk dan modul yang disus un di dalam program ini adalah bertujuan untuk menonjolkan bakat dan kemahiran para pelajar pendidikan khas dalam menempuh cabaran yang bakal mendatang. 4.0 i. ii. iii. iv. OBJEKTIF Membolehkan pelajar khas menjalankan kerja buat sendiri, dan menyedari potensi ke arah keusahawanan. Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan keusahawanan Memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengam alkan cara kerja yang bersistem, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab. Memberi peluang kepada pelajar khas untuk berinteraksi dengan pelajar perdana, masyarakat dan sebagainya.

v.

Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar pelajar khas.

5.0

TARIKH PERLAKSANAAN

Bermula Jan 2010 6.0 TEMPAT

Tempat yang telah dipilih untuk aktiviti ini adalah ruang masakan kerana kedudukannya yang strategik untuk pela jar pendidikan khas juga kerana tempat yang terbuka dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. 7.0 KUMPULAN SASARAN

Keperluan sasaran iaitu pelajar Pendidikan Khas yang berada dalam kumpulan MPV Masakan dan Keusahawanan .Mereka ini yang akan menguruskan bilik yang dikhas untuk aktiviti jual beli dengan dibantu oleh seorang guru. 8.0 SASARAN JUALAN

Pelajar pendidikan khas,pelajar ali ran perdana ,guru -guru serta para pelawat dari sekolah sekolah yang lain. 9.0 PRODUK JUALAN DAN RASIONAL

Antara produk jualan yang bakal dipamerkan dan dijual ialah: a) Hasil Masakan b) Barang makanan ringan seperti keropok,kerepek yang dibuat sendiri atau yang dibeli secara borong dan dibungkus semula oleh pelajar pendidikan khas. c) Mesin fotostat. Rasional jualan produk yang disebutkan adalah untuk membuktikan kepada masyarakat yang para pelajar pendidikan khas mampu bersaing dalam menghasilkan produk dan mampu untuk menampung keperluan diri sendiri kelak.Semua keuntungan hasil dari jualan ini juga akan digunakan untuk menampung pembelian alatan pelajar dan keperluan para pelajar pendidikan khas. 10.0 KEPERLUAN LOGISTIK YANG DIPERLUKAN SEGERA

a) Mesin Pengadun Doh Keperluan segera untuk menghasilkan pelbagai produk jualan untuk Program MPV Masakan dan Keusahawanan seperti don at, pizza, mi kuning, mi siput dan roti manis.

b) Peti Sejuk (peti sejuk sedia ada tidak lagi dapat digunakan untuk penyimpanan makanan kerana bahagian sejuk beku telah rosak ) Keperluan segera untuk penyimpanan bahan -bahan sejuk beku, sayur-sayuran, mayonis, bahan masakan yang telah dikisar dalam kuantiti yang banyak serta penyimpanan benih cendawan (Projek Penanaman Cendawan) 11.0 PELAN PERLAKSANAAN STRATEGI

Bagi memastikan perlaksanaan mengikut perancangan sebuah jawatankuasa kerja telah dilantik untuk menjayakan program ini. JAWATANKUASA KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK PERMATA JAYA Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari : Pn. Hjh. Faridah Binti Kalam : Tn. Hj. Subari Bin jubri : Pn Nor Rafidah Binti Abdullah : Cik Nurshuhaida Binti mohd. Salleh

AJK Pn. Huzanah Binti Yacub Pn. Norfadzhilla Binti Sadon Nurul Tasya Nabila Binti Anuar Mohd Saiful Nizam Bin Saikhoni Mohd Helmi Bin Tugiman Siti Norazilah Binti Suhairi Ee Qian Ting 12.0

(Pembantu Pengurusan Murid) (Pembantu Pengurusan Murid) (Pelajar) (Pelajar) (Pelajar) (Pelajar) (Pelajar)

BATASAN / KEKANGAN UNTUK MENJALANKAN PROJEK

a) Mesin Pengadun Tepung Ketiadaan mesin pengadun tepung menyukarkan proses pembuatan doh kerana terpaksa bergantung dengan proses pembuatan secara manual sedangkan doh memerlukan masa yang agak lama untu k dibiarkan sebelum boleh diuli untuk dibakar atau digoreng . b) Peti Sejuk Keadaan peti basah seperti dalam kuantiti guru terpaksa yang rendah berkenaan. sejuk yang sudah tidak lagi boleh digunakan menyebabkan bahan -bahan sayur campur, mayonis, bahan sejuk beku dan sebagainya terpaksa dibeli yang sedikit. Secara tidak langsung ini akan meningkatkan kos bahan serta menyimpan sebahagian bahan masakan yang mesti disimpan dalam suhu di rumah masing -masing sekiranya belum habis digunakan pada hari

13.0 ANGGARAN KOS Bil. Perihal Barang 1. Mesin Pengadun Doh ( Flour Mixer) 2. Peti Sejuk 2 Pintu (Toshiba) Jumlah 14.0 RUMUSAN

Kuantiti 1 Unit 1 Unit

Anggaran harga RM 1450.00 RM 1390.00 RM 2840.00

Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di samping menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan mereka. Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan sokongan padu pihak pengurusan terutamanya dari segi kewangan,masa serta sokongan daripada guru -guru pendidikan khas. Dengan adanya sokongan ini dapat memberikan gambar an yang positif terhadap keupayaan pelajar pendidikan khas ini. Selain daripada itu, ia juga merupakan salah satu cara yang terbaik yang dapat guru -guru lakukan khasnya untuk pelajar yang kurang upaya ini. Disediakan oleh : .................................... ............ Nor Rafidah Binti Abdullah (Setiausaha MPV Masakan dan Keusahawanan) Disemak oleh : .............................................. Tn. Hj. Subari Bin Jubri (GPK Pendidikan Khas)

Disahkan oleh : .............................................................