Anda di halaman 1dari 15

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

1.

PENGENALAN
Perniagaan francais bukanlah satu perkara baru dalam dunia perniagaan

kerana ia telah bertapak lama dalam dunia perdagangan, tidak hanya di negara
Amerika dan Eropah, akan tetapi sudah masuk ke negara-negara lain. Francais
merupakan satu konsep perniagaan yang melibatkan dua pihak ataupun lebih
mengikut keperluan bagi menjalankan satu aktiviti perniagaan, mengembangkan dan
memperkenalkannya terus sehingga dapat diterima dengan cepat di kalangan
pengguna. Satu pihak disebut francaisor iaitu sebagai pihak yang memiliki jenama
dan pihak yang lain pula disebut sebagai francaisi iaitu pihak yang menjalankan dan
memasarkan produk jenama tersebut.
Dari sudut perundangan (Akta Francais), Francais adalah kontrak atau
perjanjian samada secara nyata atau tersirat, secara lisan atau tertulis di antara 2
orang atau lebih di mana antaranya; Francaisor memberi francaisi hak untuk
mengendalikan perniagaan mengikut sistem francais yang ditentukan oleh francaisor
selama tempoh yang ditentukan oleh francaisor (S.4)
Industri francais merupakan satu industri yang berpotensi besar untuk
menyumbang kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi negara. Di seluruh dunia,
industri francais mencatatkan pertumbuhan positif walaupun sesetengah negara
dilanda krisis ekonomi. Walaupun industri francais mempunyai potensi untuk
menyumbang kepada ekonomi negara, usaha pembangunan industri francais di
Malaysia masih menghadapi pelbagai cabaran. Di antaranya ialah kurangnya
kefahaman terhadap sistem perniagaan francais dan potensi serta manfaat di
kalangan orang awam, usahawan secara umum dan usahawan francais secara
khususnya.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

2.

SEJARAH PEMBANGUNAN INDUSTRI FRANCAIS PADA PERINGKAT

GLOBAL DAN MALAYSIA


Sejarah perkembangan francais di dunia menjadi bukti bahawa bentuk bentuk
francais yang sedia ada pada saat ini merupakan pengembangan daripada sistem
francais yang telah diterokai sejak tahun 1850-an dan mula berkembang tahun
1950-an serta 1960-an di Amerika Syarikat.
Secara umumnya, sejarah perkembangan industri francais dapat dibahagikan
kepada 3 peringkat utama. Peringkat awal bermula dari abad ke-18 yang bermula di
Jerman. Ianya diasaskan oleh seorang pembuat bir dari Jerman yang telah
menggunakan jenama pada produknya. Pada ketika inilah pertama kalinya format
francais digunakan dalam perniagaan sebagai cara mendapatkan kontrak untuk
membuat bir tersebut.
Sejarah perkembangan industri francais di peringkat kedua mula bertapak di Britain
pada abad ke-19 di dalam industri membuat wain pula. Dari sinilah idea itu
berkembang ke Amerika Syarikat melalui syarikat Singer Sewing Machine. Format
perniagaan francais ini melalui cap dagang Singer sebagai produk dalam perniagaan
mereka. Dari itu perniagaan francais terus berkembang ke Amerika Syarikat melalui
revolusi Perindustrian di Britain.
Pada kurun ke-20, di peringkat ketiga sejarah perkembangan perniagaan francais
mula dikenali dalam pasaran global. Ini didahului oleh restoran A&W apabila
memulakan operasinya yang menggunakan format perniagaan francais. Bermula
dari detik itu, perniagaan berbentuk francais ini terus berkembang menjadi rangkaian
produk dan perkhidmatan yang berjenama.
Di Malaysia, sistem perniagaan francais telah bermula seawal tahun 1946 apabila
Singer yang pada ketika itu dikenali sebagai Singer Sewing Machine Co. cuba
mengembangkan perniagaannya ke negara ini. Walau bagaimanapun, sistem
perniagaan ini tidak berkembang seperti jangkaan kerana ia dianggap masih baharu
di kalangan penduduk di negara ini.
Namun sistem francais mula menerpa kejayaan apabila sekitar awal tahun 1960-an,
A&W menjadi restoran makanan segera Amerika Syarikat yang pertama membuka

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

cawangannya di Kuala Lumpur serta terus berkembang ke seluruh negara melalui


sistem francaisnya. Malah usahawan tempatan turut merasa tempiasnya.
3.

SISTEM SOKONGAN KEWANGAN DAN BUKAN KEWANGAN YANG

DIBERIKAN

OLEH

KERAJAAN

DAN

BUKAN

KERAJAAN

BAGI

PEMBANGUNAN USAHAWAN FRANCAIS


3.1

Sistem Sokongan Kewangan

3.1.1

Skim Pembiayaan Francais (SPF)


KPDNKK dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation (CGC) telah

memperkenalkan SPF, khusus untuk membantu usahawan yang berminat untuk


menceburi bidang perniagaan francais. Jumlah pinjaman maksimum adalah
sebanyak RM 7.5 juta. Jumlah pinjaman yang akan diluluskan adalah bergantung
kepada keperluan perniagaan berkenaan. Melalui skim ini, para usahawan boleh
mendapatkan pembiayaan menerusi institusi kewangan tertentu yang mengambil
bahagian dalam skim ini. Bank-bank Perdagangan yang terlibat CIMB Bank Berhad
dan Maybank Berhad.

3.1.2

Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF)


DBPF diadakan sebagai insentif bagi menggalakkan usahawan tempatan

untuk menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais.


Melalui dana ini, perniagaan yang telah berjaya didaftarkan sebagai perniagaan
francais (francaisor atau francaisi induk) layak diberikan geran dalam bentuk
bayaran balik sehingga 90% dari kos yang digunakan untuk membangunkan sistem
francais dengan had maksimum RM100,000.

3.1.3

Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF)


SPKF bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kecil (micro-franchising)

kepada francaisi tempatan yang berpendapatan kecil dan sederhana dengan


pembiayaan maksimum sehingga RM50,000. Skim ini menyediakan pembiayaan
3

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

perniagaan kepada bakal-bakal usahawan untuk menceburi bidang perniagaan


francais secara mikro yang menawarkan satu model perniagaan yang teratur,
sistematik dan kurang berisiko.

3.2

Sokongan Bukan Kewangan

Program-program yang telah dibangunkan sebagai sokongan bagi memastikan


perniagaan francais berkembang pesat.

3.2.1 Program Pembangunan Francais (PPF)


PPF adalah satu program pemasaran berteraskan konsep Pensyarikatan
Malaysia yang bertujuan membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana
(UKS) di sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian. Pelaksanaan sistem
francais memungkinkan penyertaan UKS ke dalam satu rangkaian perniagaan
tempatan dan antarabangsa yang lebih besar dan risiko yang lebih rendah
berbanding memulakan perniagaan sendiri. Di bawah PPF, syarikat induk atau
francaisor memberikan hak pemasaran atau pengedaran yang komprehensif kepada
UKS atau syarikat francaisi bagi menjalankan sebuah perniagaan yang berdaya
maju dan kompetitif berdasarkan satu kontrak yang dipersetujui bersama untuk satu
tempoh masa tertentu dan dijalankan pada suatu kawasan yang dikenalpasti.

3.2.2 Program Pembangunan Francais Tempatan (PPFT)


PPFT adalah satu program yang bertujuan untuk memberikan bantuan
kepada pengusaha-pengusaha tempatan yang mempunyai produk yang berpotensi
untuk difrancaiskan tetapi tidak mengetahui cara untuk memfrancaiskan produk
tersebut. Melalui program ini, pengusaha yang berkelayakan akan dibimbing dari
peringkat awal sehingga pembukaan outlet prototaip, dengan kos bayaran
perundingan dibiayai sepenuhnya oleh agensi kerajaan.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

3.2.3 Pelan Induk Francais


Pelan induk lima tahun itu telah dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari
2012 dan pada masa yang sama beberapa peraturan baharu akan diperkenalkan
dan akan berkuatkuasa sebaik pelancaran dan beberapa pindaan di dalam Akta
Francais akan dibentangkan di Parlimen pada Mac 2012 termasuk pendaftaran
kesemua pemain industri seperti francaisor, francaisi dan perunding francais bagi
memastikan pemantauan yang lebih berkesan. Ini kerana akta sedia ada tidak
mewajibkan pendaftaran francaisi dan perunding francais sehingga menyebabkan
kerajaan gagal mendapat maklum balas mengenai prestasi semasa, masalah dan
penipuan yang berlaku.
Sebelum ini, kerajaan hanya memiliki data francaisor sahaja maka, data yang
diperoleh tidak lengkap untuk menggambarkan perkembangan keseluruhan industri
francais dan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Dengan adanya pendaftaran semua pemain dalam industri ini membolehkan
pengurusan dapat dijalankan secara telus di mana semua maklumat tentang
francaisor, francaisi dan perunding dapat diakses oleh semua pihak sebagai rujukan.
Kerajaan hanya mewajibkan francaisi mendaftar namun tidak perlu memohon lesen
seperti yang diwajibkan kepada francaisor dan perunding francais.
Sebagai usaha membendung penipuan melibatkan perunding francais swasta
yang semakin berleluasa, peraturan baharu akan mewajibkan golongan berkenaan
memohon lesen daripada KPDNKK dan hanya syarikat yang mempunyai lesen
sahaja

dibenarkan

menawarkan

khidmat

kepada

industri

francais

selepas

penguatkuasaan dibuat. Dengan peraturan baharu nanti, kerajaan akan menetapkan


bayaran rundingan mengikut jenis perniagaan francais. Peraturan dan akta baharu
ini penting untuk kerajaan merangka program pembangunan pada masa depan
memandangkan pelan induk lima tahun ini mempunyai perancangan yang
besarterutamanya bagi memperkasa penerokaan pasaran luar negara.
KPDNKK telah mengadakan rundingan awal dengan kerajaan Indonesia pada
Jun 2010 bagi mewujudkan Laluan Hijau iaitu membolehkan perniagaan francais
dapat merentasi sempadan keduanegara dengan mudah. KPDNKK juga berusaha
5

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

membantu lebih banyak francaisor tempatan menerokai pasaran China, Timur


Tengah dan rantau Asia Tenggara kerana peluang yang ditawarkan negaranegara
berkenaan sangat luas.

3.2.4 Francais Komuniti


Program ini dilaksanakan bagi membantu mengukuhkan lagi budaya
keusahawanan

supaya

dimanafaat

sepenuhnya

golongan

usahawan

kecil

bumiputera di negara ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas


Tani dan Hal Ehwal Felda Negeri Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak,
peluang kini di buka luas kepada para usahawan kecil bumiputera untuk bersamasama terlibat dalam perniagaan francais. Program ini juga dilihat mampu
menghapuskan persepsi orang ramai bahawa perniagaan francais adalah sebuah
industri berskala besar. Program ini memberi peluang kepada lapisan masyarakat
tanpa mengira status sosial yang lebih penting adalah mempunyai minat dan
semangat tinggi untuk berjaya dalam perniagaan.

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

4.

CABARAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH FRANCAISI DAN

FRANCAISOR DI MALAYSIA
Walaupun industri francais semakin berkembang pesat dan di jangkakan dan
di jangkakan akan lebih berkembang pada masa hadapan, industri ini mempunyai
cabaran-cabarannya terutama kepada francaisi dan francaisor. Namun cabarancabaran ini bukanlah suatu ancaman terhadap keseluruhan francais yang sedang
berkembang pesat, tetapi tiap-tiap cabaran ini harus ditangani oleh keduadua
francaisor dan francaisi supaya perniagaan francais mereka dapat mencapai
kejayaan yang meggalakkan pada masa hadapan. Antara cabaran dan halangan
yang dihadapi ialah modal yang terlalu tinggi, kebebasan francaisi, pemilihan
francaisor, dan penamatan dan pembaharuan kontrak.
Cabaran pertama adalah modal yang diperlukan amat tinggi. Kos untuk
mendapatkan hak menggunakan jenama dan bantuan dari francaisor adalah tinggi
dan francaisi perlu membayar kos-kos seperti Yuran Francais. Dalam hal ini, yuran
francais adalah dalam satu jumlah yang besar dan tidak dikembalikan. Antara yang
perlu di bayar oleh francaisi adalah kos sewa, deposit, pembelian aset dan
pengubahsuaian kedai Royalti Bulanan. Royalti dibayar mengikut peratus jualan
bulanan. Francaisi perlu membayar royalti walaupun tidak memperolehi keuntungan,
walaupun francaisor tidak membantu perniagaan francaisi kerana francaisi
menggunakan jenama francaisor tersebut. Di Malaysia, terdapat isu berkenaan
bayaran royalti ini di mana agensi kerajaan iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
(badan bertindak untuk francais Malaysia) mengarahkan supaya pembayaran royalti
tidak lebih dari 5% jumlah jualan bulanan francaisi. Yuran iklan yang dibayar
digunakan oleh francaisor untuk mengiklankan jenama produk atau perkhidmatan
dan untuk menarik lebih ramai francaisi. Tetapi ianya mungkin tidak mempromosikan
perniagaan francaisi tersebut. Tambahan, pelaburan modal permulaan perniagaan
francais yang besar menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar
untuk bakal usahawan menceburi dan memasuki pasaran seperti ini.
Cabaran kedua kepada francaisi adalah francaisor tidak memberi kebebasan
kepada francaisi. Hal ini disebabkan francaisor akan mengawal perniagaan francaisi.
Hal ini menyebabkan francaisi untuk bebas berniaga. Dalam perjanjian francaisor
7

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

dan francaisi terdapat beberapa perkara ditekankan seperti pemilihan lokasi, hiasan
dalaman,

kawalan

penjualan

produk

dan

perkhidmatan,

kawalan

dalam

mengendalikan operasi perniagaan dan kawalan ke atas hak dan wilayah. Sebagai
contohnya dalam aspek pemilihan lokasi, Francaisor akan memilih lokasi yang
difikirkan sesuai dengan perniagaannya dan lokasi tersebut mungkin tidak sesuai
dari sudut pandangan francaisi. Di dalam banyak kes, francaisi akan mencadangkan
lokasi kepada francaisor. Francaisor akan melawat lokasi tersebut dan memberi
pendapatnya samaada sesuai atau tidak. Jika tidak, Francaisor akan membantu
mencari kawasan yang difikirkan strategik.
Selain itu, dalam aspek hiasan dalaman dan konsep perniagaan pula,
terdapat francaisor yang akan menukar hiasan dalaman dan konsep perniagaan
mengikut musim. Jadi, kos renovasi dan pengubahsuaian tersebut mungkin tidak
mampu untuk ditanggung oleh francaisi. Kebiasaanya, francaisor akan selalu
menukar konsep perniagaan, uniform dan sistem komputer. Aspek kawalan
penjualan produk dan perkhidmatan, Francaisor akan mengawal setiap produk dan
perkhidmatan perniagaan francaisi. Jadi, francaisi tidak boleh menjual produk /
perkhidmatan selain daripada francaisor. Ada juga kes dimana francaisor
menghadkan bilangan stok yang dijual. Misalnya baju saiz S, francaisor hanya
membekalkan 10 helai sahaja. Apabila baju tersebut habis, francaisi menempah dari
francaisor tapi francaisor tidak memberi stok yang diminta. Apabila berlaku kes
sedemikian, francaisi boleh cuba minta stok dari francaisi lain. Pastikan juga
francaisor membenarkan anda mengambil stok dari francaisi lain. Kes seperti ini
tidak dinyatakan dalam perjanjian francais. Jadi, francaisi perlu berhati-hati.
Selain itu, aspek kawalan dalam menggendalikan operasi perniagaan,
Francaisor mengawal waktu operasi perniagaan, uniform pekerja, iklan serta
promosi dan juga prosedur perniagaan. Harga jualan juga dikawal sehingga francaisi
tidak dapat memberi diskaun kepada pelanggan. Pengedar juga perlulah dari
pengedar yang diluluskan oleh francaisor, walaupun francaisi boleh mendapatkan
barang dari pengedar yang lebih murah. Dicadangkan agar francaisi mencari
francaisor yang memberi ruang untuk kemukakan idea francaisi sendiri dan memberi
kebebasan untuk francaisi berniaga demi perniagaan mereka. Kawalan ke atas Hak
Wilayah (Territorial Rights) pula merujuk kepada kawalan untuk menggelak daripada
bersaing dengan francaisi lain. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghalang
8

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

francaisi membuka cawangan lain atau berpindah ke lokasi lain. Francaisor juga ada
hak untuk menghalang francaisi membuat website sendiri.
Cabaran ketiga adalah dari aspek pemilihan francaisor. Kadang-kadang
pemilihan francaisor oleh francaisi adalah kurang tepat kerana terdapat unsur
penipuan. Keadaan berkenaan timbul kerana ketiadaan dokumen zahir atau
prospektus disediakan untuk membolehkan pemohon (bakal francaisi) mengetahui
maklumat terperinci tentang francaisor dan produknya. Isu ini memberi kesan negatif
sehinggakan usahawan francais sukar mengembangkan perniagaan mereka.
Langkah yang sewajarnya dilakukan adalah francaisor perlu menyediakan
prospektus yang lengkap untuk memberikan penerangan sejelas-jelasnya kepada
francaisi tentang latar belakang francaisor, prestasi kewangan, status perundangan,
potensi francais dan beberapa maklumat lagi. Berdasarkan Akta Francais,
prospektus perlu diserahkan 10 hari sebelum menandatangani dokumen dan tujuh
hari

waktu

bekerja

ditetapkan

untuk

masa

menunggu

sebelum

proses

disahkan.Sikap buruk usahawan atau bakal francaisi pula adalah tidak mahu
membaca terma perjanjian terlebih dahulu dan pada masa yang sama pihak
francaisor juga tidak memberikan penerangan secara terperinci tentangnya.Oleh itu,
apabila timbul masalah, kedua-dua pihak akan saling menuding jari dan akhirnya
yang dipersalahkan adalah sistem francais itu sendiri.
Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak jujur dan
tamak. Hal ini boleh dilihat pada peringkat permulaan dimana pihak francaisor
memberi kebenaran dan hak pengoperasian perniagaan francais kepada francaisi
terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan di kawasan yang kurang
membangun. Apabila perniagaan francais berkenaan di kawasan itu meningkat maju
dan terkenal, pihak francaisor mengambil balik hak berniaga dan beroperasi
sendiri.Tindakan pihak francaisor sedemikian tentu sekali merugikan francaisi yang
telah bertungkus lumus untuk membangunkan perniagaannya.
Selain itu, komitmen yang kurang memberangsangkan yang ditunjukkan oleh
francaisi juga merupakan salah satu cabaran kepada francaisor. Hal ini berlaku
kerana francaisi tidak mempunyai pengetahuan dan persediaan yang cukup
melibatkan diri dalam perniagaan berkenaan. Sebenarnya ia berpunca daripada
sikap francaisi itu sendiri dimana yang terlalu bergantung kepada francaisor
9

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

sedangkan untuk berjaya dalam industri itu bukan mudah. Francaisi bukan sahaja
sekadar

mempunyai

keupayaan

untuk

mengeluarkan

modal

semata-mata

sebaliknya perlu belajar dan memahami selok-belok perniagaan yang bakal


diceburi.Francaisi perlu memenuhi pengetahuan dari aspek kewangan, simpanan,
komitmen, kemampuan dari mental dan fizikal, memiliki kepercayaan kepada produk
serta sentiasa menjalankan penyelidikan.
Seterusnya, cabaran yang dihadapi oleh francaisi dan francaisor boleh dilihat
dari aspek penamatan dan pembaharuan kontrak. Kontrak francais akan tamat
sekiranya francaisi melanggar perjanjian francais. Kontrak ini sah untuk tempoh
masa yang telah dipersetujui; tiada jaminan atas pembaharuan kontrak. Dalam
penamatan kontrak, Francaisor boleh menamatkan kontrak sekiranya francaisi gagal
membayar royalti, gagal menunjukkan prestasi yang menguntungkan dan lain-lain
sebab yang munasabah. Segala pelaburan francaisiakan hilang apabila kontrak
tamat. Di Malaysia, setiap perjanjian francais adalah untuk 5 tahun. Adalah
dinasihatkan francaisi untuk memastikan pulangan modal francaisi tidak sampai 5
tahun.Maksudnya, dalam tempoh 5 tahun pastikan anda mendapat semula
pelaburan anda.
Untuk pembaharuan kontrak pula, ianya tidak berlaku secara automatik.
Segala terma dan syarat mungkin akan berubah. Antaranya kenaikkan kadar
bayaran royalti, membuat pengubahsuaian kedai, menggurangkan hak wilayah dan
kawalan atas jualan. Semua pembaharuan ini berkemungkinan untuk memberi
peluang kepada francaisi lain.

10

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

5.

MASA HADAPAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA


Transformasi yang dijalankan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

sedikit sebanyak telah mempertingkatkan daya saing industri francais di negara ini.
Antara inisiatif yang dijalankan oleh PNS adalah seperti pembinaan jenama francais
tempatan, bengkel-bengkel, ekspo dalam dan luar negara serta pembangunan
akademi.Inisiatif tersebut selari dengan hasrat kerajaan di samping meningkatkan
saingan industri francais tatkala kita berhadapan dengan saingan global. Di samping
itu, kerajaan telah menetapkan satu agensi khusus bagi membantu usahawan
francais dari segi pembiayaan perniagaan. Dengan penubuhan PNS, ia merupakan
satu bukti yang kukuh malah menunjukkan komitmen kerajaan terhadap industri
francais. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) juga telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional
pada 10 Januari 2012. Pelan induk tersebut merupakan inisiatif dan strategi yang
bertujuan untuk merancakkan lagi usaha kerajaan dalam memperkasakan francais
nasional.
Seterusnya, kerajaan berharap untuk menjadikan Malaysia pusat francais
bagi pasaran Asia Tenggara menjelang tahun 2020.Industri francais sedikit sebanyak
telah menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak
RM24.6 bilion dan dijangka terus meningkat dengan kerjasama daripada
kementerian, PNS dan Persatuan Francais Malaysia (MFA). Dengan pencapaian
industri

francais

setakat

ini,

namun

masih

terdapat

ruang

untuk

penambahbaikan.Secara tidak langsung, ia dapat membangunkan modal insan


malah mempertingkatkan perniagaan francais tempatan. Masyarakat masa kini
semakin celik mengenai perniagaan francais disebabkan program dan pendedahan
yang dijalankan oleh kementerian.
Di samping itu, terdapat 523 jenama francais tempatan dan bilangannya
semakin meningkat. Pihak kerajaan juga menerima banyak permohonan daripada
syarikat-syarikat asing iaitu sebanyak 198 jenama.Sebanyak 68 peratus merupakan
perniagaan yang berdaftar dengan pihak kementerian manakala bakinya iaitu 32
peratus merupakan jenama asing.
Penerimaan jenama francais Malaysia di luar negara juga semakin meningkat
iaitu sebanyak 60 jenama francais tempatan di 55 negara.Jenama francais Malaysia
11

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

dilihat mempunyai potensi besar dan secara tidak langsung ia dapat meningkatkan
aliran wang serta eksport produk tempatan ke negara luar.industri francais di negara
ini lebih belajar untuk berdikari dan berdiri sendiri serta kurang pergantungan
terhadap kerajaan dalam mengawal aktiviti-aktiviti francais.
Kerajaan telah mengenal pasti faedah yang dibawa oleh francais, lalu
memperkenalkan skim kredit serta insentif cukai bagi meningkatkan industri ini.
Pembentukan Pelan Rangka Perkembangan Francais Negara merupakan salah satu
inisiatif untuk mempertingkatkan industri ini dengan lebih jauh. Pelan yang meliputi
tempoh selama 10 tahun sehingga tahun 2020 ini telah membentuk haluan industri
ini agar ia sejajar dengan agenda ekonomi negara. Selain menjamin perkembangan
industri francais pada kadar optimum, ia juga menyemai pakar-pakar modal insan
bagi sektor francais. Pelan rangka ini juga mengandungi rancangan untuk
mengubah perniagaan melalui francais, mempertingkatkan daya saingan francais di
Malaysia serta menubuhkan eko-sistem francais yang dinamik.

6.

RUJUKAN DAN LAMPIRAN

Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2012-2016,


12

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Kementerian Perdangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Pengenalan Kepada Perniagaan Francais,


Persatuan Francais Malaysia (MFA)

http://studentsrepo.um.edu.my/5011/3/BAB_III.pdf
http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkkv3/images/KPDNKK/PDF/Pendaftaran_Francais/B
uku_Panduan_Pendaftaran_Francais.pdf

13

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

14

SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN

15