Anda di halaman 1dari 2

Pendidikan itu perkhidmatan yang merupakan suatu kebajikan.

Pendidikan adalah ke
arah mengubah tahap pemikiran, keilmuan, kemahiran dan kemanusian kepada
tahap yang lebih tinggi, Bagi melaksanakan dasar ini, kerajaan menyediakan
peruntukan kewangan yang besar untuk menaja projek-projek pembangunan dan
perkhidmatan. Contoh dasar kebajikan adalah Dasar Bantuan Kewangan (Biasiswa
PTPTN, KWAPM), Bantuan Pendidikan (RMT, Skim Susu, derma), Pinjaman Buku
Teks, Perlindungan Pelajar (Skim Insuran Pelajar)

Dasar solusi adalah dasar yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang
memberi tumpuan kepada aspek sosial dan ekonomi. Dasar ini berbentuk reaktif
kerana bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul. Interaksi yang berlaku tidak
selalunya lancar, kerap kali interaksi yang berlaku mengalami gangguan dan
halangan. Oleh itu, dasar-dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semua hala
tuju, pelaksanaan dan perancangan yang dibuat dalam bidang pendidikan. Contoh
dasar ialah 1M1S, PPSMI, MBMMBI, Keciciran Sifar dan Sekolah Selamat
Salah satu dasar pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia adalah Dasar Satu
Murid Satu Sukan (1M1S). Dasar 1M1S mewajibkan setiap murid menyertai
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ke arah ini, konsep dasar 1M1S telah digubal
untuk menyokong FPK agar dapat memberi akses kepada semua murid untuk
mendapatkan faedah dari segi penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid
yang kurang aktif. Objektif dasar 1M1S adalah membentuk budaya sukan dalam
kalangan murid, memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal, mewujudkan
landasan ke arah kecemerlangan sukan, memberi keseimbangan di dalam akademik
dan keperluan fizikal dan meningkatkan kecergasan jasmani murid. Objektif dasar ini
dapat dilaksanakan dan dicapai melalui program sukan sepanjang tahun yang
merangkumi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Antara program
sukan yang dilaksanakan adalah program sukan umum seperti sukan balapan dan
padang, merentas desa di mana pelajar perlu melibatkan diri dan mewakili rumah
sukan masing-masing. Kelab Sukan dan Permainan di mana memerlukan 90 minit
seminggu bagi sekolah menengah dan 60 minit bagi sekolah rendah. Program ini
memerlukan murid menghadiri latihan pelbagai sukan dan modified games. Program
pertandingan dalaman pula merupakan pertandingan antara rumah sukan,
pertandingan kelas atau tingkatan dan pertandingan dorm di antara asrama

Anda mungkin juga menyukai